Wednesday, November 29, 2006

NAFAS CAHAYA

Sebelum bintang ada sana... Manakah cahaya... Jawablah pemuja... Jika benar kau cinta... Tanpa berkerana... Bisiklah buatku... Jika terbukti rindumu...

Lama ku menanti... Sabda rindumu kasih... Membelai nurani... Biar sempat ku bermimpi.. Keindahan malam Seri... Emmmm...Lalalalalalalalala...

Cinta bukan kata... Rindu bukan madah... Dalam nafas pun tersimpan cahaya..
Kalimah... cinta bersakti... Melamar hati yang suci... Kalimah... cinta berperi... Melamar kasih ke sisi... Kalimah...cinta sejati... Menguji diri disini...
Kalimah...cinta terpatri... Melayar hari insani... Ledakkan gelora... Cinta mendampar jiwa... Biarlah terasa... Dalam aman semula... Lalalalalala.... Kalimah...cinta bersakti... Melamar hati yang suci... Kalimah...cinta berperi... Melamar kasih ke sisi... Kalimah...cinta sejati... Menguji diri disini... Kalimah...cinta terpatri... Melayar hari insani... Lagu: M Nasir / Lirik: Loloq / Nyanyian Misha Omar

p/s commercial break jap.. takde idea lagi nak 'create' post terbaru...

Monday, November 27, 2006

Kenangan Yang Terindah.....

"Aku yang lemah tanpamu... Aku yang rentan karena... Cinta yang telah hilang darimu... Yang mampu menyanjungku... Selama mata terbuka... Sampai jantung tak bergetar ... Selama itupun aku mampu untuk mengenangmu... Darimu kutemukan hidupku.. Bagiku kaulah cinta sejati.... Bila yang tertulis untukku... Adalah yang terbaik untukmu... Kan kujadikan kau kenangan...Yang terindah dalam hidupku... Namun takkan mudah bagiku... Meninggalkan jejak hidupmu... Yang telah terukir abadi... Sebagai kenangan yang terindah... Bila yang tertulis untukku.. Adalah yang terbaik untukmu... Kan kujadikan kau kenangan.... Yang terindah dalam hidupku.... Namun takkan mudah bagiku...Meninggalkan jejak hidupmuYang tlah terukir abadi...Sebagai kenangan yang terindah!!" Kenangan Terindah - Samson
Hmm kenangan yang terindah bersama 'W'...... hanya kenangan sebaik saja hubungan kami berakhir semalam.... kenapa? mesti ramai yang kata "kan dah cakap jangan main api... orang-orang glamour macam dia tak mungkin boleh bercouple!" Mungkin benar! Mungkin hanya aku yang masih yakin ungkapan yang diungkapnya mampu berkekalan... AH! Hampeh! Manusia penuh hipokrit! Aku tak kisah sangat soal cinta yang tak mungkin bersatu... cuma aku benci dengan sikap hipokrit dan penipunya... Apapun lagu Samson ni memang menjadi lagu cinta kami... Dia sendiri memberikannya padaku.. Namun apapun aku tidak terasa sangat kepiluan itu... lagipun sejak dulu lagi aku sudah bersedia untuk menerima apa saja yang bakal terjadi antara aku dan dia kerana jauh di sudut hatiku sudah menjangka ini semua akan terjadi....
Apapun aku tak terkilan kerana keputusan untuk berpisah adalah atas permintaanku.... bukan 'ditinggalkan' nya.... aku buat semua ni kerana tak sanggup lagi bermain dengan kepuraan dunia palsunya... biarlah hanya aku dan dia tahu apa sebabnya... namun aku tak nafikan kehadiran insan ketiga adalah salah satu penyebabnya.. yelah dia ramai peminat.. tapi aku tak kisah kalau dia berhubungan dengan peminatnya tapi ini adalah seorang artis seperti juga.... Hmm apa lagilah dayaku... biarlah semoga dia bahagia... kalau benar dia sukakannya 'mamat' tu aku okay saja... siapa lah aku di matanya....! Ah! cukuplah.. aku tak mahu lagi dituduh emosi!
Okay! tutup buku... aku buka buku baru... kali ini bersama Ard.. Semuanya sudah sepakat! aku dan dia kembali menyatu.... lagipun aku sudah kenal benar siapa dia.. Doaku semoga semuanya akan berjalan lancar... aku akan bercuti di Pangkor bulan depan dengannya.. lagipun sejak kami bercouple dan berpisah sekejap tahun ni kami tidak sempat bercuti di mana-mana... tidak seperti bersama Sham di Australia dan 'W' di Pulau Legenda Mahsuri awal November lalu... Tak apalah.. semoga segalanya bakal bersemi seperti yang dirancang dan diharapkan!
Cuma seharian harini aku terfikir dengan sikap Arie... Aku pasrah andainya antara kami akan berakhir ikatan sahabat dengan sengketa.... Aku terima apa saja tafsirannya! Biarlah dia dengan caranya dan dunianya.... Aku dengan duniaku... Tiada gunanya aku terus merendah diri memohon maaf atas segalanya sedangkan dia masih dengan pendiriannya.... Semoga dia temui ketenangan tanpaku!
Akhirkata untuk "Warkah buat W" kali ini aku ingin nyatakan di sini buat W.. semoga kau temui kedamaian dan semoga 'K' lebih memahami hatimu.... Abang bukan artis seperti dia... Mana mungkin dua dunia berbeza kita boleh bersatu selamanya! Mungkin 'K' selayaknya buatmu.... korang sama-sama insan glamour dan masing-masing ada daya tarikan... Apapun abang doakan kau berjaya dalam karier mu.... Terima kasih kerana mengulangi 'kisah cinta penuh kepalsuan' dua belas tahun lalu sekali lagi... dan terima kasih atas segala masa dan tenaga yang kau berikan sepanjang hampir 2 bulan kita bersama... Untuk 'W' dan Arie...
"KAN KU JADIKAN KAU KENANGAN YANG TERINDAH DALAM HIDUPKU!"

Thursday, November 23, 2006

Kembali...

Assalamualaikum semua..

Hah!! selepas lebih sebulan kosong tak berisi akhirnya muncul nurkilan terbaru.... bagaimana dengan sambutan raya kalian? Hari ni adalah hari terakhir Syawal menjengah kita... Esok sudah masuk bulan Zulkaedah... sebulan sepuluh hari lepas ni Aidiladha pula akan kita sambut sehari sebelum tibanya 2007. Aku harap kalian gembira menyambut Aidilfitri 1427 di samping keluarga, rakan-rakan dan insan tersayang. Pada aku raya tahun 1427 Hijrah ni tidak banyak berbeza dengan raya 1426 dan 1425... segalanya masih sama... Mungkin dah tua-tua ni mana ada lagi 'feeling' nak raya kan?
hmm lebih sebulan ni macam-macam peristiwa yang merubah hidupku... paling pertama sejak puasa hari ke 25 aku dan W sudahpun mementerai (ala-ala declare la ni) ikatan kasih sayang... aku sendiri tak pasti bagaimana mudahnya aku menerima 'lamaran' nya... memang tak pernah aku sangka secepat ini aku dan dia bercouple... Sampai sekarang ikatan yang berusia hampir 2 bulan tu semakin erat... cuma aku sendiri yg tidak mahu terlalu hanyut. Maklumlah orang glamour macam dia memang boleh tinggalkan aku bila-bila masa saja... so kenalah bersedia... lagipun dia dicalonkan untuk 2 kategori Anugerah Bintang Popular... Hmm makan hati lah aku nanti...
Dalam masa yang sama hubungan aku dengan Ard kembali bertaut... Sejak pulang dari kampungnya di Bumi Kenyalang tu dia menunjukkan banyak perubahan... rupanya dalam diam dia mula sedar segala apa yang dia lakukan... Malah minggu lalu dia dengan rela merendah diri dan membuang egonya untuk berterus terang pada aku tentang keinginannya untuk kembali semula padaku. Juga meminta maaf atas segala perbuatannya... Hmm aku terkejut juga bila mendengarnya... memang aku yakin suatu hari nanti dia akan sedar segala perbuatannya tapi tak sangka pula begini cepat malah ingin kembali semula padaku... Buat masa ni aku masih lagi memikirkan yang terbaik.. lagi pun komitmen aku sudah pada W.. Teringat aku pada lagu Siti Nurhaliza dari album Transkripsi... "Bila Harus Memilih"...
Apapun rasanya aku akan cuba memupuk kembali rasa sayang itu padanya...namun bak kata lirik lagu tersebut "Meski cintaku padamu... lebih dari yang kau tahu... Namun mengerti kasih... Tak semudahnya itu melupakan yang telah kau lakukan padaku..."... Apapun bak kata Wan pada ku... apa salahnya berikan dia peluang kedua... Yelah dia dah sama-sama tinggal denganku... buruk baik ku, sikap dan perangai aku dia dah tahu dan faham benar... kalau dengan orang baru mungkin selepas beberapa ketika dia akan kecewa atau bosan kerana aku mungkin tidak sebaik yang dia harapkan... Apapun terima kasih Wan atas nasihat berharga itu...
Cuma sekarang tumpuan aku adalah pada W... walaupun hanya seminggu sekali kami berjumpa dek kesibukan masing-masing namun aku puas hati... dia makin mesra... sedikit sebanyak rasa hipokritnya dah makin kurang... dulu bukan mudah untuk aku dan dia berjalan berdua di khalayak ramai... namun kini dia dah makin terbuka.. cuma kini dia makin sibuk dengan 'dubbing' filem terbaru nya.... hmm nampaknya makin popular lah dia lepas ni.... silap-silap aku yang gigit jari lepas ni...
Hmm apapun jangan lupa malam esok Semi Final Juara Lagu Kategori Etnik Kreatif dan Irama Malaysia... Semog artis yang aku kagum Kak Melah ak Ramlah Ram dapat ke final dengan lagu 'Maharaja'... sedap betul lagu tu...dan info terbaru dari SonyBMG... album terbaru Aishah berjudul 'Kurnia' bakal berada di pasaran pada 30 November ni... so buat Kak Shiela, Faizal dan Jay... watch out the date! Your lovely artist will come back! Tunggu Juara Lagu dan AIM tahun depan pasti gempak.... Semoga mencatad sekali lagi Juara Lagu selepas 'Janji Manismu' (1990) dan 'Cinta Beralih Arah (1995).
Jadi sekian dulu untuk risalah kali ini... InsyaAllah bertemu lagi nanti.. Buat W semoga kau akan sentiasa berjaya dan InsyaAllah abang akan sentiasa menyokongmu... Buat Ard... berilah abg masa untuk memikirkan yang terbaik... Memang sayang itu masih ada.. namun untuk mendapatkan kembali semua cinta dulu ianya mengambil masa. Namun abang tak mahu memberikan apa-apa harapan tapi percayalah Ard masih menjadi salah salah satu dari permata yang berharga dalam hidup abang kini...
Salam Sayang untuk semua yang memberikan sokongan dengan mengikuti apa yang aku tulis ini dan selalu bertanya bila lagi 'post' terbaru tentang arena muzik... InsyaAllah aku akan mulakan selepas mengetahui semua 12 buah lagu yang bertanding dengan memberikan komen dan ramalan ku tentang Juara Lagu... juga komen ku tentang album sulung Fazli Zainal - Harapan.... jadi tunggu! Wassalam!