Friday, March 16, 2007

Di Persimpangan Dilema...

Masa berlalu
Tanpaku menyedari
Percintaan yang kita bina hampir terlerai
Apa salahku kau buatku begini
Dalam dilema di antara jalan derita
Tidak pernah ku duga ini semua terjadi.......

Janganlah engkau menghancurkan segala
Setelah lama kita mengharungi bersama
Usah biarkan cinta kita yang suci
Dilambung ombak karam di lautan berduri
Hanya satu pintaku moga kau menginsafi

Telah banyak yang kuberi sejak dulu lagi......
Pengorbanan tiada pernah jemu...
Hanyalah Tuhan saja bisa menentukan semua
Kesabaran daku menantimu.............
Kutetap memaafkan dan berdoa kau kembali...
Sebelum diri melangkah pergi.

Ciptaan: Adnan Abu Hassan
Lirik: Elyna / Amran Omar
(c) 1994 Happy Music Publishing Sdn Bhd

Salam buat semua... Bagaimana dengan kehidupan kalian? semoga semuanya berjalan lancar dan mendapat berkat dari keredhaanNya. Pada aku Alhamdullillah semuanya semakin baik seperti yang diharapkan. Bagaimana dengan tajuk bingkisan terbaru ni? Pada kalian yang sudah lama membaca bingkisan jiwaku ini mesti sudah sedia maklum tajuk setiap bingkisan menggambarkan apa yang akan disiarkan.Ya, sememangnya aku sudah lama berada di persimpangan bak kata lagu yang banyak menyimpan memoriku ini. Semuanya kerana Ard.

Aku tak pasti sampai bila semuanya akan berakhir. Terkadang aku terfikir kenapa tidak dari dulu aku mengambil keputusan tidak lagi memikirkan tentangnya? Mengapa pula sejak dia meminta untuk kembali padaku dengan mudahnya aku memberikannya peluang kedua sedangkan hatiku yang luka itu masih belum sembuh lukanya? Entahlah.. aku keliru dengan situasi kami sekarang.. nak kata aku punya seseorang rasanya tidak kerana setiap kali di rumah aku akan bersama sunyi walaupun dia ada di sisi!Entahlah aku tak pasti apa masalah dia sebenarnya... tapi dari penilaian aku aku dapat rasakan dia tak pernah hargai aku sebagai orang yang paling dekat dengannya. Ertikata lain orang yang dia sayang sebagai seorang kekasih.. Mungkin dia ada masalah, tapi kenapa tidak berkongsi denganku? Patutkah seorang yang kita sayang kita ketepikan segala masalah yang melanda diri? Sedangkan kawan pun terkadang kita sedia berkongsi masalah apatah lagi dengan kekasih. Patutnya lebih daripada itu bukan? Entahlah...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home