Tuesday, August 29, 2006

Mahligai Asmara...

Edisi khas.. gambar-gambar majlis persandingan Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa... Semoga berkekalan hingga ke anak cucu... Siti menyanyikan lagu Cahaya Cinta yang cukup menyentuh perasaan... lagu penuh penghayatan ... bakal menjadi hits!

Friday, August 25, 2006

Musim Bertukar Warna...

Hai semua.. bertemu lagi... harini adalah hari penuh warna... warna warna bahagia dan sepi silih berganti.. apapun aku masih keliru... masih dengan hari-hari penuh tanda tanya.. Okaylah.. apa nak cerita hari kan? Hmm sebelum aku melangkah jauh.. ingin aku nyatakan di sini pada kawan-kawan semua bermula Ramadhan ini aku akan cuba untuk mendapatkan beberapa risalah dan maklumat tentang bulan mulia ni untuk disiarkan dalam blog aku ni.. So pada anda yang ada apa-apa rencana, kisah tauladan dan apa jua nasihat serta panduan dalam bulan mulia itu nanti dan ingin berkongsi bersama-sama,hantarkannya ke alamat email aku.. (damaq75@yahoo.com) Bolehkan?? Semoga kehadiran Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat kita semua. InsyaAllah.
Berbalik kepada hidup aku... hmm apa lagi ya.. Nama baru lagi dalam blog aku?? Ah! Mungkin ada yang dah penat dengar asyik jumpa orang baru.. tapi tak ada apa-apa terjadi... masih keliru dengan 'W' dan kekecewaan yang melanda itu saja kan?? Ah!! aku pun kadang-kadang bosan dengan hidup aku.. banyak sangat masalah yang sama dan masih tak selesai... cuma kat sini buat pertama kali nya aku akan bercerita tentang seseorang yang aku kenali .. kami kenal lama cuma baru beberapa hari lepas aku berkesempatan berjumpa dengannya... Hmm wajahnya iras pelakon Hans Isac. Okay.. aku refer dia sebagai Fiq. Setakat ni aku senang kawan dengan dia.. Dia memang baik.. very humble walaupun datang dari keluarga yang berada.. perwatakannya punya persamaan dengan Lanz. Hmm buat masa ni aku tak mahu komen lebih lebih di sini.. cuma aku tak nafikan kehadirannya sedikit sebanyak 'melupakan' aku pada 'W'. Fiq datang dari latar belakang keluarga yang lebih kurang sama dengan aku.. keluarga campuran... dia Melayu Arab manakala aku Melayu Arab dan Cina. Hmm cuma dia carried title Syed.. Hm apa-apa saja lah..
Hmm minggu lepas rasa tak selesa pulak aku tidak ke menghadiri majlis ulangtahun Iz di Times Square.. tapi apa nak buat disebabkan ada perkara-perkara yang tak dapat dielakkan aku terpaksa membatalkan hasrat ku ke sana di saat akhir.. memang aku teringin sangat nak menghiburkan hati seorang sahabat yang benar-benar aku hargai...tapi sudah tiada rezeki.. hmm harap Iz memahami tentang masalah abang sekarang ok?? Apapun terima kasih di atas undangan yang tiada ternilai harganya...
Berbalik pada cerita tentang Fiq... paling aku merasakan dunia ini terlalu kecil bila mendapat tahu dia juga mengenali 'W' malah dia pernah bertunang dengan sepupu 'W' beberapa tahun lepas.. Hmm macamana tu? terlalu kecil dunia ni ya?? Apapun aku harap antara kami ada kesesuaian... cuma aku terlalu segan kalau dia menceritakan pada 'W' hmm harus pecah lubang!! Sure kena sembur!! apapun aku tak fikir Fiq akan melakukan semua itu...
Hmm rasanya cukup dulu buat kali ini... malam ni pada semua peminat Siti macam aku jangan lupa tengok majlis perkawinan gemilang dekad ini.. secara langsung di TV3 pukul 9 malam. Sama waktu dengan program stesen TV gila rating... Astro! Perlu ke nak buat temu bual dengan Mawi dan Ina dalam masa yang sama?? macamlah tak ada hari lain... apapun kita tengoklah rating nanti siapa yang lagi tinggi... Salam sayang buat semua... especially buat Fiq... really miss you dimple.... same like I miss him ('W')!! Wassalam!

Friday, August 18, 2006

Mahligai Permata....

Segak perkasa seri pahlawan... Bertanjak lima dari seberang... Tidak permata hantaran...
Lembut bicara tutur disebut orang. Lemah gemalai tari perawan.. Senyum melirik menambat hati.. Tidak mahligai tempat naungan Berbumbung tetap jua dituruti sehidup dan semati...

Majlis pernikahan Siti Nurhaliza yang berlangsung semalam berjalan dengan penuh istiadat dan budaya Melayu yang tinggi nilainya. Suka aku tengok Siti yg anggun dengan tudung nya.. Rasanya inlah penampilan paling menarik dari artis kesayanganku ini.. Apapun tanggapan masyarakat tentang siapa pilihan Siti Nurhaliza.. Aku tak ambik pot.. Biarlah mereka. Pada aku samada siapa saja pilihannya itukan sudah jodoh yang ditentukanNya. Ada hikmah yang kita tak tahu yang Dia ingin tunjukkan. Samada hikmah itu untuk kebaikan Siti sendiri ataupun sekadar iktibar buat kita semua.. Jadi jangan menyalahi takdirNya. Dia Maha Mengetahui atas apa yang ditakdirkanNya. Dapat aku nyatakan di sini yang aku mendoakan kebahagian Siti dan suaminya Dato Khalid.. Hmm mula sekarang kita kena panggil Siti Datin Siti Nurhaliza!! (Harus bunuh diri orang selama ini anti-Siti)
Okay, sebelum kita kembali bercerita pasal Siti Nurhaliza aku nak cerita sikit tentang malam rabu lepas aku menonton PLGM di Istana Budaya (IB) bersama 'W'. Hmm dapat aku katakan ia bukan sekadar indah khabar dari rupa.. memang bagus dan tak sia-sia IB sekali lagi meminta pihak Infiniti Pictures sekali mementaskan teater yang terbaik dan termahal dalam sejarah pementasan teater di tanahair kita. Lakonan mantap Tiara dan Stephen memang memukau!! Cuma pada aku nyanyian Tiara hanya biasa-biasa saja... kalau dia punya suara sehebat Siti.. mesti lebih menarik. Suara si Hang Tuah kita dah memang terbukti macho dan bersuara jantan... cuma pelat mat salehnya masih kedengaran!! Lakonan AC Mizal sebagai Raja Majapahit memang menggerunkan... Aku tak sangka dia lebih 'menakutkan' dari pelakon asal PGL. Apapun semuanya memang memuaskan hati aku kecuali... lagu nya yang terlalu moden! Pada aku kalau masuk unsur tradisional kan bagus! Macam lagu 'Asmaradana' dan 'Bagaikan Sakti'... Sebab teater ni bukan sekadar nak tunjukkan lakonan dan budaya kita saja tetapi juga khazanah muzik kita... Kesimpulan dan keseluruhannya... aku puas hati dan suka dengan teater ni.. Tahniah untuk Datin Seri Tiara dan semua yang terlibat!! semoga ada lagi sinar untuk seni dan budaya bangsa kita yang sehebat PGLM..
Malam itu aku agak tak keruan bila saja mata-mata memandang aku dan 'W'.. bukanlah semua orang.. tapi adalah antara mereka yang mungkin perasan si pengacara rancangan TV ni tetiba ada sama menyaksikan PGLM.. Cuma sesekali aku teringat memori hampir 12 tahun lalu ketika mendampingi insan yang hampir sama karier atau kerjaya dengan 'W'.. Memang agak sukar menerima yang kekadang aku seolah diketepikan bila dia melayani peminatnya.. lebih-lebih lagi peminat pompuan yang 'very the crazy' .. rasa nak tampar pun ada... tapi apa nak buat.. tengok jerlah... Hmm bila difikirkan balik agaknya mungkin inilah sebab nya kalau artis tak kekal lama bila kahwin dengan orang biasa.. bukan mereka yang tak tahan tapi pasangan mereka yang tak boleh bertahan...
Entahlah.. tu sebabnya sampai sekarang aku masih tak boleh nak bagi kata putus tentang hubungan aku dan 'W'.. Aku terlalu takut untuk mengulangi kesilapan hampir 12 tahun lalu... Cukuplah.. aku dalam dilema sekian lama.. Akhirnya terpaksa undur diri bila keadaan memaksa dan aku tidak lagi dapat menerima situasi yang berlaku... apatah lagi aku tidak mampu untuk menyesuaikan diri dalam dunia penuh glamour! Biarlah macam spongebob!! selesa hidup dalam dunianya sahaja... hai spongebob!! Love u, Patrick and Squidword as well!
Okaylah.. berbalik cerita Siti tadi... korang dah tau kan yang janda Dato' Khalid, Tengku Zawyah yang membawa diri jauh ke Melbourne (hmm tempat kenangan aku dan Sham dulu) semata-mata mahu lari dari kesepian dan resah diri untuk menyaksikan perkahwinan Dato Khalid dan Siti.. Hmm aku simpati dengan dia sebab aku faham perasaannya.. Yelah.. kalau orang itu pernah hadir dalam hidup kita dan berkongsi hidup bersama tentu sukar menerima hakikat yang insan tersayang sudah dimiliki oleh orang lain... itu juga yang aku rasai bila tiba hari bahagia abang Zul tiga tahun lalu... Tuhan saja yang tahu betapa aku resah dan gelisah malah tak boleh langsung melelapkan mata mengenangkan hari bahagianya.. Alhamdulillah berkat galakan dan dorongan mama dan adik perempuanku, Ina dan Sham (ketika itu aku sudag mengenalinya cuma belum 'confirm') aku berjaya melalui hari-hari paling mencabar dalam hidup.. Sebetulnya.. hanya dengan limpah kurniaNya dan rasa ketenangan tatkala sujud padaNya saja yang mampu menolong di saat-saat itu... Jadi aku berharap Tengku Zawyah mampu melalui hari-hari penuh kesukaran. Aku yang selama ini bersama abang Zul selama 6 tahun pun rasa macam nak mati.. apatah lagi dia yang sudah 20 tahun berkongsi kasih sayang dan dikurniakan 4 cahaya mata lelaki yang comel! Apapun di sebelah aku letakkan cover terbaru majalah Nona untuk tatapan korang. Memang masih bergetah mak engku kita kan... Tak pe aku percaya ramai yang menunggunya di luar sana... InsyaAllah... ada sinar menanti.. Bak kata akak Celine Dion 'My Heart Will Go On'.. Apa saja yang berlaku antara Mak Engku, Dato Khalid dan Siti hanya mereka bertiga dan Allah SWT Maha Mengetahui.. Aku tidak sebelahkan mana-mana pihak... Jadi tak payahlah kita nak menambah dosa mengutuk samada Siti dan Dato Khalid ataupun Mak Engku sendiri. Apapun kita doakan kebahagiaan mereka bertiga! InsyaAllah!
So aku rasa cukup setakat di sini... cuma meminjam kata-kata kawan aku, 'J', Siti 'berhutang' dua album tradisional dengan peminatnya.. Jadi aku setuju sangat Siti meneruskan kariernya walaupun selepas bergelar isteri. Selepas Sanggar Mustika 2002, Siti sepatutnya menghasilkan kesinambungan album tradisional untuk album Prasasti Seni (2004)... Jadi InsyaAllah tahun 2007 nanti Siti akan tampil dengan album tradisional... Aku juga setuju sangat kalau Siti mahu mengenakan tudung selepas balik dari umrah nanti.. Semoga Allah memberkati Siti dan mengabulkan hasratnya itu... Tudung bukan penghalang untuk menyanyikan lagu-lagu pop dan moden dan tidak bererti bila bertudung hanya perlu tampil dengan konsep 'world music' ataupun nasyid. Mana tahu selepas Siti bertudung makin ramai artis mengikut jejaknya... Jangan terkejut kalau Akak Ning Baizura sendiri akan bertudung nanti.. InsyaAllah!
Akhirkata, buat Hanz yang kini jauh di mata.. semoga beroleh ketenangan yang diinginkan... Walaupun jauh di sudut hati abang, abang tahu Hanz buat semua ni adalah semata-mata kerana tidak boleh menerima abang... Buat 'W'... semoga persahabatan kita kekal selamanya... Usah difikirkan soal hati.... Rasanya awak boleh dapat cinta lain yang lebih baik... Berkawan itu lebih baik... Abang teringat lirik lagu 'Antara Cinta dan Kasih' (Aishah)... "Genggaman erat tanganmu membuat aku terharu.. Keikhlasan mu sungguh mengusik emosi dan perasaan.. Kini kau ingin aku membelai di jiwa... Walaupun kau bukan kekasih, namun bukan sekadar teman biasa... hadirmu membawa cahaya di hati yang terluka.... Walaupun apa yang akan terjadi... Cinta dan Kasih rahsia kita berdua!!"....... Wassallam!

Monday, August 14, 2006

Bayangan Kenangan

Bahagia... yang pernah dinikmati... seketika hadirnya bagai mimpi... Waktu ini sepi selubungi diri hanyalah kenangan berbagai kenangan menghantui tiap ruang hati ini... Wajarkah.. ku menyesali diri atau takdir belum menyebelahi... Mengapa semua suka duka berdua menjadi kaku dalam ingatanku... bak lukisan satu kehidupan... Bayangan Kenangan - Fauziah Latiff
Hmm mesti ada yang terfikir.. hm apa lagilah yang tak kena dengan aku kan? memang pun serba tak kena... Mungkin episod ceria nan indah dalam hidupku selalunya di takdirkan akan sementara.. Bak kata lagu Erra Fazira.. 'Yang Terindah Hanya Sementara'... Ya! jelas terang lagi bersuluh... Ikatan cinta yang kononnya dibanggakan sejak 2 Ogos lalu hanya mampu bertahan seminggu... Ayo!! cinta apa tu ya? Sandiwara Cinta Semusim...
Hmm apapun buat Hanz... terima kasih kerana alasan yang cukup bernas!! Jika benar, tak ku halang niatmu! Semoga kau temui apa yang dicari dan semoga kau menemui ketenangan yang dicari... Biarpun dengan berat melepaskan mu... namun buat masa ini maafkan abang andainya mengganggap semua alasan itu adalah kerana hanz tidak dapat menerima abang seadanya.. Mungkin banyak kekurangan yang ada membuatkan hatimu akhirnya tidak dapat menerima diri ini. Maaf sekali lagi kerana setakat ini terlalu sukar untuk menerima hakikatnya yang Hanz boleh rasa mahu berubah dengan tiba.. memandangkan Hanz cukup ceria ketika bersama orang lain tetapi seolah tiada mood tatkala bersama abang...
Apapun biarlah itu menjadi rahsia kita berdua...(dipihak abg hanya kita berdua tahu.. tapi pada pihak hanz, abg tak pasti!).. dan semoga apa yang diharapkan boleh direaliti kan dalam masa terdekat... seperti juga kawan-kawan lain, hanz tetap sebahagian dari hidup abang... tiada sedikit pun perubahan pada hati ini. Kita tetap berkawan ya...
Hm semalam hari yang penuh stress, penuh emosi malah penuh serabut dalam kepala aku.. apa yang berlaku antara aku dan Hanz biarlah menjadi rahsia aku.. Cuma aku terkilan setelah memilih satu jalan yang aku sangka terbaik... ianya bertukar menjadi jalan mati dalam sekelip mata.. Hmm nasib baik semua ini aku rahsia terus dari 'W'. Aku tak tahu di mana harus aku letakkan maruah ini jika dia mengetahuinya! Mungkin dia ketawakan aku terbahak-bahak!! Tulah... kata orang, permata di sangka kaca, sedangkan kaca yang tak bersinar itulah permatanya... cuma aku jer tak pandai menggilapnya... tu sebab permata tu kusam dan tak bermaya. Hmm apapun aku buat biasa je... Mungkin sehari dua ni aku akan jumpa 'W' untuk sama-sama menonton PGLM di Istana Budaya. Teringin juga nak tengok kalau orang dah ajak... Kalau sendiri nak bersesak cari tiket, hmm minta maaflah..
InsyAllah nanti aku komen serba sedikit pasal PGLM.. teruja juga aku nak tengok sejauh mana kehebatan yang diwar-warkan media malah mereka yang konon berseni sangat dalam diri. Aku cuma nak tengok sejauh mana kehebatan Hang Tuah 'London' kita tu berbahasa Melayu dan melagu kan lagu-lagu Melayu.. So nanti aku komen kat ruangan ini setelah aku menontonnya ok? Hm berbalik soal hati... aku cuma mahukan yang terbaik buat masa ini. Aku rasa aku jadi single macam akak Ogy kita tu... Yelah..dia tak kisah pun soal nak kawin lagi.. tu yang aku respect.. Apapun sekalung tahniah untuk Siti sekali lagi kerana mengundang Diva pujaanku tahun 80an dulu, akak Fauziah Ahmad Daud ketika Zoom (malam 9 Julai lalu dan siaran ulangannya malam Jumaat lepas). Akak nyanyi memang class!
Semoga masih ada jalan bahagia untukku.. Hmm soal 'W' aku biarkan masa menentukan.. Rasanya seperti sebelum ini tak mungkin ada hubungan istimewa lagi antara kami di masa depan.. setakat urusan bisnes dan rakan rapat mungkin.. tetapi tidak sebagaimana aku dan Ard or Sham mahupun abang Zul dulu. Dia punya segalanya... sedangkan aku hanya insan biasa yang punya apa-apa.
Ard akan berpindah dari rumahku selewat-lewatnya selepas raya nanti... Hmm semoga dia temui apa yang dicarinya. Walaupun sehari dua ni kami kembali mesra, namun itu bukan tiket untuk aku berbaik semula dengannya. Biarlah dia dengan caranya... Aku dengan caraku.. semua yang berlaku biarkan berlalu sebaik saja dia meninggalkan 'teratak kecil' ku nanti.
Rasanya sampai di sini buat kali ini... Buat Hanz yang kini berada di Kota London, take care and have a nice day... semoga Hanz temui apa yang dicari. Maafkan segala ketelanjuran, kekurangan malah kesilapan abang sejak mula kita kenal, bercinta dan berpisah!! InsyaAllah, abang akan pulangkan cincin pemberianmu nanti. Semoga ikatan persaudaraan terus kekal walaupun tanpa cinta... You're my bro!! Buat semua yang mengenaliku... doakan aku terus tabah meniti hari-hari mendatang... semoga persahabatan kita terus kekal selamanya.. Wassalam

Sunday, August 06, 2006

Sebenar Cinta...

Cinta... suatu rasa teristimewa!! Tiada siapa menafikannya... Kini aku rasainya!!

Hai bertemu lagi semua... hari minggu hari yang penuh makna buat sesetengah dari kita... namun pada aku hari minggu adalah hari penuh program.. Urusan karier ku memaksa aku terlalu sibuk kebiasaannya. Namun aku tak pasti kenapa harini aku terlalu free tanpa sebarang urusan. Semua temujanji yang aku atur dibatalkan di saat akhir. Mungkin mereka ada perancangan lain. Tak mengapalah cuma aku bosan sangat di rumah ni. Pagi tadi aku hanya keluar menemani Arie ke majlis perkahwinan saudaranya di Taman Melati. Baguslah juga, kebetulan dapat jumpa makciknya yang juga mak andam yang menguruskan pengantin dan juga merupakan salah seorang client aku. Hmm aku seronok juga menghadiri majlis perkahwinan ni.. Maklumlah sejak kebelakangan ni tak ada pulak mana-mana kawan atau saudara aku yang naik pelamin. Kalau ada pun jauh sangat.
Cuma sesekali aku teringatkan Hanz yang jauh di bumi Kanggaru tu... mungkin sudah di airport untuk penerbangan pulang pagi nanti. Rindu hatiku tidak terkira... Apa nak buat, kenalah terima. Dulu pun aku sudah laluinya... lagi lama..!! Apapun terima kasih pada Hanz kerana masih 'sms' aku walaupun jauh. Hanya telefon menjadi penghubung. Macam aku dan Sham dulu. Hmm sebut pasal Sham, aku rasa kami makin jauh... Sudahlah panggilan aku tidak terjawab, sms pun tidak berbalas. Apapun aku pasrah! Bukan mengharapkan apa-apa darinya tapi macam kalian tahulah... walaupun sudah tiada apa-apa ikatan aku mahu kami terus berbaik macam kawan. Macam arwah Hani Mohsin dan Datin Tiara... sehingga ke akhir hayat mereka berkawan. Aku pun kalau boleh nak macam tu. Macam juga aku dan Lanz dan abang Zul.. Kami masih berhubungan walaupun bukan selalu tetapi sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Hmm biarlah... apa saja tafsirannya pada ku, aku terima! Kalau pun dia mungkin mendengar sesuatu yang tidak baik melalui Ard tentang aku, aku tak kisah...!! Asal kan dia tahu aku tidak seburuk seperti yang disangkakan. Soal Ard, aku makin tawar hati untuk duduk serumah dengannya. Malah aku mengharapkan dia menemui seseorang yang lebih baik. Apapun aku masih merahsiakan tentang Hanz padanya. Mungkin dia tahu memandangkan aku sekarang memakai cincin pemberian Hanz. Kalau dia tahu sekalipun aku peduli apa... patut pun dia tahu yang aku bukan terhegeh-hegeh sangat dengan dia. Aku mahu dia tahu aku bukanlah tak laku sangat!! (hehe!! macam barang jualan pulak kan?)
Okaylah semua... Tak banyak yang aku boleh kongsikan dengan kalian untuk warkah kali ini.. Cuma sekadar mengisi rasa boring aku kat umah ni... Apapun untuk semua selamat berhari minggu... Jangan lupa esok kerja lagi dan minggu baru pula menyusul... Untuk Hanz yang jauh di mata, bukan bermakna jauh di hati.. Tak sabar menunggu kau pulang!! Salam sayang untuk semua... Wassalam!

Friday, August 04, 2006

Destinasi Cinta...

Di hati yang mana ku temu cinta terindah... kau berikanku jawapan... tiada lagi persoalan! Sambut cintaku ini sayang... berselimutkan kasih kita.... Di ruang hatiku yang terpencil... mekar cinta kita yang akhir! Kini menuju ke destinasi... Puncak cinta tertinggi!! Aku menunggumu! Aku tak jemu... kerana cinta itu termanis bagiku! Mimpiku semalam kau hadir bersama cinta... Kau lukiskan dua hati... lambang kasih sayang sejati... Kau datang bersama sinar... menyuluh hatiku yang pudar... kini semua kembali berseri bila kau hadir.. ku damba!! matahari masih jingga... menyala cinta bagai bara... Perjanjian kita berdua kekal selamanya.. berdua berdoa sayang!!
Destinasi Cinta (Siti Nurhaliza)
Hai semua bertemu dan bertandang lagi bingkisan seterusnya... merenung panjang seperti gambar di sebelah? Hehehe! Hmm cute tak gambar di sebelah? Bukan apa, semalam aku ke Kuala Selangor (Bukit Melawati) dengan ditemani Hanz. Ceria aku tatkala melihat telatah 'mereka' yang tidak penah memikirkan tentang kehidupan manusia yang penuh hipokrit dan dusta.
Tempat ini juga adalah tempat melihat anak bulan Ramadhan dan Syawal setiap tahun (tak lama sebulan dua lagi je). Tempat ni memang romantik sikit. Sebab itu kali pertama aku bertandang ke sana bersama Sham, Ard dan kini terbaru Hanz. Hmm hari ini seperti sehari dua yang berlalu aku punya sekeping hati yang kian ceria... Ceria dengan disirami kasih baru.
Okaylah... seperti yang dijanjikan aku letak di sini sekeping dua gambar ketika majlis sambutan ulangtahun ku ke 32, 9 Julai lalu... Jangan minta royalti kat aku sudah k? Hehehe! Pada mereka yang ada gambar kat sini aku tak janji apa-apa royalti ok? jangan saman aku plak!
Entahlah... rasanya perlu aku bagitau kalian yang kini aku sudah temui pengganti Sham atau Ard.. Dan rasanya aku sudah tidak terkeliru lagi dengan cinta 'W'. Aku benar-benar yakin kini, ada cinta aku seterusnya! (mungkin juga yang terakhir, InsyaAllah!) Buat Arie dan Wan, terima kasih kerana memahami. InsyaAllah, berkat doa kalian berdua setidak-tidaknya akan memberikan kebahagiaan buat aku.
Okay.. tidak seperti hari-hari dan warkah-warkah sebelum ini seringkali diisi dengan dilema cinta dan putus harapan antara aku, 'W', Ard malah Sham. Apapun kini rasanya semua dilema itu sudah berakhir. Bak kata lirik lagu Fauziah Latiff, "Segalanya di sini... kita akhiri...!" Apapun pada aku buku lama sudah aku tutup dengan rapatnya. Tiada lagi dilema dengan 'W' dan juga rasa bimbang aku pada cintanya yang kian berputik. Aku kini melangkah dengan yakin. Biarlah dia dengan dunianya. Aku tahu dia bukan untukku! Mungkin sudah tertulis yang aku akan bersama Hanz selepas ini. Buat Am, nanti kita jumpa malam minggu ni... Banyak yang Am perlu tahu tentang Hanz. Abang harap Am akan mendoakan yang terbaik untuk abang. Begitu juga Am, abang doakan semoga ayah Am cepat sembuh. Dan segala masalah yang Am hadapi dengan si dia akan berakhir tanpa masalah besar lagi. InsyaAllah!
Hmm siapakah Hanz? Hmm rasanya masih terlalu awal untuk aku umumkan di PC (press conference?) ni... Hehehe! Cukup aku katakan dia salah seorang anak kapal di salah sebuah syarikat penerbangan antarabangsa. Punya latar belakang yang hampir sama dengan Sham (kacukan Melayu Cina) dan berasal satu negeri dengan Ard (Bumi Kenyalang!)... Hmm suratan atau kebetulan?? Mungkin dah takdir asyik nak berdampingan dengan burung Kenyalang je!! Apa nak buat cari burung gagak kat KL pun tak dapat dapat. Kalau ada pun burung nuri kesayangan semua peminat!! Itupun tak jadi! Tak mengapalah...burung kenyalang pun cantik juga... Jangan burung ereng sudah!! Mati aku kena makan nanti!
Cuma aku rasa, Mie dan Fiz adalah insan pertama yang akan kutuk aku bila korang tau apa karier Hanz... Sorry Beb!! itu dulu... bukan sekarang... Kalau takdir nak berubah... Ning Baizura pun akan insaf dan pakai tudung macam Wardina! Hehehe! Macam Kak Aishah kita yang sorang tu... Alhamdullilah! Suka aku tengok dia pakai tudung! So jangan nak kutuk-kutuk aku tau? Aku tau aku salah (mak tau mak salah.. jangan cakap lagi nak... mak dah tua!! ikut gaya Mak Dara (Nyonya Mansor dlm 'Ibu Mertuaku') tapi korang kena terima siapa saja pilihan aku okay? Nanti bila sampai masa dan dia pun free tak fly aku akan kenalkan kat korang berdua tau? Maybe at our next port luck party boleh?
So okaylah... aku mengundurkan diri dulu untuk kali ini. Sebelum terlupa, terima kasih buat Iz kerana memberikan contact perniagaan terbaru untuk aku sepanjang minggu ni. Terima kasih daun keladi...kalau ada orang bagilah lagi!! Lagi satu saja aku nak kongsi dengan korang kat sini... Aku tak faham kenapa Ard perlu menghubungi Sham dan bertanya tentang aku. Ayo! Sentap! Perlu ke Kak Tipah dan Kak Hasnah berjumpa?? Jangan ada yang tarik rambut macam filem 'Madu Tiga' tu sudahlah... Lagipun aku dah ceraikan Kak Tipah dan Kak Hasnah tu sebab aku dah ada Cik Ani di sisi aku!! Depa nak buat apa... buatlah!! Nak tarik rambut ke... nak tarik #$% ke lantaklah!! Janji aku bahagia dengan Cik Ani aku. Apapun semoga semuanya akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah lagi. Cukuplah derita lalu... Tak mahu ianya berulang lagi...
Perniagaan aku pun dah makin bagus sehari dua ni... berkat usaha dan pertolongan Cik Ani aku tu... Thanks sayang...! we work together-gether yea!! Buat kalian semua selamat berhari minggu dan sebelum terlupa sekali lagi, selamat hari ulangtahun ke 25 buat 'W' yang menyambut hari lahirnya semalam semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kekuatan untuk terus menempuhi hidup! Maaf kerana tidak dapat sama-sama menyambutnya denganmu. Mungkin tidak tertulis antara kita untuk bersama seperti yang diinginkan! Abang tahu, awak boleh dapat lebih baik dari abang sebab abang bukanlah yang terbaik untukmu!! Semoga terus maju dalam kariermu!! .
Akhirkata buat semua... Jangan jadikan semalam sebagai kenangan tetapi jadikan ia sebagai teladan untuk kita memperbaiki hari esok yang masih samar! Wassalam!

Tuesday, August 01, 2006

Segalanya Berakhir Di Sini....

Assalamualaikum semua... bertemu lagi. Hmm Tajuk apa tu? Hmm tajuk 'jiwang' dan kecewa. Betul..!! aku benar-benar rasa down sangat since semalam. Sikap Ard yang mengguris perasaan aku... aku dah benar-benar bosan dan give up dengan perangai dia. Rasanya memang tidak sepatutnya kami masih tinggal bersama lagi... Entahlah...!!
Bukan itu saja yang membuatkan aku stress.... tapi juga dengan 'W'!! Rasanya bersesuaian dengan tajuk di atas dapat aku simpulkan segalanya berakhir di sini... Aku terpaksa mengakui yang dia bukan milikku. Mungkin semua ni adalah silap ku juga... terlalu lama biarkan dia menanti... orang macam dia punya ramai pilihan... sekarang ni dah terlepas...!! : p
Hmm apapun aku doakan yang terbaik buatnya. Memang aku akuinya, kalau aku di tempatnya pun boleh give up kalau asyik tak boleh bagi keputusan. Cuma aku sedikit terkilan ianya berakhir dengan perasaan kecewa pada pihaknya. Aku tahu dia mengharapkan aku, tapi perlukah dia terus menanti, kalau dah ada orang lain yang mengharapkannya? Apa lagi boleh aku katakan. Doakan semoga dia bahagia la. Cuma aku marahkan diri sendiri kerana susah sangat nak terima dia. Tambah-tambah bila katakan ungkapan "Kalau abang betul-betul suka kan saya, abang tak patut biarkan saya terima orang lain."
Entahlah.. aku bukan tidak sukakan dia, cuma masih terlalu awal untuk aku terima cintanya. Tapi andainya ada orang lain yang lebih memahami nya, dapat menerima dia seadanya, mengapa tidak... ? Kan itu lebih baik untuk dia. Lagipun mungkin orang itu lebih baik dari aku. Malah rasanya orang itu juga setanding dengan kekacakannya. Kalau harap aku ni apalah yang ada. Nanti orang kata 'beauty and the beast' pulak. 'Beast' nya dah tentu la aku... Hmm tak apa lah... dah tak ada jodoh.. Apa nak buat! Cuma aku teringat lagu "Aku Bukan Untukmu" nyanyian Rossa... Antara liriknya menyebut... "Aku menyesal telah membuatmu menangis dan biarkan memilih yang lain... Tapi jangan kau dustai takdirmu... mungkin itu terbaik untukmu...!" Apapun aku doakan dia bahagia. Dah bukan 'jodoh' aku dan dia. Tak kisahlah samada dia nak terima atau tidak orang tu yang penting aku harap yang terbaik untuknya.
Hmm okaylah... aku nak tutup buku... Soal 'W' dah selesai, soal Ard pun hampir selesai. Lepas ni semoga aku temui sedikit kekuatan untuk melalui hari-hari sepiku. Cuma aku perlu berikan tumpuan ku pada kerjaya dan bisnes baru aku tu. Bisnes menguruskan pinjaman permohonan membeli note book dengan harga serendah 100 ringgit sebulan. Kalau ada yang berminat tu bolehlah kontact aku kat 016-2882891. Nanti aku boleh terangkan dengan lebih lanjut. Bagus juga tawaran ni.. Tak sampai 2 minggu hampir 15 permohonan aku dapat. Sambutannya memang menggalakkan sebab note book yang ditawarkan adalah yang terbaru dengan perisian terkini. Jadi buat korang kat luar sana kalau ada member-member tengah cari notebook (yang tak mampu beli cash la!) boleh rekomen kat aku ye?
Salam sayang buat semua kengkawan semoga kalian gembira selalu. Juga buat Hanz yang kini jauh di Melbourne... InsyaAllah kita jumpa Jumaat ni ok? Semoga ada sinar baru antara kita. Izinkan aku membalut luka hatimu kerana dalam masa yang sama abang harap ada insan yang seindah 'W' tetapi tidak terlalu tinggi statusnya. Mungkin semua itu ada padamu!!! Untuk semua.... Impian itu umpama nadi kehidupan, tanpa impian tidak 'bernyawa' lah kehidupan. Wassallam