Wednesday, September 13, 2006

Hidup Penuh Bicara...

Di sini kau dan aku.. terbiasa bersama menjalani kasih sayang bahagia ku denganmu... pernahkah kau menguntai? hari paling indah...ku ukir nama kita berdua... disini surga kita... bila kita mencintai yg lain.... mungkin kah hati ini akan tegar... sebisa mungkin tak akan pernah sayang ku akan hilang.... if u love somebody could we be this strong? i will fight to win our love... will conquer all...wouldn't reach my love... even just one nigh tour... love will stay in my heart... my heart...

Hai semua.. bertemu lagi di ruangan hati nurkilan ku ini... sememangnya semua kehidupan antara kita penuh pelbagai ragam, masalah dan peristiwa... pada aku.. seperti tajuk di atas.. hidup kita penuh bicara.. bicara perniagaan, bicara cinta malah bicara hati...
Ok.. berbalik pada hidup aku..... rasanya tiada apa yg menarik.. cuma masih berkisa seperti biasa... bangun pagi saja kena tengok diari... apa lagi janjitemu dengan pelanggan hari ni.. sambil tu tengan mencongak ke arah mana pula kereta aku itu akan dihalakan.. kadang-kadang satu Lembah Klang ni aku pusing... pagi ke Selayang, tengahari di Ampang, petang di Shah Alam malam balik ke Damansara... hmm kalaulah kerjaya aku akan datang boleh sperti ini alangkah bagusnya... pagi breakfast di KL, tengahari di Bangkok, minum petang di Hong Kong, malam dinner kat Tokyo kan best?.. hmm InsyaAllah ada rezeki adalah tu..
Pagi ni aku terima panggilan dari 'W'.. sejak hampir 2 minggu tanpa khabar berita dia tiba-tiba saja menghubungiku... aku tahu dia merajuk sejak kebelakangan ini tapi sengaja aku tak nak pujuk dia.. nak jugak tengok sejauh mana di ikhlas denganku.. terdengar saja suara manjanya aku kian tak keruan... ternyata aku memang tidak boleh menjauhkan diri aku darinya... mungkin tidak sedikit rasa ego itu dapat membantuku untuk melupakannya... Apapun aku gembira yang dia benar-benar ikhlas denganku... aku terima kata-katanya yang sering rindukan ku.. (walaupun dalam hati terfikir juga.. betul ke mamat ni rindu kat aku?)... aku tahu dia terlalu sibuk pada waktu ini apatah lagi dia terlibat dengan satu projek besar dua minggu dari sekarang...
Apapun aku masih tidak dapat menafikan perasaanku ini padanya... rasa sayang itu masih terlalu tebal dalam hatiku... jauh sekali untuk menidakkan kehadirannya dalam hidupku.. apatah lagi tatkala menatap wajahnya (walaupun di kaca TV).. hatiku berdebar-debar dan jantung ku berdegup kencang... biarpun terkadang rasa tidak keruan namun aku terpaksa tahankan... Apalah nasib diriku kan?? nak kata pungguk rindukan bulan tidak juga... siapa pungguk siapa bulan sebenarnya?? dah tentu aku pungguknya kerana dia terlalu indah.. laksana bulan...(teringat lagu Engkau Laksana Bulan - P Ramlee)... Engkau laksana bulan tinggi di atas kayangan.. hatiku dah kau tawan.. hidupku tak keruan.. Mengapa ku disiksa.. mengapa kita bersua... berjumpa dan bercinta... tetapi menderita....
Hmm okaylah..lupakan dulu soal hati tak keruan aku ni.. cuma aku teringin nak sentuh sikit pasal Anugerah Era (anugerah paling cikai di M'sia)... aku tak ambil peduli pun Anugerah ni.. sorry Jay.. abg tak minat nak join gi tengok!!... cuma isu Mawi kalahkan Siti adalah kes terpinggir.. perlukan Mawi kalahkan Siti kalau hanya bergantung dengan SMS dan undian peminat?? tapi kita tengok yang terbaik nanti... aku teringin sangat nak tengok Mawi masuk AIM... nak tengok berapa anugerah dia menang.... apapun kemenangan Mawi di AE06 sudah dijangka... malah tak hairan walau sedikit pun... cuma pelik macam mana dia boleh kalah 2 lagi kategori... itu saja yang aku musykil..
Hmm Ramadhan akan menjelang hanya dua minggu dari sekarang.. apa persiapan kalian untuk menghadapi bulan suci ini? yang tinggal puasa tu dah ganti ke? yang ter'kantoi' bermukah di bulan puasa dah ganti 2 bulan puasa ataupun dah bagi makan 60 orang fakir miskin ke? hmm jangan tau.. berat hukuman bermukah di siang hati bulan Ramadhan tu... pada aku Ramadhan kali ini selain menuntut rasa keinsafan dalam berpuasa, terselit rasa terkilan tidak dapat sama berbuka puasa bersama-smaa Sham tahun ini (patutnya kali pertama) dengan status sebagai kekasih.. kalau boleh pun hanya sekadar adik dan abang.. dan aku sendiri tak pasti apakah ada kesempatan utnuk berbuka dengannya tahun ini memandangkan sudah lebih dua bulan kami tidak bersua muka... walaupun dekat namun hingga hari ini aku masih belum dapat berjumpa dengannya.. ada saja alasan diberikannya setiap kali aku mahu bertemu dengannya...
Apapun aku pasrah... aku tahu dalam hidup ini kita tidak boleh hanya hidup bersama kenangan.. sebab itu aku harus cekal dan tabah menghadapi dugaan demi dugaan... Hidup aku dengan Ard masih seperti selalu.. mungkin kebelakangan ini aku rasa antara kami tiada masalah sangat.. mungkin tiada lagi emosi yang mengganggu perhubungan kami... memandangkan aku kini sudah seratus peratus menerima kenyataan dia bukan untukku dan begitu sebaliknya... cuma kami masih bersama seperti rakan serumah.. itu saja... lagipun aku harus akui tanpanya aku terasa sepi... bukan sepi tanpa cintanya tapi sepi kerana tiada teman untuk berbual (biarpun biasanya perbualan aku dan dia hanya perbualan satu pihak..) Semoga dia gembira dengan hidupnya sekarang... soal cinta dan kasih sayang... sudah lama mati!
Hmm hubungan aku dan Afiq masih seperti biasa.. cuma aku tak tahu di mana arah hubungan kami.. dek kesibukan masing-masing sudah seminggu lebih kami tidak berjumpa.. meskipun rindu itu masih membara namun sukar untuk memaksa kami untuk bertemu dalam jarak masa terdekat ini.. apapun buat Afiq... enjoy your trip to Bangkok... jangan lupa ole-ole dari sana ya? Kita jumpa bulan puasa nanti lah.. ada masa yang sesuai kita berbuka sama ok?
Akhirkata buat semua.. semoga hari-hari yang bakal tiba nanti memberikan seribu makna dan harapan buat kalian.. pada aku secebis harapan saja yang aku dambakan ... harapan untuk melihat sinar kembali menerangi hidup sepiku... tiada lagi halangan malah semuanya berjalan dengan lancar baik perhubungan, kerjaya dan keluarga... kesilapan semalam aku jadikan sebagai tauladan agar ianya tidak berlaku lagi di lain masa.... salam sayang untuk semua.... wassalam


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home