Saturday, July 29, 2006

Seindah Cintamu.....

Hai semua... bertemu lagi dengan bingkisan seterusnya... Harini adalah hari yang agak membosankan aku... Tak pastilah kenapa! Mungkin kerana semua kawan-kawan dan insan tersayang berada jauh dariku... Ard seperti biasa malam minggu ini seringkali diisi dengan bersosial bersama kawan-kawannya. Sham pula sudah dalam perjalanan ke negara matahari terbit menemui adik kembarnya yang sedang belajar di sana. Semoga perjalanannya dirahmati Allah hendaknya. Arie pula berkerja malam ni.... Manakala Am pula berada di kampungnya kerana menziarahi ayahnya yang sedang sakit. Sementara 'W' pula baru saja bertolak ke luar KL untuk urusan kariernya yang makin berkembang.
Semuanya membuatkan aku merasa benar-benar bosan!! suasana di rumah ni seolah dah macam suram dan kelam... tiada lagi seri yang bertandang. Hmm sebelum apa-apa aku nak mengucapkan 'Belated Happy Birthday' untuk Ard yang baru saja berusia 25 tahun pada 24 Julai lalu. Bukan tak celebrate hari istimewanya... cuma di halaman ini aku mahu kalian tahu yang aku tidak sekali melupakannya. Samada dia menghargainya atau tidak bukan soalan yang penting aku sudah buat yang terbaik untuknya. Malam 24 Julai lalu, aku membawanya makan di salah sebuah restoren di Kelana Jaya. Hasrat hati nak celebrate di Medan Ikan Bakar, Port Klang... tapi dek tiada rezeki dan ada halangan yang mendatang, aku batalkan saja hasratku. apatah lagi esoknya aku perlu menghadiri satu 'launching' plan terbaru syarikat yang naungi sekarang. Tak mengapalah, kalau panjang umur, InsyaAllah tahun depan.
Aku tahu 'W' agak kurang selesa sebaik saja aku beritahunya yang aku akan celebrate harijadi 'kembar'nya malam itu. Tapi setelah aku beritahu dia yang ianya sekadar membalas sambutan Ard ketika harijadiku tempohari, dia akur... Lalu aku berjanji untuk sama meraikan harijadinya yang akan jatuh pada awal Ogos ni. Tak sangka dia dan Ard berkongsi zodiak. Malah tarikh ulangtahun mereka hanya beza 9 hari. Bukan itu saja, mereka lahir di tahun yang sama iaitu pada tahun 1981! Hmm Suratan atau Kebetulan ya?!
Apapun aku tak fikir mereka punyai persamaan. Mungkin iras muka hampir sama (hmm yang pasti 'W' lebih menyerlah!) namun dari segi caring, memahami dan prihatin, 'W' lebih baik. Malah dia terlalu 'humble' dan tidak mementingkan diri sendiri. Buktinya di sanggup jumpa aku walaupun dia baru saja selesai menjayakan sebuah rancangan yang disiarkan secara langsung baru-baru ni... Walaupun penat dia tidak kisah malah aku benar-benar rasa terharu dengan pengorbanannya. Ikutkan hati mahu saja aku 'declare' dengannya malam tu jugak... Tapi nantilah... Aku masih memikirkannya.
Hmm seketika aku teringatkan 'Perkahwinan Gemilang' Siti Nurhaliza yang bakal berlangsung kurang sebulan dari sekarang... Aku setuju benar hak penyairan diberikan pada TV3 dan aku benar-benar bangga jika Siti dan Dato' K akan mendermakan semua wang yang berikan nanti ke tabung amal. Memang niat yang bagus lagi murni. Kalau aku pun pasti akan buat semua tu. Apa lagi yang kita nak kalau kita boleh dapat semua tu. Setakat duit 2-3 juta tu baik dermakan pada badan amal kan? Apapun aku harapkan yang terbaik buat Siti Nurhaliza. Semoga jodoohnya ke akhir hayat.. Jangan jadi macam Erra Yusri dah... !!
Okay... petang tadi aku baru dapatkan album terbaru Kak Jee (Fauziah Latiff) "Persona"! Hmm sebagai peminat lagu-lagu syahdu dan sentimental Jim Brickman (aku dengar dia pun sekaum dan sepusat dan sepusing! Hehe!). Aku suka lagu melodi dan gubahan terbaru 'Beautiful' yang ditukarkan lirik dan tajuknya menjadi 'Seindah Cintamu'. Liriknya bagus berkisarkan ketuhanan sedikit. Suara Kak Jee walaupun kebelakangan ini ada kurang memuaskan namun pada aku dia memberikan sentuhan 'kemelayuan' dalam lagu itu. Walaupun masih dalam genre R&B yang 'pekat' namun suara Kak Jee berjaya memberikan kelainan.
Lagu 'Valentine' pula ditukarkan lirik dan tajuk kepada 'Kekasihku'. Romantik sungguh lagu itu di'tangan' suara Jee. Memang aku suka. Walaupun album ini hanya mengandungi 8 lagu (sah sah tak boleh bertanding di AIM 2007 nanti) namun keseluruhan aku suka dengan album ni. Cuma aku agak 'horror ' dengar gubahan semula lagu 'Hari Yang Istimewa'. Walaupun versi asal agak '80s' namun rasanya versi asal lebih meransang minda. Versi terbaru ni tempo nya agak perlahan malah vokal Jee juga di tahap yang paling tidak memuaskan (dengan key nya diturunkan separuh aku rasa!).. Bosan!! adunan semula lagu 'Sahabat' agak menarik tapi aku lebih suka versi asal. Rakan duet Jee (aku kenal langsung!) suaranya biasa sana.
Cuma aku suka medley lagu 'Di Gamit Memori' / 'Segalanya Berakhir Di Sini'. Lebih baik dari suara miney mouse Jee hampir 20 tahun lalu. Suaranya lebih matang dan bertenaga. Cuma aku terkilan dua lagu ni dibuat medley... patutnya nyanyi la satu lagu sampai habis... tapi biasa la kan.. nak cukupkan 8 lagu.. sebab tu harga CD nya amat murah... RM21 jer! Kali pertama aku dapatkan album Kak Jee semurah ini. Hmm itupun hanya bermula album 'Jee 98' aku beli... Yang sebelum nya semua aku dapat percuma ketika abang Amran masih menguruskan Kak Jee ketika di Happy Records! Malah dapat seminggu sebelum release! Hehehe! Sekarang ni kureng sikit la. Kenalah beli sendiri. Hmm baru aku teringat... patutnya boleh minta pada sepupu aku kat Life Records je la.... Lupa plak... Takperlah... ni tanda sokongan aku kat Kak Jee yang aku sayang tu.
Okaylah... berbalik pada cerita aku dan 'W'... aku tak nafikan kami makin mesra dan aku sudah semakin rindu padanya. Setiap hari kalau tiada SMS darinya aku rasa bagaikan tak ceria hidupku. Namun aku kena akur pada kesibukannya. Kerana itulah juga aku cuba 'menyibukan' diri untuk tidak terlalu memikirkannya. Setiap kali aku menonton rancangan kelolaannya, menatap gambarnya di majalah.... jantung ku berdegup kencang! Ayo!! Memang betul aku sudah jatuh cinta padanya!! Hmm entahlah... hingga kini aku masih belum dapat mengambil keputusan samada untuk meneruskan hasrat hati ini sekaligus memberikan 'W' peluang mencari cinta yang dia cari selama ini. Aku harap semua yang dikatanya bukanlah sekadar manis di bibir saja. Tapi adalah yang lahir dari hatinya yang ikhlas. Apapun aku mengharapkan kebahagiaan yang berterusan bersamanya. Itupun andainya antara kami ada 'jodoh'. Jika tidak tak mengapalah, aku pasrah... Mungkin tidak tertulis kami bersama-sama dalam 'dunia' indah ciptaan kami sendiri.
Akhirkata, buat semua semoga kehadiran Ogos yang hanya akan menjelang 3 hari lagi akan memberikan sesuatu yang lebih membahagiakan buat kalian semua. Aku juga mendoakan semoga bulan Ogos ni dunia akan melihat kedamaian di Asia Barat. Sedih aku lihat di kaca TV, anak-anak kecil terbunuh dek kekejaman Israel Laknatullah!! Sedangkan umat Islam termasuk pemimpin negara Arab hanya berdiam diri dan tidak mampu melakukan apa-apapun. Apalah nak jadi dengan umat Islam yang terus menerus ditindas, dimalukan dan didiskriminasikan oleh Yahudi termasuk negara kuara besar seperti USA dan UK. Seperti kalian, aku hanya mampu berdoa semoga Allah menguatkan iman pihak Hizbollah untuk terus mempertahankan negara tercinta. Jumpa lagi di lain bingkisan. Wassallam

Friday, July 21, 2006

Mimpi....

"Dengarkan suaraku bertemakan namamu selalu....! Sedalam tinggi... seluas jauh... begitulah cita-cita ku sekiranya kau ingin tahu... Selama ini... hingga ke akhirnya... kita bersama punya satu mimpi....!!"

Entah mengapa tiba-tiba aku teringatkan lirik lagu nyanyian Daniel MI2 ni. Aku tak suka dengan suaranya tapi aku suka lagu yang catchy ni.. Memang menarik. Muziknya yang segar ala rock yang agak ringan membuatkan aku seringkali ceria setiap kali mendengarnya.

Cuma aku terfikir untuk menghayati liriknya... Hmm setinggi angkasa mimpi dan impian kita... namun kadang-kadang bak kata lagu Erra Fazira, Harapan Hanya Impian. Begitu jugalah mimpiku untuk menyambut hari lahir Ard yang akan jatuh pada hari Isnin ini, 24hb Julai. Hampir setahun yang lalu, aku pernah mimpikan untuk membawanya ke PD ataupun Port Klang dan menikmati makan malam special dengannya.. Namun kini, 'Harapan Hanya Impian'. Apapun aku tetap ingat tarikh istimewanya itu. Mungkin sekadar memberikannya kad dan mungkin hadiah untuknya. Samada dia nak celerate dengan aku atau tidak bukanlah soalnya, sekurang-kurangnya aku ingat detik istimewa itu. Terpulanglah pada dia untuk menghargainya atau tidak.

Dan pada awal Ogos nanti, 'W' juga akan bakal menyambut hari lahirnya yang ke 25. Dia dan Ard sama umur. Sham pada lewat September nanti untuk ulangtahunnya ke 24. Hmm bercakap tentang 'W' aku makin keliru... Makin keliru dengan diriku sendiri. Aku tak pasti bagaimana harus aku buangkan rasa rindu dan kasih ini padanya. Dalam masa yang sama, akal ku seringkali memujuk agak aku tidak menurut rasa hati. Namun perasaan ini terlalu sukar untuk ku nafikan. Hmm ada yang mengatakan, "buat apa tunggu lagi... bukan senang tau nak berdampingan dengan orang sepertinya. Nah! sekarang dia juga berperasaan sama... teruskan saja lah!" Ya!! kadang-kadang aku teruja untuk meneruskan... Tapi setelah akalku mula mengatakan... "perlu ke mengulangi sejarah hitam 12 tahun lalu? Perlu ke nak memendam rasa sendirian? Perlu ke nak peningkan kepala setiap kali membaca majalah ataupun melihat aksinya di media elektronik?"...

Hm bagaimana nanti? Seperti tajuk di atas... aku memang berada di persimpangan. Antara menurut kata hati ataupun memikirkan dengan terbaik sebelum meneruskan perjuangan ini. Ya! hidup umpama lakonan di pentas dunia. Mahukah aku menjadi 'pelakon' di sisinya, di atas pentas ceritanya tetapi hanya untuk 2-3 babak sahaja? Perlukan aku melakukan semua itu? Entahlah... Aku tak meragui keikhlasannya tapi apakah ada jaminan yang aku akan berada di sisinya untuk jangkamasa yang lama? Untuk selamanya, mana mungkin? Dalam 'dunia' ini mana ada hubungan yang selamanya? Kecuali Mie dan Fiz yang memasuki tahun ke 16, belum ada lagi aku dengar hubungan 'dunia' ini kekal sebegitu lama...

Tapi untuk berapa lama kalau aku dengan 'W' ditakdirkan bersatu? Untuk hanya beberapa bulan seperti aku dan Ard, ataupun setakat setahun ketika bersama Lanz dan 3 tahun bersama Sham? Ataupun paling lama 6 tahun ketika bersama abang Zul? Hmm mana mungkin selama itu dengan adanya kehidupan glamour dan penuh 'hipokrit' nya. Yang tak glamour macam Ard pun sekadar bertahan 6 bulan. Itupun dah macam 'playboy' berdampingan dengan jantan sana sini. Inikan pula 'W' punya rupa, punya personaliti dan dikenali ramai, usahkan lelaki, perempuan pun dah ramai admire kat dia.

Hmm entahlah... di sebelah ni buat semua aku paparkan gambar bakal anak-anak tiri bersama bakal suami Siti Nurhaliza. Anak kedua (baju bernombor 3 warna merah) tu memang comel. Suka aku tengok. Muka memang idaman aku. So happy viewing!! Mungkin ada yang dah dapat email gambar-gambar tu.. apapun untuk tatapan korang... tengok jelah ye?

Untuk semua peminat Siti, doakanlah kebahagiannya. Kita cuma peminat, apa yang terbaik dalam hidupnya terbaiklah untuk kita. Kecualilah hal-hal yang berkaitan kariernya. Soal peribadinya, dia ada hak memilih dan membuat keputusan apa pun. Hmm semalam ketika muncul dalam rancangan Muzik-Muzik di TV3, Siti adan memberitahu tentang perancangan untuk kembali dengan album tradisional kelimanya selepas Cindai, Seri Balas, Sahmura dan Sanggar Mustika selewat-lewatnya tahun hadapan. Hmm tak sabar rasanya menunggu kelahiran album itu. Selepas yang terakhir tahun 2002 (Sanggar Mustika yang memuatkan lagu hits Nirmala dan Badarsila) Siti tidak pernah tampil lagi dengan lagu-lagu tradisional yang menjadi kegemaranku. Sampaikan aku terpaksa mendapatkan album Syura 'Shahadah Berdendang' semata-mata melepas rindu pada suara Siti yang di'klon'kan oleh Syura itu. Apapun aku harap Pak Ngah dapat membuat sesuatu yang lebih baik dari sebelum ini. Kalau boleh dapatkan Dato' Ahmad Nawab sekali.

Akhirkata untuk bingkisan kali ini... semoga semua berada dalam keadaan sihat di samping karier dan kehidupan masing-masing. Untuk Mie dan Fiz, selamat berbulan madu lagi (kali yang entah berapa puluh kali), aku respect kalian... 16 tahun beb!! Alangkah bahagianya aku kalau dapat bertahan lama seperti kalian. Untuk Hanz yang baru aku kenali 2 minggu lalu, salam perkenalan semoga kita kan bertambah rapat selepas ini. Teruskan tekad mu untuk kembali menawan langit biru selepas hampir sebulan berehat. Jaga diri dan hiasi peribadi.

Untuk semua... tataplah jejaka idaman semua wanita... aku tak pasti siapa dia tapi aku dapat dalam website nya ketika sibuk memuat turun beberapa risalah tentang perniagaanku. Siapa dia jangan tanya, sebab aku pun tak tahu siapa jejaka idaman ini. Namanya Imran Abbas. Mungkin jejaka dari Asia Barat, tempat Almarhumah nenek aku dilahirkan! Kalau ada yang tahu bagitau lah yea?

Akhirkata, impian tetap akan menjadi impian andaikata tiada usaha ke arah menjadikannya suatu kenyataan. Tetapi kenyataan boleh boleh kekal menjadi impian tanpa kita berusaha sedikit pun! Wassalam

Wednesday, July 19, 2006

Semoga Bahagia... Siti & Datuk Khalid

Hai semua... bertemu lagi.. rasanya belum terlewat untuk aku memperkatakan tentang sensasi dunia hiburan sehari dua ni.. Pasal majlis perkahwinan artis kesayanganku tu... Siti Nurhaliza dan jejaka pujaannya Datuk Khalid. Sememangnya aku tiada halangan (kalau ada pun sapelah aku.. nak halang Siti!).. Maksud aku, aku setuju dengan pilihan Siti. Kalau pun dia pilih yang muda tapi kalau tak serasi buat apa kan? Kalau dia pilih Fazley, akulah peminat pertama 'bunuh diri'. Hehehe!

OK, sebelum aku ulas lebih lanjut soal Siti, sedikit info pasal aku sepanjang minggu ini... Hmm soal 'W' aku baru saja bertemu dengannya beberapa hari lepas dan kami sudah berbincang hati ke hati untuk berkawan dulu buat masa ni... Terkadang aku rasa bersalah juga sebab tak teruskan apa yang dihajatinya... tapi tak apalah... yang penting aku tak kecewa kemudian hari... Soal hati ni kena fikir baik-baik dan masak-masak! Bukan apa, sikap dia macam Sham waktu mula nak 'couple' dengan aku la.. Bukan main lagi... tapi selepas 3 tahun, apa yang aku dapat? Kekecewaan yang tak pernah padam! Cuma satu yang aku tak boleh nafikan... aku sudah mula menyayanginya!

Berbalik soal Siti Nurhaliza... Hmm teruja juga aku nak tengok bagaimana meriahnya 'wedding of the year' tahun ni. Khabarnya para peminat juga boleh menatap wajah Siti ketika diarak menaiki kereta kuda di sekitar taman KLCC pada jam 5 hingga 6 petang 28 Ogos nanti. Pada aku... rasanya susah la nak pergi tengok tu... Tahu jelah aku bukan suka tempat yang penuh manusia.. So tengok dalam TV jelah... elok juga aku menyingkap kembali kenangan dan sejarah aku mengenali Siti Nurhaliza (aku tak kenal Siti secara in person tapi adalah berjumpa dengan nya beberapa kali secara berdepan, bukan ketika show dia ataupun promosi tetapi bersama beberapa orang yang rapat dengan nya. Itupun lewat alaf lalu!)

Aku meminati Siti semenjak menyaksikan final Bintang HMI tahun 1995 lalu. Masa aku tengok dia nyanyi lagu 'Camar Yang Pulang' tu aku dah agak... dia memang terbaik. Lagipun Siti nyanyi dengan gaya tersendiri. Lagipun lagu yang dipopularkan oleh Aishah itu memang merupakan salah satu nurkilan abang Amran yang aku suka. Sebaik saja diumumkan kemenangannya, aku tak sabar menantikan album pertamanya. Apatah lagi selepas itu aku mendapat tahu dari abang Amran yang dia bakal menyumbangkan lagu untuk album pertama Siti. Memang teruja nya Tuhan saja yang tau. Masa tu pulak... artis kesayangan aku Fauziah Latiff dah makin slow...

Hmm release saja album pertamanya, sekitar April 1996, aku benar-benar meminati suara emasnya. Ternyata lagu 'Jawapan Di Persimpangan' dan 'Sanggar Bayu' menjadi kegemaranku. Saban hari aku mendengar CDnya. Tak pernah jemu...!! Sampailah dia memenangi Juara Lagu 1996 dan Persembahan Terbaik di Muzik-Muzik aku makin meminatinya kerana 'aura' nya kian terserlah. Perjuangannya diteruskan dengan album kedua 'Aku Cinta Padamu'... Lagu 'Bisikan Asmara' sebenarnya menggambarkan hatiku ketika itu sedang dilamun cinta dengan Lanz. Keluar saja album 'Cindai' aku kian mengkagumi Siti. Ternyata suaranya memang 'versatile' kena dengan irama tradisional. Sebelum ni aku mengkagumi Aishah dan Ramlah Ram kerana suara mereka boleh 'kena' dengan semua jenis genre lagu. Tapi Siti lain, dia lagi hebat...!!

Dari album Cindai, ke album Adiwarna, Seri Balas (bersama Noraniza Idris) dan Pancawarana, Siti tak putus-putus dianugerahkan oleh pelbagai penghargaan. Setiap kali bertanding di Juara Lagu, akulah orang paling resah dan teruja... boleh ke dia menang lagi? Ternyata memang rezeki Siti. Setakat ni dia dah jadi juara tiga kali pada 1996 (Jerat Percintaan), 1998 (Cindai) dan 2000 (Balqis). Kalau tak ada campur tangan pihak yang dengki, dia sepatutnya memenangi sekali lagi pada 2002 (menerusi Nirmala) (korang perasankan 'kontroversi' tahun tu)..

Sepanjang aku meminati Siti, tidak pernah pun sekali aku menghadirkan diri ke konsertnya... Korang tau sebab nya kan?? Kecualilah ketika Juara Lagu 1999 dan 2000. Juga ketika AIM 2001dan 2002. Paling tak dapat dilupakan duduk semeja dengan Siti masa makan dengan PR dia sekitar tahun 1999 lalu. Dari situ aku dapat mengetahui betapa kelembutan yang ada pada Siti belum pernah aku lihat sebelum ini. Memang ada artis yang lemah lembut sepertinya tapi bukanlah natural macam Siti. Dia memang seorang yang humble dan friendly. Apapun persembahannya ketika majlis makan malam di salah sebuah hotel di Jalan Ampang ketika aku berkerja di Bursa Malaysia memang merupakan 'konsert' Siti yang aku tengok. Memang best. Suaranya memang memukau.

Hmm okaylah.. ini bukan versi 'mengomen' suara Siti. Asalnya bisikan kali ini adalah untuk aku mengucapkan tahniah pada Siti di atas majlis pernikahan yang bakal berlangsung sebulan dari sekarang. Siapapun pilihan Siti aku terima. Kerana itu adalah pilihan dia sendiri. Lagi adalah menjadi haknya untuk memilih siapa saja yang dia rasa mampu membahagiakan nya. Macam juga aku dulu... hak aku untuk memilih Sham sebagai orang kesayanganku walaupun Faizal bukan main membantah. Apapun akhirnya dia terima. Cuma bila aku dah break up hmm mulalah kena bebel. Pulang paku buah keras lah jawapnya!! Minta maap banyak abang Faizal ya!!

Lastly sebelum mengundurkan diri aku, aku ingin nyatakan di sini rasanya tak mungkin aku dan 'W' bersatu buat masa ini. Aku sudah memikirkan sebaik mungkin. Lagipun rasanya bukan sesuatu yang mudah untuk aku menerima hakikat yang dia bukan hanya milikku tetapi juga milik peminat dan masyarakat. Tengok saja myspace dia pun dah cukup untuk membuatkan aku bertanya sendiri.. "layakkah aku berdampingan dengan insan seindahnya?" Jadi seperti lagu ' Siapalah Aku'.. "biarlah usahlah bermain dengan api.. kelak yang terbakar ku sendiri..."

Mungkin selepas aku meyakinkan diri dan rasa diri ini mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengannya, InsyaAllah.. Aku akan terimanya dan melayan perasaan hati ini. Buat masa ini aku tak fikirkan apa-apa dan tak mahu melayan sangat perasaan hati ini. Lagipun aku tahu siapa dan bagaimana sikap aku. Aku ni orang yang kuat cemburu juga. Mampu kah aku menahan perasaan bila melihat dia berganding dengan orang lain walaupun orang itu adalah wanita? usahkan lelaki, perempuan pun aku cemburu!! Jadi biarlah keadaan itu tidak berlaku padaku masa akan datang. Cara paling baik, jangan bermain api... nanti terbakar diri. Semoga 'W' faham atas apa yang berlaku. Mungkin sudah ditakdirkan dia tidak mampu memiliki sesiapa. Bukan tak ada orang nak dia, tapi ramai yang macam aku terlalu takut pada statusnya!! Wassalam.

Tuesday, July 11, 2006

Siapalah Aku?...

Hai semua... bertemu lagi. Hmm 11 Julai bermakna sudah 2 hari usia ku meningkat ke angka 32. Terima kasih semua atas kunjungan dan kehadiran kalian di majlis ulangtahun aku pada malam minggu lalu. Tak sangka antara yang aku jemput hampir 90% yang datang. Terima kasih juga buat Dr Imran, Faizal, Kay dan my dear 'W' atas hadiah yang diberikan. Apapun aku tak kisah... bukan hadiah yang aku inginkan tetapi kehadiran kalian saja sudah cukup menghiburkan ku.... Thanks juga buat Am dan Ridzuan, Wan (atas 'tajaan' kek yang sungguh menyelerakan! Aku memang 'hantu' chocolate cake!), Fakrul dan Khai atas kesudian yang menghadirkan diri ke majlis yang tak seberapa tu. Begitu juga buat Omar dan rakan-rakan.
Paling istimewa, lebih-lebih lagi buat Iz (thanks for your help) dan Arie (tima kacih banyak atas sokongan padu dan semangat yang diberikan). Begitu juga buat dua jejaka yang pernah singgah di hatiku, Sham dan Ard. Terima kasih kerana bertungkus lumus menolong dan membantu agar majlis itu lebih meriah. Hmm cuma kadang-kadang aku teringat cerita 'Madu Tiga' lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee... hehhee!! Cik Tipah dan Cik Hasnah berbaik-baik gitu!! Yang tak ada cuma Cik Ani je. Hehhe!! Tapi siapa lah Cik Ani kan? "W" kot? entahlah! Hajat hati nak masukkan serba sedikit gambar kalian pada malam tu tapi aku tak pasti mana pulak pergi ubs digital kamera aku ni... macam mana nak link dalam net kan? tension betul. Tak apa lah... nanti bila semuanya sudah berjalan lancar aku akan masukkan semua gambar-gambar tu. Okey semua??
Hmm cuma aku agak terkilan dengan sikap Ard malam tu selepas semua tetamu pulang. Perangainya makin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ni. Aku semakin hilang sabar. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku keluar malam itu. Patutnya hari-hari aku gembira, dia buatkan aku ceria. Ini tidak... patutkah air mata ini mengalir di malam penuh istimewa buat aku? Pulak tu mengadu yang bukan-bukan pada kawan-kawan nya termasuk Ridzuan. Tak sangka rupanya dia pernah mengenali Ard. Sorry Am, abang bukan nak salahkan abang angkat Am. Semua dah ditakdirkan... 'Dunia' ni kan pusing-pusing jumpa orang yang sama. Apapun aku tak mahu fikirkan tentangnya lagi. Biarlah dia dengan dunianya. Tak guna aku berbuat baik kepadanya sedangkan dia tidak pernah menghargaiku. Yang dia nampak hanya keburukanku..
Apapun aku kembali ceria semalam sebaik saja menemui 'W'. Wajah comel nya benar-benar menenangkan aku. Kami ke dinner di salah sebuah hotel di Subang Jaya. Hm memang romantik orangnya. Siap kasi hadiah dengan cara yang penuh romantik.... Tak payah la aku sebut bagaimana caranya.. nanti ada orang tiru plak!! hehe! Aku makin rapat dengan nya. Aku tak nafikan hati ini seolah makin berbunga, bunga-bunga cinta macam lagu adik aku tu... Misha Omar (hehe!! asal nama bapak sama je adik aku la...) Cuma aku tahu dia agak terkilan dengan aku sebab aku masih pertikaikan tentang perbezaan antara kami. Apatah aku berikan lirik lagu 'Siapalah Aku' (Amy Mastura) padanya. Memang benar.. siapalah aku di sisinya? Dia punya segalanya.. persoaliti, rupa malah seorang yang 'establish' walaupun hanya bakal berusia 25 tahun pada bulan August ni. Sedangkan aku?? masih tercari-cari arah hidup.. Bisnes pun baru nak mula...
Entahlah... aku akui kata-katanya.. kadang-kadang aku terlalu berfikiran negatif. Katanya dalam soal hati aku seolah tiada keyakinan. Hmm mungkin benar kata-katanya... Tapi aku hanya yakin berbicara soal hati hati andainya orang di depan aku itu bukan celebriti seperti dia... yang punya wajah idaman setiap wanita. Entahlah.. aku makin keliru... biarlah dulu buat masa ni.. Aku masih belum dapat menerima dia seadanya. Aku terlalu takut dilukai... Wajah seindahnya boleh tinggalkan aku bila saja dia suka.... Ah!! Lanz dulu pun ada rupa, wajah kacukan Melayu Perancis itu memang 'meletup'! setia juga dia pada aku. Cuma Takdir saja yang memisahkan kami...
Hmm okaylah semua... sebaik saja aku jumpa ubs aku... Aku akan letakkan gambar-gambar di majlis itu. Salam buat semua. Terima kasih sekali lagi atas kehadiran kalian.... Salam sayang!

Wednesday, July 05, 2006

Persona Cinta...

Hai semua.. bertemu lagi! Hari ini aku agak free. Tapi masih sempat siapkan satu appointment dengan pelangganku. Hari terus berlalu... sekian harinya tidak banyak berubah, bangun pagi, pergi pejabat, jumpa pelanggan, close deal (kalau nasib baik) sampai malam balik rumah tidur... begitulah seterusnya setiap hari... Apa lah yang menarik hidup ini kan?
Aku harap separuh kedua 2006 ni akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari separuh pertama. Merenung kembali apa yang berlaku di separuh pertama.. aku rasa terlalu banyak kedukaan, kesukaran dan kepincangan yang melanda hidupku... kerana itulah aku berharap semuanya akan kembali reda separuh kedua ni. Bermula dengan bulan keramatku... bulan julai disambut setiap tahun dengan seseorang di sisi. Tahun ini rasanya aku menyambut tanpa sesiapa di sisi! hanya teman-teman pengubat luka! "W"? hmm entahlah... masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan.. jalannya sudah ada cuma aku yang masih keliru untuk melangkah ataupun tidak... bukan kerana tidak sukakan dia... tapi kerana jalan yang terbentang masih kabur... terlalu banyak fatamorgana nya!! Wah... bermadah pulak aku.
Kesian juga aku pada dia.. walau penat masih ada waktu untuk call aku... maknanya dia memang sungguh-sungguh.. tapi entahlah..! Paling aku tersentuh semalam walaupun habis rakaman sekitar 11 malam di salah sebuah stesen TV tanahair, dia masih sempat sms dan menelefon aku sebaik saja sampai di rumahnya. Walaupun waktu sudah larut dan dia perlu bangun awal untuk rakaman seterusnya esok.. namun dia masih punya waktu untuk ku... Buktinya dia memang sungguh-sungguh!! Hmm atau aku yang perasan?? Entahlah! tapi aku tak nafikan yang aku dah mula jatuh cinta padanya...
Hujung minggu ni aku tak pasti lagi samada akan ada sambutan harijadi ku ke 32 ni... memang niat hati nak buat tapi entahlah... rasa macam tak 'proper' pula buat party dalam keadaan ayahku tidak berapa sihat. Lagi satu macam tak ada sesiapa nak mengelola benda-benda ni. Aku ada satu appointment petang sabtu ni... Siapa yang nak buat semua tu di rumah? Memang aku sepatutnya buat malam minggu ni kerana tepat pukul 12 malam, adalah hari nya... 9 Julai. Esoknya samada Jerman, Sepanyol, Perancis atau Portugal akan meraikan kejayaan mereka menjulang piala dunia! Bila lagi nak tunggu majlis harijadi yang tepat pada tarikhnya. Paling istimewa malam minggu.. Hm tunggu lagi enam tahun la...!
Hmm entahlah.... apa pendapat korang? Iz, Arie, Zul, Ebi dan Am? patutkah abang buat majlis tu? Hmm Jeff jangan lupa datang kalau jadi ok? Bawak bf sekali...! Apapun tunggu la... By Friday, I will let you all know...! Kalau jadi... sayang "W" tak mungkin dapat bersama... dia ada penggambaran di luar KL dan hanya akan balik pada petang Ahad. Alah...! kalau dia 'in town' pun belum tentu dia nak hadirkan diri. Maklumlah... ada banyak orang lain.. tak mungkin dia nak pecahkan 'lubang' nya. Hmm inilah hakikatnya kalau bersama orang macam dia. Dunia penuh hipokrasi! Apa nak buat! Kata orang bila kita terima kekasih kita, kita kena terima mereka seadanya..
So okaylah... setakat ini dulu bingkisan kali ini.. Aku nak ke kedai CD jap... dah dua hari mencari CD 'Persona' Fauziah Latiff... asyik tak sampai lagi... Dah keluar ke tak tak tahulah.. Hari ahad lepas dalam Berita Minggu kata edaran pada 2 Julai.. Hm ni dah 6 Julai... kalau tak ada juga tak tahulah... Nanti aku komen lagi album seorang lagi artis kesayanganku tu... Tak kisahlah kalau vokal dia sekarang teruk ke apa ke... aku sudah membesar dengan lagu-lagunya sejak dari album 'Di Gamit Memori' lagi... terlalu banyak kenangan bersama lagu-lagunya!! Wassalam

Tuesday, July 04, 2006

Aku Sebutir Pasir...

Hari ulangtahun kelahiran ku yang bakal menjelang lima hari lagi. Hari terakhir Piala Dunia di Jerman. Seluruh dunia akan meraikan kejayaan pasukan terbaik dulu pada hari itu. Hmm entah siapa yang bakal dinobatkan sebagai juara dunia selepas tumbangnya skuad samba, Brazil. Aku rasa kelakar pulak dengan kekalahan Brazil di tangan pasukan pilihanku Perancis. Tulah padahnya terlalu over confident! Aku menjangkakan perlawanan akhir nanti adalah di antara pasukan tuan rumah Jerman dan Perancis. Harap kali ini 'abang' Zidan aku tu menyerlah lagi. Okaylah tinggal dulu soal bola. Aku pun bukan suka sangat bola ni. Maklumlah... (sendiri mau ingatlah!!)
Pagi ni aku bangun dengan pelbagai rasa dan perasaan. Perasaan sedih, kecewa, bahagia dan macam-macam lagi. Bercampur baur... Sedih dan kecewa dengan sikap beberapa insiden sehari dua ni. Bahagia kerana diri semakin disayangi walaupun aku sendiri tak pasti apakah itu kebahagiaan yang aku cari. Entahlah... terlalu banyak apa yang aku ingini seolah tiada petunjuk jalan. Semua yang aku lakukan kini seolah makin sukar...! Bukan saja kerjaya, persahabatan malah cinta! Kehidupan ini seolah semakin tiba ke penghujung! Entahlah aku makin tertekan. Banyak sangat yang tak 'smooth' sejak kebelakangan ini.
Sikap Arie semalam benar-benar mengguris perasaanku. Aku tau silap aku... tapi tak kan aku dihukum sebegitu hanya kerana sesuatu yang berlaku di luar kawalanku. Malah tidak sengaja aku melakukannya. SMS nya juga amat mengguris hati. Aku benar-benar merasa jauh hati! Tapi apalah dayaku... Kalau itu nilai yang perlu aku bayar atas apa yang dilakukan aku terima. Sudah memang nasib aku apa lagi perlu aku buat. Cuma aku sedih persahabatan yang terjalin sejak beberapa tahun lalu seolah berada di hujung tanduk. Apapun aku cuma pasrah. Terpulanglah pada dia. Aku sudah meminta maaf... kalau dia masih tak boleh terima apa lagi daya aku.
Semalam aku bergayut lagi dengan dia. Sampai pukul 2 pagi. Hmm tak tahulah.. aku memang dah makin jatuh cinta dengan dia kot. Ok, bermula dengan bingkisan ini aku gelarkan dia dengan nama "W". Mesti ada tercari-cari siapa "W" yang dimaksudkan.. Ha ha! Jeng! Jeng! Bak kata Siti 'Biarlah Rahsia'. Aku tak mahu mendedahkan identitinya. Lagipun sebagai seorang personaliti yang dikenali, tak patut aku dedahkan 'kepincangan' nalurinya! Aku sengaja berbicara di hadapan Ard. Bukan membalas dendam tapi untuk buktikan aku ni bukan 'tak laku sangat' . Tak kisahlah samada dia peduli atau tak, yang penting biar dia tahu yang aku tak kan mati tanpanya.
Masih berkisar tentang hati. Aku sebenarnya sudah mula menyayangi "W" ... namun aku masih tak pasti samada aku harus menerima atau tidak. Memanglah dia tidak mendesak... aku pun sedar siapa aku di sisinya. Dia insan punya segala-galanya. Ada rupa, nama dan kerjaya yang menarik. Sedangkan aku... hanya manusia biasa yang tak punya apa-apa. Harta tiada apalagi rupa... kerjaya pun biasa-biasa saja. Mana mungkin semua itu terjalin.. Lagi satu mengenai statusnya, mengingatkan aku pada apa yang aku lalui 12 tahun lalu... ketika itu aku baru mengenali 'dunia' ini. Orang sepertinya lah yang membawa aku ke 'dunia' penuh nafsu dan hipokrit ni.
Entahlah... Aku makin keliru... manakan memikir perkara-perkara peribadi... cinta yang diundang ini kian menghantuiku... Terkadang aku cuba 'ignore' dia.. tapi makin di'ignore' makin kuat ingatan ku padanya. Wajah manis penghias majalah-majalah hiburan kebelakangan ini. Lesung pipit di pipi yang menjadikan tarikan ketara untuk aku... Wajah jejaka yang selama ini meruntun kalbu ku. Rasa tak percaya dapat kenal dan mesra dengannya. Aku ingat dia sombong... rupanya 'in-person' dia terlalu berbeza. Manja dan romantik! Ahhh!! tension!
Aku teringat lagu popular kak Jee yang menjadi lagu perangsang hidupku. Lagu ciptaan Adnan Abu Hassan dan Adam Ahmad ini memang syahdu... Liriknya pula hasil karya abang Amran. Lagu ini yang akan aku dengar bila aku terasa sangat 'down'. Cuma air mata ini akan turun tanpa disedari bila tiba rangkap "beribu teman ketawa...payah ku temu yang sanggup bersatu... Di dalam susah dalam senang... Yang hadir cuma kepalsuan... Dugaan demi dugaan aku pasrah menadah tangan!"
"Perjalanan masa mengajar hati semakin tabah kini... Di dalam kemarau dan gerimis... Aku tetap gagah mengharungi... Tuhan, Aku bagaikan sebutir pasir yang lemah lagi kerdil... Teguhkan keimanan jiwa ku.. Agar tidak terpesong darimu!!"
Okaylah... cukup dulu untuk kali ini... Nanti aku tulis lagi... Buat semua yang mengenali diri ini semoga kalian berbahagia menikmati hari-hari mendatang. Buat Arie, sekali lagi aku minta maaf, aku tak berniat nak sakitkan hati kau... Aku harap insiden hari tu tidak menggugatkan ikatan persahabatan yang dibina sekian lama. Semoga kita akan terus bersahabat hingga ke akhirnya kerana kau adalah sahabat ku dunia akhirat. Semoga kau mengerti apa yang berlaku adalah di luar kawalan ku.
Salam sayang buat "W"... sabarlah menantikan saatnya k? Abang akan cuba mengenepikan semua halangan yang ada... Kalau ada jodoh, adalah... kalau tak... abang yakin awak boleh dapatkan yang lebih baik dari abang... Orang sehebat awak.. tak susah la..!! Apapun hari Ahad ni kita celebrate birthday abang seperti yang kita rancangkan semalam. Sorry sangat sebab tak dapat nak celebrate malam sebelumnya.. abang tahu awak pun sibuk.. Begitu juga abang... Karier kadang-kadang lebih penting dari segalanya. Semoga terus berjaya!!

Saturday, July 01, 2006

Transkripsi - Luahan Rasa Siti Nurhaliza


Hai semua, bertemu lagi... Hm seperti yang dijanjikan pada bingkisan kali ini aku akan 'mengomen' dan menyatakan rasa puas hati ku tentang album terbaru artis kesayanganku, siapa lagi kalau bukan cik Siti Nurhaliza Taruddin ni.

Hmm rata-rata komen yang aku dapat dari kawan seperti Ebi dan Zul mereka berpuas hati dengan album ni. Well pada aku? Hm sebagai peminat yang mula meminati Siti bermula ketika beliau bertanding di peringkat akhir Bintang HMI 1995 lalu, aku bersetuju dengan pandangan mereka. Bahkan sebelum ni aku mengkagumi album EMAS yang dihasilkan pada 2003 lalu. Namun hadirnya album "Transkripsi" ni 'memudarkan' kekaguman aku pada EMAS.

Mari kita hayati komen-komen aku tentang lagu-lagu yang terdapat dalam album ni. Sebanyak 13 buah lagu dimuatkan dalam album ni. Satu bonus dari Siti untuk peminat. Album ini memuatkan lag-lagu dari komposer seperti Melly Goeslow, Glenn Freddy dan Tengku Syafique dari Indonesia dan Yassin, Aubrey Suwito, Cat Farish dan Damien VE.

Okay, kita ke track pertama berjudul 'Siti Situ Sana Sini' ciptaan Damien VE. Lagu ni memang catchy, senang 'tangkap' melodinya terutama sekali korusnya. Susunan muzik lebih kepada ala hip hop sikit tapi jenis yang ringan la. Aku suka lagu ni. Walaupun aku 'kureng' sikit muzik hip hop ni namun lagu memang best. Tak ada rap yan meleret. Bahkan lebih best dari percubaan pertama Siti dengan hip hop 'Dua Dunia' bersama Too Phat dulu. Antara liriknya "Di bawah, cinta satu benua... Ku berlari mencari satu cinta... Cintaku Kan ke Syurga, Kan Ku bawa ia" Hmm rasa feeling kejap... Hehe!! Berlari mencari satu cinta.... cinta siapa yek?

Track kedua memang lagu paling popular ketika ini, Biarlah Rahsia. Satu ciptaan Melly untuk Siti. Pada aku lagu ni biasa-biasa saja. Tidak banyak beza dengan lagu-lagu ciptaan Melly yang lain seperti "Menghitung Hari' (Kris Dayanti), Aku Bukan Untukmu (Rossa) dan Kedinginan (Fauziah Latiff). Tapi aku tak pasti di mana dan kenapa lagu ni dipilih menjadi single pertama. Apapun ia bukanlah lagu yang tiada kualiti. Sememangnya aku memang suka dengan lagu-lagu slow ciptaan Melly yang hanya menggunakan piona sebagai asas susunan muziknya. Cuma satu aku tertarik pada lirik ciptaan Siti dalam lagu ni.... "Pernahkah kau bermimpi... seketika berada di tempatku... Membayangkan pahit manis berlalu.. entah siapa yang tahu?" Hmm bermakna sungguh kata-kata tu... seperti yan pernah dia ucapkan padaku bila aku mempertikaikan tentang status nya.

Track ketiga paling aku suka..... 'Destinasi Cinta' ciptaan Li Len Zen (isteri Aubrey yang juga pencipta lagu Awan Yang Terpilu (Ning Baizura)).. Muzik Rock ala 80an yang digubah Aubrey memang menarik. Melodinya pun sedap. Pertama kali mendengar album ni, inilah lagu paling aku suka. Liriknya memang menarik.. kalau yang baru bercinta memang patut dengar lagu... sebab antara liriknya berbunyi "Di Hati Yang mana ku temu cinta terindah.. Kau berikan ku jawapan.. tiada lagi persoalan... Sambut cintaku ini sayang... berselimutkan kasih kita eeyee!! Di ruang hatiku yang terpencil... mekar cinta kita yang akhir.. Kini menuju ke destinasi!!" Hmm aku pun semakin menghampiri destinasi cinta... macam juga Siti!

Lagu keempat Cuba Untuk Mengerti ciptaan Tengku Syafique. Lagu balada biasa yang jiwang. Cuma sesekali layan best gak.. tapi pasti air mata anda akan meleleh... "Ku cuba untuk selalu mengerti.. tapi mampu bertahan lagi... Akan ku jalani hidup mengabadi cinta yang pantas untuk ku".

Track Kelima, "Hidup Penuh Bicara" hanya satu perkataan dapat aku komen "BOSAN!". Tak tahu kenapa? Karya Yassin seperti 'Lagu Rindu' memang best. Tapi aku tak pasti kenapa kali ni seolah tak 'berkualiti'. Macam tangkap muat jer. Susunan muzik dan elemen Jazz yang dimasukan memang best cuma melodinya.. hmm nothing!" memang tak puas hati! Hmm kawan aku si Shaha (editor Kosmo) pun kata lagu ni memang tak menarik dalam komennya di Kosmo beberapa minggu lalu.

Lagu keenam, Bila Harus Memilih.. ciptaan Glenn Freddy. Memang tangkap nangis. Lagu balada ni sebenarnya tak banyak beza berbanding lagu-lagu ciptaan Glenn yang lain. Memang terdengar suara Siti seperti lenggok Glenn. Tapi aku suka lagu ni... menceritakan tentang seseorang yang dirayu oleh kekasih lama nya untuk kembali semula padanya. Namun bukan mudah untuknya menerima kekasihnya kembali. Paling aku suka liriknya "Meski cinta ku padamu... Lebih dari yang kau tahu... Namun mengerti kasih, tak semudahnya itu... Melupakan yang telah kau lakukan padaku..... Beri aku waktu untuk memikirkan yang terbaik.... Cinta jadi dilema... pergi ataupun kembali....!" Hmm macamana agaknya kalau Ard atau Sham ingin kembali padaku??? hmm harus lagu ini aku tujukan pada mereka!! hahhaa! Tapi tak payah berangan lah!!

Lagu ketujuh 'Pastikan' memang menarik. Ebi dan Zul memang sukakan lagu ni. Termasuk aku. Cuma lagu ni memang tipikal Melly. Kalau anda biasa atau suka dengan lagu Jika, lagu ini akan mengingatkan lagu itu pada anda. Cuma lagu agak perlahan. Namun muzik agak rancak pada korusnya membuatkan lagu ini menarik. Ada yang kata lenggok suara Melly ada pada suara Siti untuk lagu ni. Aku setuju. Hanya kerana perbezaan suara saja yang membuatkan Siti tidak akan 'dituduh' meniru suara Melly. Tapi cara nyanyian dan lenggok... sebiji suara Melly. Tak apalah... asal lagu ini memang bagus. Lagu ini pada aku juga patut dijadikan single ke 2.

Selain lagu "Hidup Penuh Bicara" lagu track kelapan ni antara lagu bosan dalam album ni. Ciptaan dan lirik Siti Nurhaliza sendiri nampak terlalu biasa. Terlalu tipikal. Mungkin Siti kena cuba buat lagu slow dengan lebih teliti lagi. Apapun disebabkan percubaan pertama aku terima. Permulaan yang terbaik buat Siti.

Lagu kesembilan pula ciptaan Cat Farish... "Rupanya Kita Serupa"... Lagu ni unik... Dalam lagu ni juga Siti menggunakan suara falseto dan soprano nya ke tahap maksimum. Memang best. Muziknya ala-ala lagu klasik sikit. Style zaman 50an. Lagu ni ada keunikan tersendiri. Syabas buat Cat Farish kerana 'lari' dari tipikal nya mencipta lagu-lagu fast number saja.

Lagu kesepuluh Tiada Dendam Di Hati ciptaan Edwin Gutawa (Konduktor muzik yang mengiringi Siti ketika konsert di Royal Albert Hall lalu) memang best. Aku suka susunan muzik oleh Aubrey ni. Bunyi biola yang dihasilkan benar-benar seolah melengkapkan satu muzik orkestra yang terbaik. Walaupun melodi dan liriknya agak 'frust' dan 'slow' tapi susunan muziknya buat lagu ini berkualiti... Tahniah Siti dan Aubrey. Lirik Kak Chah juga memang puitis!

Lagu kesebelas.. "Intrig Cinta" memang best! Percubaan Siti menghasilkan melodi catchy dan fun memang mengkagumkan. Kalau tadi aku frust dengan lagu slow nya... tapi kecewa aku terubat dengan lagu ni. Elemen 'percussion' yang dimuatkan hasil gubahan Steve Thorntorn memang 'meletup' habis. Lirik Loloq biasa je... cuma aku terfikir kenapa lah nak gunakan 'Intrig'? Perkataan 'Persona' kan boleh. Sekarang banyak sangat orang sesuka hati me'Melayu'kan bahasa Inggeris. Kesian peminat-peminat Siti yang tak faham makna Intriq terpaksa lah cari kat kamus dewan... Hmm kamus dewan ada ke? Entah! Kamus dewan yang aku ada tahun 1998. Tak up to date dah...!

Lagu terakhir "BIsakah" ciptaan komposer terbaik Juara Lagu 2005, Aubrey Suwito. Lagu balada yang dijadikan single kedua selepas 'Biarlah Rahsia'. Lagu ni unik. Ada keistimewaan sendiri. Lirik oleh Teshh RS not bad... dulu antara gabungan Aubrey dan Tesh adalah lagu 'Ingin Bersamamu' (Syafinaz) dan 'Sinar Menanti (Nurul). Cuma pada aku kalau nak jadikan single kedua, ianya kurang 'umpp' sikit. Tapi kalau nak promote lagu ciptaan tempatan mungkin lagu ni sesuaila. Kalau track rancak, lagu Intrig Cinta paling sesuai.

Kalau pun Siti bertanding di Juara Lagu nanti, beliau mungkin akan bertanding di Kategori Pop Rock. Mungkin melalui Intrig Cinta. Kalau lagu Bisakah mampu bertahan lama, mungkin kategori Balada juga. Keseluruhan aku bagi empat setengah bintang dari lima bintang. Memang ini album terbaik dari Siti setakat ini. Harap ini album terbaik di AIM tahun depan. Jangan ada anti Siti terjun lombong lagi sudah!! hehehe! Wassalam!