Sunday, October 01, 2006

Ramadhan kali ini...

Assalamualaikum semua... salam Ramadhan.... untuk semua selamat berpuasa... harini sudah masuk hari ke 8 kita semua berpuasa... semoga pahala puasa kita masih penuh disetiap kali kita berbuka...

Pada aku puasa kali ini memang memenatkan.. selain kesihatanku yang agak tidak baik.. dengan pening dan migrain hampir setiap hari membuatkan aku tidak merasa selesa sepanjang hari.. apatah lagi sibuk dengan projek bulan puasa.. apalagi kalau kuih raya.. bergabung dengan Wan aku membuat sejenis biskut saja... namun Alhamdulillah dengan rezekiNya.. banyak sungguh tempahannya menjelang minggu pertama dan kedua nanti.. memang memenatkan... aku menjangkakan akan ada sehingga 500 balang tempahan untuk tahun ini...
Selain itu Ard juga akan bersama dalam projek kali ini dengan menerima tempahan kek lapis Sarawak.. maklumlah dia memang pakar buat kek jenis tu.. orang Bumi Kenyalang lah katakan.. kalau suruh aku memang tak jadi punya... so kalau ada yang berminat bolehlah menghubungiku ya... (016-2882891)

Hmm 27 Swptember lalu genaplah Sham 24 tahun.. sebagai orang yg pernah menyayanginya aku rasa teringin untuk sama2 menyambutnya.. namun apalah daya ku... sudah ada insan lain yang lebih penting untuk sama2 meraikannya... Aku terima.. aku cuma menghantar hadiah dan kad untuknya pada hari tersebut.... soal nak sama-sama potong kek ataupun makan malam bersama.. biarlah.. aku tak harapkannya.. cukuplah aku tumpukan pada projek bulan puasa ku... dapat juga faedahnya.... hingga hari ini aku masih belum berpeluang untuk berbuka bersama sedangkan itulah harapan kami sejak 3 tahun lalu.. namun aku tak mengharapkan apa-apa lagi.. biarlah dia dengan dunia nya.. cuma terkadang aku agak kecewa dengan impian yg tak kesampaian.....

Okaylah... apapun di bawah ni sekadar renungan kita di bulan mulia ini.. selain mendambakan pahala dan hasanah yang segera sperti bulan Ramadhan ni.. lakukanlah juga sedekah jariah,.. selain digandakan apa yang kita buat ia juga dapat membantu kita bila berada di alam barzah nanti kerana pahala dan hasanah ini akan kekal selagi apa yang kita sedekahkan mendapat manfaat pada umat manusia mahupun makhluk Allah SWT yang lain... Renungankanlah...
Salam sayang untuk semua... selamat berpuasa dan selamat berbuka... Wassalam

Sedekah Jariah yang sentiasa mendapat hasanah dan pahalanya...

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah.
2. Sumbangkan kursi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat hasanah.
3. Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang
4. Bantu Pendidikan seorang anak5
. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah
6. Berbahagi CD Quran atau Do'a
7. Libatkan dalam pembangunan sesebuah masjid tenaga atau harta
8. Letakkan pendingin air di tempat umum
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat hasanah..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home