Tuesday, January 30, 2007

AJL 21 .. Kemenangan 2A sudah diduga...

Bertemu lagi di bingsikan hatiku. Sebagaimana yang dijanjikan inilah komen-komen dan pandanganku pada anugerah penuh berprestij ini. Rata-rata memuji malah berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan. Pada aku kemenangan Adibah Noor dan Azlan sebenarnya aku tak jangkakan. Mulanya aku amat yakin yang 'Warkah Buat Laila' bakal dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan AJL21. Apapun aku puas hati dengan kemenangan mereka berdua. Memang kemenangan ini benar-benar bermakna samada pada Azlan dan Adibah kerana masing-masing kali pertama memenanginya. Sebelum ini Adibah tidak pernah berpeluang ke AJL manakala lagu-lagu Azlan pernah memasuki peringkat Akhir AJL seperti 'Satu Cinta Dua Jiwa' (Siti Nurhaliza) (AJL 1999) dan 'Elegi Sepi (Azharina Azhar) (AJL 2006) tetapi tidak pernah menang. Inilah kemenangan pertama komposer berusia 35 tahun ini yang memulakan kerjayanya menerusi lagu 'Sinaran' dendangan Shiela Majid pada tahun 1986.
Pada mereka yang membaca edisi khas AJL 21 pada bulan Disember dalam blog kesayanganku ini pasti sedia maklum yang aku sudah menjangkakan lagu 'Terlalu Istimewa' adalah antara calon 'favourite' ku untuk menjuarai kategori Balada selain lagu 'Secebis Harapan' yang didendangkan oleh Nora. Nampaknya juri juga sependapat memilih lagu 'Terlalu Istimewa' sebagai pemenang mengalahnya saingan terdekatnya 'Secebis Harapan' yang ketinggalan hanya beberapa mata. Memang lagu ini 'terlalu istimewa'! Seperti yang dikatakan oleh komposer dan penulis liriknya, Azlan dan Adibah sendiri mengakui lagu ini memang 'istimewa'. Istimewa di mana? hmm sudah tentu di melodi malah susunan muziknya sendiri yang simple dan 'senang tangkap' kata orang memberikan kelebihan pada lagu ini. Liriknya pula agak ringkas dan mudah difahami, apatah lagi ianya terhasil dari sebuah tragedi penuh menyayat hati. Persembahan Adibah dengan menggunakan kanak-kanak sebagai barisan koir dan petikan Surah Al An'Am ayat 140 begitu menarik. Tahniah buat Kak Dibah.. (Buat Nuar, tolong sampai kan salam buat Kak Dibah ya?). Buat Azlan "keep it a work a good work bro!"
Kategori Irama Malaysia dan Etnik Kreatif memang aku sudah jangkankan kemenangan Ayob Ibrahim, Kak Chah (Habsah Hassan) dan Zahid. Ternyata pilihan juri memihak kepada lagu terbaik AIM 2006 ini. Persembahan Zahid biasa saja namun vokal dan penghayatannya aku puji kerana dia memang berkebolehan menyampaikan lagu-lagu sebegini. Semoga kemenangan ini membuka mata pihak pengurusan malah Zahid sendiri untuk lebih mempelbagai dan menggunakan bakat yang ada. Anda lebih berbakat menyanyi lagu pop dan tradisional wahai Zahid! Jangan sia-siakanya! Tak kan ke mana dengan 'hip hop' tu! Syukurlah yang terbaru aku dengar Zahid akan mempelbagaikan konsep dalam terbarunya tahun ini. Apapun pada aku Zahid sememangnya punya keistimewaan tersendiri dan pemenang Akademi Fantasi yang berbakat selain Vince. Tahniah sekali lagi!
Kategori Pop Rock memang mengejutkan aku. Mungkin selama ini aku begitu yakin dengan 'Lagu Cinta Lagu Jiwa' hingga gagal menghayati lagu 'Juwita Citra Terindah' dengan sebaik mungkin. Apatah lagi album M Nasir bukan ada dalam simpanan ku. Namun dek kemenangan nya aku sanggup dapatkan album tersebut semata-mata mahu menghayatinya. Ya! Memang betul bagai dikata! Menarik sungguh! bukan R&B malah soul era 70'an. Satu kerugian pada aku sebenarnya! Apapun persembahan ringkas dan 'solo' dari sifu M Nasir memang sesuatu yang bagus. Kalau penuh penari satu pentas, susah pula juri nak melihat penghayatan dan mesej yang hendak ditunjukkannya. Syabas Sifu! Apapun persembahan dan gimik melalui 'Lagu Cinta Lagu Jiwa' bersama M Nasir membuka mataku untuk sedikit memuji penghayatan dan 'secebis' bakat yang ada pada anak muda bernama Mawi!
Persembahan terbaik... HAZAMI! memang patut juri memilihnya sebagai pemenang. Persembahan beliau menerusi 'Mungkir Bahagia' memang menarik. Barisan koir memakai topeng memang sesuai dengan kisah lagu tersebut. Khabarnya lagu ini mengisahkan tentang janji yang dimungkiri oleh seorang lelaki untuk pada kekasihnya kerana menyahut panggilan Illahi. Hmm memang tragis.. apa nak buat takdir menentukannya! Vokal Hazami memang bagus walaupun ada sedikit 'terpeleot' namun ianya langsung tidak menjejaskan persembahannya. Mungkin kerana sedikit kesilapan inilah yang melepaskan peluang Hazami untuk mengekalkan kejuaraan nya tahun lalu sebagai pemegang vokal terbaik mengalahkan Jaclyn Victor sendiri. Mungkin rezeki sudah ditentukan bakal menjadi milik Adibah Noor. Apapun tahniah buat Hazami kerana kemenangan persembahan terbaik ini memahat namanya sebagai pemenang kategori ini yang pernah dimenangi oleh Siti Nurhaliza (1996, 1997, 2001, 2002 dan 2003) dan Noraniza Idris (1998, 1999, 2000 dan 2004).
Vokal terbaik milik Adibah Noor memang aku puas hati. Ternyata vokal terbaiknya mampu mendapat sorakan gemuruh dari para penonton Stadium Putra Bukit Jalil malam itu. Cuma bak kata Adibah sendiri memang ada sedikit 'sumbang' malam itu. Namun kelantangan vokalnya menenggelamkan kekurangan yang tercipta. Apapun pada aku mungkin berdiri di pentas yang disaksikan ramai penonton membuatkan kak Dibah sedikit gugup. Apapun bak kata lagu Whitney Houston 'It's not right but it's OK!" tak perlu ada pertikaian kerana dia memang berhak memenanginya!
Cuma aku sedikit pelik kerana juri persembahan terbaik dan vokal terbaik hanya diadili pada artis, DJ radio dan wartawan... Pandaikah mereka menilai 'vokal'? sepatutnya pihak penganjur perlu memilih mereka yang lebih arif dalam menilai kategori Vokal kerana hanya mereka yang tersohor dalam bidang nyanyian seperti Aishah dan Anita Sarawak (sekadar menyebut beberapa nama) saja yang benar tahu apa erti 'vokal' sebenarnya. Malah tidak keterlaluan kalau ianya harus dinilai oleh mereka yang lebih tahu dan menjadi guru vokal seperti Siti Hajar ataupun Juliza Adlizan saja. Selain itu memilih komposer yang tidak bertanding malam seperti Adnan Abu Hassan dan Azmeer itu juga harus dipilih mengadili kategori ini. Bukan wartawan dan DJ radio! Mungkin relevan untuk kategori persembahan terbaik tetapi untuk kategori Vokal terbaik rasanya kurang bijak! Bukan menidakkan keadibiliti mereka tapi untuk menjadikan Anugerah ini lebih unggul, perlulah ada kekuatan tersendiri. Sama seperti menilai lagu bukan sebarangan orang boleh melakukannya. Semoga tidak berlaku lagi tahun depan!
Apapun secara keseluruhan persembahan artis lain agak memberangsangkan cuma aku tak terasa meriahnya tahun ini tanpa Noraniza Idris yang seringkali tampil dengan pembaharuan dalam persembahannya. Malah inilah pentas paling kecil sepanjang AJL berlangsung yang mungkin menyekat kreativiti sang penyanyi untuk melakukan persembahan sehebat Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris dulu. Dari segi persembahan hanya Hazami, M Nasir & Mawi, Bob & Aspalela Abdullah, Nora dan Adibah Noor saja yang benar-benar menarik. Lain-lain tu aku pelik terutamanya Elyana yang hanya secara solo menari di atas pentas. Sepatutnya lagu rancak seperti 'Tak Tercapai Akalmu' memang mempunyai banyak peluang untuknya berkarya dan ber'kreativiti'. Apapun aku terhibur dengan persembahan Nora. Memang lagu itu lagi 'jiweng' tapi tatkala kita sudah tidak punya apa-apa, harapan nan secebis itu lah yang kita dambakan dari yang Esa.
Tahniah sekali untuk Adibah, Azlan Abu Hassan, Ayob Ibrahim, Zahid, M Nasir dan Hazami kerana berjaya mencatatkan kejayaan terbaru atau pertama kali bagi kalian. Semoga kemenangan ini membakar semangat anda untuk terus berkarya dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik demi memertabatkan industri muzik Malaysia yang makin tenat! Wassalam!

Saturday, January 27, 2007

Ceritera Cinta...

Bertemu lagi selepas senyap hampir seminggu... Bukan apa kesibukan di "Sudu N Garfu" seolah menjadi penghalang untuk aku terus mencoretkan sesuatu buat 'ruangan bicara hati' ini. Apapun selepas hampir dua minggu beroperasi semuanya berjalan lancar walaupun pada awalnya segalanya seolah serba tak kena. Alhamdulillah.. walaupun terkadang tertekan juga aku dengan suasana di situ namun segalanya kini bak kata orang 'alah bisa tegal biasa'.
Pada nurkilan terakhir aku berjanji untuk meletakkan gambar-gambar di cafe "Sudu N Garfu" tapi nampaknya tak kesampaian lagi. InsyaAllah akan aku usaha sebaik mungkin untuk tatapan kalian nanti. Apapun semoga kalian akan terus bersamaku. Terima kasih pada Wan Subang Jaya atas sokongan padu dan sentiasa di sisi setiap kali aku perlukannya.
Oh ya! apa perkembangan terbaru aku dan insan-insan yang aku sayangi? Hmm rasanya masih tiada yang menarik untuk ku coretkan selain kehidupan serba 'keliru' bersama Ard dan juga 'skandal' aku dan "W". Masih berlarutan rupanya semua itu. Entahlah aku pasrah andainya aku masih belum dapat melupakannya. Dia masih menghubungiku walaupun sekarang dia ternyata amat sibuk dengan perkembangan seninya yang makin 'murah' bermula akhir tahun 2006 lalu. Apatah lagi selepas filem pertama yang bakal ditayangkan pertengahan tahun ini, penggambaran filem kedua dan ketiga nya juga sudah bermula. Apapun aku tak mahu terus menerus berada dalam fantasi. Semuanya sudah berakhir dan impian itu hanya tinggal kenangan. Aku harus bepijak di bumi nyata. Tapi bagaimana?
Hubungan aku dan Ard masih seperti selalu. Dek kesibukan, kami hanya berjumpa tatkala malam menjelma. Itupun hanya sekadar sejam dua sebelum aku masuk tidur kerana harus bangun awal keesokkan harinya untuk meneruskan tugasku di cafe. Mungkin minggu depan ada sedikit kesempatan untuk kami bersama memandangkan aku mula bertugas sebelah petang di cafe. Mungkin juga bermula minggu depan aku hanya akan tiba di rumah di saat dia sudah dibuai mimpi. Hmm tak mengapalah. Mungkin ada hikmah segalanya berlaku. Apapun sikapnya akhir-akhir ini sudah kembali menenangkan hati dan perasaanku. Kami kembali seperti pasangan lain cuma terkadang aku makin keliru.. di mana dan apa erti hubungan kami.. kalau sebagai kekasih kenapa tiada rasa rindu dan kasih yang membuak-buak sebagaimana waktu bersama Lanz, abang Zul, Sham malah "W"? Aku keliru!
Apapun kesempatan yang ada beberapa minggu lalu kami sempat ke Taman Pertanian Shah Alam melawat rumah empat musim. Memang menarik. Suhu melampau sehingga 7 darjah Celsius di bawah paras beku sudah cukup membayangkan keindahan di negara-negara Eropah tika ini. Hmm apa nak buat.. tak ada kesempatan lagi ke sana. Dulu ketika di NY dan LA melawat Lanz aku ke sana pada musim luruh dan panas. Begitu juga di Melbourne bersama Sham. Lagipun mana ada salji di Melbourne walaupun ketika musim sejuk! apapun seronok juga!
Kemesraan kami jelas terlakar. Kali pertama selepas setahun kami bersama. Apapun aku tetap sayangkan Ard. Dialah segala-galanya bagiku. Walaupun hingga kini aku masih belum mampu melupakan segala apa yang dia lakukan padaku dulu namun kesungguhannya untuk berubah membuatkan aku tegar menerimanya kembali. Apapun semoga berpanjangan kasih ini. Aku akan cuba sedaya upaya melupakan "W" kerana tiada gunanya aku terus rapat dengannya. Saat dia benar-benar popular nanti di manalah aku... Mana mungkin aku masih di hatinya! Kalau ada pun biarlah hanya urusan bisnes. Tak lebih dari itu.
Sampai di sini dulu buat kali ini. Aku akan kembali dengan bingkisan terbaru sehari dua lagi tapi sebelum itu rasanya belum terlewat untukku mengucapkan TAHNIAH buat bro Azlan dan Kak Dibah atas kemenangan mereka di AJL 21 baru-baru ini. InsyaAllah akan ada komen ku tentang perjalanan siaran langsung AJL 21 dan juga tentang kemenangan komposer-komposer di anugerah berprestij itu. Selain itu terima kasih buat penyanyi kesayanganku Siti Nurhaliza yang kini sibuk mengumpul lagu untuk album Pop Tradisional nya yang bakal menemui peminat pertengahann tahun nanti. Terima kasih kerana mengabulkan impian ku selepas 'Sanggar Mustika' tahun 2002 lalu. Akhirkata buat semua.. "jaga diri hiasi peribadi!"
Wassalam.

Wednesday, January 17, 2007

Sudu 'N' Garfu...

Salam Sayang buat semua yang senantiasa membaca blog aku. Walaupun blog ini bukanlah sepopular blog-blog lain namun aku hargai sokongan kalian. Apapun aku tetap aku. Biarlah terlalu asing atau terlalu membosankan namun aku terima kerana inilah satu-satunya diari maya yang aku ada. Sekurang-kurang aku sudah bersedia berkongsi apa yang alami dan lalui setiap masa bersama kalian semua. Terima kasih sekali lagi juga buat Wan di Subang Jaya kerana sentiasa memberikan komen padaku. Thanks ya!
Apa yang terbaru yeah? Terbaru bermula 16 Januari lalu bermulalah hidup aku setiap hari di "Sudu 'N' Garfu" Kelana Jaya. Hmm apa dia tu? Itulah nama cafe terbaru yang dibuka di Dataran Glomac Pusat Bandar Kelana Jaya hasil dari usaha penat jerih rakan baikku, Faizal. Memang teruja, walaupun aku bukan 'owner' cafe ni tapi keterujaan dan perasaan berdebar itu sama seperti Faizal. Apatah lagi aku bakal menguruskan hal ehwal kewangannya dan juga menjadi 'waiter sambilan'! Hmm Biar betul?? Yeap! itulah sumbanganku di Sudu N Garfu. Dengan usaha Kak Azni dan Lan juga maka secara rasminya pada 16 Januari lalu bermulalah operasi "Sudu 'N' Garfu". Walaupun pada awalnya pelbagai dugaan melanda (dengan tukang masak tak jadi nak kerja dan pelbagai lagi) namun Alhamdulillah semuanya dapat kami atasi.
"Sudu 'N' Garfu" dibuka setiap hati bermula 7.30 pagi dan ditutup pada pukul 10 malam. Pada minggu ini ianya hanya dibuka waktu pagi hingga petang tetapi bermula minggu depan ia akan dibuka hingga malam untuk menu makanan barat dan tomyam! Masakannya? Kalian semua perlu ke sana untuk mengetahuinya. Tetapi memang sedap dan harganya pun 'mampu bayar' atau dalam ertikata mudah berpatutan. Apatah lagi ianya hasil dari tukang masak handalan yang 'diimport' khas dari negeri Jelapang Padi Malaysia. Buat masa ni aku belum sempat nak masukkan gambar-gambar dalam "Sudu 'N' Garfu". InsyaAllah aku akan masukkan dalam post akan datang. Apapun sambutan setakat semalam dan hari ini memang membanggakan. Kata orang bagus untuk permulaan. Jadi buat kalian yang berada di sekitar Damansara, Kelana Jaya dan Petaling Jaya.. apakata 'pekena' sarapan atau makan tengahari di "Sudu 'N' Garfu". Alamatnya di E-G-07 Jalan SS6/20A, Dataran Glomac, Pusat Bandar Kelana Jaya, 47301 Kelana Jaya Selangor Darul Ehsan. Pelbagai masakan Melayu dan Barat untuk kalian semua. Bagilah sokongan buat kami yea? Pada yang dah lama tak jumpa aku tu bolehlah jumpa aku di sana setiap hari dari pukul 7.30 pagi hingga 4 petang. Kalau selepas itu nak datang juga bagitaulah aku. Aku akan tunggu kalian okey?
Walaupun seharian di kaunter bayaran "Sudu 'N' Garfu" namun tugas sebagai pelayan juga mencabar kesabaranku. Memang aku suka bertemu pelanggan dan bertanya pada mereka masakan kegemaran mereka. Apatah lagi nanti nak kena buat 'post morterm' dengan Faizal selepas dua minggu beroperasi. Tapi penat tu berbaloi bila melihat sambutan yang sungguh menggalakkan. Apatah lagi jika bertemu dengan pelanggan lelaki yang sungguh mencabar nafsu! Hehe! Memang menarik! Rata-rata pelanggan cafe adalah mereka yang bekerja di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta sekitar Pusat Bandar Kelana Jaya. Apapun terhibur juga dengan kerenah mereka. Paling aku hargai semua maklum balas yang positif dari semua. Jadi kalian sebagai rakan-rakan dan sahabatku.. berkunjunglah ke sini dan berikan komen.
Berbalik kepada dunia kehidupanku sejak 2007 ini hanya suasana di "Sudu 'N' Garpu" sekurang-kurang merubah hidup sepiku. Bukanlah selama ini aku sepi sampai tak ada kawan tapi sekurang-kurangnya masa ku lebih terisi. Selalunya jika tiada temujanji pada waktu siang aku banyak menghabiskan masa di rumah seorang diri (Ard bekerja di waktu itu) selain meneliti beberapa akaun di pejabat. Namun selepas 16 Januari lalu aku kembali sibuk. Apatah lagi aku masih juga menumpukan perhatian pada dunia 'perunding kewangan'ku hingga kini. Jadi aku masih ada temujanji selepas habis waktu bertugas di cafe.
Ard pula sibuk dengan kerja baru nya. Kami hanya bertemu waktu malam selepas dia pulang bekerja dan jika tiada temujanji pelanggan insurans atau 'unit trust' ku aku akan mengambilnya di pejabat tempat dia bertugas yang terletak di Jalan Bukit Bintang. Alhamdulillah bermula Disember lalu sikap sudah banyak berubah walaupun aku tak nafikan hubungan kami mungkin tidak se'romantik' pasangan lain. Ada masanya kami hanya bercakap bila perlu dan tiada panggilan "sayang", "honey" atau "baby" sebagaimana pasangan lain. Entahlah aku tak faham dan tahu kenapa?
Hmm sesekali kerinduan pada 'W' kembali menjengah ruang hatiku. Walaupun sibuk namun sejak akhir-akhir ini hampir setiap hari wajah comelnya aku tengok tersiar di beberapa siaran TV berbayar dan tidak berbayar. Aku yakin 2007 memang miliknya! Banyak sungguh hasil kerja kerasnya kini mula mendapat perhatian di stesen-stesen TV. Itu belum lagi siap proses rakaman album pertamanya... Apapun aku cuba untuk melupakannya. Namun terkadang perasaan ini seolah tidak mahu 'melepaskannya'. Berkali-kali jari ini agak 'gatal' untuk menekan nombor telefonnya dan juga menaip baris-baris sistem pesanan ringkas (SMS) untuknya mungkin sekadar bertanya khabar. Syukurlah setakat ini aku masih mampu menahan diri! Sesekali teringat memori kami ketika menyambut Syawal yang lalu. Indah sungguh waktu itu!... Entahlah aku benci dengan perasaan 'gila' ini! Apapun terima kasih buat Wan (Subang Jaya) dan Ritz kerana perhatian dan keterbukaan kalian mendengar segala permasalahan aku. Mungkin kadang-kadang nampak seperti bosan, namun aku hargai kesabaran kalian!
Okeylah.. cukup dulu untuk kali ini. Aku sudah pun bersedia untuk mengambil beberapa keping gambar cafe "Sudu 'N' Garfu" esok hari. Dan pastikan kalian menatap post terbaru aku selewat-lewatnya minggu depan untuk melihat sendiri secara maya betapa 'indah'nya suasana di sana. Juga pelayan-pelayannya yang comel-comel belaka... Muda-muda lagi (tak termasuk akulah yea!). Pada yang mungkin boleh agak di mana lokasinya.. datang lah ke sini. Pada yang masih tak tahu atau masih tunggu masa, InsyaAllah bermula minggu depan kalian layari blog aku ini sekali lagi. Tentunya kalian akan mendapat sedikit gambaran tentang betapa meriahnya suasana dan sedapnya makanan di sini.
Sekali lagi bak kata Faizal dan pamplet promosi "Sudu 'N' Garfu" .... "DUA HATI BERSATU DI SUDU 'N' GARFU'... Datanglah beramai-ramai ya! berikan sokongan untuk anak bangsa kita berjaya dalam perniagaan. Wassalam!

Monday, January 08, 2007

Masih malap kah 2007?

Januari terus bergerak.. 2007 terus diorak... hingga kini tiada satu hari pun di tahun 2007 ini benar-benar menceriakan hari sepiku... Entahlah terlalu banyak harapan dan impian yang diinginkan malah telah diimpikan sejak 2005 namun masih tidak kesampaian. Bukan tidak berusaha tetapi masih belum ada rezeki..

Hmm entahlah sudah lebih dari 'secebis harapan' sudah aku pohonkan... namun di mana silapnya masih terlalu jauh untuk aku nikmati... semuanya masih samar-samar. Aku makin tak keruan dengan apa yang berlaku dan apa yang aku lalui kini.
Tuhanku.. dengarkanlah rintihan hambaMu. Apakah masih ada jalan bahagia yang akan aku lalui dengan izin takdirMu? Atau apakah sudah tiada lagi tertulis dalam Loh MahfuzMu yang aku akan menjalani hidup penuh bahagia seperti dulu?
Apapun aku tak mudah menyerah.. segala keringat akan aku kerah demi untuk cita-cita yang terlalu tinggi menggunung. Tangis dan senyumanku hanya Dia yang Maha Mengetahui, tiada insan lain yang tahu walaupun mereka yang aku sayang. Aku sedar, walaupun jalanan ku tidak seindah mimpi namun itu bukan tiket untuk aku terus bermurung lantas menjauhkan diri mendapatkan sinarNya.
Namun terkadang ternyata goyah juga keyakinan dalam diri. Entah apa lagi harus ku perbuat untuk menenangkan hati. Hanya ayat-ayat suciNya jadi penawar... Hmm okaylah sampai di sini dulu... rasa resah gelisahku makin membara dalam diri... biarlah aku menawarkannya dengan mengadapNya.. InsyaAllah semoga Dia masih membenarkan aku hidup!


Sunday, January 07, 2007

Camar Yang Pulang

Bermusim ku tinggalkan pelabuhan..
Layari hidup sendirian...
Kembali ku mencari fajar suci
Mengisi sepi hati ini...

Seperti camar pulang kepangkuan
Merindu kedamaian dulu
Begitu harapanku terhadapmu
Semoga kasih belum layu...

Di hati ini sering melagukan rindu..
Senyum tangismu dimataku...
Andai waktu bisa menemukan semula
Akan ku bina kasih dulu bersamamu

Siapa yang menduga segalanya
Suratan takdir Maha Esa
Sepintas ku temui senyumanmu
Memberi daku sinar baru..

Ciptaan: Adnan Abu Hassan
Lirik: Amran Omar
Penyanyi: Aishah
(c) 1990 Sony Music Entertainment Sdn Bhd

Tentu ada yang bertanya kenapa perlu lirik lagu Aishah ini mengisi mukadimah bingkisan kali ini? Hmm bukan 'commercial break' ataupun sekadar 'iklan' tetapi inilah yang lagu pertama yang bakal mengisi bingkisan komen lagu dan lirik kali ini. Jadi untuk lagu pertama, aku mulakan dengan lagu yang menjadi single kedua album "Aishah" yang dihasilkan pada tahun 1990 lalu. Dah hampir tujuh belas tahun dah.. tapi mengapa perlu lagu ini? Tak kan tak ada lagu lain? Ada! tapi yang lain akan menyusul beberapa ketika nanti.

Jadi kita mulakan sekarang!!... hmm mula-mula aku nak bagitau kenapa aku memilih lagu ini untuk menjadi lagu pertama siri komen lagu untuk 'blog tercinta' aku ni.. Sebenarnya ia bertitik tolak sejak mendengar lagu ini versi baru dari album Ruth Sahanaya. Mulanya aku tak perasan lagu ni walaupun sejak tahun lepas aku tengok album ini dipasaran. Namun setelah mendengarnya di rumah Nuar minggu lalu hatiku terus tertarik untuk menghayatinya! Versi Ruth lebih R&B dan diperkuat dengan elemen Jazz yang perlahan dan mendayu. Tiupan seruling pada intro nya memang memberikan sedikit kelainan dari versi asal nyanyian Aishah. Apapun yang aku nak komen dalam bingkisan ini adalah versi Aishah iaitu yang aslinya dalam versi pop komersialnya!

Pertama sekali muziknya... intro lagu ini dimulakan dengan petikan piano (programming dari keyboard) yang cukup sinonim dengan lagu-lagu ciptaan Adnan. Rangkap pertama memang mendayu. Melodinya disusun cukup indah. Suara Aishah pula sesuai dengan lagu ini. Waktu aku mula-mula dengar lagu ini, fikiran aku terus melayang mengenangkan memori indah ketika bersama-sama dengan arwah Diana ketika Langkawi. Indah waktu itu. Kami baru berusia lima belas tahun dan pergi bersama-sama 10 orang lagi pelajar lain semata-mata mahu melihat keindahan pulau legenda itu. Entah mengapa melodi dan muziknya sering membuatkan aku terbayang keindahan pantai dan kehijauan bumi ciptaan Allah. Sungguh! hingga kini kalau aku mendengar lagu ini secara langsung ingatan di benak fikiran terus mengingatkan aku pada pantai!

Mungkin ianya membayangkan rangkap kedua... "seperti camar pulang ke pangkuan!" yalah.. mana ada camar selain kat pantai ye tak? Padaku lirik rangkap keduanya membayangkan kehadiran semula seseorang pada kekasih ataupun bekas kekasih ataupun mungkin juga pada keluarga! Mungkin selepas beberapa lama di rantauan (seperti yang dibayangkan pada rangkap pertama) kerinduan pada kemesraan dulu membuatkan kita ingin mengulangi kembali semua yang telah kita lalui. Begitu juga pada aku... rindu pada kenangan lalu. Kenangan zaman persekolahan, di kolej dan juga awal remaja. Memang indah saat itu tanpa perlu memikirkan sangat kepayahan dan jerih perit pada kehidupan sekarang.

Apapun aku teringat pada Lanz bila terus mendengar korus lagu ini. "Di hati ini sering melagukan rindu.. senyum tangismu di mataku..." memang melukakan hati bila seseorang yang kita sayang ataupun rindu sebenarnya sudah jauh pergi. Samada sudah melupakan kita ataupun sudah ke alam baqa. Itu memang kita tidak dapat lari dari hakikat itu. Biasanya cinta aku luput kalau ianya berakhir dengan kekecewaan dan kemarahan. Selalunya yang marah itu akan pergi tinggalkan mereka yang kecewa. Di rangkap korus ini liriknya seolah kecewa dengan apa yang berlaku. Kekecewaan itu yang membuatkan nya sering mengingati kenangan indah yang dulu. Suara Aishah pula lantang membuatkan melodi begitu 'melekat'. Liriknya berikutnya juga membayangkan yang dia mahu menyambung kembali ikatan lama andainya diberikan peluang kedua. Ia bukan saja dapat dibayangkan pada pasangan kekasih tetapi juga pada ibu bapa yang sudah lama ditinggalkan. Mungkin sebelum ini dek kesalahan yang dilakukan, dia membawa diri jauh dirantauan.

Sekali lagi rangkap akhir memberitahu harapannya itu membuahkan hasil lantas dia bersyukur dengan seolah tidak menduga suratan yang telah ditetapkanNya. Dengan senyuman yang terukir dihati insan tersayang yang pernah ditinggalkannya memberikan ia satu sinar bahawa segala harapan bukan lagi impian. Ianya sudah menjadi kenyataan. Muzik 'bridge' nya digubah hebat dengan tiupan saksafon yang menarik. Juga suara latar yang membuatkan garapan muzik lagu ini memang bagus. Lagipun ketika lagu ini dihasilkan tahun 1990 kebanyakan muzik lagu ketika itu masih dipengaruhi muzik 80an. Namun susunan muzik lagu ini sudah membayangkan 'era' baru tahun 90an. Apapun ending lagu ini juga begitu menyentuh hati kerana kesyahduan suara latarnya. Syabas buat Adnan, Amran dan Aishah. Gabungan 3A memang membuahkan hasil. Cuma lagu ini sedikit terpinggir dek penangan lagu "Janji Manismu" yang menjadi single paling meletup dalam album 'Aishah' ini. Aku pasti kalau tiada lagu 'Janji Manismu' lagu ini juga layak digelar lagu terbaik di Anugerah Juara Lagu 1990.

Akhirkata selepas lagu hebat ini kehebatan Aishah diteruskan dengan lagu-lagu seperti Kasih Kita, Cinta Beralih Arah, Merenung Bulan, Selanjur Bercinta, Antara Cinta Dan Kasih, Melukut Di Tepi Gantang dan yang terbaru Kurnia dan Semuanya Keranamu.

Thursday, January 04, 2007

Juara Lagu 2006

Bertemu kembali.. edisi khas Juara Lagu..
Juara Lagu memasukki tahun ke 21 tahun 2006 lalu. Pelbagai spekulasi dan kontroversi tahun dari segi penilaian pihak juri bermula bagi kategori Irama Malaysia dan Etnik Kreatif (IM/EK) hinggalah ke kategori Pop Rock yang berlangsung 15 Disember lalu. Pada aku tidak ada apa-apa yang harus dikontroversikan. Biasalah pihak juri mempunyai pilihan dan kriteria mereka sendiri. Pada aku walaupun kurang berpuas hati namun aku terima kerana kehadiran para jurilah yang sepatutnya dibanggakan bukan dikutuk setengah mati.
Apapun semua sudah tahu yang tahun ini terlalu banyak variasi dalam setiap kategori dan masing-masing dari kita sudah mengetahui lagu mana yang sudah layak ke peringkat akhir Juara Lagu yang bakal berlangsung pada 21 Januari nanti. Kategori IM/EK dibarisi oleh lagu 'Warkah Buat Laila' nyanyian Zahid, 'Hantaran Hati' oleh Bob dan Aspalela Abdullah, 'Zapin Cinta SMS' persembahan Adibah Noor dan Senario dan lagu 'Candak' nyanyian asal Syura dan digantikan oleh Siti Nordiana.
Kategori Balada memilih lagu 'Secebis Harapan' (Nora), 'Terlalu Istimewa' (Adibah Noor), 'Mungkir Bahagia' (Hazami) dan 'Ku Seru' (Misha Omar). Manakala Pop Rock memastikan dua lagu nyanyian M Nasir iaitu 'Lagu Cinta Lagu Jiwa' (duet bersama Mawi) dan 'Juwita Citra Terindah' memasuki peringkat akhir di samping dua lagu lagi 'Diari Seorang Lelaki' (Pretty Ugly) dan 'Tak Tercapai Akalmu' (Elyana).
Melihat kepada lagu-lagu yang tersenarai aku dapat katakan inilah barisan lagu-lagu yang benar-benar menepati kehendak kategori itu sendiri. Selain Balada yang memang memfokuskan pada lagu-lagu berentak perlahan dan ballard, kategori Pop Rock dan IM/EK tahun ini benar-benar menepati kehendak kategori. Kita dengar sendiri lagu 'Tak Tercapai Akalmu' dan 'Diari Seorang Lelaki' tidak kah itu lagu berirama pop rock berbanding 'Caramu' (Nikki & Zahid) dan 'Lemas' (Ruffedge)? Begitu juga jika dibandingkan betapa 'Irama Malaysia'nya 'Hantaran Hati' dan 'Candak' dengan 'Racau Sang Khalifah (Noraniza Idris) dan 'Nafas Cahaya' (Misha Omar). Dapat aku simpulkan di sini para juri sudah benar-benar arif memilih lagu yang patut melangkah masuk ke peringkat akhir Juara Lagu tahun ini. Jadi janganlah kita mempertikaikan keputusan mereka. Lagi satu tak semestinya kalau dah jadi 'sifu' tu semua yang dihasilkan juga adalah bagus dan menarik. Tok Guru pun ada buat salah!
Kembali kepada senarai lagu-lagu yang melangkah ke peringkat akhir. Aku mulakan dengan kategori IM/EK. Kategori ini memang mengejutkan! Aku tidak pernah sama sekali menduga lagu 'Hantaran Hati' dan 'Zapin Cinta SMS' mampu ke peringkat akhir. Aku meramalkan antara lagu 'Racau Sang Khalifah' dan 'Maharaja' (nyanyian hebat Ramlah Ram) antara yang akan melangkah bersama 'Candak' dan 'Warkah Buat Laila'. Namun juri lebih memilih 'Hantaran Hati' dan 'Zapin Cinta SMS'.

Pada aku kategori tidak banyak saingan sangat kerana antara ke semua yang memasukki akhir, sudah nampak 'Warkah Buat Laila' ciptaan Ayob Othman dan lirik oleh Kak Chah (Habsah Hassan) ini bakal dinobatkan sebagai juara kategori IM/EK ini. Kejayaan menjadi lagu terbaik di AIM 2006 dan muzik skor terbaik di Festival Filem Asia Pasifik menerusi filem 'Qaisy dan Laila' sudah cukup untuk membuktikan kekuatan lagi ini. Saingan terdekat adalah 'Candak' ciptaan Pak Ngah dan lirik oleh Lokman Ghani. 'Hantaran Hati' juga mampu memikat para juri kerana kehadiran penyanyi hebat Aspalela Abdullah. Apapun mungkin juga 'Zapin Cinta SMS' mampu memberikan saingan kerana persembahan antara 'karenah' Senario dan Adibah Noor. Apatah lagu ini berbentuk jenaka. Sukar juga menghasilkan lagu berbentuk jenaka ni. Ternyata Anuar Dahlan mampu melakukannya. Mungkin juga kategori persembahan terbaik mampu dirangkul Senario dan Adibah Noor kalau kena gayanya. Siapa tahu? Itupun kalau tiada undian SMS seperti tahun lalu untuk kategori persembahan terbaik/ Kalau ada... Hm boleh agak siapa pemenangnya kerana 'Raja SMS' kita juga ada bersama dalam persaingan tahun ini.
Kategori Balada adalah kategori paling sukar diramalkan pemenangnya. Berbanding IM/EK dan Pop Rock keempat-empat lagu yang tersenarai sudah cukup terbaik antara yang terbaik. Kalau ada hadiah tempat pertama sampai kedua belas tentu semua lagu kategori Balada akan tersenarai antara lima atau enam yang terbaik keseluruhan. Pada aku, aku memilih antara 'Secebis Harapan' dan 'Terlalu Istimewa'. Keistimewaan dua lagu ini setanding antara satu sama lain. Apatah lagi ianya dinyanyikan oleh dua artis yang memang dikenali dengan vokal paling mantap malah penciptanya juga bukan calang-calang komposer. 'Secebis Harapan' dihasilkan oleh Zulkifli Mahat dan lirik oleh Noor. Manakala 'Terlalu Istimewa' adalah karya 'terlalu istimewa' Azlan Abu Hassan buat Adibah Noor selaku penulis lirik. Bukan saja dari segi melodi yang hebat, kedua-dua lagu ini juga mempunyai lirik yang cukup hebat! Kekuatan muzik 'Secebis Harapan' adalah muziknya yang simple dengan petikan piano dan biola. Manakala muzik orkestranya menambahkan lagi 'perisa' dalam susunan muziknya. Vokal Nora pula memang tidak boeh dinafikan lagi kekuatannya. Apatah lagi Nora adalah antara penyanyi yang benar-benar dapat 'feel' ketika menyanyikan lagu-lagu perlahan, 'frust' serta 'jiwang'. Lagu 'Terlalu Istimewa' pula adalah lagu berirama pop R&B yang cukup bagus. Muzik mantap dan vokal hebat Adibah Noor sudah cukup membuatkan lagu ini 'berhantu'. Apatah lagi liriknya berkisarkan kes jenayah kanak-kanak yang sememangnya sudah menjadi barah dalam negara kita.
Dari segi persembahan lagu 'Secebis Harapan' pasti akan memberikan markah yang tinggi untuk Nora sekiranya beliau tampil dengan barisan koir dan persembahan yang simple tetapi mementingkan mutu vokalnya.. kerana di situ timbulnya kekuatan lagu ini. Manakala Adibah Noor mungkin dapat memberikan persembahan bersama anak-anak kecil berpakaian pari-pari (teringat persembahan lagu 'Bintang Hati' nyanyian Amy Mastura di Juara Lagu 2000 lalu) dan menari balle. Pasti menarik. Lagu 'Ku Seru' nyanyian Misha dan 'Mungkir Bahagia' juga hebat. Siapa tahu 'Ku Seru' bakal dinobatkan sebagai lagu terbaik kategori ini? Apatah lagi ia adalah antara finalist lagu terbaik di AIM 2006 lalu. Ciptaan Ajai dan lirik bersama Suhaimi Baba dan Kak Chah ini sudah cukup membuktikan kewibawaan mereka selepas 'Pulangkan' memenangi kategori ini tahun 2005 lalu. Apakah Ajai dan Misha sekali lagi bakal mengungguli kategori balada? Lagu 'Mungkir Bahagia' ciptaan sepenuhnya Hazami juga menarik malah tidak keterlaluan dikatakan Hazami bakal mempertahankan kategori 'Vokal Terbaik' tahun ini melalui lagu tersebut. Apapun kita tunggu 21 Januari nanti.
Kategori Pop Rock juga sengit. Pada aku 'Lagu Cinta Lagi Jiwa' (LCLJ) mempunyai peluang cerah untuk memenangi kategori ini. Kemenangan lagu ini sebagai lagu terbaik di Hitz Satu terbitan RTM beberapa bulan lalu memberikan kelebihan pada aku untuk memilihnya menjadi juara Pop Rock. Saingan terdekat adalah lagu 'Tak Tercapai Akalmu' dan 'Diari Seorang Lelaki'. Lagu ciptaan Aidit Alfian dan AD Samad memang bagus. Paling aku suka muziknya. Betul-betul Pop Rock. Vokal Elyana perlu lebih mantap jika lagu ini hendak dinobatkan sebagai juara Pop Rock. Manakala percubaan pertama Neves untuk menghasilkan lagu yang menepati kehendak pasaran telah membuahkan hasil. Pretty Ugly mula dikenali dan diminati malah tidak menghairan kan jika lagu ini menjadi juara hampi di semua stesen radio. Buat Pretty Ugly, walaupun anda tidak menyukai hasil dari album ini kerana minat anda lebih pada muzik urban tetapi ingatlah, tanpa peminat, hasil syok sendiri yang hebat macam mana sekalipun tak kan ada hasilnya! "So keep it a good work bro!"
Lagu "Juwita Cinta Terindah' pada aku hanyalah lagu pop rock yang biasa saja. Cuma sedikit elemen R&B membuatkan ianya lebih menarik. Pada aku bukan semua hasil karya M Nasir adalah terbaik dan bermutu jadi faham-fahamlah yea. Apapun aku kagum dengan lagu LCLJ kerana keunikkannya. Tetapi lagu ini akan lebih menarik kiranya dinyanyikan bersama M Nasir dan Jamal Abdillah. Seperti lagu terbaik Juara Lagu 1997 'Ghazal Untuk Rabiah', ianya memang lebih baik jika kolaborasi antara M Nasir dan Jamal dihasilkan!
Lagu terbaik keseluruhan tahun ini pada aku akan berpihak pada kategori IM/EK. Selepas 2001 juara kategori ini akan mengulangi kejayaan tahun-tahun 1997 (Ghazal Untuk Rabiah), 1998 (Cindai), 2000 (Balqis) dan 2001 (Mimpi Laila). Lagu mana? sudah tentu 'Warkah Buat Laila'. Walaupun jika 'Ku seru' memenangi kategori Balada lagu ini tetap terbaik memandangkan di AIM 'Warkah Buat Laila' telah menewakan 'Ku Seru'. Kekuatan LCLJ juga rasanya tidak mampu menandingi lagu ini memandangkan keunikkan tersendiri susunan muzik dan melodi lagu tema 'Qaisy Dan Laila' ini. Lagipun tak semua juara-juara terdahulu datang dari lagu yang benar-benar popular atau menjadi song of the year!. Lihat sendiri lagu 'Jerat Percintaan' (Siti Nurhaliza) (1996), 'Cinta Beralih Arah' (Aishah) 1995 dan 'Tanya Sama Itu Hud Hud (M Nasir) 1994 bukanlah lagu paling popular ketika itu. Malah selepas kemenangan mereka di Juara Lagu ketika itulah akhirnya menaikkan populariti lagu tersebut.
Jadi tidak mustahil lagu 'Warkah Buat Laila' bakal dinobatkan sebagai Juara Lagu tahun ini. Apapun kita tunggu 21 Januari nanti. Aku hanya memberikan komen berdasarkan apa yang aku tahu serta pemerhatian ku pada 'trend' Juara Lagu. Yang pasti pihak juri lebih arif. Salam sayang buat semua!

Monday, January 01, 2007

Salam 2007

Salam 2007 buat semua... bagaimana dengan sambutan raya dan tahun baru Masihi yang korang sambut? Semoga tahun 2007 memberikan 'secebis harapan' buat aku dan semua yang mengenali ku... Semalam sambutan Aidiladha sememangnya memberikan satu lagi lakaran pengalaman di mana beraya tanpa bersama mak, abah dan adik seperti selalu... tetapi pertama kali di samping Ard dan rakan-rakan seperti Mie, Fiz, Zol, Fizi, Ritzdan tak terlupa Faizal.. memang menarik dan satu pengalaman paling menyeronokkan mengadakan rumah terbuka pada hari raya pertama... Dulu sewaktu bersama abang Zul memang selalu aku buat rumah terbuka tapi bukanlah pada hari raya pertama... baik Aidiladha apatah lagi sambutan Aidilfitri..
Apapun kemeriahan semalam bukan bermakna aku lupa pada semua yang telah aku lakarkan sepanjang 365 hari bersama di tahun 2006. Pada aku 2006 hanya penuh dengan kedukaan, dugaan malah rintangan maha hebat sepanjang aku 32 tahun aku bernafas di bumi Allah ini... Sebelum ini aku sering menyangka tahun 1999 adalah tahun paling penuh dugaan sepanjang hidup namun ternyata tahun 2006 terlalu banyak peristiwa yang benar-benar menguji kesabaran dan kekuatan diri. Baik dari segi kerjaya, kehidupan malah perhubungan semuanya seakan tidak memberikan kesan yang positif! Ada-ada saja halangan dan rintangan untuk tidak menjadikan sesuatu yang bermakna dan paling mudah untukku. Apapun aku terima dugaanMu Tuhanku.
Sepanjang 2006 pula menyaksikan beberapa perubahan dalam hidupku tentang perhubungan dengan insan yang aku sayang sebagai kekasih, teman dan sahabat. Paling memberikan kesan adalah dengan terlerainya ikatan yang dibina sejak 5 Februari 2003 dengan Sham yang mana kami memilih untuk berpisah genap tiga tahun kami bersama. Ternyata malam ulangtahun ketiga kami diisi dengan ucapan perpisahan dan membawa haluan masing-masing. Hingga kini ianya masih memberikan kesan buatku terutama sekali bila terkenang sambutan Aidiladha dan tahun baru.. Dulu kami pernah merancang untuk sama-sama menyambutnya di tanahair tercinta selepas memori meraikan tahun 2005 di Kota Melbourne. Namun apalah daya ku... semuanya berlalu tanpa memberikan peluang untuk kami melakarinya di sini.. di tanahair tercinta..!
Selain itu sengketa aku dengan Arie berlarutan hingga kini juga antara peristiwa yang dilakarkan pada bulan ke 8 2006 .. Apapun aku terima dengan apa yang diinginkan nya.. itu pilihan dia.. pada aku kalau orang dah tak mahu buat apa nak paksa lagi.. kalau dia rasa bahagia tanpa punyai teman sepertiku apa boleh aku buat. Aku terima saja... lagi aku percaya pada takdirNya... ada hikmah disebalik semua ini... samada hikmah itu pada nya atau pada ku aku terima. Biarlah dia dengan caranya aku dengan caraku...
Tahun 2006 juga menyaksikan perkenalan aku dan W... memang menyeronokkan. Macam cerita novel cinta yang romantik. Hasil perkenalan yang hanya menjuruskan urusan perniagaan akhirnya membuahkan bibit-bibit mesra. Ternyata hatiku memang sudah tertawan pada sikap manja dan merendah dirinya itu. Lantas bulan Ramadhan 1417 lalu kami sepakat untuk mengikat pertalian yang tidak mungkin dapat ditulis di atas kertas. Bak kata lirik lagu Siti Nurhaliza "Cintaku bukan di atas kertas.. Cintaku getaran yang sama.." Namun langit tak selalunya cerah malah sejak dari awal lagi aku sudah menjangkakan malah bersedia untuk menerima perpisahan kami. Banyak sebab yang menyumbang ke arah perpisahan itu. Aku tak salahkan dia dan juga sesiapa.. Mungkin tidak tertulis di sana yang kami akan bersatu untuk masa yang lebih lama... Apapun hingga kini kami masih berkawan. Tiada dendam atau sengketa. Aku tetap mendoakan kejayaan dan kebahagiaannya walaupun dari jauh. Mungkin sinar 2007 nanti akan memberikan satu demi satu kejayaan penuh gemilang untuk masa depan karier nya.
Kini sinar baru 2007 aku lakarkan... perjalanan masih jauh... terlalu jauh untuk sampai ke destinasi yang aku inginkan... entahlah bila akan sampai? entah sempat entah tidak kan? Selalunya kita perlu meniti penuh onak dan duri sebelum hadirnya kebahagiaan.. Hmm di mana bahagia yang aku cari? masih belum ku temui... Sinar 2007 aku sambut dengan penuh kesyukurkan kerana masih diberi peluang olehNya untuk bernafas dibumi penuh cabaran ini. Sepanjang malam hanya diisi dengan perbualan rancak antara teman-teman di rumah Zizan. Seronok sangat walaupun mengantuk dan penat namun keseronokkan itu terubat dengan pelbagai kisah suka duka kami sepanjang tahun 2006. Tak terkecuali gossip-gossip panas tentang sahabat-sahabat lain dan juga artis-artis masakini. Nasib baik takde yang sensasi macam cerita aku dan W.
Apapun semoga apa yang bakal aku tempuhi di tahun 2007 ni semoga memberikan aku satu pengalaman dan pengajaran lebih bermakna dan aku sangat-sangat mengharapkan dengan kehadiran 2007 akan memberikan lebih banyak 'secebis harapan' untuk ku melewati hari-hari mendatang. Sesuai dengan sinonim aku dengan nombor 7 aku mengharapkan sekali lagi tuah 1997 mendatangiku... InsyaAllah dengan apa yang bakal dilalui nanti aku benar-benar yakin zaman gemilang dan terbilang aku akan kembali mewarnai hari-hari sepiku..
Buat semua semoga terus tabah menghadapi warna-warni 2007. Semoga kebahagiaan menjadi milik kalian. Buat Sham semoga kau berjaya dalam apa jua bidang yang ingin dan sedang kau ceburi. Kasih sayang abang padamu tak pernah pudar malah sentiasa mekar dalam jambangan hati. Apa saja yang berlaku antara kita semoga menjadi taudalan dan anggaplah ia sebagai satu detik pengalaman hidup.
Abang Zul, semoga terus tabah menghadapi hari-hari mendatang bersama Kak Yah, Zamir dan Aleya. Semoga mereka membesar dengan penuh kasih sayang dari seorang ayah dan ibu yang senantiasa serasi bersama. InsyaAllah Amir akan ke sana menziarahi abang sekeluarga... Rindu sangat pada si comel Zamir. Semoga dia sentiasa riang dan gembira selalu. "Be a good boy honey!"
Untuk Ard, "sayangi daku... peluklah daku... janji denganku... semai cinta nan satu...!" semoga bahagia menjadi milik kita. Semoga 2007 menjanjikan kehidupan lebih baik untuk kita berdua. Alhamdullillah serba sedikit kehidupan kita semakin bertambah baik. Cuma berjanjilah untuk bersama abang walau dalam keadaan apa sekalipun. Ternyata kita memang ditakdirkan untuk bersama. Walau berbagai rintangan melanda, kau masih disisiku!
Buat Wan dan Faizal semoga impian dan perniagaan yang dirancangkan akan menjadi dan kejayaan akan menjadi milik kalian berdua. Terima kasih kerana sama-sama 'menangis' denganku sepanjang tahun 2006 lalu dan semoga 'tangisan' kita akan reda dengan sinar 2007 yang cemerlang, gemilang dan terbilang! InsyaAllah!
Buat W... walaupun tidak secara langsung, abang tetap mendoakan kejayaanmu di dalam kerjayamu. Jangan kecewa kerana tidak berjaya antara lima yang terbaik.. cuba dan usaha lagi.. InsyaAllah tahun 2007 ini akan memberikan sepenuh kejayaan dan cita-cita menjadi pengacara terbaik akan berjaya direalisasikan nanti. Apatah lagi sebahagian drama dan filem lakonanmu akan menjengah di kaca TV dan layar perak tahun ini. InsyaAllah, populariti itu akan datang dengan sendirinya. Kebahagian dan kejayaan akan menjadi milikmu walaupun bukan dengan abang ianya bakal diraikan. Semoga 'K' lebih memahami isi hatimu dan semoga dia memberikan sepenuh pengalaman dan impianmu untuk bersama insan bernama kekasih!
Untuk adik, satu-satunya saudaraku... semoga kebahagiaan terus menjadi milikmu. Semoga tahun ini ada rezeki untukmu menimang cahaya mata yang diinginkan. InsyaAllah, abang sentiasa mendoakan kebahagiaanmu.
Akhirkata buat semua salam 2007 semoga kejayaan demi kejayaan akan kita tempuhi tahun ini. Semoga 2007 memberikan satu keceriaan buat dunia kita. Tiada lagi tragedi-tragedi sedih seperti gempa bumi, taufan, tsunami malah kemalangan maut yang menimpa mana-mana pelusuk dunia. Semoga pergolakan di Iraq, Afganistan, Somalia malah di Palestin akan reda dan mungkin berakhir tanpa sengketa lagi. Semoga dunia kan ceria, seceria bunga yang mekar dan sang rerama akan terbang bebas di sana sini.. Damailah duniaku! Dunia kita! Amin!