Friday, September 08, 2006

Secebis Harapan.. September Datang Lagi

Tika keheningan aku bagai dibuai dinginnya malam yang panjang... Tika kegelapan sayup unggas berdendang aku mengubat hati yang rawan... Bagaikan dinginnya malam yang suram begitulah aku diibaratkan... Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau.. biarpun payah ku teruskan... siapa memandang tidakkan ku hirau.... biarpun pedih ku teruskan... Menjelmalah bintang berikan daku sinaran... Semoga hatikan cekal, akan ku teruskan walau harus ku telan seribu nista di tangan.... Tuhan! Ku inginkan secebis harapan! Hanya padaMu ku serahkan! Apakah kan ada ketulusan jiwa yang menilaiku seadannya?! Secebis Harapan (Nora) dari album 'Samudera' (2006)

Walaupun sudah 8 hari September menjengahkan dirinya namun rasa masih belum terlewat untuk aku mengungkapkan rahsia hati yang lama bersarang dalam jiwa... Hm ya dulu September sering aku tunggu kerana September benar-benar bermakna buat hidup aku.. banyak kenangan terindah dan pahit hadir ketika September diraikan...

Mungkin dunia juga mengenang September sebagai satu kejadian penuh tragik.. 11 September dikenang oleh warga Amerika kononnya pada hari itu negara mereka diserang pengganas... Apapun itu tanggapan mereka yang mempunyai aenda penuh kepalsuan.. bak bertanam tebu di bibir tetapi berebung di hati... Namun pada aku kedatangan September tahun ini hanya memberikan sejuta rasa sepi dan tertekan.. Hinggakan ku mohon padaNya untuk berikan aku secebis harapan... bagaikan lagu Nora yang aku catatkan liriknya di atas... lagu ini memang terlalu dekat di hatiku kini... Lagu tema slot Samarinda di TV3, 'Nureisya' lakonan Rita Rudaini itu memang mendayu dan agak syahdu setiap kali aku perdengarkan samada di dalam kereta ataupun di rumah...
Tanpa sedari rupanya airmata ku jatuh membasahi pipi tatkala aku menyanyikan rangkap "Tuhan ku inginkan secebis harapan... hanya padaMu ku serahkan...".. Bukan apa.. apa yang berlaku kini dalam hidupku memang agak membosankan... malah seperti tiada lagi harapan untukku teruskan hidup... semuanya kian jauh pergi.. semua keriangan dulu seolah makin jauh meninggalkan aku... insan-insan yang dulu bersamaku rasanya semakin jauh...
Ya.. September biasanya aku sambut dengan pelbagai kisah suka dan duka... biasanya 2 dan 9 September setiap tahun akan mengingatkan aku pada dua insan tersayang yang sudah lama menemui ilahi... 2 September kehilangan arwah Amin yang dulu merupakan sahabatku dunia dan akhirat... ya... kini sudah 10 tahun dia pergi... kenangan memori ketika sama-sama berada UITM dulu memang masih segar diingatanku.. perginya dalam keadaan yang amat tragis.. kemalangan jalan raya hanya beberapa hari sebelum kami mengambil final exam...
Manakala 9 September 1993 aku tetap mengenanginya sebagai perginya seorang serikandi hatiku... kekasih awal dan akhirku hingga kini... Sharifah Nurdiana Elyna Syed Shahzan... hari ini genap 13 tahun kau pergi Elyna... Sudah 13 tahun juga hatiku tertutup rapat buat semua insan sejenismu.... Entahlah..!! hingga kini namamu tetap aku ingati dan cinta kita dulu tak pernah padam.. Cintaku padamu tetap seperti dulu... kerana cinta padamu jugalah aku namakan hasil nurkilan ku pada sebuah lagu popular dengan menggunakan namamu Elyna!! Seolah engkau yang menulis lirik lagu tersebut... Apapun cinta padamu tak mungkin berubah... Aku tahu walapun kau tak mungkin akan berdiri di hadapan ku semula namun semangatmu tetap utuh dalam jiwaku.. Al Fatihah buatmu Elyna dan buatmu Amin.. semoga roh kalian aman di sisiNya!
Dua tarikh memori manis yang sering menjadi ingatanku setiap kali tibanya September selain 4 September iaitu hari ulangtahun adik... adalah tarikh 12 September dan 27 September... Tarikh 12 September menemukan aku dengan Lanz... indah waktu itu apatah lagi bermula dengannya lah aku kenali 'dunia' penuh dusta ini.. Malah ketika bersamanya hadir lagu 'Dia' nyanyian Fauziah Latiff tu... Manakala 27 September sejak tahun 2003 lalu sering mengingatkan aku pada ulangtahun kelahiran Sham... Paling bermakna tarikh itu aku raikan dengannya di ibukota Victoria, Melbourne tahun 2004 lalu... Indah waktu itu... paling aku tak lupa menyaksikan api menjulang di tingkat atas Crown tepat jam 12 tengah malam 27 September 2004 lalu sambil membisikan 'Happy Birthday ke 22sayang" ke telinga Sham... Lantas satu cium mesra singgah dipipiku... Indah waktu itu... tapi dek kesibukan kerjayaku aku tak berkesempatan menyambut bersamanya sekali lagi di sana tahun 2005 lalu.. Namun aku berjanji padanya pada 27 september 2005 lalu untuk meraikan ulangtahun ke 24 tahun 2006 ini di tanahair tercinta!
Ya... hanya tinggal hampir 3 minggu dari sekarang untuk aku menantikan detik itu... namun apalah dayaku... memang aku dapat meraikannya dengan Sham namun keadaan sudah jauh berbeza... aku bukan lagi sesiapa di hatinya... Oya.. sedar tak sedar.... dah 2 bulan kami tidak bertemu... Kali terakhir aku menatap wajah comelnya ketika sambutan hari ulangtahunku ke 32 lalu... Hmm tak apalah.. aku sudah tahu apa hadiah yang akan aku berikan padanya nanti... kalaupun tidak seistimewa dua tahun lalu... asalkan masih ada kesempatan menyambutnya.. aku puas!
Apapun September juga pernah menyaksikan jatuh bangun aku dan Lanz mempertahankan dugaan demi dugaan yang melanda kami tatkala berdepan dengan keluarganya, lebih-lebih lagi ibunya Puan Sri Aishah!... Dan September yang mempertemukan kami di majlis penuh meriah lagi berprestij... september juga menyaksikan perpisahan kami... kebetulan ataupun takdir.. tarikh 27 September juga kami terpisah bila dia mengambil keputusan bermastautin di bumi US.. Aras 5 KLIA pernah menyaksikan betapa aku terlalu sedih untuk merelakan pemergiannya... Namun semua itu kini hanya tinggal kenangan... Kenangan di bulan September...
Apapun Tuhanku... dengan sisa-sisa kekuatan yang masih ada... berikanlah aku SECEBIS HARAPAN.. untuk ku meneruskan semangatku dan mengagahi diriku untuk meniti hidup di bumiMu ini!... Aku terlalu tertekan dengan apa yang aku lalui kini... segalanya hambar.. tidka bermaya... malah segala usaha ku kian tidak menjadi... bukan saja pada karier ku tetapi juga perhubungan... segalanya kian sukar.... kenapa ya??
Buat Afiq... semoga cepat sembuh... aku rindukan gelak tawamu... Get well soon... Take care!!
Buat Muz... mungkin tiada jodoh antara kita.. Semoga kau temui insan lain yang lebih memahami dan dapat memberikanmu erti rasa satu keselesaan... kita terlalu berbeza!
Buat Ady... semoga segalanya berjalan seperti yang dirancang... kehadiran mu sedikit sebanyak meredakan kekusutan hati dan jiwaku.. Kau insan yang terlalu indah untukku... Semoga apa yang kau lakukan kini mendapat keredhaannya...
Akhirkata buat semua... selamat berhari minggu.. jangan terlalu seronok dengan having fun ya! Ingat-ingat dunia sikit.. ehehe! Salam sayang buat semua yang mengenaliku... wassalam!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home