Tuesday, January 30, 2007

AJL 21 .. Kemenangan 2A sudah diduga...

Bertemu lagi di bingsikan hatiku. Sebagaimana yang dijanjikan inilah komen-komen dan pandanganku pada anugerah penuh berprestij ini. Rata-rata memuji malah berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan. Pada aku kemenangan Adibah Noor dan Azlan sebenarnya aku tak jangkakan. Mulanya aku amat yakin yang 'Warkah Buat Laila' bakal dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan AJL21. Apapun aku puas hati dengan kemenangan mereka berdua. Memang kemenangan ini benar-benar bermakna samada pada Azlan dan Adibah kerana masing-masing kali pertama memenanginya. Sebelum ini Adibah tidak pernah berpeluang ke AJL manakala lagu-lagu Azlan pernah memasuki peringkat Akhir AJL seperti 'Satu Cinta Dua Jiwa' (Siti Nurhaliza) (AJL 1999) dan 'Elegi Sepi (Azharina Azhar) (AJL 2006) tetapi tidak pernah menang. Inilah kemenangan pertama komposer berusia 35 tahun ini yang memulakan kerjayanya menerusi lagu 'Sinaran' dendangan Shiela Majid pada tahun 1986.
Pada mereka yang membaca edisi khas AJL 21 pada bulan Disember dalam blog kesayanganku ini pasti sedia maklum yang aku sudah menjangkakan lagu 'Terlalu Istimewa' adalah antara calon 'favourite' ku untuk menjuarai kategori Balada selain lagu 'Secebis Harapan' yang didendangkan oleh Nora. Nampaknya juri juga sependapat memilih lagu 'Terlalu Istimewa' sebagai pemenang mengalahnya saingan terdekatnya 'Secebis Harapan' yang ketinggalan hanya beberapa mata. Memang lagu ini 'terlalu istimewa'! Seperti yang dikatakan oleh komposer dan penulis liriknya, Azlan dan Adibah sendiri mengakui lagu ini memang 'istimewa'. Istimewa di mana? hmm sudah tentu di melodi malah susunan muziknya sendiri yang simple dan 'senang tangkap' kata orang memberikan kelebihan pada lagu ini. Liriknya pula agak ringkas dan mudah difahami, apatah lagi ianya terhasil dari sebuah tragedi penuh menyayat hati. Persembahan Adibah dengan menggunakan kanak-kanak sebagai barisan koir dan petikan Surah Al An'Am ayat 140 begitu menarik. Tahniah buat Kak Dibah.. (Buat Nuar, tolong sampai kan salam buat Kak Dibah ya?). Buat Azlan "keep it a work a good work bro!"
Kategori Irama Malaysia dan Etnik Kreatif memang aku sudah jangkankan kemenangan Ayob Ibrahim, Kak Chah (Habsah Hassan) dan Zahid. Ternyata pilihan juri memihak kepada lagu terbaik AIM 2006 ini. Persembahan Zahid biasa saja namun vokal dan penghayatannya aku puji kerana dia memang berkebolehan menyampaikan lagu-lagu sebegini. Semoga kemenangan ini membuka mata pihak pengurusan malah Zahid sendiri untuk lebih mempelbagai dan menggunakan bakat yang ada. Anda lebih berbakat menyanyi lagu pop dan tradisional wahai Zahid! Jangan sia-siakanya! Tak kan ke mana dengan 'hip hop' tu! Syukurlah yang terbaru aku dengar Zahid akan mempelbagaikan konsep dalam terbarunya tahun ini. Apapun pada aku Zahid sememangnya punya keistimewaan tersendiri dan pemenang Akademi Fantasi yang berbakat selain Vince. Tahniah sekali lagi!
Kategori Pop Rock memang mengejutkan aku. Mungkin selama ini aku begitu yakin dengan 'Lagu Cinta Lagu Jiwa' hingga gagal menghayati lagu 'Juwita Citra Terindah' dengan sebaik mungkin. Apatah lagi album M Nasir bukan ada dalam simpanan ku. Namun dek kemenangan nya aku sanggup dapatkan album tersebut semata-mata mahu menghayatinya. Ya! Memang betul bagai dikata! Menarik sungguh! bukan R&B malah soul era 70'an. Satu kerugian pada aku sebenarnya! Apapun persembahan ringkas dan 'solo' dari sifu M Nasir memang sesuatu yang bagus. Kalau penuh penari satu pentas, susah pula juri nak melihat penghayatan dan mesej yang hendak ditunjukkannya. Syabas Sifu! Apapun persembahan dan gimik melalui 'Lagu Cinta Lagu Jiwa' bersama M Nasir membuka mataku untuk sedikit memuji penghayatan dan 'secebis' bakat yang ada pada anak muda bernama Mawi!
Persembahan terbaik... HAZAMI! memang patut juri memilihnya sebagai pemenang. Persembahan beliau menerusi 'Mungkir Bahagia' memang menarik. Barisan koir memakai topeng memang sesuai dengan kisah lagu tersebut. Khabarnya lagu ini mengisahkan tentang janji yang dimungkiri oleh seorang lelaki untuk pada kekasihnya kerana menyahut panggilan Illahi. Hmm memang tragis.. apa nak buat takdir menentukannya! Vokal Hazami memang bagus walaupun ada sedikit 'terpeleot' namun ianya langsung tidak menjejaskan persembahannya. Mungkin kerana sedikit kesilapan inilah yang melepaskan peluang Hazami untuk mengekalkan kejuaraan nya tahun lalu sebagai pemegang vokal terbaik mengalahkan Jaclyn Victor sendiri. Mungkin rezeki sudah ditentukan bakal menjadi milik Adibah Noor. Apapun tahniah buat Hazami kerana kemenangan persembahan terbaik ini memahat namanya sebagai pemenang kategori ini yang pernah dimenangi oleh Siti Nurhaliza (1996, 1997, 2001, 2002 dan 2003) dan Noraniza Idris (1998, 1999, 2000 dan 2004).
Vokal terbaik milik Adibah Noor memang aku puas hati. Ternyata vokal terbaiknya mampu mendapat sorakan gemuruh dari para penonton Stadium Putra Bukit Jalil malam itu. Cuma bak kata Adibah sendiri memang ada sedikit 'sumbang' malam itu. Namun kelantangan vokalnya menenggelamkan kekurangan yang tercipta. Apapun pada aku mungkin berdiri di pentas yang disaksikan ramai penonton membuatkan kak Dibah sedikit gugup. Apapun bak kata lagu Whitney Houston 'It's not right but it's OK!" tak perlu ada pertikaian kerana dia memang berhak memenanginya!
Cuma aku sedikit pelik kerana juri persembahan terbaik dan vokal terbaik hanya diadili pada artis, DJ radio dan wartawan... Pandaikah mereka menilai 'vokal'? sepatutnya pihak penganjur perlu memilih mereka yang lebih arif dalam menilai kategori Vokal kerana hanya mereka yang tersohor dalam bidang nyanyian seperti Aishah dan Anita Sarawak (sekadar menyebut beberapa nama) saja yang benar tahu apa erti 'vokal' sebenarnya. Malah tidak keterlaluan kalau ianya harus dinilai oleh mereka yang lebih tahu dan menjadi guru vokal seperti Siti Hajar ataupun Juliza Adlizan saja. Selain itu memilih komposer yang tidak bertanding malam seperti Adnan Abu Hassan dan Azmeer itu juga harus dipilih mengadili kategori ini. Bukan wartawan dan DJ radio! Mungkin relevan untuk kategori persembahan terbaik tetapi untuk kategori Vokal terbaik rasanya kurang bijak! Bukan menidakkan keadibiliti mereka tapi untuk menjadikan Anugerah ini lebih unggul, perlulah ada kekuatan tersendiri. Sama seperti menilai lagu bukan sebarangan orang boleh melakukannya. Semoga tidak berlaku lagi tahun depan!
Apapun secara keseluruhan persembahan artis lain agak memberangsangkan cuma aku tak terasa meriahnya tahun ini tanpa Noraniza Idris yang seringkali tampil dengan pembaharuan dalam persembahannya. Malah inilah pentas paling kecil sepanjang AJL berlangsung yang mungkin menyekat kreativiti sang penyanyi untuk melakukan persembahan sehebat Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris dulu. Dari segi persembahan hanya Hazami, M Nasir & Mawi, Bob & Aspalela Abdullah, Nora dan Adibah Noor saja yang benar-benar menarik. Lain-lain tu aku pelik terutamanya Elyana yang hanya secara solo menari di atas pentas. Sepatutnya lagu rancak seperti 'Tak Tercapai Akalmu' memang mempunyai banyak peluang untuknya berkarya dan ber'kreativiti'. Apapun aku terhibur dengan persembahan Nora. Memang lagu itu lagi 'jiweng' tapi tatkala kita sudah tidak punya apa-apa, harapan nan secebis itu lah yang kita dambakan dari yang Esa.
Tahniah sekali untuk Adibah, Azlan Abu Hassan, Ayob Ibrahim, Zahid, M Nasir dan Hazami kerana berjaya mencatatkan kejayaan terbaru atau pertama kali bagi kalian. Semoga kemenangan ini membakar semangat anda untuk terus berkarya dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik demi memertabatkan industri muzik Malaysia yang makin tenat! Wassalam!

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Hmm...good review, keep it up bro :) tp...slow la u...dh abes lebig seminggu dh br nak wat review..but..well, i know u r bz with yr new life at cafe..hehe

.Leo Wan.

11:54 PM  
Anonymous Anonymous said...

Hi damaQ!

Thanks for writing about AJL21. And not forgetting thanks for mentioning my name.

I've convey your Salam to Kak Dibah oredi.

How's work at cafe?

Ok, you have good day.

Take care

2:58 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home