Mahligai Permata....

Lembut bicara tutur disebut orang. Lemah gemalai tari perawan.. Senyum melirik menambat hati.. Tidak mahligai tempat naungan Berbumbung tetap jua dituruti sehidup dan semati...
Majlis pernikahan Siti Nurhaliza yang berlangsung semalam berjalan dengan penuh istiadat dan budaya Melayu yang tinggi nilainya. Suka aku tengok Siti yg anggun dengan tudung nya.. Rasanya inlah penampilan paling menarik dari artis kesayanganku ini.. Apapun tanggapan masyarakat tentang siapa pilihan Siti Nurhaliza.. Aku tak ambik pot.. Biarlah mereka. Pada aku samada siapa saja pilihannya itukan sudah jodoh yang ditentukanNya. Ada hikmah yang kita tak tahu yang Dia ingin tunjukkan. Samada hikmah itu untuk kebaikan Siti sendiri ataupun sekadar iktibar buat kita semua.. Jadi jangan menyalahi takdirNya. Dia Maha Mengetahui atas apa yang ditakdirkanNya. Dapat aku nyatakan di sini yang aku mendoakan kebahagian Siti dan suaminya Dato Khalid.. Hmm mula sekarang kita kena panggil Siti Datin Siti Nurhaliza!! (Harus bunuh diri orang selama ini anti-Siti)
Okay, sebelum kita kembali bercerita pasal Siti Nurhaliza aku nak cerita sikit tentang malam rabu lepas aku menonton PLGM di Istana Budaya (IB) bersama 'W'. Hmm dapat aku katakan ia bukan sekadar indah khabar dari rupa.. memang bagus dan tak sia-sia IB sekali lagi meminta pihak Infiniti Pictures sekali mementaskan teater yang terbaik dan termahal dalam sejarah pementasan teater di tanahair kita. Lakonan mantap Tiara dan Stephen memang memukau!! Cuma pada aku nyanyian Tiara hanya biasa-biasa saja... kalau dia punya suara sehebat Siti.. mesti lebih menarik. Suara si Hang Tuah kita dah memang terbukti macho dan bersuara jantan... cuma pelat mat salehnya masih kedengaran!! Lakonan AC Mizal sebagai Raja Majapahit memang menggerunkan... Aku tak sangka dia lebih 'menakutkan' dari pelakon asal PGL. Apapun semuanya memang memuaskan hati aku kecuali... lagu nya yang terlalu moden! Pada aku kalau masuk unsur tradisional kan bagus! Macam lagu 'Asmaradana' dan 'Bagaikan Sakti'... Sebab teater ni bukan sekadar nak tunjukkan lakonan dan budaya kita saja tetapi juga khazanah muzik kita... Kesimpulan dan keseluruhannya... aku puas hati dan suka dengan teater ni.. Tahniah untuk Datin Seri Tiara dan semua yang terlibat!! semoga ada lagi sinar untuk seni dan budaya bangsa kita yang sehebat PGLM..
Malam itu aku agak tak keruan bila saja mata-mata memandang aku dan 'W'.. bukanlah semua orang.. tapi adalah antara mereka yang mungkin perasan si pengacara rancangan TV ni tetiba ada sama menyaksikan PGLM.. Cuma sesekali aku teringat memori hampir 12 tahun lalu ketika mendampingi insan yang hampir sama karier atau kerjaya dengan 'W'.. Memang agak sukar menerima yang kekadang aku seolah diketepikan bila dia melayani peminatnya.. lebih-lebih lagi peminat pompuan yang 'very the crazy' .. rasa nak tampar pun ada... tapi apa nak buat.. tengok jerlah... Hmm bila difikirkan balik agaknya mungkin inilah sebab nya kalau artis tak kekal lama bila kahwin dengan orang biasa.. bukan mereka yang tak tahan tapi pasangan mereka yang tak boleh bertahan...
Entahlah.. tu sebabnya sampai sekarang aku masih tak boleh nak bagi kata putus tentang hubungan aku dan 'W'.. Aku terlalu takut untuk mengulangi kesilapan hampir 12 tahun lalu... Cukuplah.. aku dalam dilema sekian lama.. Akhirnya terpaksa undur diri bila keadaan memaksa dan aku tidak lagi dapat menerima situasi yang berlaku... apatah lagi aku tidak mampu untuk menyesuaikan diri dalam dunia penuh glamour! Biarlah macam spongebob!! selesa hidup dalam dunianya sahaja... hai spongebob!! Love u, Patrick and Squidword as well!
Okaylah.. berbalik cerita Siti tadi... korang dah tau kan yang janda Dato' Khalid, Tengku Zawyah yang membawa diri jauh ke Melbourne (hmm tempat kenangan aku dan Sham dulu)
semata-mata mahu lari dari kesepian dan resah diri untuk menyaksikan perkahwinan Dato Khalid dan Siti.. Hmm aku simpati dengan dia sebab aku faham perasaannya.. Yelah.. kalau orang itu pernah hadir dalam hidup kita dan berkongsi hidup bersama tentu sukar menerima hakikat yang insan tersayang sudah dimiliki oleh orang lain... itu juga yang aku rasai bila tiba hari bahagia abang Zul tiga tahun lalu... Tuhan saja yang tahu betapa aku resah dan gelisah malah tak boleh langsung melelapkan mata mengenangkan hari bahagianya.. Alhamdulillah berkat galakan dan dorongan mama dan adik perempuanku, Ina dan Sham (ketika itu aku sudag mengenalinya cuma belum 'confirm') aku berjaya melalui hari-hari paling mencabar dalam hidup.. Sebetulnya.. hanya dengan limpah kurniaNya dan rasa ketenangan tatkala sujud padaNya saja yang mampu menolong di saat-saat itu... Jadi aku berharap Tengku Zawyah mampu melalui hari-hari penuh kesukaran. Aku yang selama ini bersama abang Zul selama 6 tahun pun rasa macam nak mati.. apatah lagi dia yang sudah 20 tahun berkongsi kasih sayang dan dikurniakan 4 cahaya mata lelaki yang comel! Apapun di sebelah aku letakkan cover terbaru majalah Nona untuk tatapan korang. Memang masih bergetah mak engku kita kan... Tak pe aku percaya ramai yang menunggunya di luar sana... InsyaAllah... ada sinar menanti.. Bak kata akak Celine Dion 'My Heart Will Go On'.. Apa saja yang berlaku antara Mak Engku, Dato Khalid dan Siti hanya mereka bertiga dan Allah SWT Maha Mengetahui.. Aku tidak sebelahkan mana-mana pihak... Jadi tak payahlah kita nak menambah dosa mengutuk samada Siti dan Dato Khalid ataupun Mak Engku sendiri. Apapun kita doakan kebahagiaan mereka bertiga! InsyaAllah!

So aku rasa cukup setakat di sini... cuma meminjam kata-kata kawan aku, 'J', Siti 'berhutang' dua album tradisional dengan peminatnya.. Jadi aku setuju sangat Siti meneruskan kariernya walaupun selepas bergelar isteri. Selepas Sanggar Mustika 2002, Siti sepatutnya menghasilkan kesinambungan album tradisional untuk album Prasasti Seni (2004)... Jadi InsyaAllah tahun 2007 nanti Siti akan tampil dengan album tradisional... Aku juga setuju sangat kalau Siti mahu mengenakan tudung selepas balik dari umrah nanti.. Semoga Allah memberkati Siti dan mengabulkan hasratnya itu... Tudung bukan penghalang untuk menyanyikan lagu-lagu pop dan moden dan tidak bererti bila bertudung hanya perlu tampil dengan konsep 'world music' ataupun nasyid. Mana tahu selepas Siti bertudung makin ramai artis mengikut jejaknya... Jangan terkejut kalau Akak Ning Baizura sendiri akan bertudung nanti.. InsyaAllah!
Akhirkata, buat Hanz yang kini jauh di mata.. semoga beroleh ketenangan yang diinginkan... Walaupun jauh di sudut hati abang, abang tahu Hanz buat semua ni adalah semata-mata kerana tidak boleh menerima abang... Buat 'W'... semoga persahabatan kita kekal selamanya... Usah difikirkan soal hati.... Rasanya awak boleh dapat cinta lain yang lebih baik... Berkawan itu lebih baik... Abang teringat lirik lagu 'Antara Cinta dan Kasih' (Aishah)... "Genggaman erat tanganmu membuat aku terharu.. Keikhlasan mu sungguh mengusik emosi dan perasaan.. Kini kau ingin aku membelai di jiwa... Walaupun kau bukan kekasih, namun bukan sekadar teman biasa... hadirmu membawa cahaya di hati yang terluka.... Walaupun apa yang akan terjadi... Cinta dan Kasih rahsia kita berdua!!"....... Wassallam!
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home