Musim Bertukar Warna...

Berbalik kepada hidup aku... hmm apa lagi ya.. Nama baru lagi dalam blog aku??
Ah! Mungkin ada yang dah penat dengar asyik jumpa orang baru.. tapi tak ada apa-apa terjadi... masih keliru dengan 'W' dan kekecewaan yang melanda itu saja kan?? Ah!! aku pun kadang-kadang bosan dengan hidup aku.. banyak sangat masalah yang sama dan masih tak selesai... cuma kat sini buat pertama kali nya aku akan bercerita tentang seseorang yang aku kenali .. kami kenal lama cuma baru beberapa hari lepas aku berkesempatan berjumpa dengannya... Hmm wajahnya iras pelakon Hans Isac. Okay.. aku refer dia sebagai Fiq. Setakat ni aku senang kawan dengan dia.. Dia memang baik.. very humble walaupun datang dari keluarga yang berada.. perwatakannya punya persamaan dengan Lanz. Hmm buat masa ni aku tak mahu komen lebih lebih di sini.. cuma aku tak nafikan kehadirannya sedikit sebanyak 'melupakan' aku pada 'W'. Fiq datang dari latar belakang keluarga yang lebih kurang sama dengan aku.. keluarga campuran... dia Melayu Arab manakala aku Melayu Arab dan Cina. Hmm cuma dia carried title Syed.. Hm apa-apa saja lah..

Hmm minggu lepas rasa tak selesa pulak aku tidak ke menghadiri majlis ulangtahun Iz di Times Square.. tapi apa nak buat disebabkan ada perkara-perkara yang tak dapat dielakkan aku terpaksa membatalkan hasrat ku ke sana di saat akhir.. memang aku teringin sangat nak menghiburkan hati seorang sahabat yang benar-benar aku hargai...tapi sudah tiada rezeki.. hmm harap Iz memahami tentang masalah abang sekarang ok?? Apapun terima kasih di atas undangan yang tiada ternilai harganya...
Berbalik pada cerita tentang Fiq... paling aku merasakan dunia ini terlalu kecil bila mendapat tahu dia juga mengenali 'W' malah dia pernah bertunang dengan sepupu 'W' beberapa tahun lepas.. Hmm macamana tu? terlalu kecil dunia ni ya?? Apapun aku harap antara kami ada kesesuaian... cuma aku terlalu segan kalau dia menceritakan pada 'W' hmm harus pecah lubang!! Sure kena sembur!! apapun aku tak fikir Fiq akan melakukan semua itu...
Hmm rasanya cukup dulu buat kali ini... malam ni pada semua peminat Siti macam aku jangan lupa tengok majlis perkawinan gemilang dekad ini.. secara langsung di TV3 pukul 9 malam. Sama waktu dengan program stesen TV gila rating... Astro! Perlu ke nak buat temu bual dengan Mawi dan Ina dalam masa yang sama?? macamlah tak ada hari lain... apapun kita tengoklah rating nanti siapa yang lagi tinggi... Salam sayang buat semua... especially buat Fiq... really miss you dimple.... same like I miss him ('W')!! Wassalam!
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home