Wednesday, July 05, 2006

Persona Cinta...

Hai semua.. bertemu lagi! Hari ini aku agak free. Tapi masih sempat siapkan satu appointment dengan pelangganku. Hari terus berlalu... sekian harinya tidak banyak berubah, bangun pagi, pergi pejabat, jumpa pelanggan, close deal (kalau nasib baik) sampai malam balik rumah tidur... begitulah seterusnya setiap hari... Apa lah yang menarik hidup ini kan?
Aku harap separuh kedua 2006 ni akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari separuh pertama. Merenung kembali apa yang berlaku di separuh pertama.. aku rasa terlalu banyak kedukaan, kesukaran dan kepincangan yang melanda hidupku... kerana itulah aku berharap semuanya akan kembali reda separuh kedua ni. Bermula dengan bulan keramatku... bulan julai disambut setiap tahun dengan seseorang di sisi. Tahun ini rasanya aku menyambut tanpa sesiapa di sisi! hanya teman-teman pengubat luka! "W"? hmm entahlah... masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan.. jalannya sudah ada cuma aku yang masih keliru untuk melangkah ataupun tidak... bukan kerana tidak sukakan dia... tapi kerana jalan yang terbentang masih kabur... terlalu banyak fatamorgana nya!! Wah... bermadah pulak aku.
Kesian juga aku pada dia.. walau penat masih ada waktu untuk call aku... maknanya dia memang sungguh-sungguh.. tapi entahlah..! Paling aku tersentuh semalam walaupun habis rakaman sekitar 11 malam di salah sebuah stesen TV tanahair, dia masih sempat sms dan menelefon aku sebaik saja sampai di rumahnya. Walaupun waktu sudah larut dan dia perlu bangun awal untuk rakaman seterusnya esok.. namun dia masih punya waktu untuk ku... Buktinya dia memang sungguh-sungguh!! Hmm atau aku yang perasan?? Entahlah! tapi aku tak nafikan yang aku dah mula jatuh cinta padanya...
Hujung minggu ni aku tak pasti lagi samada akan ada sambutan harijadi ku ke 32 ni... memang niat hati nak buat tapi entahlah... rasa macam tak 'proper' pula buat party dalam keadaan ayahku tidak berapa sihat. Lagi satu macam tak ada sesiapa nak mengelola benda-benda ni. Aku ada satu appointment petang sabtu ni... Siapa yang nak buat semua tu di rumah? Memang aku sepatutnya buat malam minggu ni kerana tepat pukul 12 malam, adalah hari nya... 9 Julai. Esoknya samada Jerman, Sepanyol, Perancis atau Portugal akan meraikan kejayaan mereka menjulang piala dunia! Bila lagi nak tunggu majlis harijadi yang tepat pada tarikhnya. Paling istimewa malam minggu.. Hm tunggu lagi enam tahun la...!
Hmm entahlah.... apa pendapat korang? Iz, Arie, Zul, Ebi dan Am? patutkah abang buat majlis tu? Hmm Jeff jangan lupa datang kalau jadi ok? Bawak bf sekali...! Apapun tunggu la... By Friday, I will let you all know...! Kalau jadi... sayang "W" tak mungkin dapat bersama... dia ada penggambaran di luar KL dan hanya akan balik pada petang Ahad. Alah...! kalau dia 'in town' pun belum tentu dia nak hadirkan diri. Maklumlah... ada banyak orang lain.. tak mungkin dia nak pecahkan 'lubang' nya. Hmm inilah hakikatnya kalau bersama orang macam dia. Dunia penuh hipokrasi! Apa nak buat! Kata orang bila kita terima kekasih kita, kita kena terima mereka seadanya..
So okaylah... setakat ini dulu bingkisan kali ini.. Aku nak ke kedai CD jap... dah dua hari mencari CD 'Persona' Fauziah Latiff... asyik tak sampai lagi... Dah keluar ke tak tak tahulah.. Hari ahad lepas dalam Berita Minggu kata edaran pada 2 Julai.. Hm ni dah 6 Julai... kalau tak ada juga tak tahulah... Nanti aku komen lagi album seorang lagi artis kesayanganku tu... Tak kisahlah kalau vokal dia sekarang teruk ke apa ke... aku sudah membesar dengan lagu-lagunya sejak dari album 'Di Gamit Memori' lagi... terlalu banyak kenangan bersama lagu-lagunya!! Wassalam

1 Comments:

Blogger damaq said...

hai ady...nape komen banyak sgt?

4:13 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home