Assalamualaikum semua... bagaimana dengan puasa harini? semoga kita mendapat berkat dengan apa yang kita lakukan.. malah puasa kita kita harini penuh pahala puasa nya.. pada aku sejak sibuk dengan membuat biskut tembikai hati ku tidak terfikir langsung soal kasih sayang yang sering aku dambakan beberapa ketika dulu.
Cuma sejak malam semalam selepas menerima panggilan dari 'W' hatiku kembali menyedari betapa pentingkan kasih sayang dalam hidup... kepenatan membuat biskut dan kek lapis Sarawak rasanya seolah 'dibersihkan' minda dengan suara manjanya.. aku sedar walau sesibuk mana pun kita saban hari..namun naluri hanya akan rasa bahagia dengan cinta dan perhatian seseorang yang kita sayangi. Hmm entahlah aku tak nafikan aku memang sayang padanya... tapi bukan sebagaimana sayangku pada Lanz, Abang Zul, Sham dan Ard satu ketika dulu... sayangku padanya tidak lebih dari seorang kawan.. mungkin lebih hanya sebagai adik.. Ah! kalau pun aku sayang padanya sebagai kekasih sekali pun belum tentu sayangnya pada aku sama seperti ku.. orang terkenal macam dia punya ramai peminat bukan saja dari kalangan peminat wanita tetapi juga lelaki.. mungkin beribu antara mereka sepertiku yang memujanya...
Hmm okaylah.. pada mereka yang ingin menempah kek lapis Sarawak hasil tangan Ard bolehlah menghubungiku ya... kalau sebiji kek (9" X 9") harganya adalah RM120 dan kalau ukuran 3" X 9" cuma RM40 . Antara rekabentuk dan corak yang ada adalah seperti (ikut pusingan jam dari atas).. Lapis Kenari, Semarahan dan Ketupat ... cantik kan? hmm kalau suruh aku memang tak punya sebab aku tidak mempunyai tahap kesabaran yg tinggi untuk membuatnya... Apapun sambutannya agak bagus dan esok saja sudah ada tempahan yang perlu dihantar kepada seorang kawanku yg berbangsa Tionghua. Buat makan je katanya.. Tak sangka pula kek seperti ini mendapat sambutan yang bagus juga dikalangan bukan Melayu dan juga di Semenanjung... cuma masih ramai yang terkeliru dengan kek lapis Betawi... Bukan... kek lapis Sarawak tidak langsung menggunakan kulit kayu manis...!! jadi pada yang tidak suka bau dan rasa kulit kayu manis (termasuk aku!) tidak perlulah risau... rasa kek ni manis seakan-akan kek lapis yang biasa kita makan.... (kalau ada yang tahu kek lapis masam manis... begitulah lebih kurang rasanya..
Jadi cukup sampai di sini dulu buat kali ini.. aku nak sambung buat biskut tembikai aku ni... sebelum mengakhiri lembaran kali ini... pada mereka yang liat nak puasa tu... renung- renungkanlah...
Hukum-hukum kerana meninggalkan puasa terbahagi empat :
1. Wajib Qadak
2. Wajib Qadak dan Membayar Fidyah
3. Tidak Wajib Qadak
4. Tidak Wajib Qadak tetapi Wajib Membayar Fidyah.
1. Wajib Qadak dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa kerana:-
i) Kedatangan haid dan nifas
ii) Sakit yang membahayakan
iii) Tersangat lapar dan dahaga
iv) Dalam perjalanan
v) Pitam
vi) Mabuk
vii Mengandung
viii)Menyusukan anak dibolehkan berbuka kerana bimbangkan kesihatan diri dan anak
2. Wajib Qadak dan Membayar Fidyah dikenakan khusus kepada:
i) Orang yang mengandung dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak
ii) Orang yang menyusukan anak dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak masing-masing
3. Tidak Wajib Qadak khusus kepada orang yang meninggalkan puasa kerana:
i) Kafir (tidak beragama Islam)
ii) Kanak-kanak
iii) Gila
4. Tidak Wajib Qadak tetapi Wajib Membayar Fidyah khusus dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa kerana:
i) Sakit yang tidak ada harapan sembuhnya
ii) Tua yang tiada kuasa (daya) berpuasa.
p/s Thanks Putra from Myspace
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home