Asmara Ini....
"Asmara ini janganlah dipersia
Asmara ini janganlah dikecewa
Asmara ini suburkanlah di minda
Asmara ini sematkanlah di jiwa "
Salam pertemuan buat semua! Sekali lagi kita dipertemukan dalam bingkisan jiwa ini. Apa khabar semua? Semoga cuti Tahun Baru Cina yang baru berlalu memberikan peluang pada kalian memberikan masa untuk bersama-sama dengan keluarga, teman-teman dan insan tersayang. Pada aku walaupun hampir 3 tahun sudah aku hanya bekerja mengikut waktu sendiri dan untuk bercuti bukanlah satu halangan bila-bila masa saja, namun musim cuti kali cukup bermakna kerana dapat ku isikan masa ku dengan Ard dengan mengunjungi 'Kota Keriangan' di puncak Genting Highlands.
Mulanya kami merancang untuk ke Pangkor namun dek kerana kesuntukkan masa dan Ard hanya bercuti dua hari saja rasanya tidak berbaloi bercuti dalam masa tergesa-gesa. Begitu juga ke Genting. Ikutkan mahu menginap saja di Genting World Resorts ataupun Awana tapi rasanya tak ada kesempatan. Lagipun aku hanya pergi ke sana menaiki bas dari KL Sentral. Hmm perjalanan ke sana dari rumah aku di Damansara mengambil masa kira-kira sejam. Dari stesen Komuter Sg Buloh kami bergerak ke KL Sentral. Paling membosankan koc komuter dipenuhi oleh warga asing termasuk Bangladesh, Vietnam dan Myanmar. Ayo! Tak terasa seperti berada di Malaysia lagi!
Naik bas Genting pun boleh tahan lah.. seronok juga sebab dah hampir 10 tahun aku tak naik bas... Paling aku bosan sebaik saja sampai di stesen skyway ataupun kereta kabel di Gohtong Jaya ialah beratur panjang selama hampir sejam! Aduh! Tuhan saja yang tahu betapa aku terlalu tidak suka pada keadaan yang penuh dengan manusia. Bayangkan harus melepasi sehingga 10 lapis barisan! Namun tekanan itu beransur hilang bila menaiki kereta kabel yang memberikan peluang untuk kami sama-sama menikmati panorama indah Banjaran Titiwangsa itu. Memang menenangkan jiwa!
Tekanan kembali terasa sebalik saja tiba di taman tema luar (oudoor theme park).. bayangkan perlu beratur hampir empat puluh minit untuk menaiki satu permainan.. Apapun aku terhibur dan seronok ketika di sana. Aku tak nafikan kemesraan aku dan Ard semakin bertaut kembali. Dia juga seronok dan gembira. Pada aku inilah saat paling aku nantikan. Sekurang-kurangnya aku lupa pada 'W'. Ah! Aku sudah berjanji pada kalian tak kan ceritakan lagi hal tentang 'W'. Jadi untuk mengotakan janji, tak perlu aku catatkan di sini apa yang terjadi selepas pertemuan terakhir awal Februari lalu.
Oh Ya! aku tak sabar untuk mendapatkan album pop tradisional terbaru Datuk Siti Nurhaliza kita tu. Khabarnya dia akan tampil dengan lagu-lagu ciptaan Pak Ngah, Ayob Ibrahim (pemenang kategori Etnik Kreatif AJL21), Mohram dan juga Ramli MS. Harapanku semoga album kali ini berbeza dari 3 album solo pop tradisionalnya sebelum ini. Kalau boleh yang mempunyai sentuhan 'fusion etnik' seperti yang dilakukan oleh Noraniza Idris. Baguslah mungkin dengan kehadiran album terbaru Siti nanti akan menyemarakkan lagi industri muzik khasnya untuk khazanah irama kita itu. Entah kenapa sejak sehari dua ini aku terlalu suka pada lagu 'Cahaya Cinta'. Mungkin 'cahaya' cinta aku makin bersinar agak. Semoga tak kan padam lagi!
Okaylah untuk kali ini ya... bertemu lagi dilain masa. Salam sayang buat Wan Alias yang kini berada di KK. Kerja baik-baik awak ye!.. Buat Ard yang 'Makin Aku Cinta' .. semoga detik-detik seminggu ini akan menyemarakkan lagi kasih kita. InsyaAllah abang akan lupakan semua tentang 'W'...kerana hanya kau di hatiku kini. Untuk Wan dan Zam semoga sentiasa bahagia selalu dan berjaya dengan bisnes yang bakal dijalankan nanti. Salam buat semua yang mengenali aku tak kira di mana berada. Jangan lupa ke 'Sudu N Garfu' di Kelana Jaya bila kalian ada kelapangan. Nikmati makanan yang sedap lagi enak untuk hidangan makan tengahari dan malam ala barat. Wassalam
Asmara ini janganlah dikecewa
Asmara ini suburkanlah di minda
Asmara ini sematkanlah di jiwa "
Salam pertemuan buat semua! Sekali lagi kita dipertemukan dalam bingkisan jiwa ini. Apa khabar semua? Semoga cuti Tahun Baru Cina yang baru berlalu memberikan peluang pada kalian memberikan masa untuk bersama-sama dengan keluarga, teman-teman dan insan tersayang. Pada aku walaupun hampir 3 tahun sudah aku hanya bekerja mengikut waktu sendiri dan untuk bercuti bukanlah satu halangan bila-bila masa saja, namun musim cuti kali cukup bermakna kerana dapat ku isikan masa ku dengan Ard dengan mengunjungi 'Kota Keriangan' di puncak Genting Highlands.



'Percutian' kami berakhir tatkala malam menjelma. Mulanya aku tidak terlalu risau kerana bas hanya akan tiba jam 8.15 malam sedangkan waktu kami melangkah menuju ke stesen kereta kabel pada jam kira-kira 6.45 petang. Mujurlah kami cepat, apa tidaknya sekali lagi harus melalui hampir 15 barisan untuk menaiki kereta kabel itu. Dari jam 6.45 petang, hanya kira-kira jam 7.50 kami dapat menaiki gondola untuk turun ke stesen Gohtong Jaya. Andainya kami terlewat mungkin terpaksa bermalam di Genting kan? Apapun syukur selamat sampai di rumah kira-kira jam 10.30 malam. Penat tak terkira...! bayangkan berdiri hampir seharian (2 jam di stesen kereta kabel dan selebihnya untuk menaiki permainan yang disediakan rata-rata mengambil masa setengah jam sebelum dapat menikmatinya!)
Keesokkan harinya pada hari Isnin 19 Februari, seperti yang dijanjikan aku dan Ard bersama-sama Wan dan kekasih hatinya Zam kami ke Ulu Yam untuk berkelah atau ber 'picnic'! Memang seronok dapat bersama teman-teman sehati sejiwa apatah lagi di tempat penuh nyaman dan mendamaikan. Pada kalian, tunggu gambar-gambar tersebut aku masukkan dalam bingkisan ini.. sabar yea! (seperti biasalah kan!)

Hm antara lagu terbaru yang aku suka sekarang adalah lagu 'Ceritera Cinta' duet Jaclyn Victor dan Rio Febian! Romantik sangat kan? Lagu lain "Haruskah Aku Menyuarakan" nyanyian Aishah! memang bagus dan segar! Tapi sayangnya sampai saat ini hanya lagu 'Kasihnya Balqis' sering berkumandang di Radio KL FM sedangkan stesen lain... hmm sepi!

1 Comments:
wah encey damaq... ko ni memang berjiwa halus la tapi bukan makhluk halus ek... hehehe.. aperpun memang terharu dan teraser keceriaan yang ko cuber sampaikan.. hihihi.. pic pun menarik.. len kali bley menembak bersama2.. hohoho... keep it up bro... akan ku ikuti setiap perjalanan kisah ko ni :P
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home