Ku Ke Udara Lagi..
Salam Pertemuan... Ku ke Udara Lagi... Macam juruhebah radio pulak kan? Hmm hampir tiga bulan aku tidak menulis apa-apa.. banyak perkara yang merubah hidup ku dalam masa tiga bulan ini namun tidak satu pun sempat dikongsikan dengan anda semua. Seperti naskah-naskah naskah lalu ia banyak tertumpu pada dilema persimpangan aku dan dua orang kekasih hati, Sham dan Ard. Namun kini segala dilema itu sudahpun berakhir. Bukan setakat hanya diselesaikan malah terhapus sudah segala kekusutan itu.
Hmm bagaimana hendak dimulakan ya? Tapi sebelum tu buat pengetahuan semua, dengan munculnya tahun baru Hijrah 1427, Alhamdullillah, rezeki ku dalam bidang yang aku ceburi kini semakin melimpah. Ramai client-client baru ku samada prospect tahun lalu malah ada juga prospect baru yang aku sendiri dapatkan. Syukur padaMu Tuhanku.
Apa saja yang berlaku sebenarnya mempunyai hikmah yang mungkin kita tidak tahu. Begitu juga dengan naluri hati sendiri. Setelah melalui segala dilema dan keresahan sepanjang akhir tahun lalu ketika Sham kembali semula ke tanahair hinggalah keikhlasanku berterus terang pada Ard. Namun kini segala dilema itu seolah hanya satu episod mimpi di siang hari. Buat pengetahuan semua, sekarang hidupku hanya untuk diriku. Aku semakin mengerti yang dalam 'dunia' ini tiada yang kekal. Buat apa menyeksa diri dengan limpahan masalah dan risiko. Kini aku semakin belajar erti hidup berseorangan. Adakalanya lebih baik bak kata lagu Jamal Abdillah yang popular sekitar tahun 1980an dulu, 'Sendiri' berbunyi... "Sendiri ada waktunya memberi ketenangan di jiwa... Sendiri kadang menyiksa kerana tiada teman bicara". Bagiku sendiri kini memang menenangkan. Aku tidak perlu memikirkan soal tanggungjawab. Hanya diri sendiri, puas hati kerana boleh ke mana saja tanpa perlu memberitahu sesiapa apatah lagi dengan kerjaya yang semakin mencabar dan sibuk ini.
Namun aku akui terkadang aku kecewa, sedih dan pasrah atas apa yang berlaku kini. Kata-kata Sham sebelum ini tidak pernah aku duga. Mana tidaknya selepas hampir tiga tahun menunggu saat untuk bersama, dia boleh berkata yang dia hanya boleh menerima aku sebagai abang bukan lagi kekasih! Mulanya aku ingatkan ianya hanya gurauan. Tetapi sewaktu melawatnya di DSC kerana dihidapi demam denggi, dia mengulangi sekali lagi ungkapan "boy friend ke? Hmm abang jelah!" hancur luluh hatiku ketika itu. Mujurlah aku mampu mengawal perasaanku. Aku tak pasti apa yang menyebabkan dia mula merasakan demikian. Mungkin kerana kesibukan aku selepas dia pulang semula ke tanahair membuatkan dia mula merasa bosan. Memang kami tak sempat untuk 'honeymoon' bersama sekali lagi sebagaimana yang dilalui di Pangkor, PD, Langkawi malah berkunjung ke negara Kanggaru itu sendiri ketika dia masih lagi menuntut di sana.
Aku pasrah saja pada apa yang berlaku. Dalam masa yang sama aku nampak banyak perubahan pada Ard setelah dia mengetahui hubungan aku dan Sham. Sewaktu aku membuat pengakuan padanya dia nampak tenang, malah memujukku yang dia boleh menerima keadaan itu. Cuma berilah dia masa untuk semua itu. Tapi sepatutnya kami makin mesra tetapi dasarnya tidak. Aku makin keliru! Apakah dia menerima ku sepertimana janjinya ataupun sekadar impianku.
Akhirnya bermula hari pertama Mac 2006 aku mengambil keputusan untuk menerima saja permintaan Sham dan dalam masa yang sama aku menganggap Ard hanya sebagai adik dan bermakna hubungan kami hanya bertahan lima bulan. Sebagaimana antara aku dan Sham, itulah juga antara aku dan Ard kini. Dua-duanya hanya sekadar adik.
Well! Closed Case! Tutup buku lama, buka buku baru. Buku baru tanpa cinta pada manusia. Cintaku kini hanya Maha Esa dan kerjaya ku. Alhamdulillah, hikmah semua ini aku semakin taat padaNya. Aku bersyukur hingga kini sesibuk mana pun aku, aku akan mengadapNya sebaik saja masuk waktunya. Aku cuma mengharapkan keredhaanNya. 'Dunia' ni biarlah... aku boleh hidup tanpa sesiapa di sisiku. Terkadang kawan-kawan rapat lebih baik dari kekasih. Dengan memiliki sahabat seperti Arie, Wan, Iz dan Faizal aku makin tabah. Alhamdullilah berkat sokongan mereka, aku makin tabah dan bersemangat terutama sekali Wan yang banyak mendekatkan aku padaNya. Mungkin kerana kerjaya kami yang sama, rasa tanggungjawab pada diri sendiri itu hampir sama. Malah dia juga adalah insan-insan dalam 'dunia' ini.
Semoga hari-hari mendatang memberikan aku sekali lagi harapan dan impian yang masih jauh untuk dicapai. Aku tanamkan impian aku yang sejak dulu asyik tertangguh, untuk mengunjungi Baitullah! InsyaAllah ada rezeki dan kesempatan aku akan mengerjakan umrah dulu. Inilah impianku kini. Sesungguhnya tahun 1427 ini adalah hijrahku. Hijrah ke jalan lebih baik. Tentang 'dunia' ini aku belum pasti bila aku akan meninggalkannya. Tapi cukuplah setakat mengurangkan aktivitiku buat masa ini. InsyaAllah kalaupun terdesak, aku masih punya tangan ini untuk membereskan nya. Tak perlu lagi insan lain sebagai pemuasnya. Bak kata orang 'self service'! :-P
Sampai di sini dulu buat masa ni semoga bertemu lagi seminggu akan datang.
Wassalam
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home