Wednesday, January 17, 2007

Sudu 'N' Garfu...

Salam Sayang buat semua yang senantiasa membaca blog aku. Walaupun blog ini bukanlah sepopular blog-blog lain namun aku hargai sokongan kalian. Apapun aku tetap aku. Biarlah terlalu asing atau terlalu membosankan namun aku terima kerana inilah satu-satunya diari maya yang aku ada. Sekurang-kurang aku sudah bersedia berkongsi apa yang alami dan lalui setiap masa bersama kalian semua. Terima kasih sekali lagi juga buat Wan di Subang Jaya kerana sentiasa memberikan komen padaku. Thanks ya!
Apa yang terbaru yeah? Terbaru bermula 16 Januari lalu bermulalah hidup aku setiap hari di "Sudu 'N' Garfu" Kelana Jaya. Hmm apa dia tu? Itulah nama cafe terbaru yang dibuka di Dataran Glomac Pusat Bandar Kelana Jaya hasil dari usaha penat jerih rakan baikku, Faizal. Memang teruja, walaupun aku bukan 'owner' cafe ni tapi keterujaan dan perasaan berdebar itu sama seperti Faizal. Apatah lagi aku bakal menguruskan hal ehwal kewangannya dan juga menjadi 'waiter sambilan'! Hmm Biar betul?? Yeap! itulah sumbanganku di Sudu N Garfu. Dengan usaha Kak Azni dan Lan juga maka secara rasminya pada 16 Januari lalu bermulalah operasi "Sudu 'N' Garfu". Walaupun pada awalnya pelbagai dugaan melanda (dengan tukang masak tak jadi nak kerja dan pelbagai lagi) namun Alhamdulillah semuanya dapat kami atasi.
"Sudu 'N' Garfu" dibuka setiap hati bermula 7.30 pagi dan ditutup pada pukul 10 malam. Pada minggu ini ianya hanya dibuka waktu pagi hingga petang tetapi bermula minggu depan ia akan dibuka hingga malam untuk menu makanan barat dan tomyam! Masakannya? Kalian semua perlu ke sana untuk mengetahuinya. Tetapi memang sedap dan harganya pun 'mampu bayar' atau dalam ertikata mudah berpatutan. Apatah lagi ianya hasil dari tukang masak handalan yang 'diimport' khas dari negeri Jelapang Padi Malaysia. Buat masa ni aku belum sempat nak masukkan gambar-gambar dalam "Sudu 'N' Garfu". InsyaAllah aku akan masukkan dalam post akan datang. Apapun sambutan setakat semalam dan hari ini memang membanggakan. Kata orang bagus untuk permulaan. Jadi buat kalian yang berada di sekitar Damansara, Kelana Jaya dan Petaling Jaya.. apakata 'pekena' sarapan atau makan tengahari di "Sudu 'N' Garfu". Alamatnya di E-G-07 Jalan SS6/20A, Dataran Glomac, Pusat Bandar Kelana Jaya, 47301 Kelana Jaya Selangor Darul Ehsan. Pelbagai masakan Melayu dan Barat untuk kalian semua. Bagilah sokongan buat kami yea? Pada yang dah lama tak jumpa aku tu bolehlah jumpa aku di sana setiap hari dari pukul 7.30 pagi hingga 4 petang. Kalau selepas itu nak datang juga bagitaulah aku. Aku akan tunggu kalian okey?
Walaupun seharian di kaunter bayaran "Sudu 'N' Garfu" namun tugas sebagai pelayan juga mencabar kesabaranku. Memang aku suka bertemu pelanggan dan bertanya pada mereka masakan kegemaran mereka. Apatah lagi nanti nak kena buat 'post morterm' dengan Faizal selepas dua minggu beroperasi. Tapi penat tu berbaloi bila melihat sambutan yang sungguh menggalakkan. Apatah lagi jika bertemu dengan pelanggan lelaki yang sungguh mencabar nafsu! Hehe! Memang menarik! Rata-rata pelanggan cafe adalah mereka yang bekerja di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta sekitar Pusat Bandar Kelana Jaya. Apapun terhibur juga dengan kerenah mereka. Paling aku hargai semua maklum balas yang positif dari semua. Jadi kalian sebagai rakan-rakan dan sahabatku.. berkunjunglah ke sini dan berikan komen.
Berbalik kepada dunia kehidupanku sejak 2007 ini hanya suasana di "Sudu 'N' Garpu" sekurang-kurang merubah hidup sepiku. Bukanlah selama ini aku sepi sampai tak ada kawan tapi sekurang-kurangnya masa ku lebih terisi. Selalunya jika tiada temujanji pada waktu siang aku banyak menghabiskan masa di rumah seorang diri (Ard bekerja di waktu itu) selain meneliti beberapa akaun di pejabat. Namun selepas 16 Januari lalu aku kembali sibuk. Apatah lagi aku masih juga menumpukan perhatian pada dunia 'perunding kewangan'ku hingga kini. Jadi aku masih ada temujanji selepas habis waktu bertugas di cafe.
Ard pula sibuk dengan kerja baru nya. Kami hanya bertemu waktu malam selepas dia pulang bekerja dan jika tiada temujanji pelanggan insurans atau 'unit trust' ku aku akan mengambilnya di pejabat tempat dia bertugas yang terletak di Jalan Bukit Bintang. Alhamdulillah bermula Disember lalu sikap sudah banyak berubah walaupun aku tak nafikan hubungan kami mungkin tidak se'romantik' pasangan lain. Ada masanya kami hanya bercakap bila perlu dan tiada panggilan "sayang", "honey" atau "baby" sebagaimana pasangan lain. Entahlah aku tak faham dan tahu kenapa?
Hmm sesekali kerinduan pada 'W' kembali menjengah ruang hatiku. Walaupun sibuk namun sejak akhir-akhir ini hampir setiap hari wajah comelnya aku tengok tersiar di beberapa siaran TV berbayar dan tidak berbayar. Aku yakin 2007 memang miliknya! Banyak sungguh hasil kerja kerasnya kini mula mendapat perhatian di stesen-stesen TV. Itu belum lagi siap proses rakaman album pertamanya... Apapun aku cuba untuk melupakannya. Namun terkadang perasaan ini seolah tidak mahu 'melepaskannya'. Berkali-kali jari ini agak 'gatal' untuk menekan nombor telefonnya dan juga menaip baris-baris sistem pesanan ringkas (SMS) untuknya mungkin sekadar bertanya khabar. Syukurlah setakat ini aku masih mampu menahan diri! Sesekali teringat memori kami ketika menyambut Syawal yang lalu. Indah sungguh waktu itu!... Entahlah aku benci dengan perasaan 'gila' ini! Apapun terima kasih buat Wan (Subang Jaya) dan Ritz kerana perhatian dan keterbukaan kalian mendengar segala permasalahan aku. Mungkin kadang-kadang nampak seperti bosan, namun aku hargai kesabaran kalian!
Okeylah.. cukup dulu untuk kali ini. Aku sudah pun bersedia untuk mengambil beberapa keping gambar cafe "Sudu 'N' Garfu" esok hari. Dan pastikan kalian menatap post terbaru aku selewat-lewatnya minggu depan untuk melihat sendiri secara maya betapa 'indah'nya suasana di sana. Juga pelayan-pelayannya yang comel-comel belaka... Muda-muda lagi (tak termasuk akulah yea!). Pada yang mungkin boleh agak di mana lokasinya.. datang lah ke sini. Pada yang masih tak tahu atau masih tunggu masa, InsyaAllah bermula minggu depan kalian layari blog aku ini sekali lagi. Tentunya kalian akan mendapat sedikit gambaran tentang betapa meriahnya suasana dan sedapnya makanan di sini.
Sekali lagi bak kata Faizal dan pamplet promosi "Sudu 'N' Garfu" .... "DUA HATI BERSATU DI SUDU 'N' GARFU'... Datanglah beramai-ramai ya! berikan sokongan untuk anak bangsa kita berjaya dalam perniagaan. Wassalam!

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Good for people to know.

7:57 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home