Saturday, April 01, 2006

Aku Bukan Untukmu...



Dahulu kau mencintaiku dahulu kau menginginkanku.... meskipun tak pernah ada jawab ku... tak berniat kau tinggalkan aku.. sekarang kau pergi menjauh... sekarang kau tinggalkan aku.. di saat ku mulai mengharapkanmu.. dan ku mohon maafkan aku... aku menyesal telah membuatmu menangis dan biarkan memilih yang lain tapi jangan pernah kau dustai takdirmu... pasti itu terbaik untuk mu... janganlah lagi kau mengingatku kembali ..aku bukanlah untukmu.. meskiku memohon dan meminta hatimu ... jangan pernah tinggal dirinya untuk diriku. Aku Bukan Untukmu - Rossa

Entahlah... rasa tersentuh pula dengar lagu Rossa ni. Lagu yang dipetik dari album 'Kembali' yang juga memuatkan lagu hits 'Pudar' tu. Tak pasti apa yang membuatkan aku tersentuh tatkala mendengar lagu ni. Namun setiap kali aku memasang CD album Rossa, aku mesti terdiam dan fikiran ku mula terbuai dengan suara merintih Rossa ni. Very the jiwang one!!

Hmm sehari dua ni aku cuma 'melepak' di rumah saja. Rasa penat pula dah dua minggu berkejar ke sana sini tanpa rehat. Ambil cutilah pulak kan!! Tapi bila asyik terperuk di rumah saja mulalah rasa bosan menyelinap dalam diri. Mungkin aku perlu rehatkan diri pergi bercuti kot... tapi di mana? dengan siapa? Sham kini berada jauh di negara matahari terbit. Menemani adik kembarnya yang menyambung pelajaran di sana. Sudah seminggu kini. Mungkin akhir minggu depan baru dia kembali semula. Walaupun antara kami sudah tiada ikatan lagi namun aku terkadang masih merasakan ada kerinduan di antara kami. Buktinya masih menghubungiku selang dua hari. Walaupun tidak lama perbualan kami tidak seperti ketika dia di Melbourne, namun perhatiannya terkadang membuatkan aku keliru. Keliru di mana hubungan kami sebenarnya. Kalau pun sebagai abang, mana ada perhatian sebegini...
Aku tak pasti siapa yang keliru sebenarnya. Aku ataupun dia? Mungkin dia sendiri? Pada aku, sudah 12 tahun aku bergelumang dalam 'dunia' ni belum pernah aku alami atau dengar keadaan hubungan yang sebegini. Terkadang aku seolah mengakui kata-kata Lanz, jangan buang masa dengan budak berhingus yang baru setahun dua dalam dunia ni.. kelak menyusah diri. Mungkin ada kebenarannya.
Apapun biarlah... aku dah malas nak fikirkan soal cinta lagi.. Mungkin sepatutnya selepas abang Zul kahwin dulu aku patut fikirkan hanya masa depan sendiri. Bukan lagi fikirkan siapa penggantinya. Hm tapi kehadiran Sham dulu pun bukan aku yang cari. Dia yang datang sendiri....!! Tak sangka pula aku dapat mengenali adik celebriti lak tu. Cuma yang aku terkilan hingga hari ni... penantian aku seolah-olah sia-sia. Yelah 3 tahun tu bukan jangka masa yang singkat. Macam-macam aku boleh buat dalam masa tu... bahkan mencari insan lain yang lebih baik.
Mungkin salah aku juga. Aku terlalu menyayanginya. Apapun aku menghargai pertemuan dulu. Dia lelaki pertama dalam hidup aku yang lebih muda dariku. Sudah tentu layananya lain dari yang lain. Namun mungkin kerana kali pertama juga aku terlalu menyayanginya lebih dari seorang adik. Maklumlah aku bukan ada adik lelaki. Apatah lagi wajah manisnya yang mencairkanku. Wajah 'oriental' nya sememangnya menjadi idamanku sejak dulu. Begitu juga wajah Lanz yang merupakan kacukan Melayu Perancis itu. Walaupun ada darah mat saleh tapi wajahnya lebih mirip kepada 'oriental look'. Mungkin gen Bugis sebelah ayahnya lebih kuat. Tengok sajalah Baginda Sultan, muka macam cina juga. Mungkin dari situ wajah Lanz saling tak tumpah kacukan Cina Mat Saleh.
Entahlah... setakat ini tiada perkembangan terbaru mengenainya. Cuma dia ada memberitahuku yang dia akan berada di tanahair pada pagi 15 April nanti. Entah mengapa kepulangannya kali ini bak kata orang, kepulangan yang dinanti. Aku tak pasti. Mungkin kerana terlalu lama tidak bertemu, dengan kesepian yang mendatang dan mungkin juga banyak cerita ingin aku kongsi bersamanya. Sejak aku menceburi bidang terbaru ini, aku tak pernah berkongsi apa-apa cerita dengannya. Selalunya dulu walaupun ketika bersama abang Zul dulu, aku sering meminta pendapatnya dalam segala segi berkaitan dengan kerjayaku ketika itu. Apatah lagi Lanz seorang yang luas pengetahuan dan berfikiran jauh.
Hm okaylah.. sampai di sini dulu.. waktu sudah lewat petang. Aku nak ke dapur dulu melihat apa yang boleh aku makan. Mungkin kena masak dulu kot. Hmm nak masak sambal sotong.. jangan jadi sotong dah!! Hehehe! macam cerita Sutun2 kat TV1 baru-baru. Bagus berita tu. Apapun salam untuk Arie yang kini sibuk dengan kekasih hatinya di Kemaman, Terengganu tu. Sampai 2 minggu kat sana. Tak ingat nak balik KL ke? Lama jugak aku tak jumpa sahabat dunia akhirat aku tu. Minggu depanlah.. InsyaAllah.
Salam sayang buat semua. Jumpa lagi di naskah berikutnya. Wassalam!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home