Friday, February 02, 2007

Izinkan Ku Pergi..



Sinaran mata... Cerita segalanya... Duka lara terpendam... Memori semalam.... Tinggal segala cinta.... Tiada kembalinya... Lama di kasih kita... Kau bawa bersama... Mimpi indah mekar... Saat cinta bersemi... Sedetik asmara syurga... Selamanya!. Pergilah rinduku.... Hilangkan dirimu.... Tak sanggup menanggung..... Derita dikalbuku... Pergilah sayangku.... Bermula semula.... Semangat cintaku........ Membara kerana dia.... Tiada niatku...Tersemat dijiwa...Setia bersamanya... Cinta murni berdua.... Beribu teguhnya... Mimpi indah mekar.... Saat cinta bersemi.... Sedetik asmara syurga.... Selamanya! Pergilah sayangku.... Bermula semula... Semangat cintaku.... Membara kerana dia.... Tiada niatku.... Maafkan aku duhai kasih.... Izinkan ku pergi.....! (Izinkan Ku Pergi - Kaer)

Assalamualaikum semua. Terima kasih atas sokongan dan perhatian kalian pada blog @ nurkilan rasa aku.
Walaupun pada aku ianya kekadang agak membosankan namun kalian tetap membaca malah memberikan komen melalui email ataupun sms padaku. Terima kasih sekali lagi ya. Hmm tajuk syahdu lagi ke? Entahlah aku makin 'gila' dengan lagu terbaru Kaer AF2 ni. Walaupun pada awalnya aku tidak terlalu kagum dengan bakat yang dia ada namun lagu ini mengubah persepsi ku. Dia memang mempunyai suara yang bagus malah tak keterlaluan suaranya bisa meruntun perasaan dengan lagu balada nan syahdu ni. Apapun aku bukan nak komen pasal Kaer ataupun lagu 'Izinkan Ku Pergi' ini tetapi hanya sekadar berkongsi perasaanku ketika ini.

Buat pengetahuan kalian aku baru saja bertemu 'W' sebentar tadi dan aku rasa ini pertemuan terakhir antara aku dan dia untuk pertemuan 'peribadi'. Kenapa aku katakan yang terakhir? Terakhir dari segi 'personal' bukan urusan perniagaan. Selepas ini hanya 'ikatan' bisnes yang akan menemukan kami bertentangan mata. Jika tidak aku rela hanya memandangnya dari jauh. Malah aku cuba untuk tidak mengingatinya lagi. Mungkin ini kali terakhir kalian aku membaca tentang kisahnya. Selepas ini rasanya aku akan cuba untuk tidak menulis tentangnya lagi. Biarlah semua berlalu begitu saja. Aku mahu lupakan semuanya! Mungkin aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan dan kejayaannya dari jauh. Selepas ini biarlah hanya aku menatap wajahnya melalui kaca TV, akhbar ataupun majalah saja. Itupun akan cuba ku elakkan.

Rasanya tak perlu lah aku ceritakan semua apa yang kami bincangkan. Tetapi cukup aku katakan yang perbualan kami tadi banyak berkisar tentang masa depan perhubungan kami yang bakal tiada kesudahan andainya diteruskan. Malah aku sendiri tidak pasti untuk apa kami membincangkannya sedangkan semuanya sudah berakhir. Entahlah susah untuk digambarkan perasaan hati yang bercampur baur. Pelbagai perasaan mencungkil hati nurani ku. Rasa rindu, sedih, kecewa, marah, benci dan entah apa-apa lagi semua seolah di'blend' bersama. Maka timbullah semua perasaan 'gila' ini. Apapun aku makin mengerti kini tiada gunanya kami terus menguji hati dan diri yang semakin parah ini. Mungkin padanya tiada apa-apa tapi yang parah itu adalah dalam diriku.

Buat "W" .... "Pergilah sayang.. usah ditambahkan lagi 'barah' yang kian merenggut hati kecil ini. Walaupun bercinta denganmu sungguh indah.. Umpama mimpi jadi nyata.. kau jadi milikku namun tidak tertulis untuk kita bersama! Semoga segala impianmu menjadi nyata. Abang cuma mendoakan dari jauh! Percayalah... 2007 adalah milikmu! Jangan kecewa jika tidak tersenarai sebagai top 5 ABPBH 2007 kerana abang yakin ABPBH 2007 namamu akan terpahat antara yang terbaik malah tidak mustahil untuk memenangi 2-3 kategori sekaligus! Percayalah! Walaupun ianya terlalu indah namun abang harus berpijak di bumi nyata! Kau terlalu agung untukku! Kembalikanlah hatiku... dan bawalah cinta ini bersamamu.. Izinkan ku pergi!"

Akhirkata buat Nuar, Wan dan Rizt.. Terima kasih atas sokongan pada "Sudu N Garfu" dan juga pada laman nurkilan nuraniku ini... Thanks a lot! Wassalam!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home