Menatap album terbaru Amy Mastura lewat tahun lalu, aku dapat rasakan inilah album terbaik darinya. Walaupun masa tu satu lagu baru dia pun aku tak dengar lagi namun dari cover album pun nampak 'meriah'. Pakaian Amy memang ranggi dan ringkas. Tak nampak macam mak budak.
Masuk saja kereta, aku terus pasangkan CD nya. Hmm petikan piano track pertama 'Bukakanlah Pintu' memang best. Aku ingat lagu ni mesti syahdu habis.. rupanya satu lagi 'fast number' dari salah seorang komposer kegemaranku, Azlan Abu Hassan. Satu hasil yang berlainan dari Azlan. (Untuk pengetahuan semua antara lagu hitz beliau seperti 'Satu Cinta Dua Jiwa (Siti Nurhaliza), Keabadian Cinta (Anuar Zain), Elegi Sepi (Azharina) dan Sinaran (Shiela Majid)). Lagu ni memang lain. Susunan muzik yang lain dari yang lain membuatkan aku makin 'tabik' pada Azlan. Macam lagu 'Elegi Sepi' (Azharina) dulu, tak terlalu tipikal macam lagu lagu dia (Azlan) sebelum ni.
Track kedua, 'Kasihku Sinar' merupakan lagu kegemaran aku. Tentu ada yang sudah mendengar lagu ni bagi mereka yang mengikuti drama bersiri 'Mya Zara' di TV3 setiap malam Selasa hingga Khamis pukul 10.30 malam.Lagunya memang best. Susunan muziknya memang sinonim dengan Amy. Macam lagu-lagu seperti 'Siapalah Aku' dan 'Kembalilah'. Petikan gitarnya bersahaja. Menarik! Melodi ciptaan Anuar Zain dan Hazami ini sebenarnya boleh 'layan' walaupun baru sekali dengar. Satu yang menarik lirik lagu ni... ceritanya cinta tetapi bukan cinta yang biasa... cinta tanpa sinar, tanpa asmara. Mulanya aku sangka ianya sebuah lagu 'frust' yang menjurus kepada cinta yang tak kesampaian rupanya tidak. Ceritanya cinta yang tidak dihadiri dan dipupuk dengan kasih seorang kekasih. Mungkin sesuai untuk dua insan yang memang rapat tetapi bukan seperti kekasih kerana tidak ada perasaan cinta antara satu sama lain. Namun antara mereka ada perasaan sayang dan kasih. Mungkin seperti sayang abang kepada adik, sayang seorang lelaki kepada seorang lelaki lain (bukan gay tau?!)
Track ketiga yang merupakan judul album. Lagu ni dari awal sampailah sekarang aku tak berapa berkenan. Kak Amy tak patut rosakkan suara unik dia untuk lagu ini. Bukan tak sedap, best cuma suara Amy tak sesuai untuk lagu ini. Pitch korus yang agak tinggi terdengar seolah 'menyeksa' Amy. Memang tak sesuai!! Semoga tiada lagu-lagu sebegini di albumnya akan datang. Langkah Amy untuk menyanyikan lagu sedikit 'blues' (intro) dan alternative rock dipuji kerana menjadikan dia penyanyi serba boleh, namun ini bukan lagunya. Tidak seperti dalam album terdahulu 'Akan Datang' tahun 2002, lagu 'Bulan Bertemu Bintang' adalah lagu ala alternative rock yang menarik dan catchy.
Track keempat ''Penghujung Hari' melengkapkan koleksi lagu lagu balada Amy. Melodi mantap dan menyentuh hati namun belum cukup kuat untuk dijadikan single. Mungkin sekadar single kedua rasanya okey. Namun bagi mereka yang suka lagu-lagu balada Amy sebelum ini, lagu ini akan mengingatkan kita pada lagu-lagu seperti 'Cahaya', 'Kasih', 'Warkah Biru' dan ' Di Sudut Hati'. Mungkin anda akan suka.
Track kelima, 'Pesan Mama' memang unik. Muzik Pop rock ini memang hebat. Aku cuma tertarik pada liriknya, sebahagian menyebut... "Mamaku ada berkata cuba ikuti akan sang lebah, sengatnya hanya tertinggal jika terpaksa" dan "Mamaku berpesan yang menjadi burung lelayang mencabar awan yang tinggi tak jejak bumi yang tinggi"... Hmm tinggi maksud tu. Mengajar kita tidak terlalu yakin macam burung lelayang, akhirnya yang kecewa kita sendiri. Begitu andai kita mempunyai kekuatan gunakanlah sebaik mungkin dan di waktu yang tepat.
Track keenam, percubaan Amy untuk menyanyi lagu yang ada rap menjadi... Lagu 'Bingung' kini menduduki nombor 2 carta Red FM. Kalau tak silap sudah lebih 5 minggu tetapi masih tak dapat kalahkan Mawi dan M Nasir. Lagu 'Bingung' memang unik. Ada elemen tradisional sikit. Bunyi gendang jelas kedengaran. Cuma ada antara rangkap lagu ni, muzik lebih kuat hingga menenggelamkan suara Amy. Begitu juga rappers nya, macam 'over' la. Namun apapun lagu ni memang sedap. Mungkin ini single terbaik. Pihak Sony BMG malah Amy sendiri mungkin tak menyangka lagu ini akan 'naik'. Kerana itu lagu ni diletakkan pada track keenam. Bukan pertama atau kedua. Yelah, mana boleh agak sangat selera orang kan?
Okay tinggalkan lagu 'Bingung' kita pergi kepada lagu 'Ku Lukiskan Angan' di track ke tujuh. Lagu ni agak slow, namun ciri-ciri balada yang hebat ada dalam lagu ni. Penggunaan bunyi sitar (intro dan solo) menambah unik lagu ni. Melodinya biasa sahaja namun liriknya menyentuh hatiku... "Mana mungkin Tuhan membataskan baik dan kejujuran." Hmm memang pun. Tak ada pun batasan untuk kita berbuat baik. Begitu juga kejahatan. Kalau diizinkan, jahatlah kita.
Track kelapan 'Teman Jiwa' catchy lagi , pop rock habis. Tapi 'mengancam'. Begitu juga track kesembilan 'Mungkinkah Nanti'. Ia mengingatkan aku pada lagu 'Hadiah' dari album 'Bintang Hati'. Melodinya romantik dan syahdu gitu, kata orang.
Track terakhir 'Cinta'... Hmm rileks habis. Lagu ciptaan dan lirik Amy sendiri ni memang catchy. Khabarnya ianya adalah sambungan lagu 'Sha Na Na". Melodi memang senang 'tangkap' dan susunan muziknya catchy macam 'Sha Na Na' memang segar la. Cuma padaku melodi dan muzik Sha Na Na lebih meyakinkanlah. Liriknya lebih kepada kehidupan yakni soal cinta. "Kalau benar cinta itu buta, siapakah jadi mangsanya? Kalau kita boleh beli cinta, berapa pula harganya?" Hmm berapa harga cinta ya? terkadang harga cinta tu percuma saja, itupun bila kita dikecewakan. Cinta itu memang tak berharga.
Hmm secara keseluruhan aku bagi album ini empat bintang berbanding lima. Bahkan lebih baik dari album 'Akan Datang' namun masih belum dapat menandingi album 'Bintang Hati' dan 'Amy Mastura' (1994) yang memuatkan lagu-lagu seperti 'Jawapan Kasih', 'Meniti Hari', 'Kasih', 'warkah Biru' dan 'Suria Khatulistiwa'. Jadi setakat ini dulu naskah kali ini. Mungkin selepas ni komen aku pasal drama/filem ataupun album baru yang aku dapatkan. Tapi hanya album-album Melayu la. Bukan bermakna aku tidak berminat artis antarabangsa tapi bertepatan dengan bloq aku yang memperjuangkan bahasa dan seni Melayu. Setakat ini dulu buat masa ni. Wassalam
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home