Kembali...
Assalamualaikum semua..
Hah!! selepas lebih sebulan kosong tak berisi akhirnya muncul nurkilan terbaru.... bagaimana dengan sambutan raya kalian? Hari ni adalah hari terakhir Syawal menjengah kita... Esok sudah masuk bulan Zulkaedah... sebulan sepuluh hari lepas ni Aidiladha pula akan kita sambut sehari sebelum tibanya 2007. Aku harap kalian gembira menyambut Aidilfitri 1427 di samping keluarga, rakan-rakan dan insan tersayang. Pada aku raya tahun 1427 Hijrah ni tidak banyak berbeza dengan raya 1426 dan 1425... segalanya masih sama... Mungkin dah tua-tua ni mana ada lagi 'feeling' nak raya kan?
hmm lebih sebulan ni macam-macam peristiwa yang merubah hidupku... paling pertama sejak puasa hari ke 25 aku dan W sudahpun mementerai (ala-ala declare la ni) ikatan kasih sayang... aku sendiri tak pasti bagaimana mudahnya aku menerima 'lamaran' nya... memang tak pernah aku sangka secepat ini aku dan dia bercouple... Sampai sekarang ikatan yang berusia hampir 2 bulan tu semakin erat... cuma aku sendiri yg tidak mahu terlalu hanyut. Maklumlah orang glamour macam dia memang boleh tinggalkan aku bila-bila masa saja... so kenalah bersedia... lagipun dia dicalonkan untuk 2 kategori Anugerah Bintang Popular... Hmm makan hati lah aku nanti...
Dalam masa yang sama hubungan aku dengan Ard kembali bertaut... Sejak pulang dari kampungnya di Bumi Kenyalang tu dia menunjukkan banyak perubahan... rupanya dalam diam dia mula sedar segala apa yang dia lakukan... Malah minggu lalu dia dengan rela merendah diri dan membuang egonya untuk berterus terang pada aku tentang keinginannya untuk kembali semula padaku. Juga meminta maaf atas segala perbuatannya... Hmm aku terkejut juga bila mendengarnya... memang aku yakin suatu hari nanti dia akan sedar segala perbuatannya tapi tak sangka pula begini cepat malah ingin kembali semula padaku... Buat masa ni aku masih lagi memikirkan yang terbaik.. lagi pun komitmen aku sudah pada W.. Teringat aku pada lagu Siti Nurhaliza dari album Transkripsi... "Bila Harus Memilih"...
Apapun rasanya aku akan cuba memupuk kembali rasa sayang itu padanya...namun bak kata lirik lagu tersebut "Meski cintaku padamu... lebih dari yang kau tahu... Namun mengerti kasih... Tak semudahnya itu melupakan yang telah kau lakukan padaku..."... Apapun bak kata Wan pada ku... apa salahnya berikan dia peluang kedua... Yelah dia dah sama-sama tinggal denganku... buruk baik ku, sikap dan perangai aku dia dah tahu dan faham benar... kalau dengan orang baru mungkin selepas beberapa ketika dia akan kecewa atau bosan kerana aku mungkin tidak sebaik yang dia harapkan... Apapun terima kasih Wan atas nasihat berharga itu...
Cuma sekarang tumpuan aku adalah pada W... walaupun hanya seminggu sekali kami berjumpa dek kesibukan masing-masing namun aku puas hati... dia makin mesra... sedikit sebanyak rasa hipokritnya dah makin kurang... dulu bukan mudah untuk aku dan dia berjalan berdua di khalayak ramai... namun kini dia dah makin terbuka.. cuma kini dia makin sibuk dengan 'dubbing' filem terbaru nya.... hmm nampaknya makin popular lah dia lepas ni.... silap-silap aku yang gigit jari lepas ni...

Jadi sekian dulu untuk risalah kali ini... InsyaAllah bertemu lagi nanti.. Buat W semoga kau akan sentiasa berjaya dan InsyaAllah abang akan sentiasa menyokongmu... Buat Ard... berilah abg masa untuk memikirkan yang terbaik... Memang sayang itu masih ada.. namun untuk mendapatkan kembali semua cinta dulu ianya mengambil masa. Namun abang tak mahu memberikan apa-apa harapan tapi percayalah Ard masih menjadi salah salah satu dari permata yang berharga dalam hidup abang kini...
Salam Sayang untuk semua yang memberikan sokongan dengan mengikuti apa yang aku tulis ini dan selalu bertanya bila lagi 'post' terbaru tentang arena muzik... InsyaAllah aku akan mulakan selepas mengetahui semua 12 buah lagu yang bertanding dengan memberikan komen dan ramalan ku tentang Juara Lagu... juga komen ku tentang album sulung Fazli Zainal - Harapan.... jadi tunggu! Wassalam!
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home