Transkripsi - Luahan Rasa Siti Nurhaliza

Hai semua, bertemu lagi... Hm seperti yang dijanjikan pada bingkisan kali ini aku akan 'mengomen' dan menyatakan rasa puas hati ku tentang album terbaru artis kesayanganku, siapa lagi kalau bukan cik Siti Nurhaliza Taruddin ni.
Hmm rata-rata komen yang aku dapat dari kawan seperti Ebi dan Zul mereka berpuas hati dengan album ni. Well pada aku? Hm sebagai peminat yang mula meminati Siti bermula ketika beliau bertanding di peringkat akhir Bintang HMI 1995 lalu, aku bersetuju dengan pandangan mereka. Bahkan sebelum ni aku mengkagumi album EMAS yang dihasilkan pada 2003 lalu. Namun hadirnya album "Transkripsi" ni 'memudarkan' kekaguman aku pada EMAS.
Mari kita hayati komen-komen aku tentang lagu-lagu yang terdapat dalam album ni. Sebanyak 13 buah lagu dimuatkan dalam album ni. Satu bonus dari Siti untuk peminat. Album ini memuatkan lag-lagu dari komposer seperti Melly Goeslow, Glenn Freddy dan Tengku Syafique dari Indonesia dan Yassin, Aubrey Suwito, Cat Farish dan Damien VE.
Okay, kita ke track pertama berjudul 'Siti Situ Sana Sini' ciptaan Damien VE. Lagu ni memang catchy, senang 'tangkap' melodinya terutama sekali korusnya. Susunan muzik lebih kepada ala hip hop sikit tapi jenis yang ringan la. Aku suka lagu ni. Walaupun aku 'kureng' sikit muzik hip hop ni namun lagu memang best. Tak ada rap yan meleret. Bahkan lebih best dari percubaan pertama Siti dengan hip hop 'Dua Dunia' bersama Too Phat dulu. Antara liriknya "Di bawah, cinta satu benua... Ku berlari mencari satu cinta... Cintaku Kan ke Syurga, Kan Ku bawa ia" Hmm rasa feeling kejap... Hehe!! Berlari mencari satu cinta.... cinta siapa yek?
Track kedua memang lagu paling popular ketika ini, Biarlah Rahsia. Satu ciptaan Melly untuk Siti. Pada aku lagu ni biasa-biasa saja. Tidak banyak beza dengan lagu-lagu ciptaan Melly yang lain seperti "Menghitung Hari' (Kris Dayanti), Aku Bukan Untukmu (Rossa) dan Kedinginan (Fauziah Latiff). Tapi aku tak pasti di mana dan kenapa lagu ni dipilih menjadi single pertama. Apapun ia bukanlah lagu yang tiada kualiti. Sememangnya aku memang suka dengan lagu-lagu slow ciptaan Melly yang hanya menggunakan piona sebagai asas susunan muziknya. Cuma satu aku tertarik pada lirik ciptaan Siti dalam lagu ni.... "Pernahkah kau bermimpi... seketika berada di tempatku... Membayangkan pahit manis berlalu.. entah siapa yang tahu?" Hmm bermakna sungguh kata-kata tu... seperti yan pernah dia ucapkan padaku bila aku mempertikaikan tentang status nya.
Track ketiga paling aku suka..... 'Destinasi Cinta' ciptaan Li Len Zen (isteri Aubrey yang juga pencipta lagu Awan Yang Terpilu (Ning Baizura)).. Muzik Rock ala 80an yang digubah Aubrey memang menarik. Melodinya pun sedap. Pertama kali mendengar album ni, inilah lagu paling aku suka. Liriknya memang menarik.. kalau yang baru bercinta memang patut dengar lagu... sebab antara liriknya berbunyi "Di Hati Yang mana ku temu cinta terindah.. Kau berikan ku jawapan.. tiada lagi persoalan... Sambut cintaku ini sayang... berselimutkan kasih kita eeyee!! Di ruang hatiku yang terpencil... mekar cinta kita yang akhir.. Kini menuju ke destinasi!!" Hmm aku pun semakin menghampiri destinasi cinta... macam juga Siti!
Lagu keempat Cuba Untuk Mengerti ciptaan Tengku Syafique. Lagu balada biasa yang jiwang. Cuma sesekali layan best gak.. tapi pasti air mata anda akan meleleh... "Ku cuba untuk selalu mengerti.. tapi mampu bertahan lagi... Akan ku jalani hidup mengabadi cinta yang pantas untuk ku".
Track Kelima, "Hidup Penuh Bicara" hanya satu perkataan dapat aku komen "BOSAN!". Tak tahu kenapa? Karya Yassin seperti 'Lagu Rindu' memang best. Tapi aku tak pasti kenapa kali ni seolah tak 'berkualiti'. Macam tangkap muat jer. Susunan muzik dan elemen Jazz yang dimasukan memang best cuma melodinya.. hmm nothing!" memang tak puas hati! Hmm kawan aku si Shaha (editor Kosmo) pun kata lagu ni memang tak menarik dalam komennya di Kosmo beberapa minggu lalu.
Lagu keenam, Bila Harus Memilih.. ciptaan Glenn Freddy. Memang tangkap nangis. Lagu balada ni sebenarnya tak banyak beza berbanding lagu-lagu ciptaan Glenn yang lain. Memang terdengar suara Siti seperti lenggok Glenn. Tapi aku suka lagu ni... menceritakan tentang seseorang yang dirayu oleh kekasih lama nya untuk kembali semula padanya. Namun bukan mudah untuknya menerima kekasihnya kembali. Paling aku suka liriknya "Meski cinta ku padamu... Lebih dari yang kau tahu... Namun mengerti kasih, tak semudahnya itu... Melupakan yang telah kau lakukan padaku..... Beri aku waktu untuk memikirkan yang terbaik.... Cinta jadi dilema... pergi ataupun kembali....!" Hmm macamana agaknya kalau Ard atau Sham ingin kembali padaku??? hmm harus lagu ini aku tujukan pada mereka!! hahhaa! Tapi tak payah berangan lah!!
Lagu ketujuh 'Pastikan' memang menarik. Ebi dan Zul memang sukakan lagu ni. Termasuk aku. Cuma lagu ni memang tipikal Melly. Kalau anda biasa atau suka dengan lagu Jika, lagu ini akan mengingatkan lagu itu pada anda. Cuma lagu agak perlahan. Namun muzik agak rancak pada korusnya membuatkan lagu ini menarik. Ada yang kata lenggok suara Melly ada pada suara Siti untuk lagu ni. Aku setuju. Hanya kerana perbezaan suara saja yang membuatkan Siti tidak akan 'dituduh' meniru suara Melly. Tapi cara nyanyian dan lenggok... sebiji suara Melly. Tak apalah... asal lagu ini memang bagus. Lagu ini pada aku juga patut dijadikan single ke 2.
Selain lagu "Hidup Penuh Bicara" lagu track kelapan ni antara lagu bosan dalam album ni. Ciptaan dan lirik Siti Nurhaliza sendiri nampak terlalu biasa. Terlalu tipikal. Mungkin Siti kena cuba buat lagu slow dengan lebih teliti lagi. Apapun disebabkan percubaan pertama aku terima. Permulaan yang terbaik buat Siti.
Lagu kesembilan pula ciptaan Cat Farish... "Rupanya Kita Serupa"... Lagu ni unik... Dalam lagu ni juga Siti menggunakan suara falseto dan soprano nya ke tahap maksimum. Memang best. Muziknya ala-ala lagu klasik sikit. Style zaman 50an. Lagu ni ada keunikan tersendiri. Syabas buat Cat Farish kerana 'lari' dari tipikal nya mencipta lagu-lagu fast number saja.
Lagu kesebelas.. "Intrig Cinta" memang best! Percubaan Siti menghasilkan melodi catchy dan fun memang mengkagumkan. Kalau tadi aku frust dengan lagu slow nya... tapi kecewa aku terubat dengan lagu ni. Elemen 'percussion' yang dimuatkan hasil gubahan Steve Thorntorn memang 'meletup' habis. Lirik Loloq biasa je... cuma aku terfikir kenapa lah nak gunakan 'Intrig'? Perkataan 'Persona' kan boleh. Sekarang banyak sangat orang sesuka hati me'Melayu'kan bahasa Inggeris. Kesian peminat-peminat Siti yang tak faham makna Intriq terpaksa lah cari kat kamus dewan... Hmm kamus dewan ada ke? Entah! Kamus dewan yang aku ada tahun 1998. Tak up to date dah...!
Lagu terakhir "BIsakah" ciptaan komposer terbaik Juara Lagu 2005, Aubrey Suwito. Lagu balada yang dijadikan single kedua selepas 'Biarlah Rahsia'. Lagu ni unik. Ada keistimewaan sendiri. Lirik oleh Teshh RS not bad... dulu antara gabungan Aubrey dan Tesh adalah lagu 'Ingin Bersamamu' (Syafinaz) dan 'Sinar Menanti (Nurul). Cuma pada aku kalau nak jadikan single kedua, ianya kurang 'umpp' sikit. Tapi kalau nak promote lagu ciptaan tempatan mungkin lagu ni sesuaila. Kalau track rancak, lagu Intrig Cinta paling sesuai.
Kalau pun Siti bertanding di Juara Lagu nanti, beliau mungkin akan bertanding di Kategori Pop Rock. Mungkin melalui Intrig Cinta. Kalau lagu Bisakah mampu bertahan lama, mungkin kategori Balada juga. Keseluruhan aku bagi empat setengah bintang dari lima bintang. Memang ini album terbaik dari Siti setakat ini. Harap ini album terbaik di AIM tahun depan. Jangan ada anti Siti terjun lombong lagi sudah!! hehehe! Wassalam!
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home