Saturday, June 10, 2006

Bunga Bunga Cinta....

Bertemu lagi... hmm tajuk di atas seolah membayangkan hatiku kini semakin mekar dengan bunga-bunga cinta!! Namun mekar yang tiada cinta dan asmara...? hm apa tu? Entahlah... aku sendiri tak pasti! Yang aku tahu aku semakin ceria. Mungkin ada yang baru? Well memang!! Cuma aku tak pasti siapa. Sejak sebulan dua ini aku kenali ramai orang-orang baru. Yang menarik di pandangan tetapi tidak pada hati, yang baik pada hati tapi tidak pada pandangan mata dan ada juga seorang dua yang baik di mata, baik di hati.

Mesti kalian semua nak tahu siapa orang nya kan? Emm aku tak mahu nyata kan di sini...sebab masih terlalu awal. Bak kata Siti Nurhaliza 'Biarlah Rahsia'. Lagipun belum sah... jadi tunggu bila masa sudah sampai k? Cuma dapat aku simpulkan di sini antara mereka adalah seseorang tu yang memang aku minat dan 'admire' sejak dari dulu lagi. Malahan mungkin kalian semua kenal kot. Hehe!! Setakat ini respon dari dia memang bagus dan positif. Setakat ini dia berada tangga teratas!! Memang tak sangka sungguh dapat berkenalan dengan dia. Lagipun status nya amat menakutkanku!! Bukan saja dari segi personaliti malah pekerti nya juga memang 'meletup'! Pada awalnya aku sendiri tak percaya dengan apa yang aku lalui. Apatah lagi untuk berkawan dengan orang yang punya nama! Biasalahkan... mereka yang berstatus 'terkenal' ni memang sukar didekati. Kalau dapat pun mungkin dari kalangan mereka yang ada kelebihan tersendiri. Namun setelah mengenalinya aku makin mengerti... dia juga insan biasa punya hati dan perasaan!!

Pagi semalam aku sekali lagi bertemu dengannya dalam masa dua hari. Hm terkadang aku sendiri tertanya, mimpikah aku? Respon dan kata-kata hikmatnya juga membayangkan yang aku tidak bertepuk sebelah tangan. Ungkapan "biarlah ex bf abang pergi, sebab dia tak pandai menilai! Tapi saya tak kan biarkan permata yang ada depan saya ni berlalu begitu saja. Rugi tau!!" Hmm tak tau lah... nak perasan lebih-lebih pun siapalah aku. Orang sekacak dia dan menjadi jejaka idaman Malaya mana mungkin jatuh cinta pada 'beast' macam aku ni... Mungkin dia sekadar berpura macam Ard! Ataupun mungkin sekadar mahu mencuba sesuatu yang baru macamana Sham melakukannya padaku? Well!! aku bukan bahan ujikaji tau!

Namun jauh di sudut hati ini aku memang teruja dengan kata-katanya. Memang aku berharap apa yang dikatakannya menjadi satu azimat dan petanda yang kasih akan berbunga! Terima kasih Zoey kerana mengenalkan abang dengan insan yang selama ini menjadi idaman hati! Teringat lagu Raja Ema 'Jejaka Idaman'!!
Dia memang jejaka idamanku!! jarak usia bukan penghalang! Malah dia seusia Ard!! Tarikh lahirnya pun hanya beberapa hari selepas Ard!! Apapun buat semua doakan aku mendapat jodoh yang baru!!

Apapun sehari dua ni aku memang ceria. Ceria dengan apa saja yang ada. Walaupun ada-ada saja masalah yang aku alami semenjak dua menjak ni namun aku akui, kehadiran memang menceriakan ku. Hilang segala duka tatkala menatap wajahnya! Hmm apa-apa aje lah!! Nanti kalian bosan lak kan? hehe!!
InsyaAllah dalam sehari dua ni aku akan kembali menulis di dalam ni. Cuma aku perlu masa untuk menulis. Terlalu banyak masa perlu diberikan pada kerjaya ku. Nak komen soal album baru Siti pun takde masa lagi. Hmm teringat kisah cinta artis kesayangan ku tu. Hmm banyak sangat rahsianya. Macam-macam version aku dengar. Pada aku kalau lah Datuk K tu pilihan Siti aku terima jer. Kira padan ngan dia. Paling aku tak tahan kalau Siti pilih Fazley... Ayo!! tak sesuai ngan mamat tu... baik Siti pilih aku...!! hehhee!
Siapapun pilihan Siti aku terima saja. Itu hidup dia, biarlah dia memilih. Macam aku juga... Biarlah siapapun dia... kalau aku rasa aku bahagia, akan aku teruskan. Tak kisahlah dia glamour mana pun. Hehehe! So buat semua, doakan kebahagiaan aku ok? Kalau dah confirm nanti aku bagitau korang semua. Jangan lupa malam final World Cup nanti birthday aku ke 32. Jangan tak buat-buat tak ingat. Buat Jeff, thanks for your gift from Spain. Tak sangka ingat juga Jeff kat abang ya? Semoga bahagia.
Lastly semoga separuh kedua 2006 ni menjanjikan sejuta kebahagiaan buat semua. Esok bermulalah bulan istimewa ku. Julai datang lagi dengan seribu kekuatan dan keceriaan!

Sunday, June 04, 2006

bertemu lagi..

Assalamualaikum semua...

Ah!! dah lebih sebulan aku tak mencoretkan apa-apa kan? Hmm bukan apa kesibukan kerja, dengan komputer di rumah pulak buat hal dan macam-macam yang menghalang aku dari mencoretkan apa-apa dalam blog ku ini. Salam buat semua yang selalu bertanya bila nak up-date blog aku ni. Thank you Anne, Reez dan Zam. Harini aku up date. Hmm nak cerita apa ya?

Tapi sebelum tu aku ingin sekali ucapkan TAKZIAH pada abang Zul atas kepulangan ke rahmatullah ayahanda tercinta pada 28 Mei lalu. Semoga rohnya dicucuri RahmatNya. Aku benar-benar terasa dengan pemergiannya. Yelah, walaupun aku bukan anaknya namun hubungan kekeluargaan yang kami bina sejak tahun 1999 hingga kini bukan saja sudah sebati denganku tetapi juga bak kata orang 'cubit peha kiri, peha kanan terasa juga'. Buat abang Zul, tabahkan hati ya!! InsyaAllah semoga rohnya abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin!

Lagi satu buat abang Feizal, semoga cepat sembuh!! harap tiada apa yang serius pada buah pinggang abang ok? Thank you kerana sentiasa berada di samping diri ini!!

Mungkin dilema yang masih melingkari fikiran merupakan sesuatu yang kalian perlu tahu. Bukan saja dilema masa depan malah dilema kasih sayang. Sebulan berlalu namun aku masih belum pasti samada untuk menerima tawaran Lanz untuk bersamanya mencari rezeki di bumi Uncle Sam tu. Aku masih teragak-agak menerima kerana terlalu banyak yang perlu difikirkan sebelum aku mengambil keputusan. Apatah lagi tanpa restu mak dan ayah. Lebih-lebih lagi bila memikirkan yang aku akan berada 24 jam di sisinya. Bukan apa, aku tidak terlalu selesa dengan cara hidupnya yang tidak banyak beza dengan orang-orang Amerika. Entahlah! Aku jadi tak keruan bila memikirkannya semua yang berlaku. Mana mungkin aku ke sana dengan hanya kerana inginkan gaji yang lebih baik sahaja. Hidup di sana pun aku perlu fikirkan juga. Sedangkan di sini saja aku tidak berapa selesa dengan cara hidup 'western' nya. Apatah lagi di sana.

Hmm aku teringat tentang album terbaru Siti Nurhaliza. Tentu ramai yang di dapatkannya. Ebi, Zul dan Imran, thanks for your comments! Album Siti kali ni memang meletup!! Aku puas hati! Tak keterlaluan jika dikatakan ini album terbaik sepanjang Siti menjadi artis. Sebelum ini aku aku mengganggap album EMAS adalah yang terbaik setakat ini. Lagu yang jadi kesukaan aku sudah tentu Biarlah Rahsia, Destinasi Cinta dan Pastikan. Same goes to you my Ebi dan Zul! Apapun nantilah... selepas komputer aku okay, aku akan beri komen untuk semua 13 lagu dalam album Transkripsi ini. Jadi tunggu!!

Hubungan aku dan Sham, hmm well aku akui antara kami semakin jauh. Jauh dan jauh!! kebelakangan ini aku sering saja terasa hati malah terkilan dengan sikap dinginnya akhir-akhir ini. Mungkin salah aku, aku sepatutnya sudah lama lupakannya. Entahlah, rasanya sudah ke berapa kali aku menyesali diri. Kalau aku tahu aku hanya membuang masa selama 2 tahun menunggunya, tak kan aku teruskan. Lebih baik aku menerima Jeff sebagai pengganti abang Zul bukan dia. Tapi apa nak buat... dah ditakdirkan aku bakal ber 'bf' dengan adik pelakon cerita Gol & Gincu tu! Baru-baru ini aku bertemu Jeff setelah hampir setahun tidak bertemu. Meskipun Jeff adalah antara 'client' ku namun bukan mudah untuk kami duduk semeja menikmati makan malam bersama kerana kesibukan aku dan dia.

Serta merta kenangan awal May 2003 kembali menjengah. Waktu itu aku baru empat bulan bersama Sham malah ketika itu dia baru sebulan di negara Kanggaru itu. Jeff memang comel, melengkapkan impianku memiliki seorang insan yang memang menjadi citarasa aku. Dia baik dan manja. Sama seperti Sham. Aku terkejut hanya selepas dua minggu kami kenal, Jeff sudah meluahkan perasaan hatinya. Namun apa kan daya, walaupun aku juga meminatinya, namun setelah hati ini sudah dimiliki Sham, mana mungkin aku terimanya.

Tapi kalau lah aku tahu begini akhirnya hubungan aku dan Sham, lebih baik menerimanya dan me'reject' Sham dari awal. Hmm ketika kami makan malam bersama baru-baru ni aku dapat tahu Jeff sudah setahun bersama 'bf'nya. Paling aku 'sakit hati' melihat gambar 'bf' yang memang tidak sepadan sungguh dengan wajah comelnya itu. Wajah comel hasil gabungan Melayu, Siam dan Cina! Terasa seolah diri terlepas satu permata yang berharga. Mungkin itu membuatkan aku lebih menghargai seseorang selepas ini kot. Namun aku cuma mampu doakan kebahagiaannya. Mungkin 'bf' nya lebih baik dari aku walaupun mungkin dia tak dapat tandingi aku dari segi rupa paras!

Hm pelik ya? Apapun aku tak terkejut kalau Ard masih tidak dapat membezakan antara kaca dan permata. Kalau aku yang terlalu banyak pengalaman dalam 'dunia' ni pun masih samar untuk membezakan apa lagi dia yang baru setahun jagung mengenali erti hidup berkasih sayang. Apapun aku tak lagi mengharapkannya. Apa yang dapat aku katakan semoga Allah memberinya petunjuk suatu hari nanti.

So aku rasa setakat ini dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain masa. InsyaAllah sehari dua lagi aku boleh menulis dengan kerap lagi selepas komputer aku siap dibaiki. Cuma harapan aku novel hasil kerja ku selama hampir tiga tahun tidak terjejas failnya. Dah la tak buat back up!! kalau gone... aduh!! ruginya!! walaupun ada back up 'hard copy' tapi bukan senang nak type balik.

Last word... "Rindu itu tak kan datang sendiri kalau kita tidak mencari" So salam sayang buat semua. Jumpa lagi dilain masa. Wassalam.