Ceritera Cinta...
Bertemu lagi selepas senyap hampir seminggu... Bukan apa kesibukan di "Sudu N Garfu" seolah menjadi penghalang untuk aku terus mencoretkan sesuatu buat 'ruangan bicara hati' ini. Apapun selepas hampir dua minggu beroperasi semuanya berjalan lancar walaupun pada awalnya segalanya seolah serba tak kena. Alhamdulillah.. walaupun terkadang tertekan juga aku dengan suasana di situ namun segalanya kini bak kata orang 'alah bisa tegal biasa'.
Pada nurkilan terakhir aku berjanji untuk meletakkan gambar-gambar di cafe "Sudu N Garfu" tapi nampaknya tak kesampaian lagi. InsyaAllah akan aku usaha sebaik mungkin untuk tatapan kalian nanti. Apapun semoga kalian akan terus bersamaku. Terima kasih pada Wan Subang Jaya atas sokongan padu dan sentiasa di sisi setiap kali aku perlukannya.

Hubungan aku dan Ard masih seperti selalu. Dek kesibukan, kami hanya berjumpa tatkala malam menjelma. Itupun hanya sekadar sejam dua sebelum aku masuk tidur kerana harus bangun awal keesokkan harinya untuk meneruskan tugasku di cafe. Mungkin minggu depan ada sedikit kesempatan untuk kami bersama memandangkan aku mula bertugas sebelah petang di cafe. Mungkin juga bermula minggu depan aku hanya akan tiba di rumah di saat dia sudah dibuai mimpi. Hmm tak mengapalah. Mungkin ada hikmah segalanya berlaku. Apapun sikapnya akhir-akhir ini sudah kembali menenangkan hati dan perasaanku. Kami kembali seperti pasangan lain cuma terkadang aku makin keliru.. di mana dan apa erti hubungan kami.. kalau sebagai kekasih kenapa tiada rasa rindu dan kasih yang membuak-buak sebagaimana waktu bersama Lanz, abang Zul, Sham malah "W"? Aku keliru!

Kemesraan kami jelas terlakar. Kali pertama selepas setahun kami bersama. Apapun aku tetap sayangkan Ard. Dialah segala-galanya bagiku. Walaupun hingga kini aku masih belum mampu melupakan segala apa yang dia lakukan padaku dulu namun kesungguhannya untuk berubah membuatkan aku tegar menerimanya kembali. Apapun semoga berpanjangan kasih ini. Aku akan cuba sedaya upaya melupakan "W" kerana tiada gunanya aku terus rapat dengannya. Saat dia benar-benar popular nanti di manalah aku... Mana mungkin aku masih di hatinya! Kalau ada pun biarlah hanya urusan bisnes. Tak lebih dari itu.
Sampai di sini dulu buat kali ini. Aku akan kembali dengan bingkisan terbaru sehari dua lagi tapi sebelum itu rasanya belum terlewat untukku mengucapkan TAHNIAH buat bro Azlan dan Kak Dibah atas kemenangan mereka di AJL 21 baru-baru ini. InsyaAllah akan ada komen ku tentang perjalanan siaran langsung AJL 21 dan juga tentang kemenangan komposer-komposer di anugerah berprestij itu. Selain itu terima kasih buat penyanyi kesayanganku Siti Nurhaliza yang kini sibuk mengumpul lagu untuk album Pop Tradisional nya yang bakal menemui peminat pertengahann tahun nanti. Terima kasih kerana mengabulkan impian ku selepas 'Sanggar Mustika' tahun 2002 lalu. Akhirkata buat semua.. "jaga diri hiasi peribadi!"
Wassalam.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home