Impian?

Bersih suci kenanga impian
Tiada dua bagai si mawar
Kasih murni tiada sempadan
Hanya cinta sebagai penawar
Biarlah meniti tangkai selasih
Badai seberang tidak diuji
Apalah erti merungkai kasih
Andai orang tidak mengerti?
Sulam selasih berbentuk benua
Sulam bara bentuk tersedia
Salam kasih untuk semua
Salam asmara untuk si dia
(c) 2007 Damaq Widuri Publishing (M) Sdn Bhd
Tiada apa yang membayangkan semua bait-bait pantun di atas. Hanya sekadar pantun untuk tatapan kalian. Terima kasih kerana sokongan kalian. Jadi bagaimana dengan kehidupan kalian di saat ini. Doaku seperti selalu semoga kalian beroleh sejuta kebahagiaan dan kenikmatan dalam meneruskan hidup yang serba mencabar. Pada aku hari demi hari aku makin sibuk dengan kerjaya baru di MIM. Segalanya semakin berubah dan aku mula sedar kehidupan ini sebenarnya terkadang punya satu keajaiban untuk mengubah hidup seseorang. Hmm entahlah apa pula aku merepek ni kan?
Hmm kita tinggalkan dunia bab AF... cuma paling mengejutkan hari ini isu suami Mak Iti (Siti Nurhaliza) didakwa menumbuk seorang remaja yang juga merupakan rakan anaknya Adeeb. Pada aku apalah sangat isu ni.. hanya kerana Datuk Khalid itu merupakan suami seorang penyanyi tersohor, maka isu ini menjadi panas! Kalau betul pun apalah sangat. Aku tak kisah sangat soal peribadi artis kesayanganku ini. Malah dulu ketika Siti hendak bernikah, aku tak kisah pun siapa pilihannya. Cuma sekadar berkongsi rasa dengan peminat fanatiknya, sebenarnya kes ini terpencil. Kalau Datuk Khalid bukan suami Siti, benda ini bukanlah satu isu yang besar. Apapun biarlah pihak polis saja yang menanganinya. Tak perlu digembar-gemburkan sehebatnya.
Tiada dua bagai si mawar
Kasih murni tiada sempadan
Hanya cinta sebagai penawar
Biarlah meniti tangkai selasih
Badai seberang tidak diuji
Apalah erti merungkai kasih
Andai orang tidak mengerti?
Sulam selasih berbentuk benua
Sulam bara bentuk tersedia
Salam kasih untuk semua
Salam asmara untuk si dia
(c) 2007 Damaq Widuri Publishing (M) Sdn Bhd
Tiada apa yang membayangkan semua bait-bait pantun di atas. Hanya sekadar pantun untuk tatapan kalian. Terima kasih kerana sokongan kalian. Jadi bagaimana dengan kehidupan kalian di saat ini. Doaku seperti selalu semoga kalian beroleh sejuta kebahagiaan dan kenikmatan dalam meneruskan hidup yang serba mencabar. Pada aku hari demi hari aku makin sibuk dengan kerjaya baru di MIM. Segalanya semakin berubah dan aku mula sedar kehidupan ini sebenarnya terkadang punya satu keajaiban untuk mengubah hidup seseorang. Hmm entahlah apa pula aku merepek ni kan?
Kehidupanku tidak banyak perubahan kecuali kesibukkan dia MIM. Aku gembira dan seronok dengan apa yang aku buat. Terasa diri 'berharga' dengan tanggungjawab bukan saja pada bos ku tetapi pada syarikat. Selepas hampir tiga tahun aku seolah 'berkerja sendiri' kini aku kembali meniti hari-hari menjadi seorang pekerja semula. Apapun dengan semua kemudahan yang ada agak memungkinkan aku untuk terus melakarkan nurkilan pada bingkisan hati ini dan buat tatapan kalian semua. Sekali lagi terima kasih di atas sokongan kalian.
Apa yang terbaru? Sudah tentu Akademi Fantasia (AF) yang kini kian hangat. Entah mengapa tahun ini aku seolah teruja untuk mengikuti perkembangan pelajar-pelajar AF tahun kelima ini.
Tidak seperti musim ke 2-3 dan 4 aku seolah 'ketinggalan zaman' setiap kali teman-teman bertanyakan tentangnya. Mungkin penangan si Dafi dan Rizal yang memang 'indah' di mataku. Tapi setakat hari ini aku belum lagi dapat melihat sejauh mana kehebatan suara dan persembahan mereka di pentas.

Melihat dari persembahan minggu pertama yang lalu rasanya terlalu awal untuk menilai persembahan mereka berdua yang merupakan perserta pilihanku selain si dara pujaan Heliza. Persembahan Dafi biasa saja malah tidak keterlaluan aku katakan undian yang memihak kepadanya hanya kerana rupa 'Won Bin' nya itu. Seperti kata akak Ogy kita dia memang tidak memahami maksud lagu 'Uptown Girl' itu. Lagu itu memang kena jadi 'gedik' dan mengada sikit. Kalau kalian tengok video clip Westlife sendiri pun kalian dapat lihat betapa 'nakal' nya Weslife di cafe atau club itu.
Begitu juga Rizal dari Kuching, Sarawak. Dia masih terlalu malu-malu lagi. Pada aku lagu 'Menanti Sebuah Jawaban' itu rasanya korang sesuai dengan vokalnya. Mungkin itu yang membuatkan aku agak 'kecewa' dengan persembahan sulungnya itu. Malah berharap sangat dia boleh lebih dari apa yang dipersembahkan minggu lalu. Aku tak pasti apa lagu yang bakal dinyanyikannya untuk konsert minggu kedua nanti. Rata-rata persembahan mereka mendatar malah tiada 'jiwa'. Pengkritik tetap yang dilantik tahun ini memang benar-benar mereka yang layak digelar pengkritik. Bukan seorang seperti tahun-tahun lalu tetapi tiga orang. Pada aku kredibiliti Ogy sebagai salah seorang pengkritik tetap memang terserlah. Beliau bukan saja pelakon di zamannya tetapi juga penyanyi. Kerana itulah kelantangan kritikannya sedikit pun tidak membosankan aku. Bukan seperti pengkritik tetap tahun-tahun sebelumnya, hanya pandai mengkritik tetapi tiada langsung asas dalam bidang muzik. Kalau setakat berada di belakang tabir (walaupun untuk 20 tahun) apa sangatlah kepakaran yang dia ada untuk menilai persembahan pelajar. Tahun lalu pula, kritikkan Adlin memang memualkan aku! Siapa dia untuk mengatakan orang itu boleh menyanyi, orang itu tidak? Berapa album sudah dia ada?
Kerana itulah pada aku pemilihan Kak Jee (Fauziah Latiff), Hattan dan Fauziah Ahmad Daud (akak Ogy) memang tetap dan memenuhi kriteria sebuah rancangan realiti berasaskan seni muzik. Lupakan saja soal vokal Kak Jee yang kian 'semput' dan kurang memuaskan tetapi lihat dari pengalaman persembahannya hampir 20 tahun (karier beliau bermula tahun 1988) dalam arena seni. Bukankah ianya cukup bagus untuk menjadi seorang pengkritik. Apa yang aku lihat dengan adanya Roslan Aziz sebagai pengetua banyak perubahan telah berlaku dari segi kualiti dan kredibiliti rancangan realiti pertama negara (secara total) ini. Malah aku mula merasakan ianya semakin 'gah' dan seiring dengan rancangan 'Malaysian Idol' dan 'One In A Million' yang menyaksikan hanya yang terbaik dan bermutu saja yang ditonjolkan. Hattan pula sememangnya hebat kerana pengalaman lebih dua puluh tahun dalam arena muzik. Komposer yang pernah mencipta lagu-lagu hebat nyanyian Nora, Shima dan juga Ella ini memang mempunyai pengetahuan luas dalam menilai kehebatan vokal seseorang. Jadi tidak keterlaluan kerana pengalaman luas ini aku katakan dia lebih 'relevan' dari Kudsia Kahar dan Adlin Aman Ramli.

Menyentuh soal cintaku sekarang hmm rasanya hanya ada sedikit perubahan pada Ard selepas beberapa kali perbincangan. Aku hanya menyerahkan padanya untuk membuat keputusan samada meneruskan ataupun cukup sampai di sini. Padaku andainya selepas sebulan ini keadaan masih tidak berubah.... aku menganggap antara kami sudah berakhir.Tiada maknanya untuk menipu diri sendiri untuk meneruskan sesuatu yang kita tidak mahu teruskan. Apatah lagi benda-benda yang melibatkan hati dan perasaan. Apapun sejak sehari dua ni dia berubah sedikit untuk menjadi lebih menghormatiku sebagai insan kesayangannya. Apapun biarlah masa yang bakal tentukan. Aku tidak memaksanya. Kalau ada, baguslah tapi kalau dah takdir tiada lagi kesesuaian antara kami aku pasrah. Biarlah ku simpan hati ini untuk insan lain yang mungkin lebih baik darinya.
Hmm agak terkejut aku menerima panggilan pagi tadi jauh dari negara Uncle Sam. "Abang Lanz!!" begitu ucapku sebaik saja mendengar suaranya di speaker' telefon bimbit ku. Sudah lama suara macho itu ku rindui.
Sejak Mei 2006 inilah kali pertama aku mendengar suaranya. Kerinduan yang sering aku rasai seolah berbalas dengan ucapan mesranya. Apatah lagi sejak Julai tahun lalu juga, nombor telefon nya sudah ditamatkan. Namun dari apa yang dikatakannya, dia kan kembali ke tanahair Julai nanti selama enam bulan. Apapun aku tidak pernah mengharapkan apa-apa darinya. Cuma sebagai insan pertama yang bertakhta di hati ini buakn mudah untuk ku melupakan apa yang pernah kami sama-sama lalui. Apatah lagi peristiwa hitam pernah 'melekat' dalam sejarah hidup kami gara-gara ibunya yang menentang hubungan kami dek kerana berlainan darjat. Aku tak pernah berdendam padanya kerana bukan salahnya. Apalah dayanya ketika itu masih lagi bergantung penuh pada keluarga.

Rasanya cukup dulu setakat ini. Semoga apa yang aku paparkan di sini serta komen-komen aku tidak mengganggu emosi sesiapa pun. Sekadar satu pendapat dan perkongsian suasana dengan mereka yang membaca bingkisan ku ini. Apapun tunggu kedatangan blog baru yang bakal memuatkan segala khazanah Damaq Widuri Publishing berbentuk seni penulisan dari cerpen, sajak, nurkilan rasa hinggalah novel pertama dan keduaku yang masih dalam proses mendaftarkan hakciptanya.
Salam sayang buat Lanz yang jauh di Los Angeles, USA semoga terus tabah menghadapi liku kehidupan. Kerana hujan emas di negara orang maka pergunakanlah masa yang berharga untuk mengutip sebanyak mana emas yang ada. Semoga semua impian dan cita-citamu semakin menjadi nyata. Buatmu, rajin-rajinlah membaca bingkisan insan yang pernah kau panggil sayang ini selalu untuk mengetahui apa yang sedang berlaku padanya.
Wassallam