Seindah Cintamu.....
Hai semua... bertemu lagi dengan bingkisan seterusnya... Harini adalah hari yang agak membosankan aku... Tak pastilah kenapa! Mungkin kerana semua kawan-kawan dan insan tersayang berada jauh dariku... Ard seperti biasa malam minggu ini seringkali diisi dengan bersosial bersama kawan-kawannya. Sham pula sudah dalam perjalanan ke negara matahari terbit menemui adik kembarnya yang sedang belajar di sana. Semoga perjalanannya dirahmati Allah hendaknya. Arie pula berkerja malam ni.... Manakala Am pula berada di kampungnya kerana menziarahi ayahnya yang sedang sakit. Sementara 'W' pula baru saja bertolak ke luar KL untuk urusan kariernya yang makin berkembang.
Semuanya membuatkan aku merasa benar-benar bosan!! suasana di rumah ni seolah dah macam suram dan kelam... tiada lagi seri yang bertandang. Hmm sebelum apa-apa aku nak mengucapkan 'Belated Happy Birthday' untuk Ard yang baru saja berusia 25 tahun pada 24 Julai lalu. Bukan tak celebrate hari istimewanya... cuma di halaman ini aku mahu kalian tahu yang aku tidak sekali melupakannya. Samada dia menghargainya atau tidak bukan soalan yang penting aku sudah buat yang terbaik untuknya. Malam 24 Julai lalu, aku membawanya makan di salah sebuah restoren di Kelana Jaya. Hasrat hati nak celebrate di Medan Ikan Bakar, Port Klang... tapi dek tiada rezeki dan ada halangan yang mendatang, aku batalkan saja hasratku. apatah lagi esoknya aku perlu menghadiri satu 'launching' plan terbaru syarikat yang naungi sekarang. Tak mengapalah, kalau panjang umur, InsyaAllah tahun depan.
Aku tahu 'W' agak kurang selesa sebaik saja aku beritahunya yang aku akan celebrate harijadi 'kembar'nya malam itu. Tapi setelah aku beritahu dia yang ianya sekadar membalas sambutan Ard ketika harijadiku tempohari, dia akur... Lalu aku berjanji untuk sama meraikan harijadinya yang akan jatuh pada awal Ogos ni. Tak sangka dia dan Ard berkongsi zodiak. Malah tarikh ulangtahun mereka hanya beza 9 hari. Bukan itu saja, mereka lahir di tahun yang sama iaitu pada tahun 1981! Hmm Suratan atau Kebetulan ya?!
Apapun aku tak fikir mereka punyai persamaan. Mungkin iras muka hampir sama (hmm yang pasti 'W' lebih menyerlah!) namun dari segi caring, memahami dan prihatin, 'W' lebih baik. Malah dia terlalu 'humble' dan tidak mementingkan diri sendiri. Buktinya di sanggup jumpa aku walaupun dia baru saja selesai menjayakan sebuah rancangan yang disiarkan secara langsung baru-baru ni... Walaupun penat dia tidak kisah malah aku benar-benar rasa terharu dengan pengorbanannya. Ikutkan hati mahu saja aku 'declare' dengannya malam tu jugak... Tapi nantilah... Aku masih memikirkannya.
Hmm seketika aku teringatkan 'Perkahwinan Gemilang' Siti Nurhaliza yang bakal berlangsung kurang sebulan dari sekarang... Aku setuju benar hak penyairan diberikan pada TV3 dan aku benar-benar bangga jika Siti dan Dato' K akan mendermakan semua wang yang berikan nanti ke tabung amal. Memang niat yang bagus lagi murni. Kalau aku pun pasti akan buat semua tu. Apa lagi yang kita nak kalau kita boleh dapat semua tu. Setakat duit 2-3 juta tu baik dermakan pada badan amal kan? Apapun aku harapkan yang terbaik buat Siti Nurhaliza. Semoga jodoohnya ke akhir hayat.. Jangan jadi macam Erra Yusri dah... !!
Okay... petang tadi aku baru dapatkan album terbaru Kak Jee (Fauziah Latiff) "Persona"! Hmm sebagai peminat lagu-lagu syahdu dan sentimental Jim Brickman (aku dengar dia pun sekaum dan sepusat dan sepusing! Hehe!). Aku suka lagu melodi dan gubahan terbaru 'Beautiful' yang ditukarkan lirik dan tajuknya menjadi 'Seindah Cintamu'. Liriknya bagus berkisarkan ketuhanan sedikit. Suara Kak Jee walaupun kebelakangan ini ada kurang memuaskan namun pada aku dia memberikan sentuhan 'kemelayuan' dalam lagu itu. Walaupun masih dalam genre R&B yang 'pekat' namun suara Kak Jee berjaya memberikan kelainan.
Lagu 'Valentine' pula ditukarkan lirik dan tajuk kepada 'Kekasihku'. Romantik sungguh lagu itu di'tangan' suara Jee. Memang aku suka. Walaupun album ini hanya mengandungi 8 lagu (sah sah tak boleh bertanding di AIM 2007 nanti) namun keseluruhan aku suka dengan album ni. Cuma aku agak 'horror ' dengar gubahan semula lagu 'Hari Yang Istimewa'. Walaupun versi asal agak '80s' namun rasanya versi asal lebih meransang minda. Versi terbaru ni tempo nya agak perlahan malah vokal Jee juga di tahap yang paling tidak memuaskan (dengan key nya diturunkan separuh aku rasa!).. Bosan!! adunan semula lagu 'Sahabat' agak menarik tapi aku lebih suka versi asal. Rakan duet Jee (aku kenal langsung!) suaranya biasa sana.
Cuma aku suka medley lagu 'Di Gamit Memori' / 'Segalanya Berakhir Di
Sini'. Lebih baik dari suara miney mouse Jee hampir 20 tahun lalu. Suaranya lebih matang dan bertenaga. Cuma aku terkilan dua lagu ni dibuat medley... patutnya nyanyi la satu lagu sampai habis... tapi biasa la kan.. nak cukupkan 8 lagu.. sebab tu harga CD nya amat murah... RM21 jer! Kali pertama aku dapatkan album Kak Jee semurah ini. Hmm itupun hanya bermula album 'Jee 98' aku beli... Yang sebelum nya semua aku dapat percuma ketika abang Amran masih menguruskan Kak Jee ketika di Happy Records! Malah dapat seminggu sebelum release! Hehehe! Sekarang ni kureng sikit la. Kenalah beli sendiri. Hmm baru aku teringat... patutnya boleh minta pada sepupu aku kat Life Records je la.... Lupa plak... Takperlah... ni tanda sokongan aku kat Kak Jee yang aku sayang tu.

Okaylah... berbalik pada cerita aku dan 'W'... aku tak nafikan kami makin mesra dan aku sudah semakin rindu padanya. Setiap hari kalau tiada SMS darinya aku rasa bagaikan tak ceria hidupku. Namun aku kena akur pada kesibukannya. Kerana itulah juga aku cuba 'menyibukan' diri untuk tidak terlalu memikirkannya. Setiap kali aku menonton rancangan kelolaannya, menatap gambarnya di majalah.... jantung ku berdegup kencang! Ayo!! Memang betul aku sudah jatuh cinta padanya!! Hmm entahlah... hingga kini aku masih belum dapat mengambil keputusan samada untuk meneruskan hasrat hati ini sekaligus memberikan 'W' peluang mencari cinta yang dia cari selama ini. Aku harap semua yang dikatanya bukanlah sekadar manis di bibir saja. Tapi adalah yang lahir dari hatinya yang ikhlas. Apapun aku mengharapkan kebahagiaan yang berterusan bersamanya. Itupun andainya antara kami ada 'jodoh'. Jika tidak tak mengapalah, aku pasrah... Mungkin tidak tertulis kami bersama-sama dalam 'dunia' indah ciptaan kami sendiri.
Akhirkata, buat semua semoga kehadiran Ogos yang hanya akan menjelang 3 hari lagi akan memberikan sesuatu yang lebih membahagiakan buat kalian semua.
Aku juga mendoakan semoga bulan Ogos ni dunia akan melihat kedamaian di Asia Barat. Sedih aku lihat di kaca TV, anak-anak kecil terbunuh dek kekejaman Israel Laknatullah!! Sedangkan umat Islam termasuk pemimpin negara Arab hanya berdiam diri dan tidak mampu melakukan apa-apapun. Apalah nak jadi dengan umat Islam yang terus menerus ditindas, dimalukan dan didiskriminasikan oleh Yahudi termasuk negara kuara besar seperti USA dan UK. Seperti kalian, aku hanya mampu berdoa semoga Allah menguatkan iman pihak Hizbollah untuk terus mempertahankan negara tercinta. Jumpa lagi di lain bingkisan. Wassallam

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home