Friday, March 24, 2006

Anugerah Industri Muzik 2006


ANTARA JACKLYN VICTOR DAN ADIBAH NOOR

Bertemu lagi dengan naskah komenku. Kali ini mengenai anugerah berprestij yang menjadi acara tahunan setiap kali tiba bulan April iaitu Anugerah Industri Muzik Malaysia yang memasuki tahun ke 13. Banyak kekalutan yang berlaku tahun ini, termasuk dua tiga isu kontroversi yang mempertikai kewibawaannya sebagai salah satu pemangkin kegemilangan industri hiburan negara khususnya muzik.

Aku tidak mahu komen isu ‘world’ yang dikemukan oleh fanatik Juara Akademi Fantasia (AF), Mawi yang pada awalnya gagal dicalonkan untuk album ‘Yang Tercinta’ dalam anugerah kali ini. Kenapa dan mengapa, aku rasa semua sudah tahu. Tetapi bila Mawi disahkan dapat bertanding, kategori yang sepatutnya mengadili ‘Yang Tercinta’ tidak dapat diadakan tahun ini berikutan kurang penyertaan untuk Album Pop Etnik Terbaik. Yelah, Ratu Pop Tradisional, Noraniza Idris pun tidak ada album tahun lalu, kalau tak, nak juga aku tengok sejauh mana pencapaian Mawi tanpa undi yang ditaja (SMS). Mawi hanya mampu berpuas hati dengan pencalonan akhir lagu terbaik, Aduh Saliha ciptaan M Nasir dan lirik oleh Loloq.

Apa yang hendak aku sentuh di sini adalah mengenai siapa yang bakal pulang dengan penuh kebanggaan pada malam itu nanti. Walaupun tahun ini aku tidak terlalu teruja kerana artis kesayanganku Siti Nurhaliza tidak dicalonkan (kecuali Kategori Vokal Terbaik Dalam Album (Wanita)), tapi setelah melihat senarai akhir lima yang terbaik, aku dapat nyata di sini, tahun ini juga sememangnya meriah. Semuanya kerana kehadiran dua bakat baru Jacklyn Victor dan Adibah Noor yang merupakan antara yang terbanyak mendapat pencalonan akhir.

Dua nama besar ini tercalon untuk merebut dalam kategori Artis Baru Terbaik, Album Pop Terbaik dan Vokal Terbaik Dalam Album (Wanita). cuma satu kelebihan Jac menandingi Adibah Noor dengan dua pencalonan melalui kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu berhantunya ‘Gemilang’ dan ‘Di Bawah Pohon Asmara’. Adibah pula hanya mendapat satu pencalonan melalui lagu ‘Ikan Di Laut, Asam Di Darat’. Sebenarnya kategori ini adalah kemenangan bagi pihak penerbit namun kerana ke ‘glamour’an penyanyi lebih menarik perhatian semua. Jika itu dijadikan ukuran bermakna Siti Nurhaliza sudah tiga tahun berturut-turut memenangi kategori ini sejak tahun 2003 melalui lagu ‘Merisik Khabar’ dari album ‘Konsert Sudirman (AIM2003), lagu ‘Bukan Cinta Biasa (album EMAS AIM 2004) dan tahun lalu menerusi lagu ‘Seindah Biasa’ dari album ‘Prasasti Seni’.

Kategori Artis Baru Terbaik, melihat senarainya saja sudah cukup memeningkan kepala para juri kerana semua yang tercalon hebat-hebat belaka. Pada aku persaingan terdekat adalah antara Jac dan Adibah Noor. Pandangan peribadi aku pemenangnya adalah Jac. Namun tercetus kontroversi bila ada mempertikaikan penyertaan Jac untuk kategori ini memandangkan dia pernah menghasilkan album sebelum ini dan album Gemilang sememangnya bukan album pertamanya. Hmm Entahlah! Aku pun pelik. Jadi jika Jac tiada dalam kategori ini, maka Adibah Noor adalah pememang yang layak. Artis lain seperti Dina dan Sharifah Zarina juga hebat. Ahli Fikir? Hmm lagi satu kontroversi, aku tak nak komen!

Kategori kedua, Artis Harapan. Kategori ini mencalonkan artis baru yang mempunyai sekurang-kurangnya satu lagu baru yang dihasilkan dalam mana-mana album tidak kira album penuh ataupun kompilasi. Tahun ini kategori artis harapan masih dikuasai oleh artis AF. Tahun lalu Farra AF2 memenangi kategori ini. Untuk tahun ini ia masih dibarisi peserta akhir AF3 seperti Felix, Amylea dan Marsha. Manakala dua lagi calon adalah Premelodic (yang menyanyikan lagu ‘Suratan Atau Kebetulan’ untuk SOT filem ‘Gol Dan Gincu’) dan Ridzuan (sorry, aku memang tak kenal siapa mamat ni.) Pilihan aku adalah Felix. Suaranya memang bagus malah tidak keterlaluan jika aku katakan Juara AF3 sepatutnya menjadi miliknya. Amylea juga ada peluang besar untuk mengenggam trofi kategori ini. Cuma aku tak pasti bagaimana Marsha yang mempunyai suara setakat ‘bolehlah’ boleh berada dalam senarai akhir. Mungkin tak cukup ‘korum’ kot? Kalau ya, banyak lagi artis lain antaranya Juara Bintang RTM, Rina Azhar (bukan Azharina Azhar) yang tampil dalam album koleksi terbaik Awang BPR. Mungkin AIM terlepas pandang kerana leka dengan populariti AF ataupun syarikat rakamannya tidak menghantar pencalonan.

Kategori Persembahan Vokal di Dalam Album (Lelaki) pula calon-calonnya adalah Hazami (album ‘Kata’), Jamal Abdillah (album ‘Aku Penghibur’), Mus (May) (album ‘ Live at Planet 05’), Rithan (Deja Vodo Spells) (album ‘I’am What I’am) (sorry aku tak kenal artis mana dan bila album depa ni keluar) dan Shanon (album ‘Di Landa Cinta’). Sudah tentu ramai menjangkakan pemenangnya antara Hazami dan Jamal Abdillah. Ya! Aku pun macam tu. Kejayaan memenangi kategori Vokal Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu (AJL05) memberikan kelebihan pada Hazami. Sementara Jamal Abdillah sudah tidak perlu dipertikaikan vokalnya yang mantap, merdu dan bertenaga. Peluang sama rata juga ada pada Mus (May) dan Shanon (penyanyi ni popular dengan lagu ‘Angkasawan Cinta’ mempunyai vokal bersuara ‘jantan’ yang cukup mantap). Namun pada aku, Hazami lebih layak memenangi trofi pertamanya di anugerah AIM tahun ini. Go! Hazami Go!

Kategori seterusnya, kategori paling dinantikan. Kategori Vokal Tebaik di Dalam Album (Wanita). Apakah Siti Nurhaliza akan terus mengungguli kategori ini untuk tahun ke lapan? Sejak memenanginya tahun 1999 menerusi album ‘Adiwarna (yang turut dinobatkan sebagai album terbaik keseluruhan tahun itu), Siti tidak pernah kecundang setiap tahun. Siapa saja saingannya beliau tetap diangkat sebagai vokal terunggul negara. Tahun ini Siti bertanding menerusi album ‘Konsert Royal Albert Hall, London’. Jika cara penilaian dibuat sejak bertahun-tahun dulu masih digunapakai, suara Siti masih belum mampu digugat oleh sesiapa pun. Mungkin ada kelebihan pada suara Jac namun jika dinilai dari segi penghayatan, kemerduan dan lenggok suara, Siti Nurhaliza masih yang terbaik. Saingan terdekat Siti Nurhaliza sebenarnya adalah Adibah Noor kerana suara juga Adibah mempunyai kekuatan dari ketiga-tiga segi tadi. Tetapi dari segi kekuatan vokal, kelantangan serta nada tinggi Jac mengatasi Adibah malah Siti Nurhaliza sekalipun. Jika dibuat perbandingan suara Ramlah Ram dan Siti Nurhaliza, Ramlah Ram mungkin lebih baik dari Siti dari segi kelantangan dan nada tinggi tetapi tidak pada segi segi penghayatan, kemerduan dan lenggok suara. Seperti Ramlah Ram yang mempunyai range suara dan high pitch tertinggi (F Sharp) seperti yang dimiliki oleh Whitney Houston, Jac juga mampu mengugat Siti Nurhaliza untuk penilaian dari segi tersebut.

Namun untuk kategori ini aku masih memilih Siti Nurhaliza sebagai pemenangnya. Jika ada format baru diperkenalkan dalam menilai kategori ini kemenangan mungkin akan berpihak pada Adibah Noor ataupun Jac. Kak Nita (Anita Sarawak) dan Dina juga ada kelebihan cuma kalau diukur dari segi kekuatan vokal, mereka masih belum mampu menewaskan Jac ataupun Adibah Noor, apatah lagi Siti Nurhaliza. Cuma aku kecewa Azharina Azhar tidak tersenarai. Kekuatan vokalnya dalam lagu ‘Elegi Sepi’ juga setanding dengan Jac dan Adibah Noor. Jika tidak persaingan akan lebih hebat. Nak kata albumnya tidak boleh dipertandingkan kerana dihasilkan pada tahun 2004, album Jac juga diedarkan pada akhir 2004. Kalau ya pun mengapa tidak dalam AIM ke 12 tahun lalu? Mungkin pihak Sony BMG terlupa menghantarkan pencalonan untuk album ‘Nina’ Azharina Azhar ni kot?

Vokal Terbaik Dalam Album (Berkumpulan) aku berpendapat Ruffedge mempunyai kelebihan memandangkan suara harmoni mereka lebih terserlah dalam ‘Ruffera’ berbanding Rabbani dan Too Phat. Saingan terdekat mereka mungkin antara Raihan dan VE.

Kulit Album Terbaik, hmm setiap tahun aku tengok kulit album artis-artis kita makin bagus. Tiada lagi aksi-aksi bergaya bak model yang ketinggalan zaman tetapi dihiasi dengan keunikan masing-masing. Calon-calon seperti Too Phat (‘Rebirth To Reality’), Anita Sarawak (Another Dimension), Fazley (‘Lain’), Amy Mastura (‘Lebih Baik’) dan Nitrus. Aku tak pernah tengok kulit album Nitrus jadi aku tak boleh nak komen cuma pilihan aku antara empat album tersebut, aku memilih album Fazley (Lain). Uniknya kulit album ni kerana tajuknya kena dengan gambarnya. Menampilkan Fazley di tengah-tengah kelompok ‘mat saleh’ sememangnya bertepatan dengan judulnya ‘Lain’. Memang ‘lain’. Maksudnya disebalik persamaan (mat dan mek saleh) terselit muka Melayu yang menjadikan nya lain dari lain. Calon terdekat untuk memenangi anugerah ini adalah album Kak Nita (Another Dimension). Imej hitam putih dengan Kak Nita memakai bunga besar di telinga memang menarik. Sesuai dengan tajuk, Another Dimension ataupun ‘satu lagi dimensi’. Jika dilihat pemenang lalu seperti album ‘Debaran’ (Nora) pada tahun 1997, ‘Bintang Hati’ (Amy Mastura) 2000 dan ‘Erti Pertemuan’ (Ning) 2005, jelas menunjukkan kulit album perlu selari dengan judul album. Anda pasti faham apa yang dimaksudkan kalau anda melihat kembali kulit album Nora, Amy Mastura dan Ning Baizura.

Rakaman Album Terbaik, aku tak boleh nak komen lebih sebab aku bukan arif sangat soal rakaman. Dulu aku pernah tengok artis-artis di bawah pengurusan sebuah syarikat rakaman tempatan buat rakaman sekita tahun 1990an. Tapi mungkin sekarang sudah banyak berubah. Jadi aku tak kisah sangat siapa yang bakal memenanginya. Cuma kalau difikirkan secara pendengaran telinga kasar (macam pandangan mata kasar la) aku suka album ‘Gemilang’ dan ‘Another Dimension’. Mutu bunyi memang bagus dan tajam. Puas hati! Album ‘Kasih’ (Dayang Nurfaizah) juga mantap. Maaf aku tak boleh komen album Too Phat dan Jason Lo kerana aku tak ada album mereka memandangkan genre muzik mereka bukan muzik pilihan aku. Jadi kalau ada yang ingin berikan pendapat untuk kategori ni, silakan.

Muzik video terbaik lagi satu kategori yang aku tak boleh nak komen lebih-lebih. Aku cuma pernah tengok muzik video Adibah Noor (Terlalu Istimewa), Adam (Tak Tahu) dan Ahli Fikir. Jason Lo (‘Sleepy Head’) belum ada kesempatan. Apatah video muzik Love Me Butch, aku tak pernah dengar nama mereka hinggalah aku aku tengok senarai akhir pencalonan. Siapa kumpulan ni, aku tak dapat nak cerita.

Album Nasyid terbaik, antara Raihan (Ameen), Borthers (Reunited), Far East, UNIC (Satu Dekad) dan Rabbani (Suara Takbir) aku memilih Raihan. Album ini adalah yang terbaik pernah dihasilkan oleh Raihan. Memang bagus. Malah kesungguhan Raihan yang masih berpaksi pada irama nasyid yang asli (menggunakan alat muzik yang dibenarkan dalam Islam) dan liriknya yang lebih bersifat memuji Allah patut melayakkan mereka untuk memenangi kategori ini berbanding Rabbani yang tampil dengan muzik yang lebih komersial dan moden. Manakala lagu-lagu UNIC dan Far East mempunyai lirik lebih kepada percintaan dua insan. Hmm kalau dah lagu nasyid pun dah macam lagu cinta melankolik baik dengar lagu ketuhanan dari mereka yang bukan penyanyi nasyid macam Ramli Sarip dan M Nasir. Malah Siti pun ada lagu ketuhanan dan kehidupan seperti ‘Salju KasihMu dan ‘Dialah Di Hati’. Apatah lagi lagu-lagu seperti ‘Aku Sebutir Pasir’ (Fauziah Latiff), ‘Sepi’ (Shima’) dan ‘Doa’ (Aishah). Lirik lagu-lagu ini lebih bersifat ketuhanan dari sesetengah lagu nasyid masakini. Pada aku lirik lagu dan susunan muzik lah yang membezakan lagu nasyid dengan lagu genre lain. Tapi kalau muzik saja konsep nasyid tapi lirik cinta macam lagu ‘jiwang’, apa bezanya dengan lagu pop biasa. Baik layan lagu kehidupan macam lagu ‘Hijau’ (Zainal Abidin) dan ‘Suria Khatullistiwa’ (Amy Mastura. Ada juga pengajaran.

Album Pop Rock Terbaik pada aku saingan terdekat adalah antara Awie (‘Santai’) dan Flop Poppy (‘Cendera Jiwa’) tapi jika bersandar pada kekuatan vokal dan muzik yang bagus, album Spider (‘Spider Live at Planet Hollywood’) patut pulang sebagai pemenang. Album Hard Rock terbaik, minta maaf, no komen! Aku tak boleh ‘masuk’ dengan lagu-lagu ‘keras’ sebegitu.

Album Pop Terbaik adalah salah satu kategori yang aku tunggu-tunggu! Sebelum tu aku ingin nyatakan di sini aku setuju dengan cadangan beberapa pihak agar diwujudkan satu kategori baru dengan memecahkan kategori ini kepada dua iaitu album Pop Terbaik dan album Pop R&B/Hip HopTerbaik. Macam Anugerah Grammy, kategori album R&B dan Hip Hop diasingkan. Jika album pop dipecahkan kepada dua, kategori pop sekurang-kurangnya dapat beri peluang pada album lain seperti album ‘Lebih Baik’ (Amy Mastura), ‘Lain’ (Fazley – antara album yang baik pernah aku ada tahun 2005), album Elyana (memuat lagu hits ‘Tak Tercapai Akalmu’ dan ‘Diriku Tapak Sulaiman’) dan juga album Siti Sarah (‘Tiada Dikau Tiada Makna’).

Apapun pilihan aku kalau diikutkan dari nilai kepuasan album itu sendiri aku memilih album ‘Terlalu Istimewa’ Adibah Noor. Semua lagu dalam album ini sedap-sedap belaka. Album ini berkonsepkan Variasi iaitu tidak hanya satu genre tetapi ada pop, R&B, tradisional dan rock. Pilihan kedua, Jamal Abdillah ‘Aku Penghibur’. Walaupun album ni album ‘cover version’ tapi aku suka gubahan semula muzik dan cara Jamal menyanyikan semula lagu-lagu seperti ‘Seroja’, ‘Gadis Melayu’, ‘Mencintaimu’ dan ‘Aku Cinta Padamu’. Album Dayang juga bagus berbanding album Jac yang hanya ada dua tiga lagu saja yang sedap. Cuma vokal Jac saja yang membuatkan album ini lebih istimewa. Begitu juga album Hazami. Pendekata, vokal penyanyi terkadang memberikan ‘nyawa’ untuk sebuah album yang ‘boleh tahan’ saja kualitinya.

Aku tak nak komen untuk kategori album Inggeris tempatan Terbaik dan Artis Inggeris Tempatan Terbaik. Bukan aku tak suka album atau lagu Inggeris, tapi pada aku, dengar album-album dari US dan UK lebih puas hati. Maaf sebab pada aku album Inggeris tempatan ni tah apa-apa konsep dia. Langsung tak setanding dengan album-album antarabangsa yang lain. Tapi taklah semua album Inggeris tempatan tak bagus. Album Too Phat dan Juwita Suwito adalah contoh antara album Inggeris yang bagus. Cuma maaflah kalau aku katakan, lebih baik buat album Melayu kalau setakat nak buat album Inggeris yang hanya dijual di Malaysia. Pasaran kita terhad, berapa sangatlah laku album macam ni. Mungkin kualiti bagus tapi kuantitinya, lima ribu unit pun tak terjual. Macam juga album yang penyanyi bagus, belum tentu terjual. Contohnya antara album Camelia dan Siti Nordiana, album mana yang laku? Sudah tentu Siti Nordiana yang albumnya tidak pernah kurang dari dua puluh ribu unit terjual setiap menghasilkan album baru. Siapa nak jawab? Fikir sendiri lah ye?

Album Artis Indonesia terbaik, aku jangkakan persaingan sengit antara album Radja, Peter Pan dan Rossa. Padi dan Glen Fredy juga bagus, cuma aku lebih sukakan album Rossa. Lagu ‘Pudar’ dan ‘Aku Bukan Untukmu’ memang hebat!! Vokalnya juga makin matang dan mantap berbanding album ‘Tegar’ tahun 2001 yang lalu.

Kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu pula menilai lima susunan lagu yang terbaik. Lima calon akhir ialah yang pertama lagu ‘Ikan Di Laut, Asam Di Darat (Adibah Noor) yang dihasilkan oleh Azlan Abu Hassan. Bagi aku susunan muzik oleh Azlan ini memang menarik. Dia menggabungkan irama lagu yang asalnya adalah lagu rakyat dengan muzik komersial pop yang moden. Ditambah pula dengan unsur latin. Intronya ada agak unik, kalau pertama kali kita dengar, kita tak sangka intro ni intro lagu lama. Mungkin ada yang menyangka ia adalah satu lagu R&B yang sentimental. Namun bila unsur salsa dan samba dimasukkan, ianya menjadi menarik. Pada aku lagu ni ada peluang besar untuk menang. Memang bagus!!

Lagu lain yang tersenarai dalam kategori ini adalah ‘Kata’ nyanyian Hazami. Muzik R&B rancak sepenuhnya. Walaupun begitu sedikit unsur pop dimasukkan menjadikan ianya bukan lagu R&B rancak yang biasa. Satu lagu susunan Azlan Abu Hassan. Bermakna peluang untuk Azlan memenangi kategori agak cerah. Kalau tidak lagu Adibah, lagu ‘Kata’ pula akan memberikan peluang kedua untuknya. Keputusannya kita tunggu kerana mungkin juri akan memilih lagu susunan muzik oleh Alfa Botty ‘Di Bawah Pohon Asmara’ (Jac). Lagu memang unik. Bukan iramanya tetapi muziknya. Mood lagu ni macam ‘gedik’ dan ‘mengada’ sikit. Untuk versi Jac, Alfa telah melakukan dengan lebih baik berbanding versi Siti Nurhaliza. Cuma aku tak pasti adakah Alfa juga yang menghasilkan susunan muzik versi Siti untuk lagu ciptaan Aidit Alfian ni. Jika susunan muzik lagu ini kurang bagus, Alfa masih ada peluang kedua kerana ada lagi satu lagu gubahan beliau juga dicalonkan iaitu lagu ‘Tak Tercapai Akalmu’ (Elyana). Apapun pada aku susunan muzik ‘Di Bawah Pohon Asmara’ lebih meyakinkan.

Susunan muzik lagu ‘Gemilang’ (Jacklyn Victor) juga patut diberikan perhatian kerana lagu ini terhasil dari gubahan hebat komposer Ramli MS yang memenangi kategori ini tahun tahun 2003 menerusi lagu ‘Merisik Khabar’ yang dihasilkan untuk album ‘Konsert Sudirman’ (Siti Nurhaliza). Kewibawaan pengetua Akademi Fantasia musim ke 2 ini sudah tidak perlu dipertikaikan lagi. Jika lagu ini menang Ramli MS mengulangi kejayaan Aubrey Suwito yang memenangi kategori ini sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2004 (lagu ‘Bukan Cinta Biasa’) dan 2005 (lagu ‘Seindah Biasa’).

Kategori yang selalunya menjadi perhatian adalah lagu terbaik selain kategori ‘Album of The Year, calon akhir adalah lagu ‘Ku Seru’ (Misha Omar ciptaan Ajai lirik oleh Shuhaimi Baba dan Habsah Hassan), ‘Gemilang’ (Jac / Aubrey Suwito / Asmin Mudin), ‘Warkah Buat Laila’ (Zahid / Ayub Ibrahim / Habsah Hassan), ‘Terlalu Istimewa’ (Adibah Noor / Azlan Abu Hassan / Adibah Noor) dan ‘Aduh Saleha (Mawi / M Nasir / Loloq).

Pilihan aku ada lah ‘Gemilang’. Bukan kerana terpengaruh dengan keputusan AJL05 tetapi sejak awal lagi (ketika final Malaysian Idol) aku sudah merasakan ianya sebuah lagu yang bagus. Melodinya menarik dan lirik yang membangkit rasa semangat ingin berjuang. Malah pada aku tiada yang cacat celanya lirik lagu ini (seperti yang dikritik hebat oleh Loloq). Berkali-kali aku cuba mencari kesalahan bahasa yang dikatakan namun aku tak nampak sebarang masalah bahasa di situ. Mungkin aku ni bukanlah pakar bahasa tapi Bahasa Malaysia ni salah satu subjek yang aku dapat A1 ketika SPM dulu mana mungkin aku tidak tahu dimana silapnya bait-bait lirik lagu ini. (Macam yang aku selalu jumpa dalam papan tanda iklan-iklan ataupun terjemahan sarikata dalam rancangan televisyen). Mungkin Loloq ada pendapatnya yang tersendiri tapi pada aku Asmin Mudin adalah penulis lirik yang baik dan setaraf dengan penulis lirik lain seperti Habsah Hassan, S Amin Shahab dan Amran Omar. Siapalah kita untuk mempertikaikan hasil nurkilan guru Bahasa Malaysia ini. Kecualilah kalau Professor di Fakulti Bahasa Universiti Malaya yang mempertikaikannya, mungkin Asmin kena fikirkan semula baris-baris liriknya untuk lagu-laguya akan datang. Tapi buat masa ni, teruskan berkarya! Pada aku Asmin memang bagus, lirik-lirik yang dihasilkan memang simbolik dan menarik seperti lagu ‘Anggapanmu’ (Ziana Zain), ‘Enggan’ (Fauziah Latiff), ‘Kau Ilhamku’ (Man Bai) dan ‘Kita Di Majlis Ilmu’ (Visa).

Lagu ‘Ku Seru’ pada aku memang bagus cuma ianya tidak seunggul lagu ‘Pulangkan’. Susunan muzik menarik dan liriknya yang agak syahdu berbanding ‘Pulangkan’ yang lebih ‘seram’. Mungkin peluang Ajai untuk memenangi kategori ini agak kurang memandangkan lagu ‘Gemilang’ dan juga ‘Terlalu Istimewa’ nyanyian Adibah Noor mempunyai peluang yang lebih cerah. Lagu ‘Terlalu Istimewa’ hasil ciptaan Azlan Abu Hassan ini juga amat menarik. Selain melodi sentimentalnya, lirik yang dihasilkan oleh Adibah Noor ini juga bagus. Ia ditulis berdasarkan kisah sedih adik Nurul Huda yang dibunuh di Johor beberapa tahun lalu. Memang tersentuh mendengarnya. Paling aku tersentuh baris “terkilan rasa jiwa ingin ku lihatmu dewasa, apa daya Tuhan lebih menyayangimu… tak tertanggung rindu mendengar suaramu, tawa mengusik jiwa”….” Jika bukan ‘Gemilang’ yang diangkat sebagai lagu terbaik tahun ini, sudah semestinya lagu ini patut dinobatkan juara untuk kategori ini.

Lagu ‘Aduh Saleha’ juga bagus. Cuma pada aku pemilihan Mawi bukanlah pilihan terbaik untuk menyanyikan lagu ini. Lagu ini akan menjadi lebih indah kalau didendangkan oleh sifu M Nasir sendiri. Sekurang-kurangnya ada markah yang lebih dari sudut dendangan suara jika diadili dari segi vokal bersama Jac dan Adibah Noor. Lirik Loloq sudah semesti memberikan markah penuh penuh untuk lagu ini. Aku tidak dapat nak komen mengenai lagu dendangan Zahid kerana aku tak pernah dengar lagu ni. Lagipun album ‘Wo!!” tiada dalam koleksiku.

Akhir sekali aku padaku album terbaik keseluruhan (Album of The Year) patut dimenangi oleh Album Pop Terbaik. Siapa saja yang memenangi kategori Album Pop Terbaik (samada album Adibah Noor, Jamal Abdillah, Jac, Hazami ataupun Dayang Nurfaizah) patut dipilih sebagai album terbaik keseluruhan berbanding pemenang kategori lain Ini kerana calon-calon yang tersenarai dalam kategori ini adalah terbaik antara yang terbaik. Jika tahun lalu pemenang kategori album pop rock terbaik (Album ‘Nazraku’ (Spider) dipilih sebagai pemenang anugerah ‘Album of The Year’, tahun ini pada aku album Pop Terbaik akan kembali menguasai ‘Album of The Year’ seperti mana pemenang kategori ini pada 2003 (album Siti Sarah) dan 2004 (album EMAS Siti Nurhaliza).

Apapun sekali keputusannya pada aku ianya ada keputusan yang tidak perlu dipertikaikan kerana ia dipilih dan diadili oleh mereka yang lebih arif dan professional. Aku cuma memberikan komen dan pendapat. Mengenai siapa yang bagus, terbaik dan patut digelar sebagai pemenang, kita serahkan pada mereka yang arif menentukan. Setakat ini aku tidak nampak kekurangan pada juri-juri AIM dengan keputusan lalu. Pada aku AIM masih menjadi satu-satunya Anugerah yang relevan dan telus berbanding anugerah lain yang setakat penuh glamour tapi tiada nilai kerana apa yang diadili adalah yang terbaik dan bukan yang popular. Kerana itu juga saban tahun ada saja kejutan yang berlaku. Apa saja pendapat yang ada di sini hanya pendapat peribadi dan aku tidak berniat untuk memprovokasi, mempertikaikan, menghina ataupun menjatuhkan reputasi mana-mana pihak. Harap maklum.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home