Salam 28 Februari

Salam buat semua.. hari ini sudah masuk hari terakhir di bulan kedua 2007. Setakat hari ini bagaimana dengan azam tahun baru kalian? Sudah berapa peratus ianya mampu dicapai? atau masih jauh panggang dari api? Hm pada aku setakat ini 2007 sudah menampakkan 'kegemilangan' nya yang bakal aku nikmati sedikit masa lagi. Apatah lagi dengan rezeki yang kian mencurah dari segi perniagaan insurans dan kewangan ku. InsyaAllah kalau ada rezeki selepas ini aku akan kembali bergelar pekerja selepas hampir tiga tahun meninggalkan Bursa Malaysia.
Di mana dan bila masih terlalu awal untuk aku umumkan di sini. InsyaAllah ada rezeki kalian akan mengetahuinya. Apapun setakat ini aku hanya boleh bagitau ianya berkaitan rapat dengan kelulusan yang aku ada. Second degree aku! InsyaAllah! ada rezeki aku boleh melanjutkan pelajaran peringkat Master pulak selepas ini dinaungan yang bakal aku berteduh nanti. Apatah lagi syarikat ini adalah sebuah IPTS. Semoga semuanya berjalan lancar dan semoga 2007 memberikan seribu sinaran dan harapan untukku dan juga mereka yang berada di sampingku!
Bagaimana dengan kehidupan kalian? Semoga segalanya menjadi lebih baik dari sehari ke sehari. Pada aku tidak banyak yang berubah sekitar baru dua bulan kita di tahun 2007. Oh Ya! nanti bila semua sudah pasti dan PC kat umah aku tu sudah mampu beroperasi semula aku akan create lagi satu blog khas untuk novel pertamaku. Segalanya sudah hampir selesai dan aku tidak rasa untuk diterbitkan dalam jarak masa terdekat. Biarlah kalian membaca dan memberikan komen terlebih dahulu. Cuma selepas siap sepenuh aku akan mendaftarkan dulu semua hakciptanya sebelum berada di dalam blog yang bakal diterbitkan nanti. Jadi tunggu ya... Mungkin sekitar Mei atau Jun kalian akan dapat membaca novel sulung aku melalui blog kedua aku.. Begitu juga komen pada dunia seni dan hiburan khususnya muzik. Aku akan 'create' kan lagi satu blog khas untuk isu-isu panas dan komen aku tentang semua tu. Jadi tunggu ya.
Salam buat semua.. nanti aku masuk balik.. Tak ada idea untuk menulis lagi! Wassalam!