Sinar Cahaya.....
"Walau apa terjadi ku tetap percaya kau sentiasa di sisi ini
Walau setinggi mana kan ku mendaki.. ku tetap diriku yang kau kenali dulu
Walau sejauh manakah daku berlari... ku tetap diriku
Walau mereka sering berkata semuanya dusta... ku tetap setia"

Tajuk di atas menepati semua perkara dan hidupku yang kian mempunyai sinar... sinar 2007 yang makin bercahaya. Apapun judul di atas adalah tajuk lagu terbaru Kaer yang dipetik dari album 'Menjelma' nya. Dapat pun album yang aku cari-cari sangat ni. Entah tiba-tiba saja tercetus satu 'Kaer Mania' dalam diriku. Tapi okey, bingkisan kali ni bukan untuk membincangkan soal album Kaer ya! Cuma sekadar tajuk lagu yang begitu menyentuh hatiku. Kata-kata yang pernah aku dengar dari dua insan yang pernah bertakhta di hatiku suatu waktu dulu... Sham dan 'W' semua kini hanya kenangan!
Hmm okeylah... tak perlu lagi meratap semua yang telah jauh pergi. Apapun sebelum aku meneruskan bingkisan kali ini, ucapan terima kasih buat Nuar yang sentiasa memberikan sokongan dalam bingkisan ini. Ya! Memang ada sedikit kesilapan mengenai nama naungan baruku... Malaysian Institute of Management (bukan Malaysia Institute of Malaysia! type error la tu!) Apapun terima kasih pada Nuar kerana menyedari kesilapan yang tercipta ya.
Apa yang terbaru dalam hidup ini hari ini? Tak ada apa-apa yang istimewa sebenarnya cuma sikap Ard yang makin membuatkan aku semakin tak keruan. Sikap dinginnya sekali lagi terkias di pandangan mata. Entahlah... rasanya memang perlu kami berbincang. Tapi untuk apa berbincang andainya hanya perbincangan sebelah pihak? sedangkan pada pihaknya tiada sebarang tindakbalas. Sesekali aku teringatkan saat manis kami ketika di Genting dan Ulu Yam tempohari. Menangis hati ini setiapkali aku teringatkan sikapnya sejak akhir-akhir ini. Aku tak pasti apa salahku padanya. Mungkin sikap panas baranku membuatkan dia seolah jemu? Apapun itu bukan alasan untuknya dingin padaku.

Apapun aku berdoa semoga masih ada ruang untuk kami bersama, bukan mengemis kasihnya... tapi kerana pada aku dia sudah sebati dengan hidupku malah dia lebih memahami sikapku memandangkan sudah hampir dua tahun kami tinggal bersama. Untuk mengemis cintanya rasanya tak mungkin.. apalah sangat dengan cintanya! Cinta indah Sham dan 'W' sendiri aku rela lepaskan...
Rasanya cukup dulu untuk kali ini... aku sebenarnya masih di pejabat tika ini semata-mata menunggu Ard habiskan kerjanya sehingga jam 10 malam nanti. Mungkinkah berbaloi penantianku untuk melihat dia kembali 'hangat'? Hanya Dia yang mengetahui. Namun pada sesetengah orang terkadang harapan bukan lagi impian! Aku pasrah dengan semua yang bakal aku lalui. Semoga masih ada jalan bahagia! Salam Sayang buat semua!
1 Comments:
hello damaq
thanks. aiyoh mentioned nama i la pulak. malu la. i pon tersilap.
actually Malaysian Institute of Management (MIM). I ingat Malaysian Institute of Marketing.
Anyway, u dah betol kan.
Baca blog u nie, u nie memang feeling ye. Sabar je la. Life has to move on kan ? Sure you can do it!
Untuk menguatkan azam n semangat you, I ada burnkan koleksi lagu2 ciptaan komposer AZLAN ABU HASSAN.
2 CD. Lagu2 beliau yang dinyanyikan oleh penyanyi yg popular termasuk KAER jugak ..
Sms me ok.
Till then, U take care n have a good day ..
Say hi to Ard & W.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home