Destinasi Cinta...
Di hati yang mana ku temu cinta terindah... kau berikanku jawapan... tiada lagi persoalan! Sambut cintaku ini sayang... berselimutkan kasih kita.... Di ruang hatiku yang terpencil... mekar cinta kita yang akhir! Kini menuju ke destinasi... Puncak cinta tertinggi!! Aku menunggumu! Aku tak jemu... kerana cinta itu termanis bagiku! Mimpiku semalam kau hadir bersama cinta... Kau lukiskan dua hati... lambang kasih sayang sejati... Kau datang bersama sinar... menyuluh hatiku yang pudar... kini semua kembali berseri bila kau hadir.. ku damba!! matahari masih jingga... menyala cinta bagai bara... Perjanjian kita berdua kekal selamanya.. berdua berdoa sayang!!
Destinasi Cinta (Siti Nurhaliza)

Tempat ini juga adalah tempat melihat anak bulan Ramadhan dan Syawal setiap tahun (tak lama sebulan dua lagi je). Tempat ni memang romantik sikit. Sebab itu kali pertama aku bertandang ke sana bersama Sham, Ard dan kini terbaru Hanz. Hmm hari ini seperti sehari dua yang berlalu aku punya sekeping hati yang kian ceria... Ceria dengan disirami kasih baru.

Entahlah... rasanya perlu aku bagitau kalian yang kini aku sudah temui pengganti Sham atau Ard.. Dan rasanya aku sudah tidak terkeliru lagi dengan cinta 'W'. Aku benar-benar yakin kini, ada cinta aku seterusnya! (mungkin juga yang terakhir, InsyaAllah!) Buat Arie dan Wan, terima kasih kerana memahami. InsyaAllah, berkat doa kalian berdua setidak-tidaknya akan memberikan kebahagiaan buat aku.
Okay.. tidak seperti hari-hari dan warkah-warkah sebelum ini seringkali diisi
dengan dilema cinta dan putus harapan antara aku, 'W', Ard malah Sham. Apapun kini rasanya semua dilema itu sudah berakhir. Bak kata lirik lagu Fauziah Latiff, "Segalanya di sini... kita akhiri...!" Apapun pada aku buku lama sudah aku tutup dengan rapatnya. Tiada lagi dilema dengan 'W' dan juga rasa bimbang aku pada cintanya yang kian berputik. Aku kini melangkah dengan yakin. Biarlah dia dengan dunianya. Aku tahu dia bukan untukku! Mungkin sudah tertulis yang aku akan bersama Hanz selepas ini. Buat Am, nanti kita jumpa malam minggu ni... Banyak yang Am perlu tahu tentang Hanz. Abang harap Am akan mendoakan yang terbaik untuk abang. Begitu juga Am, abang doakan semoga ayah Am cepat sembuh. Dan segala masalah yang Am hadapi dengan si dia akan berakhir tanpa masalah besar lagi. InsyaAllah!

Hmm siapakah Hanz? Hmm rasanya masih terlalu awal untuk aku umumkan di PC (press conference?) ni... Hehehe! Cukup aku katakan dia salah seorang anak kapal di salah sebuah syarikat penerbangan antarabangsa. Punya latar belakang yang hampir sama dengan Sham (kacukan Melayu Cina) dan berasal satu negeri dengan Ard (Bumi Kenyalang!)... Hmm suratan atau kebetulan?? Mungkin dah takdir asyik nak berdampingan dengan burung Kenyalang je!! Apa nak buat cari burung gagak kat KL pun tak dapat dapat. Kalau ada pun burung nuri kesayangan semua peminat!! Itupun tak jadi! Tak mengapalah...burung kenyalang pun cantik juga... Jangan burung ereng sudah!! Mati aku kena makan nanti!
Cuma aku rasa, Mie dan Fiz adalah insan pertama yang akan kutuk aku bila korang tau apa karier Hanz... Sorry Beb!! itu dulu... bukan sekarang... Kalau takdir nak berubah... Ning Baizura pun akan insaf dan pakai tudung macam Wardina! Hehehe! Macam Kak Aishah kita yang sorang tu... Alhamdullilah! Suka aku tengok dia pakai tudung! So jangan nak kutuk-kutuk aku tau? Aku tau aku salah (mak tau mak salah.. jangan cakap lagi nak... mak dah tua!! ikut gaya Mak Dara (Nyonya Mansor dlm 'Ibu Mertuaku') tapi korang kena terima siapa saja pilihan aku okay? Nanti bila sampai masa dan dia pun free tak fly aku akan kenalkan kat korang berdua tau? Maybe at our next port luck party boleh?
So okaylah... aku mengundurkan diri dulu untuk kali ini. Sebelum terlupa, terima kasih buat Iz kerana memberikan contact perniagaan terbaru untuk aku sepanjang minggu ni. Terima kasih daun keladi...kalau ada orang bagilah lagi!! Lagi satu saja aku nak kongsi dengan korang kat sini... Aku tak faham kenapa Ard perlu menghubungi Sham dan bertanya tentang aku. Ayo! Sentap! Perlu ke Kak Tipah dan Kak Hasnah berjumpa?? Jangan ada yang tarik rambut macam filem 'Madu Tiga' tu sudahlah... Lagipun aku dah ceraikan Kak Tipah dan Kak Hasnah tu sebab aku dah ada Cik Ani di sisi aku!! Depa nak buat apa... buatlah!! Nak tarik rambut ke... nak tarik #$% ke lantaklah!! Janji aku bahagia dengan Cik Ani aku. Apapun semoga semuanya akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah lagi. Cukuplah derita lalu... Tak mahu ianya berulang lagi...
Perniagaan aku pun dah makin bagus sehari dua ni... berkat usaha dan pertolongan Cik Ani aku tu... Thanks sayang...! we work together-gether yea!! Buat kalian semua selamat berhari minggu dan sebelum terlupa sekali lagi, selamat hari ulangtahun ke 25 buat 'W' yang menyambut hari lahirnya semalam semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kekuatan untuk terus menempuhi hidup! Maaf kerana tidak dapat sama-sama menyambutnya denganmu. Mungkin tidak tertulis antara kita untuk bersama seperti yang diinginkan! Abang tahu, awak boleh dapat lebih baik dari abang sebab abang bukanlah yang terbaik untukmu!! Semoga terus maju dalam kariermu!! .
Akhirkata buat semua... Jangan jadikan semalam sebagai kenangan tetapi jadikan ia sebagai teladan untuk kita memperbaiki hari esok yang masih samar! Wassalam!
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home