Harapan...
Doaku agar kaukan selalu bahagia...Agar kau temui insan tulus menyayangimu... Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu... Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa.... Ku tinggalkan memori bersamamu... Ku undur diri bersama harapan.. Tidak kesampaian cinta kita...Ku bawa harapan ku pendam rahsia....Ku dikejauhan mendoakan.. Agar kau bahgia tiada lagi duka.... Daku rela mengundur diri... Ku pasti dikaukan fahami ...Tiada penyesalan kasihku korbankan.... Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta....Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku....Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku... (Fazli Zainal - Harapan)
Hmm lagu jiwang lagi kan? Hehehe! Entahlah... sesekali bila terdengar lagu sendu Fazli ni aku teringatkan si W... memang lagu ni betul-betul kena dengan aku.. Ah! biarlah.. malas lagi aku nak layan lagi perasaanku... cuma macam lagu Fazli tu... aku doakan dia bahagia walaupun dari kejauhan.. semoga apa saja yang dia lakukan beroleh kejayaan dan semoga cita-cita menjadi salah seorang pengacara terbaik akan menjadi kenyataan suatu hari nanti...
Apapun tumpuan ku kini adalah pada Ard... Tahniah untuknya kerana baru saja diterima bekerja di salah sebuah syarikat pengiklanan terkemuka di ibukota... Semoga kehidupan kami bertambah baik selepas ni... Semoga sinar 2007 yang bakal menjelang 29 hari dari sekarang akan memberikan satu hidup baru yang lebih memberansangkan... aku sudah berkira-kira mahu 'makan angin' sekali lagi di Pulau Pangkor.. pulau penuh memori ketika bersama Sham dulu..
Apapun aku tak mahu ingat lagi semua memori pahit tahun 2006 ni... Biarlah sejuta kebahagiaan dan ketenangan saja yang singgah dalam sudut hatiku setiap hari bermula Januari nanti... Oh ya... semalam baru aku dapat album terbaru Aishah... Hmm memang best lagu-lagunya walaupun secara benarnya hanya ada 3 lagu baru je... 'Kurnia' dan 'Kasihnya Balqis' adalah antara lagu terbaru... yang lain seperti 'Melukut Di Tepi Gantang', 'Harapan' dan 'Tiada Lagi Tangisan adalah lagu yang sudahpun dimuatkan dalam album 'Sehati Sejiwa' dulu.. cuma lagu-lagu sperti "Songkok Mereng' dan 'Barisan Kita' adalah susunan muzik terbaru... apapun tunggu ulasan aku nanti ya...
Aku tengah menyiapkan komen tentang album 'Harapan' Fazli Zainal... nanti
aku postkan untuk semua... so far dari lima bintang aku kasi album ni 3 1/2 bintang! kalau rating A sampai E aku kasi B+.... apapun album ni memang bagus... Lagu paling aku suka adalah 'Ke Akhir Masa' ciptaan Adnan Abu Hassan... tak tau kenapa tapi melodinya memang sinonim ngan lagu-lagu dendangan Fauziah Latiff dan Aishah satu ketika dulu dan liriknya hasil nurkilan abang Amran... seperti lagu 'Keindahan Yang Berlalu' dari album Aishah II... Apapun TAHNIAH buat Fazli.. semoga terus maju...

So okaylah.. cukup dulu untuk kali ini... dah tak ada idea untuk terus menulis.. apapun salam sayang buat semua yang selalu memberikan galakan dan memberikan sokongan untuk aku terus menulis... Terima kasih buat Ricky dan Man sebagai peminat setia nurkilan aku... sebenarnya aku tak kisah sangat pun kalau tak ada sesiapa membaca nurkilan ku di sini kerana semua yang aku tulis hanya sekadar mengisi masa lapang dan mengubah keterbiasaanu meluahkan semua rasa hati dalam diari biruku di rumah... Maklumlah.. aku tak mahu ketinggalan menggunakan kemudahan di zaman IT lagi moden ini.
Akhirkata buat semua selamat memulakan minggu baru di bulan terakhir 2006.. Bulan ini juga genap setahun aku menulis di sini... pelbagai kisah suka dan duka... penuh warna-warni.. Wassalam!
p/s buat 'W'... "mungkin telah ditentukan Tuhan, antara kita tidak tertulis untuk bersama!"
1 Comments:
penuh makna kan lirik lagu Harapan. cara ia dinyanyikan pun penuh perasaan.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home