Tuesday, July 04, 2006

Aku Sebutir Pasir...

Hari ulangtahun kelahiran ku yang bakal menjelang lima hari lagi. Hari terakhir Piala Dunia di Jerman. Seluruh dunia akan meraikan kejayaan pasukan terbaik dulu pada hari itu. Hmm entah siapa yang bakal dinobatkan sebagai juara dunia selepas tumbangnya skuad samba, Brazil. Aku rasa kelakar pulak dengan kekalahan Brazil di tangan pasukan pilihanku Perancis. Tulah padahnya terlalu over confident! Aku menjangkakan perlawanan akhir nanti adalah di antara pasukan tuan rumah Jerman dan Perancis. Harap kali ini 'abang' Zidan aku tu menyerlah lagi. Okaylah tinggal dulu soal bola. Aku pun bukan suka sangat bola ni. Maklumlah... (sendiri mau ingatlah!!)
Pagi ni aku bangun dengan pelbagai rasa dan perasaan. Perasaan sedih, kecewa, bahagia dan macam-macam lagi. Bercampur baur... Sedih dan kecewa dengan sikap beberapa insiden sehari dua ni. Bahagia kerana diri semakin disayangi walaupun aku sendiri tak pasti apakah itu kebahagiaan yang aku cari. Entahlah... terlalu banyak apa yang aku ingini seolah tiada petunjuk jalan. Semua yang aku lakukan kini seolah makin sukar...! Bukan saja kerjaya, persahabatan malah cinta! Kehidupan ini seolah semakin tiba ke penghujung! Entahlah aku makin tertekan. Banyak sangat yang tak 'smooth' sejak kebelakangan ini.
Sikap Arie semalam benar-benar mengguris perasaanku. Aku tau silap aku... tapi tak kan aku dihukum sebegitu hanya kerana sesuatu yang berlaku di luar kawalanku. Malah tidak sengaja aku melakukannya. SMS nya juga amat mengguris hati. Aku benar-benar merasa jauh hati! Tapi apalah dayaku... Kalau itu nilai yang perlu aku bayar atas apa yang dilakukan aku terima. Sudah memang nasib aku apa lagi perlu aku buat. Cuma aku sedih persahabatan yang terjalin sejak beberapa tahun lalu seolah berada di hujung tanduk. Apapun aku cuma pasrah. Terpulanglah pada dia. Aku sudah meminta maaf... kalau dia masih tak boleh terima apa lagi daya aku.
Semalam aku bergayut lagi dengan dia. Sampai pukul 2 pagi. Hmm tak tahulah.. aku memang dah makin jatuh cinta dengan dia kot. Ok, bermula dengan bingkisan ini aku gelarkan dia dengan nama "W". Mesti ada tercari-cari siapa "W" yang dimaksudkan.. Ha ha! Jeng! Jeng! Bak kata Siti 'Biarlah Rahsia'. Aku tak mahu mendedahkan identitinya. Lagipun sebagai seorang personaliti yang dikenali, tak patut aku dedahkan 'kepincangan' nalurinya! Aku sengaja berbicara di hadapan Ard. Bukan membalas dendam tapi untuk buktikan aku ni bukan 'tak laku sangat' . Tak kisahlah samada dia peduli atau tak, yang penting biar dia tahu yang aku tak kan mati tanpanya.
Masih berkisar tentang hati. Aku sebenarnya sudah mula menyayangi "W" ... namun aku masih tak pasti samada aku harus menerima atau tidak. Memanglah dia tidak mendesak... aku pun sedar siapa aku di sisinya. Dia insan punya segala-galanya. Ada rupa, nama dan kerjaya yang menarik. Sedangkan aku... hanya manusia biasa yang tak punya apa-apa. Harta tiada apalagi rupa... kerjaya pun biasa-biasa saja. Mana mungkin semua itu terjalin.. Lagi satu mengenai statusnya, mengingatkan aku pada apa yang aku lalui 12 tahun lalu... ketika itu aku baru mengenali 'dunia' ini. Orang sepertinya lah yang membawa aku ke 'dunia' penuh nafsu dan hipokrit ni.
Entahlah... Aku makin keliru... manakan memikir perkara-perkara peribadi... cinta yang diundang ini kian menghantuiku... Terkadang aku cuba 'ignore' dia.. tapi makin di'ignore' makin kuat ingatan ku padanya. Wajah manis penghias majalah-majalah hiburan kebelakangan ini. Lesung pipit di pipi yang menjadikan tarikan ketara untuk aku... Wajah jejaka yang selama ini meruntun kalbu ku. Rasa tak percaya dapat kenal dan mesra dengannya. Aku ingat dia sombong... rupanya 'in-person' dia terlalu berbeza. Manja dan romantik! Ahhh!! tension!
Aku teringat lagu popular kak Jee yang menjadi lagu perangsang hidupku. Lagu ciptaan Adnan Abu Hassan dan Adam Ahmad ini memang syahdu... Liriknya pula hasil karya abang Amran. Lagu ini yang akan aku dengar bila aku terasa sangat 'down'. Cuma air mata ini akan turun tanpa disedari bila tiba rangkap "beribu teman ketawa...payah ku temu yang sanggup bersatu... Di dalam susah dalam senang... Yang hadir cuma kepalsuan... Dugaan demi dugaan aku pasrah menadah tangan!"
"Perjalanan masa mengajar hati semakin tabah kini... Di dalam kemarau dan gerimis... Aku tetap gagah mengharungi... Tuhan, Aku bagaikan sebutir pasir yang lemah lagi kerdil... Teguhkan keimanan jiwa ku.. Agar tidak terpesong darimu!!"
Okaylah... cukup dulu untuk kali ini... Nanti aku tulis lagi... Buat semua yang mengenali diri ini semoga kalian berbahagia menikmati hari-hari mendatang. Buat Arie, sekali lagi aku minta maaf, aku tak berniat nak sakitkan hati kau... Aku harap insiden hari tu tidak menggugatkan ikatan persahabatan yang dibina sekian lama. Semoga kita akan terus bersahabat hingga ke akhirnya kerana kau adalah sahabat ku dunia akhirat. Semoga kau mengerti apa yang berlaku adalah di luar kawalan ku.
Salam sayang buat "W"... sabarlah menantikan saatnya k? Abang akan cuba mengenepikan semua halangan yang ada... Kalau ada jodoh, adalah... kalau tak... abang yakin awak boleh dapatkan yang lebih baik dari abang... Orang sehebat awak.. tak susah la..!! Apapun hari Ahad ni kita celebrate birthday abang seperti yang kita rancangkan semalam. Sorry sangat sebab tak dapat nak celebrate malam sebelumnya.. abang tahu awak pun sibuk.. Begitu juga abang... Karier kadang-kadang lebih penting dari segalanya. Semoga terus berjaya!!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home