Wednesday, March 29, 2006

ANUGERAH PLANET MUZIK 2006


KEMENANGAN SITI NURHALIZA BUKTI BELIAU PALING POPULAR DI NUSANTARA.

Tentu semua sedia maklum mengenai pemenang di Anugerah Planet Muzik (APM) yang berlangsung di Singapura Jumaat lalu. Kemenangan Penyanyi Wanita kategori terbaik dan popular milik Malaysia.

Sebelum tu aku nak menyentuh mengenai tulisan wartawan pojok dalam Mingguan Malaysia yang menggunakan nama Siti Jarum. Siti Jarum seolah tidak dapat menerima kekalahan Mawi setelah gagal dinobatkan Penyanyi Lelaki Popular dengan meletakkan APM sebagai anugerah ‘nyamuk’. Katanya APM tidak memberikan apa-apa makna dalam industri seni muzik Nusantara.

Padaku ada betul dan salah fakta Siti Jarum ni. Betul kerana sebenarnya APM masih belum boleh dilihat secara keseluruhan sebagai memartabatkan industri muzik Nusantara. Yelah, setakat hanya Malaysia, Singapura dan Indonesia saja yang menyertainya, apalah sangat. Itupun bukan mendapat kerjasama yang menyeluruh dari semua yang terlibat dalam industri muzik di negara masing-masing. Contohnya dari segi pencalonan, bukan semua syarikat rakaman di negara kita yang mahu mencalonkan artis mereka dalam pertandingan ini. Begitu juga di Indonesia. Mungkin tidak keterlaluan dikatakan sebenarnya ia hanya mendapat kerjasama penuh pihak media di Singapura sahaja selaku penganjur utama iaitu Media Corporation Ltd.

Yang tak betulnya adalah kerana sikap Siti Jarum itu sendiri yang terlalu taksub pada Juara Akademi Fantasia 3 (AF) itu yang tidak dapat menerima hakikat Mawi hanya terunggul di tanahair sendiri. Dia sanggup mengatakan APM itu entah apa-apa sedangkan kategori terbaik mencalonkan nama-nama yang gah dan besar di Nusantara seperti Kris Dayanti, Titi DJ, Rossa, Peter Pan, Siti Nurhaliza, Jacklyn Victor dan Adibah Noor yang nyata lebih berbakat dari penyanyi kesukaannya. Kalau sudah berjaya mengumpulkan nama-nama besar untuk bertanding, sudah tentu juri-jurinya juga adalah terbaik dan mempunyai pengalaman luas dalam mengadili sesuatu kualiti penyanyi dan album. Malah mereka mungkin lebih baik dan berpengalaman berbanding pengkritik AF (lebih-lebih lagi pengkritik tetapnya) yang hanya berlagak pandai saja. Apapun itu pendapat dialah kerana aku yakin kalau Mawi menang malam itu, mungkin artikel ‘APM – Anugerah ‘Nyamuk’ itu tidak terpapar di ruangan pojoknya. Silap-silap ucapan tahniah buat penyanyi yang kononnya berbakat itu.

Hmm okaylah, kita tinggal Siti Jarum dengan ‘labu-labu’nya. Kita imbas kemenangan para pemenang APM malam itu. Kategori terbaik sememangnya layak disokong kerana pada aku, siapa saja yang menang memang itu yang terbaik. Kemenangan Jacklyn Victor mengalahkan nama-nama besar di Nusantara sememangnya mengejutkanku. Tak sangka dengan dibarisi sebahagian besar calon-calon Indonesia seperti Titi DJ, Kris Dayanti dan Rossa. Tapi apapun aku bangga kerana Jacklyn sememangnya layak menerima trofi itu. Kemenangan beliau mungkin sebagai petanda yang malam Anugerah Industri Muzik (AIM) nanti adalah miliknya.

Aku bagaimanapun agak hairan dengan kemenangan Nikki dalam kategori artis baru terbaik mengalahkan Adibah Noor dan Sharifah Zarina dan Eka Mairina dari Singapura. Macam mana ya? Apapun dah juri memilih beliau, mungkin mereka lebih arif dalam penilaian ini. Cuma aku pelik bagaimana Nikki tidak langsung tersenarai dalam AIM 2006. Kalau dia bagus kenapa langsung tidak tersenarai dalam ‘top 5’ Malaysian Idol 1?, Well, apapun juri lebih arif mengadilinya. Mungkin juga album Nikki tidak dicalonkan untuk AIM dan mungkin kerana itulah juga Nikki tiada dalam senarai lima terbaik dalam kategori artis baru terbaik.

Artis Lelaki terbaik, Marcell, memang mantap. Vokalnya memang bagus. Cuma aku agak ketinggalan soal albumnya. Tak tau dia dicalonkan untuk album yang mana. Kalau anda tau, komen lah yea?
Duo/Kumpulan terbaik memihak kepada Peter Pan. Aku puas hati sebab memang mereka layak menang. Vokal Ariel memang meletup, bisa copot jantung gue!! Dari dulu lagi aku memang suka album-album PeterPan termasuk ‘Bintang Di Syurga’. Paling aku suka biasalah lagu ‘Mungkin Nanti’. Wajah Ariel pun hmm memang taste aku!! Biasalah kan, bak kata “kak engku” aku ni ala-ala ‘Hala Timur’ gitu. Minat aku lebih kepada ‘oriental look’. Kan muka Ariel macam Jepun sikit.. hmm sebab tulah wajah Sham menyejukkan hati!!

Okay back to the APM Awards, kemenangan Album terbaik oleh Chrisye aku tak ada komen sangat cuma aku setuju dengan pemilihan dia. Dia memang bagus, malah kalau di Malaysia kita dia dah setanding dengan M Nasir.

Hmm sedang-sedang aku menaip ni aku nak cari gambar Mawi, terus termasuk dalam site ‘Anti Mawi’. Ayo! So very the teruk… macam-macam depa kutuk Mawi. Aku ni nak kata minat kat Mawi hmm idok le! Tapi taklah sampai macam tu teruk. Apapun buat anti Mawi kat luar sana jangan gunakan isu peribadi (serangan bersifat peribadi). Kalau pun nak perbetulkan sikap fanatik Mawi tu biarlah dengan fakta-fakta yang sebenar yang boleh menyedarkan mereka. Bukan dengan cara menghentam peribadinya. Siapa saja Mawi juga kalau ada pun apa saja skandal dia, biarlah itu antara dia dengan Allah SWT.

Begitu juga buat peminat fanatik Mawi, berpada-padalah. Dia bukan sempurna. Sebagai penyanyi pun tak sampai lapan puluh peratus sempurna, apatah lagi sebagai manusia. Kalaulah Rasullullah SAW diangkat terbaik dan menjadi ikon semua, kan lagi baik. Kalau kata Mawi tu alim dan baik budi bahasanya mengapa tidak kagum dengan peribadi Baginda Nabi Muhammad sendiri? Bahkan Baginda lebih sempurna berjuta-juta kali dari penyanyi kesukaan anda tu. Jadi fikir-fikirkanlah wahai semua tak kira peminat ataupun anti Mawi. Aku tak sebelah mana-mana pun. Jangan pula ada yang nak menghentam peribadi dan blog aku pula ya!!

Okay, tadi ada commercial break, kita kembali ke anugerah APM. Kategori popular tahun ni masih menjadi milik Malaysia untuk kategori Artis Wanita Paling Popular. Siti Nurhaliza membuktikan dia unggul di Nusantara untuk tahun keenam. Walaupun Siti tak ada album baru tahun 2005 lalu namun dia masih mampu menggenggam trofi popular. Tahniah buat Siti Nurhaliza. Tunggu bila lagi la nak keluar album baru dia. Dah tak larat nak dengar lagu-lagu lama!

Kemenangan Taufik Batisah sebagai artis lelaki paling popular sememangnya mengejutkan. Apatah lagi Raja SMS, Mawi juga tersenarai. Memandangkan kategori popular dipilih melalui undian peminat, aku sedari awal sudah menjangkakan satu lagi anugerah popular bakal menjadi milik Mawi. Namun kita dapat lihat yang Mawi harus bekerja kuat untuk menjadi popular di Nusantara seperti Siti Nurhaliza. Terdengar canang dipukul beberapa bulan lalu yang album Mawi bakal menjengah pasaran Indonesia. Apapun pada aku, setakat album mampu diedarkan di negara Indonesia tu, sekarang ni even penyanyi yang baru satu album (contohnya album Farawahida yang mempunyai vokal terhebat akan menjengah pasaran Indon bila-bila masa menurut kata orang kuat Millenium Art Sdn Bhd) pun boleh pergi ke sana. Tapi mampukah Mawi diterima di sana itu aku tak pasti.

Seperti yang sedia maklum peminat Indonesia lebih teliti dalam menilai bakat seseorang. Seseorang penyanyi di sana tidak mungkin popular hanya kerana imej bersih dan bersopan santun saja tetapi yang penting adalah album, kualiti vokal dan bakat. Kalau album ‘Yang Tercinta’ itu bagus kerana diterbitkan oleh M Nasir, belum tentu boleh diterima di sana memandangkan kelompok peminat muzik semacam itu adalah kolompok minoriti. Siti Nurhaliza bernasib baik selain bakat dan vokal mantapnya, konsep album yang variasi (termasuk pop, R&B dan tradisional) telah dapat menyatukan kelompok-kelompok peminat pelbagai cabang muzik di sana. Kerana itu beliau boleh diterima ramai kerana tidak hanya para remaja yang sukakannya malah para ‘mbak’, ‘ibu’ dan ‘tanter’ juga menggemarinya. Jadi jika melihat situasi ini, aku tidak terkejut lagi kenapa Mawi tidak mampu merangkul kategori Artis Lelako Popular kerana dia hanya gah di tanahair ‘Yang Tercinta’ sahaja. Apapun kemenangan Mawi untuk kategori ‘Lagu Paling Popular sebenarnya bukan kemenangan peribadinya tetapi dikongsi bersama dengan M Nasir dan Loloq.

Kumpulan Paling Popular, Peter Pan. Melihat populariti mereka tahun sepanjang 2005, aku sememangnya sudah menjangkakan kemenangan mereka. Bahkan mereka sememangnya layak ditabalkan kumpulan paling popular di Nusantara kerana mereka memang gah bukan saja di Indonesia malah di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Kata akhir biar siapapun yang menang, ia tidak merubah apa-apa padaku. Aku tak kisah. Jangan jadi macam setengah orang, kutuk dan mengata orang lain semata-mata tidak boleh menerima kekalahan artis yang mereka sanjungi. Ingatlah walau sejauh mana berjaya sekalipun mereka kita sebagai peminat tidak akan dapat apa-apa kecuali bangga. Tapi bangga anda adakah akan memberikan anda suatu anugerah peribadi? Tidak bukan? Jadi berpada-padalah! Wassallam

Saturday, March 25, 2006

Antara Mungkin Dan Curiga...

Bertemu lagi... secebis ingatan buat insan yang pernah bertakhta di hatiku lewat millenium lalu... suara yang sudah lama aku lupakan, semalam kembali menerjah gegendang telingaku.. Tak sangka sungguh, yelah selepas hampir dua tahun Lanz di bumi 'Uncle Sam' inilah kali pertama dia menghubungiku. Hampir sejam kami berborak mengenai diri masing-masing.
Paling aku tersentuh dengan sikap caringnya yang masih seperti dulu. Suara romantisnya terkadang membuatkan aku khayal. Tak semena-mena ingatan aku kembali ke tahun 1998 ketika negara sibuk dengan pembukaan sukan kedua terbesar di dunia, Sukan Komanwel. Kini setelah hampir lapan tahun ianya berlalu, obor sukan berprestij itu kembali marak menyala di negara Kanggaru pula malah di bandaraya yang pernah menyaksikan kemesraan aku dan Sham September 2004 dan 2005 lalu. Kerana semarak sukan yang baru berakhir semalam itulah yang mengerakkan hati Lanz menelefon ku jauh beribu batu.
Aku tak mahu sentuh kisah lama kerana biarlah ianya menjadi rahsia. Hanya rakan-rakan terdekat ku saja tahu betapa peritnya pengalaman cinta yang hanya bertahan setahun itu. Bukan kerana sikap Lanz tetapi kerana keluarganya, lebih-lebih lagi ibunya Puan Sri Aishah. Namun biarlah itu semua menjadi kenanganku, kenangan yang mendewasakanku yang ketika itu hanya berusia dua puluh tiga tahun. Hmm umpama adik-adik yang baru nak meningkat naik. Aku tak pasti orang lain, tapi ketika itu aku baru setahun mengenali 'dunia' serba mencabar ini. Aku bernasib baik kerana ketika itu aku mempunyai insan paling dekat dalam hidupku untuk memberikan nasihat padaku mengenai apa yang berlaku. Siapa lagi kalau bukan ibuku sendiri. Keterbukaannya menerimaku seadanya bukan saja melegakan hati malah memberikan semangat untuk ku terus melangkah.
Apapun kini aku sendiri tidak pasti.. apa sudah jadi dengan diriku? Panggilan Lanz benar-benar mengujiku. Aku tak tahu kenapa kini aku seolah rindu padanya. Sebelum ini walaupun sudah lebih dua tahun kami tidak pernah berjumpa antara satu sama lain, aku tidak pernah merasa apa-apa. Apatah lagi merasa bersalah kerana tidak menghadirikan diri buat kali terakhir di KLIA 27 September 2004 lalu sebelum dia berhijrah ke Los Angeles. Tapi kini aku tak pasti mengapa aku begitu resah selepas panggilan itu. Mungkin kerana kesepian yang mencengkam... ketiadaan Sham yang kini berada di negara matahari terbit juga Ard yang kini berada di Bumi Kenyalang membuatkan aku seolah hilang arah. Mujurlah dengan iman dan ingatan ku padaNya memberikan ketenangan dalam jiwaku yang makin berserabut.
Semalam sewaktu Lanz bertanya mengenai Sham aku agak keberatan untuk agak keberatan untuk menceritakan hal yang sebenarnya. Namun itulah pertanyaan demi pertanyaan membuatkan aku redha. Sudah tentu status antara aku dan Sham amat mengecewakannya. Dulu dia pernah mengharapkan kami akan kekal lebih daripada tiga tahun. Tapi itulah, manusia hanya mampu merancang tetapi Dia yang menentukan. Aku pasrah!!
Aku makin teruja bila diberitahu Lanz akan pulang ke tanahair untuk beberapa minggu bermula 15 April depan. Entahlah, tak sabar pula menanti kan kehadirannya. Tetiba saja rasa rindu itu kembali berputik. Aku sememangnya rindu pada kemesraan dulu. Dialah cinta pertamaku. Dia juga adalah lelaki pertama yang bertakhta di hati ini. Malah dia juga mengajarku tentang erti kasih sayang. Kata orang cinta pertama itu sentiasa kekal dalam hati. Mungkin ada kebenaran.
Namun kini antara mungkin dan curiga... Itu perasaanku kini. Mungkinkah dia akan kembali ke pangkuanku? Mungkinkah cintanya akan kembali menerangi hidup sepiku? Dari riak bicaranya seolah kembali menagih cintaku. ungkapan "Tulah, dari dulu lagi abang dah kata lepas awak break dgn Dzul, balik semula dengan abang, awak tak nak. Nak juga couple dengan budak berhingus tu!" hmm sentap sekejap. Dalam senyap sempat pulak dia kutuk Sham. Aku tak ceritakan padanya tentang Ard. Bukan untk menidakkan kehadirannya, cuma aku tak mahu dia terus-terusan mengutuk aku.
hmm entahlah... kalau pun ya, aku curiga malah aku tak mahu lagi cinta jarak jauh. Cukuplah segala kepahitan ketika bersama Sham dulu. Aku serik. Mungkin sekadar kawan ataupun lebih mungkin seperti abang. Apapun tengoklah, aku hanya menharapkan yang terbaik. pada aku kawan lebih baik. seperti juga aku dan Sham sekarang, kami masih mesra cuma tiada ungkapan dan rasa cinta itu lagi. Aku terima hakikatnya. Begitu juga Ard, selain sebagai teman serumah, dia lebih ku anggap sebagai adik, tidak lebih dari itu.
Apapun semoga hari-hari yang bakal mendatang memberikan seribu keceriaan buat hidupku. Masa terus berlalu namun hingga kini aku masih bertatih mengejar impian dan cita-citaku. Saat gemilang itu masih terlalu jauh untuk ku gapai. Apatah lagi untuk cemerlang dan terbilang dalam karierku... hmm belum nampak bayang... kalau hidup bagai roda, rasanya hidup aku di roda yang tak bergerak-gerak. Asyik dok kat bawah saja...

Friday, March 24, 2006

Anugerah Industri Muzik 2006


ANTARA JACKLYN VICTOR DAN ADIBAH NOOR

Bertemu lagi dengan naskah komenku. Kali ini mengenai anugerah berprestij yang menjadi acara tahunan setiap kali tiba bulan April iaitu Anugerah Industri Muzik Malaysia yang memasuki tahun ke 13. Banyak kekalutan yang berlaku tahun ini, termasuk dua tiga isu kontroversi yang mempertikai kewibawaannya sebagai salah satu pemangkin kegemilangan industri hiburan negara khususnya muzik.

Aku tidak mahu komen isu ‘world’ yang dikemukan oleh fanatik Juara Akademi Fantasia (AF), Mawi yang pada awalnya gagal dicalonkan untuk album ‘Yang Tercinta’ dalam anugerah kali ini. Kenapa dan mengapa, aku rasa semua sudah tahu. Tetapi bila Mawi disahkan dapat bertanding, kategori yang sepatutnya mengadili ‘Yang Tercinta’ tidak dapat diadakan tahun ini berikutan kurang penyertaan untuk Album Pop Etnik Terbaik. Yelah, Ratu Pop Tradisional, Noraniza Idris pun tidak ada album tahun lalu, kalau tak, nak juga aku tengok sejauh mana pencapaian Mawi tanpa undi yang ditaja (SMS). Mawi hanya mampu berpuas hati dengan pencalonan akhir lagu terbaik, Aduh Saliha ciptaan M Nasir dan lirik oleh Loloq.

Apa yang hendak aku sentuh di sini adalah mengenai siapa yang bakal pulang dengan penuh kebanggaan pada malam itu nanti. Walaupun tahun ini aku tidak terlalu teruja kerana artis kesayanganku Siti Nurhaliza tidak dicalonkan (kecuali Kategori Vokal Terbaik Dalam Album (Wanita)), tapi setelah melihat senarai akhir lima yang terbaik, aku dapat nyata di sini, tahun ini juga sememangnya meriah. Semuanya kerana kehadiran dua bakat baru Jacklyn Victor dan Adibah Noor yang merupakan antara yang terbanyak mendapat pencalonan akhir.

Dua nama besar ini tercalon untuk merebut dalam kategori Artis Baru Terbaik, Album Pop Terbaik dan Vokal Terbaik Dalam Album (Wanita). cuma satu kelebihan Jac menandingi Adibah Noor dengan dua pencalonan melalui kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu berhantunya ‘Gemilang’ dan ‘Di Bawah Pohon Asmara’. Adibah pula hanya mendapat satu pencalonan melalui lagu ‘Ikan Di Laut, Asam Di Darat’. Sebenarnya kategori ini adalah kemenangan bagi pihak penerbit namun kerana ke ‘glamour’an penyanyi lebih menarik perhatian semua. Jika itu dijadikan ukuran bermakna Siti Nurhaliza sudah tiga tahun berturut-turut memenangi kategori ini sejak tahun 2003 melalui lagu ‘Merisik Khabar’ dari album ‘Konsert Sudirman (AIM2003), lagu ‘Bukan Cinta Biasa (album EMAS AIM 2004) dan tahun lalu menerusi lagu ‘Seindah Biasa’ dari album ‘Prasasti Seni’.

Kategori Artis Baru Terbaik, melihat senarainya saja sudah cukup memeningkan kepala para juri kerana semua yang tercalon hebat-hebat belaka. Pada aku persaingan terdekat adalah antara Jac dan Adibah Noor. Pandangan peribadi aku pemenangnya adalah Jac. Namun tercetus kontroversi bila ada mempertikaikan penyertaan Jac untuk kategori ini memandangkan dia pernah menghasilkan album sebelum ini dan album Gemilang sememangnya bukan album pertamanya. Hmm Entahlah! Aku pun pelik. Jadi jika Jac tiada dalam kategori ini, maka Adibah Noor adalah pememang yang layak. Artis lain seperti Dina dan Sharifah Zarina juga hebat. Ahli Fikir? Hmm lagi satu kontroversi, aku tak nak komen!

Kategori kedua, Artis Harapan. Kategori ini mencalonkan artis baru yang mempunyai sekurang-kurangnya satu lagu baru yang dihasilkan dalam mana-mana album tidak kira album penuh ataupun kompilasi. Tahun ini kategori artis harapan masih dikuasai oleh artis AF. Tahun lalu Farra AF2 memenangi kategori ini. Untuk tahun ini ia masih dibarisi peserta akhir AF3 seperti Felix, Amylea dan Marsha. Manakala dua lagi calon adalah Premelodic (yang menyanyikan lagu ‘Suratan Atau Kebetulan’ untuk SOT filem ‘Gol Dan Gincu’) dan Ridzuan (sorry, aku memang tak kenal siapa mamat ni.) Pilihan aku adalah Felix. Suaranya memang bagus malah tidak keterlaluan jika aku katakan Juara AF3 sepatutnya menjadi miliknya. Amylea juga ada peluang besar untuk mengenggam trofi kategori ini. Cuma aku tak pasti bagaimana Marsha yang mempunyai suara setakat ‘bolehlah’ boleh berada dalam senarai akhir. Mungkin tak cukup ‘korum’ kot? Kalau ya, banyak lagi artis lain antaranya Juara Bintang RTM, Rina Azhar (bukan Azharina Azhar) yang tampil dalam album koleksi terbaik Awang BPR. Mungkin AIM terlepas pandang kerana leka dengan populariti AF ataupun syarikat rakamannya tidak menghantar pencalonan.

Kategori Persembahan Vokal di Dalam Album (Lelaki) pula calon-calonnya adalah Hazami (album ‘Kata’), Jamal Abdillah (album ‘Aku Penghibur’), Mus (May) (album ‘ Live at Planet 05’), Rithan (Deja Vodo Spells) (album ‘I’am What I’am) (sorry aku tak kenal artis mana dan bila album depa ni keluar) dan Shanon (album ‘Di Landa Cinta’). Sudah tentu ramai menjangkakan pemenangnya antara Hazami dan Jamal Abdillah. Ya! Aku pun macam tu. Kejayaan memenangi kategori Vokal Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu (AJL05) memberikan kelebihan pada Hazami. Sementara Jamal Abdillah sudah tidak perlu dipertikaikan vokalnya yang mantap, merdu dan bertenaga. Peluang sama rata juga ada pada Mus (May) dan Shanon (penyanyi ni popular dengan lagu ‘Angkasawan Cinta’ mempunyai vokal bersuara ‘jantan’ yang cukup mantap). Namun pada aku, Hazami lebih layak memenangi trofi pertamanya di anugerah AIM tahun ini. Go! Hazami Go!

Kategori seterusnya, kategori paling dinantikan. Kategori Vokal Tebaik di Dalam Album (Wanita). Apakah Siti Nurhaliza akan terus mengungguli kategori ini untuk tahun ke lapan? Sejak memenanginya tahun 1999 menerusi album ‘Adiwarna (yang turut dinobatkan sebagai album terbaik keseluruhan tahun itu), Siti tidak pernah kecundang setiap tahun. Siapa saja saingannya beliau tetap diangkat sebagai vokal terunggul negara. Tahun ini Siti bertanding menerusi album ‘Konsert Royal Albert Hall, London’. Jika cara penilaian dibuat sejak bertahun-tahun dulu masih digunapakai, suara Siti masih belum mampu digugat oleh sesiapa pun. Mungkin ada kelebihan pada suara Jac namun jika dinilai dari segi penghayatan, kemerduan dan lenggok suara, Siti Nurhaliza masih yang terbaik. Saingan terdekat Siti Nurhaliza sebenarnya adalah Adibah Noor kerana suara juga Adibah mempunyai kekuatan dari ketiga-tiga segi tadi. Tetapi dari segi kekuatan vokal, kelantangan serta nada tinggi Jac mengatasi Adibah malah Siti Nurhaliza sekalipun. Jika dibuat perbandingan suara Ramlah Ram dan Siti Nurhaliza, Ramlah Ram mungkin lebih baik dari Siti dari segi kelantangan dan nada tinggi tetapi tidak pada segi segi penghayatan, kemerduan dan lenggok suara. Seperti Ramlah Ram yang mempunyai range suara dan high pitch tertinggi (F Sharp) seperti yang dimiliki oleh Whitney Houston, Jac juga mampu mengugat Siti Nurhaliza untuk penilaian dari segi tersebut.

Namun untuk kategori ini aku masih memilih Siti Nurhaliza sebagai pemenangnya. Jika ada format baru diperkenalkan dalam menilai kategori ini kemenangan mungkin akan berpihak pada Adibah Noor ataupun Jac. Kak Nita (Anita Sarawak) dan Dina juga ada kelebihan cuma kalau diukur dari segi kekuatan vokal, mereka masih belum mampu menewaskan Jac ataupun Adibah Noor, apatah lagi Siti Nurhaliza. Cuma aku kecewa Azharina Azhar tidak tersenarai. Kekuatan vokalnya dalam lagu ‘Elegi Sepi’ juga setanding dengan Jac dan Adibah Noor. Jika tidak persaingan akan lebih hebat. Nak kata albumnya tidak boleh dipertandingkan kerana dihasilkan pada tahun 2004, album Jac juga diedarkan pada akhir 2004. Kalau ya pun mengapa tidak dalam AIM ke 12 tahun lalu? Mungkin pihak Sony BMG terlupa menghantarkan pencalonan untuk album ‘Nina’ Azharina Azhar ni kot?

Vokal Terbaik Dalam Album (Berkumpulan) aku berpendapat Ruffedge mempunyai kelebihan memandangkan suara harmoni mereka lebih terserlah dalam ‘Ruffera’ berbanding Rabbani dan Too Phat. Saingan terdekat mereka mungkin antara Raihan dan VE.

Kulit Album Terbaik, hmm setiap tahun aku tengok kulit album artis-artis kita makin bagus. Tiada lagi aksi-aksi bergaya bak model yang ketinggalan zaman tetapi dihiasi dengan keunikan masing-masing. Calon-calon seperti Too Phat (‘Rebirth To Reality’), Anita Sarawak (Another Dimension), Fazley (‘Lain’), Amy Mastura (‘Lebih Baik’) dan Nitrus. Aku tak pernah tengok kulit album Nitrus jadi aku tak boleh nak komen cuma pilihan aku antara empat album tersebut, aku memilih album Fazley (Lain). Uniknya kulit album ni kerana tajuknya kena dengan gambarnya. Menampilkan Fazley di tengah-tengah kelompok ‘mat saleh’ sememangnya bertepatan dengan judulnya ‘Lain’. Memang ‘lain’. Maksudnya disebalik persamaan (mat dan mek saleh) terselit muka Melayu yang menjadikan nya lain dari lain. Calon terdekat untuk memenangi anugerah ini adalah album Kak Nita (Another Dimension). Imej hitam putih dengan Kak Nita memakai bunga besar di telinga memang menarik. Sesuai dengan tajuk, Another Dimension ataupun ‘satu lagi dimensi’. Jika dilihat pemenang lalu seperti album ‘Debaran’ (Nora) pada tahun 1997, ‘Bintang Hati’ (Amy Mastura) 2000 dan ‘Erti Pertemuan’ (Ning) 2005, jelas menunjukkan kulit album perlu selari dengan judul album. Anda pasti faham apa yang dimaksudkan kalau anda melihat kembali kulit album Nora, Amy Mastura dan Ning Baizura.

Rakaman Album Terbaik, aku tak boleh nak komen lebih sebab aku bukan arif sangat soal rakaman. Dulu aku pernah tengok artis-artis di bawah pengurusan sebuah syarikat rakaman tempatan buat rakaman sekita tahun 1990an. Tapi mungkin sekarang sudah banyak berubah. Jadi aku tak kisah sangat siapa yang bakal memenanginya. Cuma kalau difikirkan secara pendengaran telinga kasar (macam pandangan mata kasar la) aku suka album ‘Gemilang’ dan ‘Another Dimension’. Mutu bunyi memang bagus dan tajam. Puas hati! Album ‘Kasih’ (Dayang Nurfaizah) juga mantap. Maaf aku tak boleh komen album Too Phat dan Jason Lo kerana aku tak ada album mereka memandangkan genre muzik mereka bukan muzik pilihan aku. Jadi kalau ada yang ingin berikan pendapat untuk kategori ni, silakan.

Muzik video terbaik lagi satu kategori yang aku tak boleh nak komen lebih-lebih. Aku cuma pernah tengok muzik video Adibah Noor (Terlalu Istimewa), Adam (Tak Tahu) dan Ahli Fikir. Jason Lo (‘Sleepy Head’) belum ada kesempatan. Apatah video muzik Love Me Butch, aku tak pernah dengar nama mereka hinggalah aku aku tengok senarai akhir pencalonan. Siapa kumpulan ni, aku tak dapat nak cerita.

Album Nasyid terbaik, antara Raihan (Ameen), Borthers (Reunited), Far East, UNIC (Satu Dekad) dan Rabbani (Suara Takbir) aku memilih Raihan. Album ini adalah yang terbaik pernah dihasilkan oleh Raihan. Memang bagus. Malah kesungguhan Raihan yang masih berpaksi pada irama nasyid yang asli (menggunakan alat muzik yang dibenarkan dalam Islam) dan liriknya yang lebih bersifat memuji Allah patut melayakkan mereka untuk memenangi kategori ini berbanding Rabbani yang tampil dengan muzik yang lebih komersial dan moden. Manakala lagu-lagu UNIC dan Far East mempunyai lirik lebih kepada percintaan dua insan. Hmm kalau dah lagu nasyid pun dah macam lagu cinta melankolik baik dengar lagu ketuhanan dari mereka yang bukan penyanyi nasyid macam Ramli Sarip dan M Nasir. Malah Siti pun ada lagu ketuhanan dan kehidupan seperti ‘Salju KasihMu dan ‘Dialah Di Hati’. Apatah lagi lagu-lagu seperti ‘Aku Sebutir Pasir’ (Fauziah Latiff), ‘Sepi’ (Shima’) dan ‘Doa’ (Aishah). Lirik lagu-lagu ini lebih bersifat ketuhanan dari sesetengah lagu nasyid masakini. Pada aku lirik lagu dan susunan muzik lah yang membezakan lagu nasyid dengan lagu genre lain. Tapi kalau muzik saja konsep nasyid tapi lirik cinta macam lagu ‘jiwang’, apa bezanya dengan lagu pop biasa. Baik layan lagu kehidupan macam lagu ‘Hijau’ (Zainal Abidin) dan ‘Suria Khatullistiwa’ (Amy Mastura. Ada juga pengajaran.

Album Pop Rock Terbaik pada aku saingan terdekat adalah antara Awie (‘Santai’) dan Flop Poppy (‘Cendera Jiwa’) tapi jika bersandar pada kekuatan vokal dan muzik yang bagus, album Spider (‘Spider Live at Planet Hollywood’) patut pulang sebagai pemenang. Album Hard Rock terbaik, minta maaf, no komen! Aku tak boleh ‘masuk’ dengan lagu-lagu ‘keras’ sebegitu.

Album Pop Terbaik adalah salah satu kategori yang aku tunggu-tunggu! Sebelum tu aku ingin nyatakan di sini aku setuju dengan cadangan beberapa pihak agar diwujudkan satu kategori baru dengan memecahkan kategori ini kepada dua iaitu album Pop Terbaik dan album Pop R&B/Hip HopTerbaik. Macam Anugerah Grammy, kategori album R&B dan Hip Hop diasingkan. Jika album pop dipecahkan kepada dua, kategori pop sekurang-kurangnya dapat beri peluang pada album lain seperti album ‘Lebih Baik’ (Amy Mastura), ‘Lain’ (Fazley – antara album yang baik pernah aku ada tahun 2005), album Elyana (memuat lagu hits ‘Tak Tercapai Akalmu’ dan ‘Diriku Tapak Sulaiman’) dan juga album Siti Sarah (‘Tiada Dikau Tiada Makna’).

Apapun pilihan aku kalau diikutkan dari nilai kepuasan album itu sendiri aku memilih album ‘Terlalu Istimewa’ Adibah Noor. Semua lagu dalam album ini sedap-sedap belaka. Album ini berkonsepkan Variasi iaitu tidak hanya satu genre tetapi ada pop, R&B, tradisional dan rock. Pilihan kedua, Jamal Abdillah ‘Aku Penghibur’. Walaupun album ni album ‘cover version’ tapi aku suka gubahan semula muzik dan cara Jamal menyanyikan semula lagu-lagu seperti ‘Seroja’, ‘Gadis Melayu’, ‘Mencintaimu’ dan ‘Aku Cinta Padamu’. Album Dayang juga bagus berbanding album Jac yang hanya ada dua tiga lagu saja yang sedap. Cuma vokal Jac saja yang membuatkan album ini lebih istimewa. Begitu juga album Hazami. Pendekata, vokal penyanyi terkadang memberikan ‘nyawa’ untuk sebuah album yang ‘boleh tahan’ saja kualitinya.

Aku tak nak komen untuk kategori album Inggeris tempatan Terbaik dan Artis Inggeris Tempatan Terbaik. Bukan aku tak suka album atau lagu Inggeris, tapi pada aku, dengar album-album dari US dan UK lebih puas hati. Maaf sebab pada aku album Inggeris tempatan ni tah apa-apa konsep dia. Langsung tak setanding dengan album-album antarabangsa yang lain. Tapi taklah semua album Inggeris tempatan tak bagus. Album Too Phat dan Juwita Suwito adalah contoh antara album Inggeris yang bagus. Cuma maaflah kalau aku katakan, lebih baik buat album Melayu kalau setakat nak buat album Inggeris yang hanya dijual di Malaysia. Pasaran kita terhad, berapa sangatlah laku album macam ni. Mungkin kualiti bagus tapi kuantitinya, lima ribu unit pun tak terjual. Macam juga album yang penyanyi bagus, belum tentu terjual. Contohnya antara album Camelia dan Siti Nordiana, album mana yang laku? Sudah tentu Siti Nordiana yang albumnya tidak pernah kurang dari dua puluh ribu unit terjual setiap menghasilkan album baru. Siapa nak jawab? Fikir sendiri lah ye?

Album Artis Indonesia terbaik, aku jangkakan persaingan sengit antara album Radja, Peter Pan dan Rossa. Padi dan Glen Fredy juga bagus, cuma aku lebih sukakan album Rossa. Lagu ‘Pudar’ dan ‘Aku Bukan Untukmu’ memang hebat!! Vokalnya juga makin matang dan mantap berbanding album ‘Tegar’ tahun 2001 yang lalu.

Kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu pula menilai lima susunan lagu yang terbaik. Lima calon akhir ialah yang pertama lagu ‘Ikan Di Laut, Asam Di Darat (Adibah Noor) yang dihasilkan oleh Azlan Abu Hassan. Bagi aku susunan muzik oleh Azlan ini memang menarik. Dia menggabungkan irama lagu yang asalnya adalah lagu rakyat dengan muzik komersial pop yang moden. Ditambah pula dengan unsur latin. Intronya ada agak unik, kalau pertama kali kita dengar, kita tak sangka intro ni intro lagu lama. Mungkin ada yang menyangka ia adalah satu lagu R&B yang sentimental. Namun bila unsur salsa dan samba dimasukkan, ianya menjadi menarik. Pada aku lagu ni ada peluang besar untuk menang. Memang bagus!!

Lagu lain yang tersenarai dalam kategori ini adalah ‘Kata’ nyanyian Hazami. Muzik R&B rancak sepenuhnya. Walaupun begitu sedikit unsur pop dimasukkan menjadikan ianya bukan lagu R&B rancak yang biasa. Satu lagu susunan Azlan Abu Hassan. Bermakna peluang untuk Azlan memenangi kategori agak cerah. Kalau tidak lagu Adibah, lagu ‘Kata’ pula akan memberikan peluang kedua untuknya. Keputusannya kita tunggu kerana mungkin juri akan memilih lagu susunan muzik oleh Alfa Botty ‘Di Bawah Pohon Asmara’ (Jac). Lagu memang unik. Bukan iramanya tetapi muziknya. Mood lagu ni macam ‘gedik’ dan ‘mengada’ sikit. Untuk versi Jac, Alfa telah melakukan dengan lebih baik berbanding versi Siti Nurhaliza. Cuma aku tak pasti adakah Alfa juga yang menghasilkan susunan muzik versi Siti untuk lagu ciptaan Aidit Alfian ni. Jika susunan muzik lagu ini kurang bagus, Alfa masih ada peluang kedua kerana ada lagi satu lagu gubahan beliau juga dicalonkan iaitu lagu ‘Tak Tercapai Akalmu’ (Elyana). Apapun pada aku susunan muzik ‘Di Bawah Pohon Asmara’ lebih meyakinkan.

Susunan muzik lagu ‘Gemilang’ (Jacklyn Victor) juga patut diberikan perhatian kerana lagu ini terhasil dari gubahan hebat komposer Ramli MS yang memenangi kategori ini tahun tahun 2003 menerusi lagu ‘Merisik Khabar’ yang dihasilkan untuk album ‘Konsert Sudirman’ (Siti Nurhaliza). Kewibawaan pengetua Akademi Fantasia musim ke 2 ini sudah tidak perlu dipertikaikan lagi. Jika lagu ini menang Ramli MS mengulangi kejayaan Aubrey Suwito yang memenangi kategori ini sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2004 (lagu ‘Bukan Cinta Biasa’) dan 2005 (lagu ‘Seindah Biasa’).

Kategori yang selalunya menjadi perhatian adalah lagu terbaik selain kategori ‘Album of The Year, calon akhir adalah lagu ‘Ku Seru’ (Misha Omar ciptaan Ajai lirik oleh Shuhaimi Baba dan Habsah Hassan), ‘Gemilang’ (Jac / Aubrey Suwito / Asmin Mudin), ‘Warkah Buat Laila’ (Zahid / Ayub Ibrahim / Habsah Hassan), ‘Terlalu Istimewa’ (Adibah Noor / Azlan Abu Hassan / Adibah Noor) dan ‘Aduh Saleha (Mawi / M Nasir / Loloq).

Pilihan aku ada lah ‘Gemilang’. Bukan kerana terpengaruh dengan keputusan AJL05 tetapi sejak awal lagi (ketika final Malaysian Idol) aku sudah merasakan ianya sebuah lagu yang bagus. Melodinya menarik dan lirik yang membangkit rasa semangat ingin berjuang. Malah pada aku tiada yang cacat celanya lirik lagu ini (seperti yang dikritik hebat oleh Loloq). Berkali-kali aku cuba mencari kesalahan bahasa yang dikatakan namun aku tak nampak sebarang masalah bahasa di situ. Mungkin aku ni bukanlah pakar bahasa tapi Bahasa Malaysia ni salah satu subjek yang aku dapat A1 ketika SPM dulu mana mungkin aku tidak tahu dimana silapnya bait-bait lirik lagu ini. (Macam yang aku selalu jumpa dalam papan tanda iklan-iklan ataupun terjemahan sarikata dalam rancangan televisyen). Mungkin Loloq ada pendapatnya yang tersendiri tapi pada aku Asmin Mudin adalah penulis lirik yang baik dan setaraf dengan penulis lirik lain seperti Habsah Hassan, S Amin Shahab dan Amran Omar. Siapalah kita untuk mempertikaikan hasil nurkilan guru Bahasa Malaysia ini. Kecualilah kalau Professor di Fakulti Bahasa Universiti Malaya yang mempertikaikannya, mungkin Asmin kena fikirkan semula baris-baris liriknya untuk lagu-laguya akan datang. Tapi buat masa ni, teruskan berkarya! Pada aku Asmin memang bagus, lirik-lirik yang dihasilkan memang simbolik dan menarik seperti lagu ‘Anggapanmu’ (Ziana Zain), ‘Enggan’ (Fauziah Latiff), ‘Kau Ilhamku’ (Man Bai) dan ‘Kita Di Majlis Ilmu’ (Visa).

Lagu ‘Ku Seru’ pada aku memang bagus cuma ianya tidak seunggul lagu ‘Pulangkan’. Susunan muzik menarik dan liriknya yang agak syahdu berbanding ‘Pulangkan’ yang lebih ‘seram’. Mungkin peluang Ajai untuk memenangi kategori ini agak kurang memandangkan lagu ‘Gemilang’ dan juga ‘Terlalu Istimewa’ nyanyian Adibah Noor mempunyai peluang yang lebih cerah. Lagu ‘Terlalu Istimewa’ hasil ciptaan Azlan Abu Hassan ini juga amat menarik. Selain melodi sentimentalnya, lirik yang dihasilkan oleh Adibah Noor ini juga bagus. Ia ditulis berdasarkan kisah sedih adik Nurul Huda yang dibunuh di Johor beberapa tahun lalu. Memang tersentuh mendengarnya. Paling aku tersentuh baris “terkilan rasa jiwa ingin ku lihatmu dewasa, apa daya Tuhan lebih menyayangimu… tak tertanggung rindu mendengar suaramu, tawa mengusik jiwa”….” Jika bukan ‘Gemilang’ yang diangkat sebagai lagu terbaik tahun ini, sudah semestinya lagu ini patut dinobatkan juara untuk kategori ini.

Lagu ‘Aduh Saleha’ juga bagus. Cuma pada aku pemilihan Mawi bukanlah pilihan terbaik untuk menyanyikan lagu ini. Lagu ini akan menjadi lebih indah kalau didendangkan oleh sifu M Nasir sendiri. Sekurang-kurangnya ada markah yang lebih dari sudut dendangan suara jika diadili dari segi vokal bersama Jac dan Adibah Noor. Lirik Loloq sudah semesti memberikan markah penuh penuh untuk lagu ini. Aku tidak dapat nak komen mengenai lagu dendangan Zahid kerana aku tak pernah dengar lagu ni. Lagipun album ‘Wo!!” tiada dalam koleksiku.

Akhir sekali aku padaku album terbaik keseluruhan (Album of The Year) patut dimenangi oleh Album Pop Terbaik. Siapa saja yang memenangi kategori Album Pop Terbaik (samada album Adibah Noor, Jamal Abdillah, Jac, Hazami ataupun Dayang Nurfaizah) patut dipilih sebagai album terbaik keseluruhan berbanding pemenang kategori lain Ini kerana calon-calon yang tersenarai dalam kategori ini adalah terbaik antara yang terbaik. Jika tahun lalu pemenang kategori album pop rock terbaik (Album ‘Nazraku’ (Spider) dipilih sebagai pemenang anugerah ‘Album of The Year’, tahun ini pada aku album Pop Terbaik akan kembali menguasai ‘Album of The Year’ seperti mana pemenang kategori ini pada 2003 (album Siti Sarah) dan 2004 (album EMAS Siti Nurhaliza).

Apapun sekali keputusannya pada aku ianya ada keputusan yang tidak perlu dipertikaikan kerana ia dipilih dan diadili oleh mereka yang lebih arif dan professional. Aku cuma memberikan komen dan pendapat. Mengenai siapa yang bagus, terbaik dan patut digelar sebagai pemenang, kita serahkan pada mereka yang arif menentukan. Setakat ini aku tidak nampak kekurangan pada juri-juri AIM dengan keputusan lalu. Pada aku AIM masih menjadi satu-satunya Anugerah yang relevan dan telus berbanding anugerah lain yang setakat penuh glamour tapi tiada nilai kerana apa yang diadili adalah yang terbaik dan bukan yang popular. Kerana itu juga saban tahun ada saja kejutan yang berlaku. Apa saja pendapat yang ada di sini hanya pendapat peribadi dan aku tidak berniat untuk memprovokasi, mempertikaikan, menghina ataupun menjatuhkan reputasi mana-mana pihak. Harap maklum.

Saturday, March 11, 2006

Kasihku Sinar......


Menatap album terbaru Amy Mastura lewat tahun lalu, aku dapat rasakan inilah album terbaik darinya. Walaupun masa tu satu lagu baru dia pun aku tak dengar lagi namun dari cover album pun nampak 'meriah'. Pakaian Amy memang ranggi dan ringkas. Tak nampak macam mak budak.

Masuk saja kereta, aku terus pasangkan CD nya. Hmm petikan piano track pertama 'Bukakanlah Pintu' memang best. Aku ingat lagu ni mesti syahdu habis.. rupanya satu lagi 'fast number' dari salah seorang komposer kegemaranku, Azlan Abu Hassan. Satu hasil yang berlainan dari Azlan. (Untuk pengetahuan semua antara lagu hitz beliau seperti 'Satu Cinta Dua Jiwa (Siti Nurhaliza), Keabadian Cinta (Anuar Zain), Elegi Sepi (Azharina) dan Sinaran (Shiela Majid)). Lagu ni memang lain. Susunan muzik yang lain dari yang lain membuatkan aku makin 'tabik' pada Azlan. Macam lagu 'Elegi Sepi' (Azharina) dulu, tak terlalu tipikal macam lagu lagu dia (Azlan) sebelum ni.
Track kedua, 'Kasihku Sinar' merupakan lagu kegemaran aku. Tentu ada yang sudah mendengar lagu ni bagi mereka yang mengikuti drama bersiri 'Mya Zara' di TV3 setiap malam Selasa hingga Khamis pukul 10.30 malam.Lagunya memang best. Susunan muziknya memang sinonim dengan Amy. Macam lagu-lagu seperti 'Siapalah Aku' dan 'Kembalilah'. Petikan gitarnya bersahaja. Menarik! Melodi ciptaan Anuar Zain dan Hazami ini sebenarnya boleh 'layan' walaupun baru sekali dengar. Satu yang menarik lirik lagu ni... ceritanya cinta tetapi bukan cinta yang biasa... cinta tanpa sinar, tanpa asmara. Mulanya aku sangka ianya sebuah lagu 'frust' yang menjurus kepada cinta yang tak kesampaian rupanya tidak. Ceritanya cinta yang tidak dihadiri dan dipupuk dengan kasih seorang kekasih. Mungkin sesuai untuk dua insan yang memang rapat tetapi bukan seperti kekasih kerana tidak ada perasaan cinta antara satu sama lain. Namun antara mereka ada perasaan sayang dan kasih. Mungkin seperti sayang abang kepada adik, sayang seorang lelaki kepada seorang lelaki lain (bukan gay tau?!)
Track ketiga yang merupakan judul album. Lagu ni dari awal sampailah sekarang aku tak berapa berkenan. Kak Amy tak patut rosakkan suara unik dia untuk lagu ini. Bukan tak sedap, best cuma suara Amy tak sesuai untuk lagu ini. Pitch korus yang agak tinggi terdengar seolah 'menyeksa' Amy. Memang tak sesuai!! Semoga tiada lagu-lagu sebegini di albumnya akan datang. Langkah Amy untuk menyanyikan lagu sedikit 'blues' (intro) dan alternative rock dipuji kerana menjadikan dia penyanyi serba boleh, namun ini bukan lagunya. Tidak seperti dalam album terdahulu 'Akan Datang' tahun 2002, lagu 'Bulan Bertemu Bintang' adalah lagu ala alternative rock yang menarik dan catchy.
Track keempat ''Penghujung Hari' melengkapkan koleksi lagu lagu balada Amy. Melodi mantap dan menyentuh hati namun belum cukup kuat untuk dijadikan single. Mungkin sekadar single kedua rasanya okey. Namun bagi mereka yang suka lagu-lagu balada Amy sebelum ini, lagu ini akan mengingatkan kita pada lagu-lagu seperti 'Cahaya', 'Kasih', 'Warkah Biru' dan ' Di Sudut Hati'. Mungkin anda akan suka.
Track kelima, 'Pesan Mama' memang unik. Muzik Pop rock ini memang hebat. Aku cuma tertarik pada liriknya, sebahagian menyebut... "Mamaku ada berkata cuba ikuti akan sang lebah, sengatnya hanya tertinggal jika terpaksa" dan "Mamaku berpesan yang menjadi burung lelayang mencabar awan yang tinggi tak jejak bumi yang tinggi"... Hmm tinggi maksud tu. Mengajar kita tidak terlalu yakin macam burung lelayang, akhirnya yang kecewa kita sendiri. Begitu andai kita mempunyai kekuatan gunakanlah sebaik mungkin dan di waktu yang tepat.
Track keenam, percubaan Amy untuk menyanyi lagu yang ada rap menjadi... Lagu 'Bingung' kini menduduki nombor 2 carta Red FM. Kalau tak silap sudah lebih 5 minggu tetapi masih tak dapat kalahkan Mawi dan M Nasir. Lagu 'Bingung' memang unik. Ada elemen tradisional sikit. Bunyi gendang jelas kedengaran. Cuma ada antara rangkap lagu ni, muzik lebih kuat hingga menenggelamkan suara Amy. Begitu juga rappers nya, macam 'over' la. Namun apapun lagu ni memang sedap. Mungkin ini single terbaik. Pihak Sony BMG malah Amy sendiri mungkin tak menyangka lagu ini akan 'naik'. Kerana itu lagu ni diletakkan pada track keenam. Bukan pertama atau kedua. Yelah, mana boleh agak sangat selera orang kan?
Okay tinggalkan lagu 'Bingung' kita pergi kepada lagu 'Ku Lukiskan Angan' di track ke tujuh. Lagu ni agak slow, namun ciri-ciri balada yang hebat ada dalam lagu ni. Penggunaan bunyi sitar (intro dan solo) menambah unik lagu ni. Melodinya biasa sahaja namun liriknya menyentuh hatiku... "Mana mungkin Tuhan membataskan baik dan kejujuran." Hmm memang pun. Tak ada pun batasan untuk kita berbuat baik. Begitu juga kejahatan. Kalau diizinkan, jahatlah kita.
Track kelapan 'Teman Jiwa' catchy lagi , pop rock habis. Tapi 'mengancam'. Begitu juga track kesembilan 'Mungkinkah Nanti'. Ia mengingatkan aku pada lagu 'Hadiah' dari album 'Bintang Hati'. Melodinya romantik dan syahdu gitu, kata orang.
Track terakhir 'Cinta'... Hmm rileks habis. Lagu ciptaan dan lirik Amy sendiri ni memang catchy. Khabarnya ianya adalah sambungan lagu 'Sha Na Na". Melodi memang senang 'tangkap' dan susunan muziknya catchy macam 'Sha Na Na' memang segar la. Cuma padaku melodi dan muzik Sha Na Na lebih meyakinkanlah. Liriknya lebih kepada kehidupan yakni soal cinta. "Kalau benar cinta itu buta, siapakah jadi mangsanya? Kalau kita boleh beli cinta, berapa pula harganya?" Hmm berapa harga cinta ya? terkadang harga cinta tu percuma saja, itupun bila kita dikecewakan. Cinta itu memang tak berharga.

Hmm secara keseluruhan aku bagi album ini empat bintang berbanding lima. Bahkan lebih baik dari album 'Akan Datang' namun masih belum dapat menandingi album 'Bintang Hati' dan 'Amy Mastura' (1994) yang memuatkan lagu-lagu seperti 'Jawapan Kasih', 'Meniti Hari', 'Kasih', 'warkah Biru' dan 'Suria Khatulistiwa'. Jadi setakat ini dulu naskah kali ini. Mungkin selepas ni komen aku pasal drama/filem ataupun album baru yang aku dapatkan. Tapi hanya album-album Melayu la. Bukan bermakna aku tidak berminat artis antarabangsa tapi bertepatan dengan bloq aku yang memperjuangkan bahasa dan seni Melayu. Setakat ini dulu buat masa ni. Wassalam

Thursday, March 09, 2006

Ku Ke Udara Lagi..

Salam Pertemuan... Ku ke Udara Lagi... Macam juruhebah radio pulak kan? Hmm hampir tiga bulan aku tidak menulis apa-apa.. banyak perkara yang merubah hidup ku dalam masa tiga bulan ini namun tidak satu pun sempat dikongsikan dengan anda semua. Seperti naskah-naskah naskah lalu ia banyak tertumpu pada dilema persimpangan aku dan dua orang kekasih hati, Sham dan Ard. Namun kini segala dilema itu sudahpun berakhir. Bukan setakat hanya diselesaikan malah terhapus sudah segala kekusutan itu.
Hmm bagaimana hendak dimulakan ya? Tapi sebelum tu buat pengetahuan semua, dengan munculnya tahun baru Hijrah 1427, Alhamdullillah, rezeki ku dalam bidang yang aku ceburi kini semakin melimpah. Ramai client-client baru ku samada prospect tahun lalu malah ada juga prospect baru yang aku sendiri dapatkan. Syukur padaMu Tuhanku.
Apa saja yang berlaku sebenarnya mempunyai hikmah yang mungkin kita tidak tahu. Begitu juga dengan naluri hati sendiri. Setelah melalui segala dilema dan keresahan sepanjang akhir tahun lalu ketika Sham kembali semula ke tanahair hinggalah keikhlasanku berterus terang pada Ard. Namun kini segala dilema itu seolah hanya satu episod mimpi di siang hari. Buat pengetahuan semua, sekarang hidupku hanya untuk diriku. Aku semakin mengerti yang dalam 'dunia' ini tiada yang kekal. Buat apa menyeksa diri dengan limpahan masalah dan risiko. Kini aku semakin belajar erti hidup berseorangan. Adakalanya lebih baik bak kata lagu Jamal Abdillah yang popular sekitar tahun 1980an dulu, 'Sendiri' berbunyi... "Sendiri ada waktunya memberi ketenangan di jiwa... Sendiri kadang menyiksa kerana tiada teman bicara". Bagiku sendiri kini memang menenangkan. Aku tidak perlu memikirkan soal tanggungjawab. Hanya diri sendiri, puas hati kerana boleh ke mana saja tanpa perlu memberitahu sesiapa apatah lagi dengan kerjaya yang semakin mencabar dan sibuk ini.
Namun aku akui terkadang aku kecewa, sedih dan pasrah atas apa yang berlaku kini. Kata-kata Sham sebelum ini tidak pernah aku duga. Mana tidaknya selepas hampir tiga tahun menunggu saat untuk bersama, dia boleh berkata yang dia hanya boleh menerima aku sebagai abang bukan lagi kekasih! Mulanya aku ingatkan ianya hanya gurauan. Tetapi sewaktu melawatnya di DSC kerana dihidapi demam denggi, dia mengulangi sekali lagi ungkapan "boy friend ke? Hmm abang jelah!" hancur luluh hatiku ketika itu. Mujurlah aku mampu mengawal perasaanku. Aku tak pasti apa yang menyebabkan dia mula merasakan demikian. Mungkin kerana kesibukan aku selepas dia pulang semula ke tanahair membuatkan dia mula merasa bosan. Memang kami tak sempat untuk 'honeymoon' bersama sekali lagi sebagaimana yang dilalui di Pangkor, PD, Langkawi malah berkunjung ke negara Kanggaru itu sendiri ketika dia masih lagi menuntut di sana.
Aku pasrah saja pada apa yang berlaku. Dalam masa yang sama aku nampak banyak perubahan pada Ard setelah dia mengetahui hubungan aku dan Sham. Sewaktu aku membuat pengakuan padanya dia nampak tenang, malah memujukku yang dia boleh menerima keadaan itu. Cuma berilah dia masa untuk semua itu. Tapi sepatutnya kami makin mesra tetapi dasarnya tidak. Aku makin keliru! Apakah dia menerima ku sepertimana janjinya ataupun sekadar impianku.
Akhirnya bermula hari pertama Mac 2006 aku mengambil keputusan untuk menerima saja permintaan Sham dan dalam masa yang sama aku menganggap Ard hanya sebagai adik dan bermakna hubungan kami hanya bertahan lima bulan. Sebagaimana antara aku dan Sham, itulah juga antara aku dan Ard kini. Dua-duanya hanya sekadar adik.
Well! Closed Case! Tutup buku lama, buka buku baru. Buku baru tanpa cinta pada manusia. Cintaku kini hanya Maha Esa dan kerjaya ku. Alhamdulillah, hikmah semua ini aku semakin taat padaNya. Aku bersyukur hingga kini sesibuk mana pun aku, aku akan mengadapNya sebaik saja masuk waktunya. Aku cuma mengharapkan keredhaanNya. 'Dunia' ni biarlah... aku boleh hidup tanpa sesiapa di sisiku. Terkadang kawan-kawan rapat lebih baik dari kekasih. Dengan memiliki sahabat seperti Arie, Wan, Iz dan Faizal aku makin tabah. Alhamdullilah berkat sokongan mereka, aku makin tabah dan bersemangat terutama sekali Wan yang banyak mendekatkan aku padaNya. Mungkin kerana kerjaya kami yang sama, rasa tanggungjawab pada diri sendiri itu hampir sama. Malah dia juga adalah insan-insan dalam 'dunia' ini.
Semoga hari-hari mendatang memberikan aku sekali lagi harapan dan impian yang masih jauh untuk dicapai. Aku tanamkan impian aku yang sejak dulu asyik tertangguh, untuk mengunjungi Baitullah! InsyaAllah ada rezeki dan kesempatan aku akan mengerjakan umrah dulu. Inilah impianku kini. Sesungguhnya tahun 1427 ini adalah hijrahku. Hijrah ke jalan lebih baik. Tentang 'dunia' ini aku belum pasti bila aku akan meninggalkannya. Tapi cukuplah setakat mengurangkan aktivitiku buat masa ini. InsyaAllah kalaupun terdesak, aku masih punya tangan ini untuk membereskan nya. Tak perlu lagi insan lain sebagai pemuasnya. Bak kata orang 'self service'! :-P
Sampai di sini dulu buat masa ni semoga bertemu lagi seminggu akan datang.
Wassalam