Sunday, April 30, 2006

AIM - Jac Gemilang, Siti Nurhaliza Terus Unggul

Salam pertemuan… Semalam AIM melabuhkan tirainya dengan lakaran sejarah tersendiri. Tidak seperti tahun lalu, ada keputusan di luar jangkaan yang mungkin memeranjatkan beberapa pihak tahun ini. Pada aku, hanya keputusan artis harapan saja yang mengejutkanku pada awalnya. Namun setelah melihat persembahan Ridzuan (kali pertama aku tengok adik comel ni!) aku dah dapat agak dan yakin dia lebih baik dari artis-artis AF sendiri.

Kemenangan Shanon tidak mengejutkanku kerana dia memang bagus. Cuma tak sangka lah yang bakatnya dapat dihargai sebaik dan sepatutnya. Jadi ini membuktikan hanya AIM satu-satunya anugerah benar-benar terbaik antara semua. Apa saja keputusannya aku terima malah kalau dinilai dari segi kualiti, siapalah kita untuk mempertikaikannya. Begitu juga Kategori Lagu Terbaik.. aku memang terkejut. Tapi aku tak pertikaikan memandangkan aku tak pernah dengar lagu tu. Jadi mungkin ianya lebih bagus dari ‘Gemilang’ ataupun ‘ Terlalu Istimewa’. Ada lah dengar promo lagu tu selepas diumumkan kemenangannya malam tadi. Hmm dapat aku katakan dengan susunan muzik yang lebih kepada tradisional dan bait-bait lirik lagu nurkilan kak Chah, memang layak lagu ini dinobatkan menjadi lagu terbaik AIM tahun ini. Cuma ia tidak popular, kerana itulah juga aku tak dapat nak komen (sebab yang sebenarnya kerana album Zahid – Woo!! Tiada dalam koleksi peribadi ku.)

Okay, balik kepada pemenang terbesar semalam, Jac memang gah…!! Itu saja yang mampu aku katakan! Nampaknya sudah terang lagi bersuluh, Jac terbaik dan Mawi popular! Maksudnya dari segi kualiti Jac lebih baik dari Juara AF3 ni. Aku berani katakan kalaupun Mawi dibenarkan bertanding tahun ini belum tentu dia akan tersenarai antara Top 5 apatah lagi mengatasi Jac bagi kategori Artis Baru Terbaik dan Shanon untuk Vokal Terbaik Lelaki. Tapi apa nak buatkan, fanatik nya mana boleh terima kenyataan.

Kemenangan Jac untuk album terbaik mungkin kerana kemantapan vokalnya yang serba sedikit menenggelamkan ‘keboringan’ lagu-lagu dalam albumnya. Memang ianya sebuah album yang bagus cuma dari segi lagu yang sedap tak banyak macam album Adibah Noor. Tapi mungkin juri ada pendapat mereka. Manakala aku terima dengan hati gembira untuk kategori Rakaman Album Terbaik diberikan pada album ‘Kasih’ Dayang Nurfaizah. Begitu juga kategori Susunan Muzik Terbaik dalam Lagu yang menobatkan Ramli MS sekali lagi selepas memenanginya pada tahun 2003 (rujuk coretan aku pada 24 Mac lalu). Mereka memang layak menang!

Album terbaik keseluruhan, seperti coretan aku 25 Mac lalu, memang patut album pop terbaik diangkat sebagai pemenang sebab dari awal aku tak nampak album kategori lain lebih baik dari 5 album yang tersenarai dalam kategori album pop. Album ‘Gemilang’ memang gemilang. Lepas ni mungkin pihak Sony BMG Music akan tersenyum riang bila jualan album ini akan kembali mendapat permintaan. Lagipun orang kuat AIM, Sandy Montero juga adalah ‘big boss’ Sony BMG. Sudah tentu kemenangan album ‘Gemilang’ memberikan kesan pada keunggulan kerjayanya dalam syarikat gergasi itu.

Aku benar-benar cemas dan teruja ketika diumumkan pemenang kategori Vokal Terbaik dalam Album (Wanita). Cemas untuk mengetahui adakah Siti dapat mengekalkan kejuaraannya tahun ini. Teruja untuk mengetahui dapatkah Jac ataupun Adibah Noor mampu mengatasi Siti. Nampaknya format yang digunakan masih sama. Jadi aku tak terkejutlah. Ternyata Siti masih unggul. Apa nak buat? Dah tak ada suara lain yang sesempurna Siti. Jac mungkin unggul nada tinggi tapi sudut penghayatan dan teknik melagukan melodi suaranya kurang meyakinkan. Mungkin di sini markahnya tidak dapat mengatasi markah keseluruhan Siti. Seperti kata salah seorang juri Juara Lagu lalu yang merupakan sahabat lama yang layak aku panggil abang memberitahu beberapa minggu lalu, nada suara Jac memang nada tinggi dan ia sesuai untuk lagu-lag berentak R&B dan Pop tetapi tidak pada pop jiwang kerana dari segi penghayatan suara Jac sukar memberikannya markah yang tinggi. Mungkin di sini kekurangan yang ada pada suara Jac. Katanya juga suara Siti Nurhaliza tidaklah sempurna. Tetapi ‘average’ jika dinilai dari semua sudut. Bukan semua penyanyi boleh mendapatkan markah ‘average’ dari semua sudut. Kebanyakkannya hanya mendapat markah tertinggi dari beberapa sudut sebaliknya ‘kosong’ jika dinilai dari sudut yang lain. Kalau tak silap aku, penilaian kategori vokal di AIM mempunyai lapan kriteria. Jadi kalau Jac hanya dapat markah tertinggi untuk dua atau tiga criteria tetapi selebihnya kurang, bagaimana untuk menewaskan Siti yang hanya mendapat markah ‘average’ bukan untuk satu dua kriteria sahaja tetapi semua?

Mungkin kerana itulah tiada siapa yang mampu menewaskan Siti Nurhaliza kerana suara tidak mampu diubah. Hanya teknik dan cara penggunaan itu yang dapat diperbaiki. Selagi tidak ada penyanyi baru yang mempunyai suara yang se’average’ Siti, selagi itulah Siti akan terus mendominasi kategori ini. Apatah lagi hasil terbarunya ‘Traskripsi’ yang memang ‘menakjubkan’. Mungkin tahun depan Siti akan mengulangi kejayaan tahun 1999 (dengan album Adiwarna) , 2000 (Seri Balas bersama Noraniza Idris) dan 2004 (EMAS) jika album ini juga nanti akan dinobatkan sebagai album terbaik keseluruhan termasuk Vokal Terbaik? Hmm aku tak mahu komen lebih-lebih nanti Anti-Siti terjun lombong pulak. Kita tunggu tahun depan. Tapi melihat rekod pencapaiannya, tiada siapa boleh nafikan.

Okeylah.. siapa saja pemenangnya, ia adalah muktamad. So kita tinggalkan pasal AIM, untuk pengetahuan semua, hidup aku kembali single sejak dua bulan lalu dan ianya menjadi lebih pasti seminggu yang lalu bila mana aku dan Ard berbincang dari hati ke hati. Apa nak buat, semuanya sudah berakhir. Aku pasrah pada Nya. Mungkin sekali lagi aku terpaksa lalui hidup tanpa insan tersayang di sisi. Tapi betul kata orang, bila kita perlukan seseorang dalam hidup, terlalu sukar mendapatkannya. Tapi bila kita sudah punyai insan tersayang, bak kata lagu ‘Mana Satu’ Juliana Banos… “bila tidak ku perlu, berduyun tiba!”.

Malam ni aku akan ke rumah Zaimi dan bertemu kawan-kawan sealiran yang sudah tidak ku temui seperti Zizan, Madi, Razif dan beberapa lagi. Mungkin ketika ini aku rasakan betapa perlunya seseorang di sisi. Yelah, bila bertemu rakan-rakan yang masing-masing datang dengan kekasih, sedangkan kita hanya datang berseorangan, tentulah terasa.

Walaupun ketika ini terkadang aku mendambakan kehadiran seorang kekasih, namun rasanya berat untuk aku terima Lanz sebagai pengganti Sham dan Ard. Hmm sepanjang sudah tiga minggu dia di tanahair, hampir setiap hari kami berjumpa. Namun cinta itu tidak seperti lagu Dina ‘Cinta Datang Lagi’. Berkali-kali aku cuba meyakinkan diri, inilah masanya kami kembali bersama, namun hati ini ternyata sukar ku lakukan. Benar cinta tidak boleh dipaksa. Sebagaimana aku tidak boleh memaksa Sham atau Ard terus menyintaiku, begitu juga aku tidak mampu memaksa hati ini untuk menerima kehadiran Lanz kembali. Bukan kerana peristiwa dulu ataupun apa yang dia telah lakukan padaku tetapi seperti mana Sham yang hanya mengganggap aku sebagai abang ketika ini, begitu juga perasaan aku pada Lanz. Cuma aku agak sedih bila mengenangkan budi dan jasanya pada aku selama ini. Namun apalah dayaku…

12 Mei nanti sekali lagi aku akan ke KLIA untuk menghantar dua insan yang pernah bertakhta di hatiku, Ard dan Lanz. Ard akan pulang ke tanah tumpah kelahirannya di Bumi Kenyalang kerana menghadiri majlis perkahwinan sepupunya, manakala Lanz akan kembali ke bumi ‘Uncle Sam’ untuk meneruskan kariernya di sana. Sedih memang sedih kerana kata Lanz paling awal dia hanya akan kembali ke tanahair sekitar Disember 2008. Bermakna lebih dua tahun dari sekarang? Hmm entahlah. Namun aku berjanji untuk berjaya dengan karier ku menjelang kepulangannya nanti. Setidak-tidaknya aku bukan saja berazam untuknya tetapi yang penting pada diriku sendiri. InsyaAllah semoga semuanya berjalan lancar dan Allah SWT akan mengizinkan aku berdiri di mercu kejayaan.

Tentang Sham biarlah, aku tahu selama ini pun dia lebih mementingkan kawan-kawannya. Kerana itulah aku tidak terkejut bila Iz memberitahu ku melalui SMS jam dua setengah pagi tadi yang dia terserempak dengan Sham di ‘MTQ’. Biarlah dia dengan dunianya. Aku rasa sudah tiba masanya aku hanya memikirkan tentang diriku sendiri. Tapi hidup sendiri ni terkadang membosankan… bagaimana ya?

Jadi sampai di sini untuk coretan ini. Salam sayang untuk Iz. Terima kasih kerana memberitahu abang tentang Sham. Apapun doakan abang tabah lalui masa-masa ‘stress’ dan ‘tension’ ini. Rasanya kali ini lebih menduga kesabaran berbanding ketika punahnya cinta yang dibina selama 6 tahun dengan abang Zul dulu.
Akhir sekali, kata orang dunia ini umpama roda sekejap di atas dan sekejap di bawah. Tapi kalau roda itu tidak pernah bergerak, bagaimana ya? Mampukah yang di atas untuk merasai kesusahan dan perit berada di bawah dan merasakah yang di bawah untuk berada di mercu kejayaan? Renung-renungkanlah!! Wassalam.

Friday, April 28, 2006

salam sejahtera

hai semua.. sekian lama menyepi, kini bertemu lagi. salam sayang buat semua kenalan dan kawan-kawan. Hmm sebulan menyepi hanya kerana kesibukan yang terlalu.

banyak benda yang berlaku sepanjang sebulan ni. selain komputer di rumah yang buat hal, komputer di pejabat pun sama saja. bosannya hidup. Yelah di zaman serba canggih ni, komputer dan telefon bimbit merupakan antara keperluan harian. Tak ada semua ni macam hilang separuh nyawa. Tak dapat aku bayangkan kalau tetiba ter'pergi' ke zaman kesultanan Melayu Melaka, rasanya boleh jadi gila hidup tanpa kereta, telefon, komputer, TV dan kamera. Lagi bosan kan?

Hmm okaylah jangan lupa kita saksikan malam esok di NTV7 Anugerah Industri Muzik ke 13. Kita lihat siapa yang kena!! Nak tengok juga samada komen-komen aku tempohari (blog dibawah ni) bernas ataupun tida
Tak sabar nak tengok persembahan Siti Nurhaliza yang khabar nya akan berganding dengan pemenang vocal terbaik Juara Lagu 21, Hazami berentap mempamerkan kehebatan suara masing-masing. Lagi satu paling mendebarkan apakah Siti akan terus kekal menggungguli kategori vocal terbaik yang dimenanginya sejak tahun 1999. Kalau menang, Siti memperbaharui rekodnya untuk tahun ke 7 berturut-turut. Kalau tak aku harap antara Adibah Noor atau Jacklyn.

Tinggal dulu soal AIM, aku sebenarnya betul-betul sedih, terkilan malah kecewa dengan sikap Ard akhir-akhir ini. Memang antara kami sudah tiada apa-apa lagi tapi sikapnya terkadang amat mengguris hatiku. Dia seolah sengaja menyakitkan hatiku dengan keadaan-keadaan yang sepatutnya tidak menjadi masalah. Hm mungkin salah aku juga, perasaan ini masih ada padanya. Kerana itu aku rasa tertekan setiap kali dia ‘bergayut’ dengan orang barunya. Entahlah…

Tak apa lah.. kita jumpa lagi di lain coretan. Aku ada sesuatu nak di coretkan di coretan akan dating… semuanya kerana kehadiran Lanz… nak tahu apa? Tunggu!!

Salam sayang untuk semua.. kawan-kawan. Kita tengok malam esok siapa yang pulang dengan berjayanya di AIM. Buat Siti Nurhaliza, semoga terus tabah mengharungi perjalanan seninya yang masih banyak liku. Apapun aku suka dengan album terbarunya, ‘Transkripsi’ inilah album terbaiknya sepanjang 10 tahun dalam arena seni. Nanti aku komen di coretan akan datang. Wassalam

Saturday, April 01, 2006

Aku Bukan Untukmu...



Dahulu kau mencintaiku dahulu kau menginginkanku.... meskipun tak pernah ada jawab ku... tak berniat kau tinggalkan aku.. sekarang kau pergi menjauh... sekarang kau tinggalkan aku.. di saat ku mulai mengharapkanmu.. dan ku mohon maafkan aku... aku menyesal telah membuatmu menangis dan biarkan memilih yang lain tapi jangan pernah kau dustai takdirmu... pasti itu terbaik untuk mu... janganlah lagi kau mengingatku kembali ..aku bukanlah untukmu.. meskiku memohon dan meminta hatimu ... jangan pernah tinggal dirinya untuk diriku. Aku Bukan Untukmu - Rossa

Entahlah... rasa tersentuh pula dengar lagu Rossa ni. Lagu yang dipetik dari album 'Kembali' yang juga memuatkan lagu hits 'Pudar' tu. Tak pasti apa yang membuatkan aku tersentuh tatkala mendengar lagu ni. Namun setiap kali aku memasang CD album Rossa, aku mesti terdiam dan fikiran ku mula terbuai dengan suara merintih Rossa ni. Very the jiwang one!!

Hmm sehari dua ni aku cuma 'melepak' di rumah saja. Rasa penat pula dah dua minggu berkejar ke sana sini tanpa rehat. Ambil cutilah pulak kan!! Tapi bila asyik terperuk di rumah saja mulalah rasa bosan menyelinap dalam diri. Mungkin aku perlu rehatkan diri pergi bercuti kot... tapi di mana? dengan siapa? Sham kini berada jauh di negara matahari terbit. Menemani adik kembarnya yang menyambung pelajaran di sana. Sudah seminggu kini. Mungkin akhir minggu depan baru dia kembali semula. Walaupun antara kami sudah tiada ikatan lagi namun aku terkadang masih merasakan ada kerinduan di antara kami. Buktinya masih menghubungiku selang dua hari. Walaupun tidak lama perbualan kami tidak seperti ketika dia di Melbourne, namun perhatiannya terkadang membuatkan aku keliru. Keliru di mana hubungan kami sebenarnya. Kalau pun sebagai abang, mana ada perhatian sebegini...
Aku tak pasti siapa yang keliru sebenarnya. Aku ataupun dia? Mungkin dia sendiri? Pada aku, sudah 12 tahun aku bergelumang dalam 'dunia' ni belum pernah aku alami atau dengar keadaan hubungan yang sebegini. Terkadang aku seolah mengakui kata-kata Lanz, jangan buang masa dengan budak berhingus yang baru setahun dua dalam dunia ni.. kelak menyusah diri. Mungkin ada kebenarannya.
Apapun biarlah... aku dah malas nak fikirkan soal cinta lagi.. Mungkin sepatutnya selepas abang Zul kahwin dulu aku patut fikirkan hanya masa depan sendiri. Bukan lagi fikirkan siapa penggantinya. Hm tapi kehadiran Sham dulu pun bukan aku yang cari. Dia yang datang sendiri....!! Tak sangka pula aku dapat mengenali adik celebriti lak tu. Cuma yang aku terkilan hingga hari ni... penantian aku seolah-olah sia-sia. Yelah 3 tahun tu bukan jangka masa yang singkat. Macam-macam aku boleh buat dalam masa tu... bahkan mencari insan lain yang lebih baik.
Mungkin salah aku juga. Aku terlalu menyayanginya. Apapun aku menghargai pertemuan dulu. Dia lelaki pertama dalam hidup aku yang lebih muda dariku. Sudah tentu layananya lain dari yang lain. Namun mungkin kerana kali pertama juga aku terlalu menyayanginya lebih dari seorang adik. Maklumlah aku bukan ada adik lelaki. Apatah lagi wajah manisnya yang mencairkanku. Wajah 'oriental' nya sememangnya menjadi idamanku sejak dulu. Begitu juga wajah Lanz yang merupakan kacukan Melayu Perancis itu. Walaupun ada darah mat saleh tapi wajahnya lebih mirip kepada 'oriental look'. Mungkin gen Bugis sebelah ayahnya lebih kuat. Tengok sajalah Baginda Sultan, muka macam cina juga. Mungkin dari situ wajah Lanz saling tak tumpah kacukan Cina Mat Saleh.
Entahlah... setakat ini tiada perkembangan terbaru mengenainya. Cuma dia ada memberitahuku yang dia akan berada di tanahair pada pagi 15 April nanti. Entah mengapa kepulangannya kali ini bak kata orang, kepulangan yang dinanti. Aku tak pasti. Mungkin kerana terlalu lama tidak bertemu, dengan kesepian yang mendatang dan mungkin juga banyak cerita ingin aku kongsi bersamanya. Sejak aku menceburi bidang terbaru ini, aku tak pernah berkongsi apa-apa cerita dengannya. Selalunya dulu walaupun ketika bersama abang Zul dulu, aku sering meminta pendapatnya dalam segala segi berkaitan dengan kerjayaku ketika itu. Apatah lagi Lanz seorang yang luas pengetahuan dan berfikiran jauh.
Hm okaylah.. sampai di sini dulu.. waktu sudah lewat petang. Aku nak ke dapur dulu melihat apa yang boleh aku makan. Mungkin kena masak dulu kot. Hmm nak masak sambal sotong.. jangan jadi sotong dah!! Hehehe! macam cerita Sutun2 kat TV1 baru-baru. Bagus berita tu. Apapun salam untuk Arie yang kini sibuk dengan kekasih hatinya di Kemaman, Terengganu tu. Sampai 2 minggu kat sana. Tak ingat nak balik KL ke? Lama jugak aku tak jumpa sahabat dunia akhirat aku tu. Minggu depanlah.. InsyaAllah.
Salam sayang buat semua. Jumpa lagi di naskah berikutnya. Wassalam!