Monday, December 11, 2006

Semuanya Keranamu...


Hai semua.. bagaimana dengan kehidupan kalian di bulan terakhir 2006 ini? semoga semua azam yang sebelum ini diinginkan agar tercapai telah pun direalisasikan menjelang hanya 3 minggu lagi.. Pada aku segala apa yang dirancang tidak semudah yang disangkakan malah hingga minggu ketiga terakhir di tahun ini, aku masih lagi bertungkus lumus menjaya semua impian yang diimpikan malam 31 Disember 2005. Setakat ini rasanya hanyalah empat puluh lima peratus dari apa yang diinginkan berjaya aku realisasikan.. entahlah.. terlalu tingginya pengharapan.. begitu tingginya pendakian ini... rasanya mungkin aku terpaksa bawakan di tahun 2007 nanti.
Hmm sejak 7 Disember lalu sekali lagi seorang insan seindah Sham hadir dalam nuasa hidupku.. Shahrizan.. begitulah nama insan terbaru yang seusia Sham... Mulanya aku tak menyangka pertemuan pertama lantas membibitkan rasa cinta... namun selepas hari kedua aku mula rindu padanya.. Ah! tentu ada yang mengatakan aku cuba bermain api... memang tak patut.. di saat aku sudah pasti kembali pada Ard apakah harus ada lagi seorang insan dalam hidupku? Apakah Ard tidak terlalu sempurna buatku? Entahlah... realitinya hanya itulah yang berlaku kini... Aku makin tak keruan... wajah manisnya sesempurna Sham kembali menghantui diriku...
Tulisanku seterusnya mungkin akan membuatkan kalian terfikir aku sengaja mencari penyakit... Ya! memang itu hakikatnya! Aku dan dia sama-sama menjadi orang ketiga! aku orang ketiga antara dia dan kekasihnya yang sudah empat tahun bersama dan dia orang ketiga antara aku dan Ard... Namun kami masing-masing masih keliru dengan apa yang berlaku.. seperti yang kalian tahu antara aku dan Ard baru saja kembali terjalin... malah di hati ini sendiri aku masih belum dapat menerimanya seratus peratus.. Terlalu sukar untuk menerima apa yang pernah dia lakukan padaku... Malah memori malam ulangtahun kelahiranku 9 Julai lalu masih menghantuiku... Walaupun dia sudah insaf malah menyesali segala apa yang dilakukannya namun bukan mudah untuk aku melupakan semua itu.
Keadaan yang sama juga pada Shah! Sudah hampir 3 minggu dia tidak bertemu hatta kembali ke rumahnya. Sejak awal penghijrahannya di ibukota awal tahun 2006 hingga sekarang dia dan kekasihnya tinggal serumah di Bandar Di Raja Klang. Namun sejak tempoh ini kekasihnya sudah tidak pulang ke rumah apatah lagi untuk bertanya khabarnya... Semuanya kerana kehadiran insan baru yang dimilikinya! Aku simpati pada Shah.. Aku tahu dia kesunyian malah kekecewaan dan rasa terkilannya sudah cukup membuatkannya derita... Itu salah satu sebab aku begitu menghargainya... Aku tahu dia perlu kan tempat mengadu. Tapi berbaloikah aku bersamanya sekiranya nanti mengundang beberapa masalah?
Aku makin berhati-hati... sejak aku sedar yang Ard sering membaca semua sms di dalam telefon bimbitku aku harus men'delete'kan semua sms dari Shah... Aku bukan takut, tapi tidak mahu mengundang masalah... Kasih sudah mula berputik... mulanya ku sangka hanya aku bertepuk sebelah tangan tapi akhirnya Shah sendiri meluahkan isihatinya... malah dia sendiri begitu kecewa bila aku memberitahunya tentang Ard... Malah dia pernah menyatakan padaku mengapa perlu pertemuan kami hanya untuk dia kecewa dan kecewa lagi...
Entahlah... Tuhan berikanlah petunjukMu.. Ard juga semakin berubah malah aku terharu dengan semua pengorbanannya... Hmm okaylah.. aku berhenti dulu buat sementara.. Esok akan aku coretkan lagi semua masalah di sini... Aku harus ke stesen LRT mengambil Ard yang baru saja pulang bekerja.... So buat semua.. Semoga mimpi indah dan impian kita sejak awal tahun lalu akan beroleh kejayaan dan berjaya direalisasikan... Amin!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home