Monday, September 04, 2006

Merdekakah Kita?

Hai...!! apa khabar kalian semua?? bagaimana dengan cuti merdeka? Hm tentu ramai yang punya cerita tersendiri... apapun pada aku malam merdeka tidak banyak berbeza seperti malam-malam lain... cuma ia sekadar berbeza dengan menghadiri 'port luck party' di rumah Razif di Taman Tun.. Ramai juga kawan-kawan yang aku kenali dan tidak menghadirinya... cukup gembira aku berjumpa sambil berborak dengan pelbagai topik hangat lagi menarik. Malam itu aku gembira di sisi Afiq.. walaupun antara kami masih baru namun aku terasa cukup selesa bersamanya...

Tatkala mendengar dentuman bunga api di sekitar The Curve dan IKEA, aku tiba-tiba saja teringatkan memori ketika bersama abang Zul dulu... hmm memang menjadi kebiasaan setiap malam merdeka dan tahun baru kami hanya perlu berada di balconi rumah dan menyaksikan percikan bunga api di seluruh Lembah Klang malah sehingga ke Mines Wonderland... Apatah lagi di Bukit Bintang, KLCC, Dataran Merdeka malah di Shah Alam! Tapi malam tu aku cukup gembira walaupun tanpa pemandangan di balconi rumah, aku tetap ceria dan merasakan kegembiraan itu bersama teman-teman yg lain.. Apatah lagi dengan kerenah satu-satunya wanita malam tu.. Kak Mas.. dia memang cool dan sporting!!

Hmm berbalik kepada hidup aku... entahlah.. aku rasa makin hari aku makin jauh untuk menggapai bahagia.. segala apa yang aku lakukan masih terlalu jauh untuk ku miliki... cahaya kebahagiaan dalam kehidupan ku ternyata masih samar-samar... dari kerjaya hingga ke perhubungan aku makin jauh untuk mendekati sebuah erti kejayaan... pendekata tiada kejayaan langsung yang dapat aku banggakan sepanjang tahun 2006 ini.. semuanya hanya kedukaan, kepayahan malah penat jerih untuk mendapatkan sesuatu... begitu juga kerjaya dan bisnes aku sekarang... makin hari makin payah malah tiada satu pun yang benar-benar memuaskan hati aku... seolah pintu rezeki aku makin tertutup. Kenapa ya?? entahlah aku kurang pasti...!!

terkadang aku tertekan memikirkan jalan hidup ku... apakah ini jalan yang aku pilih? apakah ini jalan yang terbaik untuk aku?? kalau ya mengapa segala apa yang aku lakukan tak menjadi? entahlah.. aku makin tertekan.. segalanya menjadi serba tak kena... rasa stress sangat kadang-kadang tu... apa nak buat!! Redha dan pasrah.. itu saja dapat aku katakan... sampai bila baru semua ini akan berakhir? keadaan semakin bertambah kalut... tak tau apa yang harus aku lakukan lagi...

Tuhanku berilah hambaMu kekuatan.. semoga masih ada jalan bahagia.. Amin!! Buat semua semoga kalian masih bersamaku dalam apa jua dugaan yang mendatang.. Buat Afiq.. semoga dirimu dapat menerima aku seadanya... terima kasih di atas perhatianmu.. hanya Dia saja yang tahu betapa aku terlalu gembira tatkala bersama mu.. semoga ada jodoh antara kita..

Buat 'W', semoga persahabatan kita terus kekal... Walaupun abang tak call awak bukan bererti abang melupakanmu.. semoga kejayaan terus menjadi milikmu.. Abang akan sentiasa mendoakan dan memberikan sokongan pada karier mu.. keep a good work bro!!

Untuk Arie jika kau menatap bingkisan ini... percayalah.. tiada sekelumit pun di hati aku untuk melukakan hatimu... terpulanglah pada kau... pada aku kau tetap kawan aku dunia dan akhirat tapi jika selama ini aku menyusahkan kau ataupun kau rasa lebih baik aku di 'didnt' kan dari hidup kau aku pasrah... apapun aku tak pernah lupakan kau.. malah aku mengharapkan hubungan kita terus kekal seperti dulu.. percayalah...!

Salam kemerdekaan untuk semua semoga Malaysia terus aman dan makmur... Tapi merdekakah kita ssat ini? Politik mungkin, tapi dari segi budaya? merdekakah kita? Hmm apapun semoga kita akan merdeka dari segi politik, sosio ekonomi, budaya malah bahasa juga.suatu hari nanti.. InsyaAllah!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home