Thursday, December 21, 2006

MIMPI YANG JAUH..

Impian mentari menyinar dewata
Impian rembulan terangi gelora
Mimpi yang jauh untuk dicita
Terlalu indah untuk diperkata...

Mentari pergi pelangi beredar
Warna kemilau kiannya pudar
Mimpi kian hilangnya bugar
Indah tersirna segala sinar...

Kenapa impian kembali mendatang
Sedekad berlalu kini menatang
Menyerlah semula semua menggalang
Mimpi aneh mula ku tatang!


Asmara impian disangka realiti
Semangat dangkal himpun ilusi
Melakar jelita di ruang hati
Yang kian incut dimamah fantasi

Bisakah mimpi bersatu jemala?
Bisakah sinar fantasi umpama gemala?
Bisakah hidup tanpa termala?
Atau gugur akhirnya disaksi tujuh petala?

Dia kaku dalam dunianya
Tanpa pernah gusar hidupnya
Tiada sekelumit rasa hatinya
Memesong akal memikirkannya
Walhal langsung tidak mengetahuinya!

Mimpi yang jauh kian sepi
Tak mungkin realiti mampu kecapi
Yang tinggal hanyalah sebuah mimpi
Bakal berkubur nun di sanubari

Impian dan harapan nuraniku
Mana bisa dunianya dan duniaku
Mampu dihela untuk menyatu
Dia umpama dewa Mahameru
Sedang aku sang marhaen penuh pilu!


Tuhan!
Mengapa begini perihal laku?
Mengapa di sini hal berlaku?
Mengapa pula sepi bertamu?
Setelah disapa jeri akal berlagu...

Inikah asmara jitu atau palsu?
Atau hanya derita batin yang memalu?
Mungkin juga dek kerana akalku tidak dipacu?
Aku gagal menyongsang nafsu...

Gagal merintang minda nan mulus
Kian merangsang mimpi yang tulus
Diri melangkah penuh menghunus
Tapi akhirnya kecewa hati nan dayus!

Tuhanku..
Kau berikan hidayah dan taufik
Agar mimpi yang jauh lagi musyrik
Tidak terus merana diri nan hipokrit
Tanpa berdusta penuh munafik

Kau berikan aku kekuatan iman
Agar mampu menyabar hati nan rentan
Moga tidak menyeksa badan
Yang kian parah umpama meroyan

Amirul Omar
Bandaraya Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
22 Disember 2006
1.30 pagi



0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home