Monday, March 05, 2007

5 March Tarikh Keramat

Hari ini hari kelima di bulan ketiga tahun 2007. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Mulai hari ini aku kembali dinaungi sebuah syarikat yang memang aku kagumi sejak dahulu. Reputasinya dalam pengajian berteraskan pengurusan memang sudah lama diyakini malah ianya merupakan salah satu IPTA yang pakar dalam bidang tersebut. Aku yakin, naungan ketiga selepas Bursa Malaysia dan Maybank bakal menjanjikan satu pengalaman menarik dan meninggalkan kesan mendalam sepanjang hidup ini.

Pagi tadi sebaik saja aku dipertemukan dengan semua kakitangan Jabatan Kewangan Korporat aku terus dibawa menemui CEO nya untuk taklimat mengenai syarikat dan semuanya tentang prosedur syarikat dan jawatanku. Hmm suasananya memang berbeza samada ketika aku di Maybank ataupun Bursa Malaysia. Namun aku yakin semuanya akan berjalan lancar. Suasana bekerja juga seolah sudah terasa. Apapun aku bersyukur kerana rezeki yang datang. PadaNya aku memohon ke hadrat Illahi semoga segalanya akan berjalan lancar.

Jumaat lalu sebaik saja menerima kata putus dari pihak Jabatan Sumber Manusia aku aku menghubungi ibuku dan memaklumkan berita yang memang dia nantikan. Memang dia gembira. Malah katanya ini akan membuatkan ayahku akan kembali memandangku dengan dua belah mata. Hm yelah, masa aku mengambil keputusan berhenti dari Bursa Malaysia dan menjadi perunding kewangan sepenuh masa, dia lah orang pertama yang menentang. Malah dia seolah benar-benar marah dan kecewa kerana memilih bidang yang padanya belum tentu menjanjikan kesenangan. Masih terngiang di telinga kata "belajar tinggi-tinggi sampai dua tiga ijazah tapi buat benda yang orang SPM pun boleh buat!"

Hm apapun aku yakin atas apa yang aku lakukan kini. Keputusan untuk kembali menjadi seorang pekerja bukan kerana mahu Papaku kembali menerimaku atau memandang dua belah matanya, tetapi kerana tawaran pekerjaan di tempat yang sekian lama aku kagumi. Seperti yang aku katakan sebentar tadi, kerana reputasi dan kredibilitinya membuatkan aku membuka hatiku untuk kembali bernaung di dalam sebuah syarikat yang berkaliber. Mungkin dari segi 'paid up capital' atau keuntungan, syarikat baru ini mungkin tidak sehebat Maybank dan Bursa Malaysia namun dari segi sumbangan dan 'standard' yang ada, menjadikan ianya bukan sekadar syarikat swasta atau IPTA tapi lebih dari itu. Malah majlis persefahaman yang dirasmikan pada Jumaat lalu antara pihak syarikat dan sebuah Jabatan Kerajaan dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri (di mana aku juga menghadirinya) membuktikan ianya bukan sekadar syarikat tapi sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang sama-sama menyumbang ke arah menrealisasikan semua polisi serta hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia lebih-lebih lagi kaum bumiputra boleh berdiri sama tinggi dengan kaum lain.

Aku sebenarnya bersama Malaysia Institute of Malaysia (MIM) ataupun Institut Pengurusan Malaysia. Terletak di Jalan Ampang bersebelahan Holiday Villa. Sebuah badan bukan kerajaan yang berteras 'education' yang menyediakan pelbagai jenis program untuk pekerja, pengurusan dan orang perseorangan. Selain program dan kursus tertentu, MIM juga mengadakan kemudahan bagi kalian yang mungkin terfikir untuk melanjutkan pelajaran peringkat Master di bidang pengurusan seperti MBA. Hmm okay untuk pengetahuan kalian tugas banyak berkaitan dengan pengesahan jadual seminar ataupun kursus-kursus yang disediakan oleh MIM. Tugas ku adalah memastikan semua jadual dan keperluan dari sudut menyediakan kemudahan bilik atau dewan seminar hinggalah menu makanan untuk refreshment atau tea break. Pendekata aku memang menjadi antara orang penting di sebalik sesebuah kursus atau seminar di MIM. Hmm mungkin nampak biasa saja tapi sebenarnya ia memang memerlukan satu kesungguhan. Lepas ni akan bertambah lagi syarikat-syarikat yang bakal bekerjasama termasuk Maybank dan Bursa Malaysia.

Berbalik pada hidup ku rasanya tiada apa yang menarik selain bercuti hujung minggu (semalam) bersama Ard kerana bukan selalu kami dapat bersama di hari minggu kerana Ard mempunyai jadual kerja yang memerlukannya bekerja pada hari Ahad. Mungkin hanya sekali setiap tiga bulan! Apapun semalam aku dan Wan Alias ke Desa Pandan menikmati hidangan Nasi Padang di salah sebuah restoran di sana. Makanannya memang sedap. Lepas makan kami ke salah sebuah pasararaya perabot di Jalan Genting Klang membuat survey sofa dan TV baru. Nampaknya tak ada yang berkenan di hati.

Entah mengapa sejak akhir-akhir ini aku sering bermimpi menyaksikan satu kes pembunuhan.. Bah kan semalam sekali lagi aku bermimpi menyaksikan kes pembunuhan membabitkan tiga remaja. Mangsa akhirnya mati akibat hentakkan kuat di kepala. Manakala sukpek pun sempat mengejarku kerana mahu menghapuskan bahan bukti. Lantas sebelum mereka sempat 'mendapatkan' ku aku terjaga dari tidur! Ah night mare lagi! Kenapa yea?

Hari sabtu lepas secara tak sengaja aku tersempak 'W' di Ampang. Bukan main mesra dia menegurku. Waktu itu aku berjalan menuju ke Ampang Point lantas ada suara memanggil namaku. Hm kami sempat berbual seketika dan akhirnya sama-sama menuju ke salah sebuah restoran berdekatan. Katanya boleh makan, lantas aku menemaninya. Hm aku tak faham kenapa masih terlalu sukar untukku menjauhinya. Berkali-kali aku cuba untuk tidak terlalu mesra tapi akhirnya aku kalah dek renungan matanya serta lirikan manis lesung pipit di pipinya itu. Lantas aku tanyakan komennya tentang gosip tentang seorang celebriti yang keluar dalam Utusan Malaysia beberapa hari lepas. Dia dengan selamba mengatakan dia tidak kisah dengan gossip panas itu. Lagipun artikel itu bukan menjurus kisah dan cerita tentangnya.. Ada lagi artis lain yang mungkin 'dua alam' katanya! Aku tak mahu komen apa-apa. Kalau artikel itu tentangnya pun bukan masalah aku.. kalau aku masih bersamanya mungkin ianya satu yang perlu aku tangani.

Apapun sebelum aku terlupa, pada mereka yang ingin kenal dekat dengan aku bolehlah email aku di damaq75@yahoo.com. Salam sayang buat semua. InsyaAllah bertemu lagi di lain bingkisan. Maaf sebab bingkisan kali ini tiada sekeping gambar untuk tatapan korang. Apapun tunggu aku umumkan satu lagi blog khas untuk komenku tentang dunia seni terutamanya muzik. Wassalam

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Askum.
Dah dapat kerje ker?

You tulis MIM tu sbg Malaysia Institute Of Malaysia. Actually Malaysia Institute of Marketing ler..

So you dah tak bekerja ngan Sudu & Garfu lagi ker?

By the way, all the best in your new carier ye dik.

You jadi Coordinator ker?

Ok la, got to go.

U have a good day n take care

1:40 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home