Tuesday, February 13, 2007

Malam dan Semalam..

Assalamualaikum...


Bertemu lagi di bingkisan yang terbaru. Rasanya masih tiada apa-apa perubahan ketara dalam hidupku kecuali pemergian ku dari SNG (Sudu 'N' Garfu). Memang berat untuk ku lakukan namun dek kerana tidak mahu masalah terus menerus membelenggui ku aku turutkan. Buat Faizal, ribuan kemaafan! tidak terfikir untukku 'menodai' ikatan sahabat yang telah terbina hampir sepuluh tahun lalu dengan masalah yang menghantuiku. Aku tahu bukan semua masalah mampu diselesaikan dengan cepat namun terkadang apabila hati sudah patah, tawar dan tiada 'nafsu' lagi bukankan terbaik untuk kita tidak memaksa! Namun demi persahabatan kita aku tak kan sesekali menamatkan malah mengurangkan walau sedikit sokongan aku pada SNG!


InsyaAllah aku akan terus mewar-war dan mempromosikan SNG agar lebih maju dan berdaya saing bukan saja untuk jangka masa panjang malah untuk 'immediate effect'! Mungkin aku hanya sesuai di SNG sebagai pelanggan dan bukan pekerja! Semoga tetap ada semangat dan kekuatan yang jitu di sana walaupun tanpaku. (aku bukan apa-apapun di sana... tanpaku pun tak kan memberikan kesan sangat!)


Okay! di mana arah tuju sekarang? aku hanya akan menumpukan kerjayaku di Prudential sebagai perancang kewangan untuk insurans, unit trust dan pelaburan terkini. Sudah hampir sebulan ianya ku ketepikan dulu kerana memberikan tumpuan pada SNG. Kini dengan plan terbaru yang dilancarkan minggu lalu aku kembali bersemangat untuk meningkatkan pruduksi ku. Yalah... dah hampir 2 bulan 2007 ku lalui namun sasaran jualan masih lagi jauh dari yang ditetapkan. Agak tertekan juga memikirkannya. Walaupun boss ku Ms Wong jenis yang tenang dan tak banyak memaksa dan memberikan tekanan namun ianya bukan tiket untuk berdiam diri tanpa sebarang urusniaga baru. InsyaAllah dengan berkat sokongan para pelangan sedia ada, aku yakin mereka mampu memperkenalkan beberapa prospek ataupun bakal pelanggan terbaru ku. Yang pasti aku cuba aturkan temujanji ku di SNG!



Tentang peribadi, hmm hatiku makin menyayangi Ard. Alhamdullillah semoga cinta itu akan terus kami pertahankan. Esok mungkin ramai yang akan merayakan tradisi masyarakat barat malah Kristian yang mengingati Valentine's Day sebagai hari kekasih. Namun pada aku sejak mengenali cinta bersama Lanz 10 tahun lalu tidak pernah sekali aku rayakan hari yang tak perlu kita sebagai umat Islam meraikannya. Pada aku cukuplah hari ulangtahun perkenalan dan hari lahir kita sama-sama raikan. Tak perlu ada hari istimewa lain untuk kita menunjukkan semua kasih sayang kita. Begitu juga sambutan hari bapa dan ibu. Pada aku untuk menunjukkan kasih sayang bukan setahun sekali tetapi setiap masa. Kerana itulah aku tidak pernah sesekali menunggu hari istimewa untuk memberikan hadiah ataupun ucapan sayang pada mak dan abah. Bila saja aku rasanya ianya perlu, akan ku berikan. Malah begitu juga dengan kasihku! aku menyanjungi mereka setiap detik dan masa.


Jadi untuk kawan-kawan semua tak perlulah 'candle light dinner' dan 'special celebration' malam esok ya. Buat apa nak sesakkan hotel, restoran dan kelab malam semata-mata nak 'meraikan cinta' kalian! Hmm esok seperti biasa aku akan berenang bersama Wan di Kelana Jaya dan mengambil Ard di pejabatnya selepas itu macam biasa. Tiada makan malam istimewa kerana biasanya seminggu sekali kami akan menikmati semua keindahan itu. Jadi katakan tidak pada 'Valentine's Day'. Bak kata bahasa 'adik-adik' "Tak Perlu okay!"


Oh ya! aku nak sentuh sikit soal hiburan dan seni... bukan secara penuh tapi sekadar sedikit komen sahaja. Aku lihat industri hiburan kita terutamanya muzik ketika ini agak 'senyap'. Tak banyak album baru boleh didapati. Kalau ada pun cuma album kompilasi. Setakat ni yang aku ada hanya album 'Norryn' dan juga Noraniza Idris 'Lenggok 20 Tahun'. Lain-lain tu rasanya kurang meransangkan mindaku untuk mendapatkannya. Hm apa cerita artis kesayanganku Dato Siti Nurhaliza di Grammy Awards? Pada yang ada 'update' terbaru.. khabar-khabarkanlah.. Teringin nak tengok betapa cantiknya Siti malam tu.


Akhirkata, tiada yang indah malam kalian andai tiada keindahan semalam yang hadir hanya semalam! Hmm apa tu yek? renung-renungkanlah... Wassalam!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home