damaqprima
Tuesday, October 17, 2006
Wednesday, October 11, 2006
Nazam Lebaran....
Assalamualaikum semua.. semoga puasa kita harini diberkati Allah SWT hendaknya...
Ramadhan sudah hampir melabuhkan tirainya.. hari ini sudah hari ke lapan belas kita berpuasa... sehari dua lagi maka bermulalah perkiraan malam Lailatul Qadar... setiap tahun aku menanti malam penuh keberkatan ini namun apalah daya ku.. mungkin Allah masih belum menginzinkan aku untuk merasai nikmat malam penuh keberkatan itu.
Hm tidak ada apa-apa yang menarik dalam hidup aku sehari dua ini selain bertungkus lumus menyiapkan tempahan dari kawan-kawan, bisnes partner, client dan juga orang perseorangan.. Selain aku dan Wan, Ard juga sibuk menyiapkan tempahan kek lapis Sarawaknya.. Banyak juga tempahannya... Terima kasih jugalah pada Faizal dan kawan-kawan lain yang memberikan sokongan.. tak jemu-jemu mendapatkan tempahan untuk kami..
Sejak sehari dua ni hubungan aku dan 'W' kembali rapat... entahlah aku sendiri tak dapat cakap apa-apa... ah dilema lagi.. macam citer Impian Illyana pulak aku ni... apapun tak nak la cerita lagi perkara yang selalu sangat sama saja...
Sesekali aku teringatkan Lanz yang jauh nun di negara Uncle Sam.. entah puasa entah tidak.. tapi rasanya aku berani katakan dia tak kan pernah berpuasa... apalah lagi daya ku untuk mengubah dirinya... sejak bersama dulu pun hingga kini aku masih gagal mengubah hidupnya menjadi lebih Islamik! tak mengapalah... aku sudah berusaha tapi Dia sudah tentu kan ...
Kehidupan aku dengan Ard sejak akhir-akhir ini kian baik... dia banyak berubah... namun aku tak nafikan kami masih lagi tidak bersependapat dalam beberapa segi.. aku sudah mampu mengenali dirinya kini.. dan aku harap dia juga sudah mampu menerima aku seadanya.. Semoga masih ada jalan bahagia... bahagia yanga ku maksudkan adalah bahagia sebagai kawan dan sahabat bukan lagi kembali seperti dulu... tak mungkin!
Hmm apalah yg dibuat oleh Sham ketika ini... terkadang aku sendiri tak pasti apa yang membuatkan dia bersikap berdiam diri hingga kini.. mungkin kerana ada insan lain di hati ataupun mungkin kerana fitnah dari orang lain.. Hmm teringat lagu 'Melukut Di tepi Gantang' nyanyian hebat kak Aishah... lagu yang menjadi tema drama "Seputeh Qaseh Ramadhan'.. aku teringat bait-bait lirik yang lalu menyentuh hati..
"Dulu pernah kau kata kan sayang.. ingin mendengarku berlagu riang... menawar duka lara ku.. lupakan saja derita yang berlalu... tapi mengapa dirimu kasih.. ibarat lalang ditiup angin.. kasihmu di racun oleh kata fitnah penuh hina!"...
Mungkin ada benarnya... kehadirannya ketika aku melawan rasa duka kerana perpisahan aku dan abang Zul lewat 2003 lalu memang ku hargai.... malah aku teringat kata-katanya tatkala aku sedih ketika hari bahagia abang Zul... "abang janganlah bersedih.. Sham akan pastikan abang akan bahagia dengan Sham.. Sham tak kan sia-siakan hidup abang.... Selagi Sham ada... abang tak kan rasa sedih!"
Tapi kini.. bak bait-bait lagu tersebut.. semuanya sudah berlalu... Kerinduan padanya saja sudah lama terpendam begitu saja... tak apalah.. cuma impian untuk berbuka puasa dan beraya bersamanya rasanya hanya tinggal impian... bak lagu Erra Fazira.. Harapan Hanya Impian...
Hmm okaylah... sebelum berpisah ada baik aku beritahu pada semua yang menatap warkah aku ini dan telah membuat tempahan tu pastikan anda semua memberitahuku tarikh penghantaran sebelum Jumaat ini 13 Oktober 2006... bukan apa senang aku nak susun atur cara penghantaran... Akhirkata.. dengan kehadiran sepuluh malam-malam akhir ini marilah kita memperbanyakan amalan di malam suci ini... mana tahu mungkin ini Ramadhan terakhir untuk kita... semoga Allah SWT menemukan kita dengan malam penuh keberkatan ini... InsyaAllah!
Salam sayang buat semua... masa untuk beraya hampir tiba.... marilah alunkan Nazam Lebaran dengan penuh keinsafan....
Thursday, October 05, 2006
Assalamualaikum semua... bagaimana dengan puasa harini? semoga kita mendapat berkat dengan apa yang kita lakukan.. malah puasa kita kita harini penuh pahala puasa nya.. pada aku sejak sibuk dengan membuat biskut tembikai hati ku tidak terfikir langsung soal kasih sayang yang sering aku dambakan beberapa ketika dulu.
Cuma sejak malam semalam selepas menerima panggilan dari 'W' hatiku kembali menyedari betapa pentingkan kasih sayang dalam hidup... kepenatan membuat biskut dan kek lapis Sarawak rasanya seolah 'dibersihkan' minda dengan suara manjanya.. aku sedar walau sesibuk mana pun kita saban hari..namun naluri hanya akan rasa bahagia dengan cinta dan perhatian seseorang yang kita sayangi. Hmm entahlah aku tak nafikan aku memang sayang padanya... tapi bukan sebagaimana sayangku pada Lanz, Abang Zul, Sham dan Ard satu ketika dulu... sayangku padanya tidak lebih dari seorang kawan.. mungkin lebih hanya sebagai adik.. Ah! kalau pun aku sayang padanya sebagai kekasih sekali pun belum tentu sayangnya pada aku sama seperti ku.. orang terkenal macam dia punya ramai peminat bukan saja dari kalangan peminat wanita tetapi juga lelaki.. mungkin beribu antara mereka sepertiku yang memujanya...
Hmm okaylah.. pada mereka yang ingin menempah kek lapis Sarawak hasil tangan Ard bolehlah menghubungiku ya... kalau sebiji kek (9" X 9") harganya adalah RM120 dan kalau ukuran 3" X 9" cuma RM40 . Antara rekabentuk dan corak yang ada adalah seperti (ikut pusingan jam dari atas).. Lapis Kenari, Semarahan dan Ketupat ... cantik kan? hmm kalau suruh aku memang tak punya sebab aku tidak mempunyai tahap kesabaran yg tinggi untuk membuatnya... Apapun sambutannya agak bagus dan esok saja sudah ada tempahan yang perlu dihantar kepada seorang kawanku yg berbangsa Tionghua. Buat makan je katanya.. Tak sangka pula kek seperti ini mendapat sambutan yang bagus juga dikalangan bukan Melayu dan juga di Semenanjung... cuma masih ramai yang terkeliru dengan kek lapis Betawi... Bukan... kek lapis Sarawak tidak langsung menggunakan kulit kayu manis...!! jadi pada yang tidak suka bau dan rasa kulit kayu manis (termasuk aku!) tidak perlulah risau... rasa kek ni manis seakan-akan kek lapis yang biasa kita makan.... (kalau ada yang tahu kek lapis masam manis... begitulah lebih kurang rasanya..
Jadi cukup sampai di sini dulu buat kali ini.. aku nak sambung buat biskut tembikai aku ni... sebelum mengakhiri lembaran kali ini... pada mereka yang liat nak puasa tu... renung- renungkanlah...
Hukum-hukum kerana meninggalkan puasa terbahagi empat :
1. Wajib Qadak
2. Wajib Qadak dan Membayar Fidyah
3. Tidak Wajib Qadak
4. Tidak Wajib Qadak tetapi Wajib Membayar Fidyah.
1. Wajib Qadak dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa kerana:-
i) Kedatangan haid dan nifas
ii) Sakit yang membahayakan
iii) Tersangat lapar dan dahaga
iv) Dalam perjalanan
v) Pitam
vi) Mabuk
vii Mengandung
viii)Menyusukan anak dibolehkan berbuka kerana bimbangkan kesihatan diri dan anak
2. Wajib Qadak dan Membayar Fidyah dikenakan khusus kepada:
i) Orang yang mengandung dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak
ii) Orang yang menyusukan anak dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak masing-masing
3. Tidak Wajib Qadak khusus kepada orang yang meninggalkan puasa kerana:
i) Kafir (tidak beragama Islam)
ii) Kanak-kanak
iii) Gila
4. Tidak Wajib Qadak tetapi Wajib Membayar Fidyah khusus dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa kerana:
i) Sakit yang tidak ada harapan sembuhnya
ii) Tua yang tiada kuasa (daya) berpuasa.
p/s Thanks Putra from Myspace
Sunday, October 01, 2006
Ramadhan kali ini...
Assalamualaikum semua... salam Ramadhan.... untuk semua selamat berpuasa... harini sudah masuk hari ke 8 kita semua berpuasa... semoga pahala puasa kita masih penuh disetiap kali kita berbuka...

Selain itu Ard juga akan bersama dalam projek kali ini dengan menerima tempahan kek lapis Sarawak.. maklumlah dia memang pakar buat kek jenis tu.. orang Bumi Kenyalang lah katakan.. kalau suruh aku memang tak jadi punya... so kalau ada yang berminat bolehlah menghubungiku ya... (016-2882891)
Hmm 27 Swptember lalu genaplah Sham 24 tahun.. sebagai orang yg pernah menyayanginya aku rasa teringin untuk sama2 menyambutnya.. namun apalah daya ku... sudah ada insan lain yang lebih penting untuk sama2 meraikannya... Aku terima.. aku cuma menghantar hadiah dan kad untuknya pada hari tersebut.... soal nak sama-sama potong kek ataupun makan malam bersama.. biarlah.. aku tak harapkannya.. cukuplah aku tumpukan pada projek bulan puasa ku... dapat juga faedahnya.... hingga hari ini aku masih belum berpeluang untuk berbuka bersama sedangkan itulah harapan kami sejak 3 tahun lalu.. namun aku tak mengharapkan apa-apa lagi.. biarlah dia dengan dunia nya.. cuma terkadang aku agak kecewa dengan impian yg tak kesampaian.....
Okaylah... apapun di bawah ni sekadar renungan kita di bulan mulia ini.. selain mendambakan pahala dan hasanah yang segera sperti bulan Ramadhan ni.. lakukanlah juga sedekah jariah,.. selain digandakan apa yang kita buat ia juga dapat membantu kita bila berada di alam barzah nanti kerana pahala dan hasanah ini akan kekal selagi apa yang kita sedekahkan mendapat manfaat pada umat manusia mahupun makhluk Allah SWT yang lain... Renungankanlah...
Salam sayang untuk semua... selamat berpuasa dan selamat berbuka... Wassalam
Sedekah Jariah yang sentiasa mendapat hasanah dan pahalanya...
1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah.
2. Sumbangkan kursi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat hasanah.
3. Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang
4. Bantu Pendidikan seorang anak5
. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah
6. Berbahagi CD Quran atau Do'a
7. Libatkan dalam pembangunan sesebuah masjid tenaga atau harta
8. Letakkan pendingin air di tempat umum
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat hasanah..