bertemu lagi..
Assalamualaikum semua...
Ah!! dah lebih sebulan aku tak mencoretkan apa-apa kan? Hmm bukan apa kesibukan kerja, dengan komputer di rumah pulak buat hal dan macam-macam yang menghalang aku dari mencoretkan apa-apa dalam blog ku ini. Salam buat semua yang selalu bertanya bila nak up-date blog aku ni. Thank you Anne, Reez dan Zam. Harini aku up date. Hmm nak cerita apa ya?
Tapi sebelum tu aku ingin sekali ucapkan TAKZIAH pada abang Zul atas kepulangan ke rahmatullah ayahanda tercinta pada 28 Mei lalu. Semoga rohnya dicucuri RahmatNya. Aku benar-benar terasa dengan pemergiannya. Yelah, walaupun aku bukan anaknya namun hubungan kekeluargaan yang kami bina sejak tahun 1999 hingga kini bukan saja sudah sebati denganku tetapi juga bak kata orang 'cubit peha kiri, peha kanan terasa juga'. Buat abang Zul, tabahkan hati ya!! InsyaAllah semoga rohnya abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin!
Lagi satu buat abang Feizal, semoga cepat sembuh!! harap tiada apa yang serius pada buah pinggang abang ok? Thank you kerana sentiasa berada di samping diri ini!!
Mungkin dilema yang masih melingkari fikiran merupakan sesuatu yang kalian perlu tahu. Bukan saja dilema masa depan malah dilema kasih sayang. Sebulan berlalu namun aku masih belum pasti samada untuk menerima tawaran Lanz untuk bersamanya mencari rezeki di bumi Uncle Sam tu. Aku masih teragak-agak menerima kerana terlalu banyak yang perlu difikirkan sebelum aku mengambil keputusan. Apatah lagi tanpa restu mak dan ayah. Lebih-lebih lagi bila memikirkan yang aku akan berada 24 jam di sisinya. Bukan apa, aku tidak terlalu selesa dengan cara hidupnya yang tidak banyak beza dengan orang-orang Amerika. Entahlah! Aku jadi tak keruan bila memikirkannya semua yang berlaku. Mana mungkin aku ke sana dengan hanya kerana inginkan gaji yang lebih baik sahaja. Hidup di sana pun aku perlu fikirkan juga. Sedangkan di sini saja aku tidak berapa selesa dengan cara hidup 'western' nya. Apatah lagi di sana.
Hmm aku teringat tentang album terbaru Siti Nurhaliza. Tentu ramai yang di dapatkannya. Ebi, Zul dan Imran, thanks for your comments! Album Siti kali ni memang meletup!! Aku puas hati! Tak keterlaluan jika dikatakan ini album terbaik sepanjang Siti menjadi artis. Sebelum ini aku aku mengganggap album EMAS adalah yang terbaik setakat ini. Lagu yang jadi kesukaan aku sudah tentu Biarlah Rahsia, Destinasi Cinta dan Pastikan. Same goes to you my Ebi dan Zul! Apapun nantilah... selepas komputer aku okay, aku akan beri komen untuk semua 13 lagu dalam album Transkripsi ini. Jadi tunggu!!
Hubungan aku dan Sham, hmm well aku akui antara kami semakin jauh. Jauh dan jauh!! kebelakangan ini aku sering saja terasa hati malah terkilan dengan sikap dinginnya akhir-akhir ini. Mungkin salah aku, aku sepatutnya sudah lama lupakannya. Entahlah, rasanya sudah ke berapa kali aku menyesali diri. Kalau aku tahu aku hanya membuang masa selama 2 tahun menunggunya, tak kan aku teruskan. Lebih baik aku menerima Jeff sebagai pengganti abang Zul bukan dia. Tapi apa nak buat... dah ditakdirkan aku bakal ber 'bf' dengan adik pelakon cerita Gol & Gincu tu! Baru-baru ini aku bertemu Jeff setelah hampir setahun tidak bertemu. Meskipun Jeff adalah antara 'client' ku namun bukan mudah untuk kami duduk semeja menikmati makan malam bersama kerana kesibukan aku dan dia.
Serta merta kenangan awal May 2003 kembali menjengah. Waktu itu aku baru empat bulan bersama Sham malah ketika itu dia baru sebulan di negara Kanggaru itu. Jeff memang comel, melengkapkan impianku memiliki seorang insan yang memang menjadi citarasa aku. Dia baik dan manja. Sama seperti Sham. Aku terkejut hanya selepas dua minggu kami kenal, Jeff sudah meluahkan perasaan hatinya. Namun apa kan daya, walaupun aku juga meminatinya, namun setelah hati ini sudah dimiliki Sham, mana mungkin aku terimanya.
Tapi kalau lah aku tahu begini akhirnya hubungan aku dan Sham, lebih baik menerimanya dan me'reject' Sham dari awal. Hmm ketika kami makan malam bersama baru-baru ni aku dapat tahu Jeff sudah setahun bersama 'bf'nya. Paling aku 'sakit hati' melihat gambar 'bf' yang memang tidak sepadan sungguh dengan wajah comelnya itu. Wajah comel hasil gabungan Melayu, Siam dan Cina! Terasa seolah diri terlepas satu permata yang berharga. Mungkin itu membuatkan aku lebih menghargai seseorang selepas ini kot. Namun aku cuma mampu doakan kebahagiaannya. Mungkin 'bf' nya lebih baik dari aku walaupun mungkin dia tak dapat tandingi aku dari segi rupa paras!
Hm pelik ya? Apapun aku tak terkejut kalau Ard masih tidak dapat membezakan antara kaca dan permata. Kalau aku yang terlalu banyak pengalaman dalam 'dunia' ni pun masih samar untuk membezakan apa lagi dia yang baru setahun jagung mengenali erti hidup berkasih sayang. Apapun aku tak lagi mengharapkannya. Apa yang dapat aku katakan semoga Allah memberinya petunjuk suatu hari nanti.
So aku rasa setakat ini dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain masa. InsyaAllah sehari dua lagi aku boleh menulis dengan kerap lagi selepas komputer aku siap dibaiki. Cuma harapan aku novel hasil kerja ku selama hampir tiga tahun tidak terjejas failnya. Dah la tak buat back up!! kalau gone... aduh!! ruginya!! walaupun ada back up 'hard copy' tapi bukan senang nak type balik.
Last word... "Rindu itu tak kan datang sendiri kalau kita tidak mencari" So salam sayang buat semua. Jumpa lagi dilain masa. Wassalam.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home